Ahli BN yang tak terpilih jadi CALON akan dapat PROJEK LEMBU?

Ahli parti yang tidak dipilih sebagai calon dalam pilihan raya umum akan datang diharap tidak mempertikaikannya atau mensabotaj parti, kata pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin.
    
Beliau yang juga ketua Pemuda Umno berharap ahli parti berpegang kepada akujanji bahawa rakyat yang menentukan berhubung soal calon boleh menang.
    
"Hari ini semua setuju dengan perdana menteri berhubung 'winnable candidate' (calon boleh menang), tetapi apabila mereka tidak jadi calon, mereka akan pertikaikan dan lebih bahaya lagi mereka akan sabotaj parti.
    
"Saya harap mereka sedar bahawa mereka bukan penentu siapa 'winnable candidate' tetapi rakyat, dan PM ada laporan dan mekanisme tertentu untuk mengetahui di setiap kawasan siapa yang merupakan 'winnable candidate'," katanya kepada pemberita selepas menyertai Program Jom Kayuh BN Sepang anjuran Pemuda BN Sepang, di Dengkel hari ini.
    
Dua hari lepas, Perdana Menteri yang juga pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan BN tidak meletakkan had umur dan juga tanpa mengira berapa kali menjadi wakil rakyat untuk calonnya pada pilihan raya umum Ke-13 asalkan calon berkenaan boleh menang.

Saya ingin mencadangkan kepada Khairy satu cadangan yang praktikal. Mana-mana pemimpin atau ahli BN khasnya Umno yang tidak terpilih jadi calon boleh diberi projek lembu bagi meredakan kemarahan mereka.


Beri projek lepas tu beri pinjaman jutaan ringgit dan mereka juga boleh kondominium sebagai pelaburan kepada syarikat lembu yang mungkin tidak maju. Lembu-lembu itu juga boleh tidur dalam kondominium yang dibeli....................

Comments