Haji Najib dan Hajjah Rosmah SELAMAT PULANG, ubahlah PERANGAI

Perdana Menteri Haji Najib Razak dan Hajjah Rosmah serta rombongannya berlepas dari Arab Saudi untuk kembali ke tanah air, awal hari ini.


Pesawat yang membawa Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta rombongan itu berlepas dari terminal Royal Pavilion Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz kira-kira jam 1 pagi (6 pagi waktu Malaysia).



Najib bersama rombongan beliau, yang antara anggotanya termasuk bondanya, Tun Rahah Mohamad Noah serta adiknya, Datuk Mohamed Nazim dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, tiba di Arab Saudi pada 31 Oktober lalu untuk menunaikan ibadah haji.

Kita sangat berharap sebagai Perdana Menteri Najib dapat mengubah perangai dan corak pentadbiran beliau supaya kembali kepada Islam sebagai teras undang-undang negara, sistem pentadbiran, ekonomi, pendidikan dan sebagainya.

Selain itu Najib mesti membuat perubahan drastik terhadap SPR, Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Pendaftaran Negara, SPRM dan lain-lain yang diragukan ketelusan dan professionalisme mereka.


Sebagai rakyat Malaysia kita ber'gumbira' kerana Perdana Menteri selamat mengerjakan haji dan berdoa moga mendapat haji mabrur. Kita berharap setelah mendapat haji mabrur kita mohon agar Najib mengubah perangainya.

Saya menyokong penuh saranan dan cadangan Ketua Penerangan Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man yang menulis bahawa antara agenda besar yang rakyat ingin lihat hasil daripada mendapat haji mabrur sudah tentulah ialah tindakan susulan PM terhadap banyak penyelewengan samada daripada kroni Umno, serta pelbagai pihak lain yang terlibat yang memperolehi pelbagai projek seperti yang ditegur oleh Ketua Audit Negara dalam laporan tahunannya. 


Rakyat benar-benar kecewa setiap tahun bilamana teguran Laporan Audit Negara langsung tidak menjadi bekas bagi kerajaan BN dalam usaha untuk memperbaiki pengurusan kewangan negara.



Kalau tahun lalu, mungkinlah masih tak sedar kerana masa tersebut, PM tak pergi haji lagi. 



Namun tahun ini, sudah tentu tidak akan sama, kerana PM yang baru balik haji dengan semangat melontar jumrah sehebat melontar sifat mazmumah dalam diri, sudah pasti akan membawa pelbagai perubahan samada dalaman dan luaran, kerana ia antara tanda-tanda haji mabrur.



Lebih besar dari itu, rakyat yakin PM yang dapat haji mabrur akan hanya mengadakan pilihanraya setelah segala penyelewengan sistem pilihanraya dapat diperbaiki. 



Mana mungkin mereka yang dapat haji mabrur sanggup mengadakan pilihanraya dengan penipuan, ketidakadilan dan daftar pemilih yang tidak bersih? 



Bahkan, demi membuktikan kesan haji mabrur, PM diyakini akan mencadangkan agar celup jari dilaksanakan dalam PRU akan datang untuk menghalang penyelewengan dalam bentuk undi hantu dan undi berganda. Kesemua ini petanda haji mabrur, selain amalan peribadi yang bertambah baik dengan amalan tahajud, zikrullah dan munajat berterusan.



Begitu jugalah dengan isteri PM, rakyat sudah pasti berharap dapat menyaksikan perubahan besar dari sudut kesederhanaan dalam kehidupan seharian beliau. Diyakini selepas pulang kali ini, diharap beliau tidak terpalit lagi dengan cerita beg tangan berjenama mahal, rantai mutiara, cincin mahal yang menjadi lambang persepsi rakyat terhadap pemborosan beliau, kerana semua ini diyakini akan dapat dikikis dengan haji mabrur. 



Yang lebih penting, rakyat sedang menanti dengan penuh debar melihat keterampilan wajah baru isteri PM dengan bertudung sepanjang masa di luar rumah, selaras dengan kesan haji mabrur. Di samping itu, mungkin tiada lagi kedengaran desas desus campurtangan beliau dalam  dalam pentadbiran negara.



Perubahan ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang terlalu sukar untuk dilaksana kerana sepanjang berada di Mekah dan Madinah, beliau sentiasa bertudung lingtup menutup aurat semasa menjalankan ibadah haji. 



Kalau semua ini berlaku, jangan terkejut kalau ada rakyat yang cukur kepala, bayar nazar atau ada kambing yang kena sembelih sebagai tanda kesyukuran. Namun, jangan sembelih dahulu, sehingga kita dapat lihat tanda-tanda haji mabrur itu berlaku.

Comments

mizzamor amor said…
em... org g haji da hafal dlm kepala.. emm.. berlak0n je...:P.. balik perangai cm s*** gak...puiihhh!!!!!!!!!
mizzamor amor said…
em... org g haji da hafal dlm kepala.. emm.. berlak0n je...:P.. balik perangai cm s*** gak...puiihhh!!!!!!!!!