KETUA MENTERI MELAKA ORANG TIONGHUA?

Sehari dua ini sibuk musuh politik PR menuduh bahawa PR Melaka akan melantik Ketua Menteri Melaka di kalangan orang Tionghua. Sedangkan Majlis Pimpinan PR Melaka tidak pernah pun membuat keputusan untuk melantik siapa menjadi Ketua Menteri. Siapa akan menjadi Ketua Menteri hanya akan diputuskan selepas PR menang PRU 13 di Melaka jika rakyat memberikan mandat kepada PR.

Sudah menjadi amalan mana-mana parti pun di Malaysia, tidak menamakan sesiapa pun menjadi Ketua Menteri atau Menteri Besar sebelum keputusan pilihanraya umum diketahui. BN pun tidak akan berbuat demikian. Sebagai contoh BN Melaka pun tidak menamakan siapa calon Ketua Menteri mereka sekarang walaupun ada kemungkinan Datuk Seri Mohd Ali akan berundur atau beralih angin bertanding di kerusi Parlimen pada PRU 13 nanti.

Lihat sahaja bagaimana krisis kepimpinan di Terengganu dan Perlis sebaik sahaja PRU 12 selesai. BN tidak menamakan siapa Menteri Besar kedua-dua negeri itu sebelum PRU 12 diketahui keputusannya. Penyandang jawatan ketika itu Shahidan Kassim(Perlis) dan Idris Jusoh(Terengganu) perasan mereka akan dilantik semula sebagai Menteri Besar. Tetapi sebaliknya Pak Lah melantik Isa Sabu menjadi MB Perlis dan Ahmad Said menjadi MB Terengganu. Akhirnya muncullah maki hamun kepada Raja dan pimpinan Umno/BN kerana orang yang tidak dilantik tidak puas hati.

Jadi tidak timbul siapa Ketua Menteri Melaka jika PR menang kerana perkara itu akan hanya dibincangkan selepas keputusan PRU 13 diketahui. Yang pasti PR mempunyai ramai calon berkaliber untuk diketengahkan sebagai calon Ketua Menteri jika PR menang.

Kepada musuh-musuh PR yang cuba bermain perang saraf ingatlah bahawa rakyat sudah faham benar amalan perlantikan Ketua Menteri dan Menteri Besar.

PR sudah pasti akan bertanding satu lawan satu dengan BN. PAS akan bertanding 11-13 kerusi Dun, DAP 8-10 kerusi dan PKR 7- 9 kerusi.

Comments

Unknown said…
lantik siapa pun boleh. kenapa orang melayu diperbodohkan dengan ketakutan terhadap masa depan melayu. selama ini adakah pemimpin melayu tolong melayu? tidak kan? jadi jangan bimbang. tak ada melayu pun yang dituduh liwat di negeri PR, tetapi hanya ada di negeri Umno. kalau Umno bangga dengan Melayunya, kenapa Umno merendahkan moral dan integriti Melayu? Oh, dah jatuh macam Penang tu baru nak sibuk tanah Melayulah, ketunanan Melayulah, ketika hang berkuasa dulu, siapa KM Penang? Kalau KM Melaka jatuh pada DAP pun tak apa, kita kena ajar Umno supaya mereka sedar. Ali Rostam buat macam-maca, tak menjadi, lapangan terbang taraf antarabangsa, siapa nak guna? bukankah pembaziran namanya?
Anonymous said…
apa nak diherankan.
sekarang ni pun km melaka
benggali bukannya melayu.