PRK BUKIT GANTANG : PAS YAKIN MENANG

Suasana di peti undi-peti undi menggambarkan PAS akan menang di Bukit Gantang. Fakta ini bukan diukur dari segi bilangan perayu-perayu undi tetapi ianya diukur dari segi bilangan pengundi yang menyemak nama mereka di pondok panas PAS di keseluruhan peti-peti undi.

Di kesemua DUN terbukti dengan jelas bahawa pengundi-pengundi Cina dan India hampir 80 % menyemak nama-nama mereka di pondok panas PAS manakala pengundi-pengundi Melayu berpecah dua atau boleh dikatakan 50:50.

Manakala pengundi Melayu di DUN Terong kelihatan agak memihak kepada calon BN di mana sekitar 40-45 % pengundi melayu menyemak nama-nama mereka di pondok panas PAS. Selebihnya samada terus masuk mengundi atau menyemak nama mereka di pondok panas BN.

Namun begitu para pemimpin PAS setempat yakin bahawa 20 % dari pengundi yang menyemak nama di pondok panas BN akan mengundi PAS. Mereka berbuat demikian adalah semata-mata untuk mengelakkan mereka dicap sebagai penyokong PAS.

Berdasarkan kepada senario sekarang ramai (sehingga jam 12.30) yang beranggapan bahawa dakwaan PAS bahawa 70 % pengundi Cina dan India menyokong mereka adalah tepat malah ada yang beranggapan peratusan ini mungkin meningkat sehingga 80 %.

Tidak syak lagi bahawa PAS sedang berada di depan sekarang.

Gambar Ihsan Mstar : Nizar dikerumuni penyokong.

Comments