PASCA PRK : NIZAR DIDAPATI TIDAK BERSALAH, NAJIB DAN ZAMBRY DIHUKUM

YAB Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin didapati tidak bersalah pada perbicaraan 7 April lalu. Nizar yang didakwa dengan pelbagai tuduhan antaranya derhaka kepada Sultan; pengkhianat bangsa Melayu; boneka DAP dan sebagainya.


Namun hakim yang bersidang dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang (rekod dunia) memutuskan bahawa Nizar didapati tidak bersalah dan dibebaskan. Seramai lebih dari 40,000 hakim yang bersidang majoritinya memutuskan Nizar tidak bersalah. 21,860 hakim membebaskan Nizar dan 19,071 hakim menyatakan Nizar bersalah. Ini bermakna majoriti hakim bersetuju Nizar tidak bersalah. Majoritinya ialah 2,789.

Dengan keputusan ini juga, hakim memutuskan bahawa Najib dan Zambry bersalah dengan tindakan mereka merampas kerajaan negeri Perak secara biadap dan tidak demokratik. Kedua-dua mereka termasuk kuncu-kuncunya dihukum dengan hukuman BN kalah pada PRK Selasa lalu.

Moga-moga dengan hukuman ini Najib dan Zambry insaf dan bertindak memohon perkenan Sultan Perak untuk membubarkan DUN Perak.

Comments

HaHs said…
Alhamdulillah dan tahniah kpd DSN atas kejayaan beliau menang PRK B Gantang. Saya merasakan Pakatan perlu bekerja lebih keras agar dpt sekurang2nya 65%, barulah kita boleh katakan rakya t bersama kita kerana kita sekurang2nya 45% pengundi masih percayakan tindak tanduk BN. Kita perlu lebih kuat lagi memberikan penjelasan tentang kebenaran perjuangan kita kepada pengundi menjelang PRU 13. Jgn terlalu selesa dgn undi 5*% kerana kita bertanding diatas padang yg tidak rata. Pelbagai cara boleh digunakan oleh BN untuk menidakkan majoriti kecil (dari segi peratusan)ini.