Suasana di semua tempat pengundian amat meriah dan sesak. Penyokong dan perayu undi kedua-dua parti berbalas-balas sahutan menjadi tempat tersebut hingar-bingar dengan sorak sorai dan laungan mereka. Antara kata-kata yang 'famous' ialah 'HANCUR UMNO', HIDUP PAS', ALTANTUYA dan sebagainya. Ianya diselang seli dengan laungan ALLAHU AKHBAR dan REFORMASI.
Di peti undi Sekolah Kebangsaan Changkat Jering kelihatan penyokong BN tidak bermaya untuk membalas sorakan dan laungan penyokong PAS yang tidak berhenti-henti melaungkan slogan-slogan di atas di selang seli dengan takbir yang cukup menggerunkan penyokong BN yang hanya berjumlah 100 orang sedangkan penyokong PAS 3 kali ganda lebih ramai.
Pengundi-pengundi kelihatan terus keluar berpusu-pusu membuang undi tanpa menghiraukan 'gangguan' dari perayu undi. Kesesakan lalu lintas tidak menjadi masalah bagi mereka kerana kebanyakannya menggunakan motosikal bagi memudah perjalanan mereka.
Kereta-kereta petugas parti juga sibuk berebut-berebut mengajak pengundi menaiki kereta masing-masing. Manakala sesampai sahaja pengundi di tempat pembuangan undi mereka disambut pula oleh perayu yang turut berebut-rebut memimpin tangan pengundi agar mengunjungi pondok panas masing-masing undi menyemak nama dalam daftar pemilih.
Sesekali berlaku juga pertengkaran kecil akibat rasa tidak puashati kerana pihak lawan 'mencuri' pengundi yang dibawa oleh kereta pasti yang satu lagi.
Comments