KABINET BARU : SAYA TIDAK KECEWA TETAPI 'MARAH'

Berkatalah Menantu Tun Pak Lah, Khairy bahawa beliau tidak kecewa kerana tidak diberikan pangkat dan kuasa dalam kabinet Najib. Katanya beliau boleh menumpukan kepada kerja-kerja kepartian.
Betul ke tu Khairy?. Semua orang tahu bahawa jawatan dalam kabinet amat penting untuk mengukuh kedudukan di dalam parti. Sebab itulah menteri BN seringkali menggunakan jawatan dan kuasa dalam kabinet untuk mengukuhkan kedudukan dalam parti. Mereka menggunakan projek, program dan aktiviti dalam kementerian untuk mengikat hati-hati orang bawah menyokong mereka dalam pemilihan parti. Fakta semua orang tahu, pendek kata orang kampung semua sudah tahu.
Mungkin Khairy tidak kecewa tetapi 'marah', ,mungkin dalam hati sahaja. Tidak boleh marah secara terang-terang nanti kena JUAL oleh Najib. Lebih memeritkan saingan Khairy iaitu Mukhriz anak Tun Mahathir (Mr Penasihat) dilantik menjadi Timbalan Menteri menjaga AP. Maka bertambahlah power Mukhriz selepas ini.
Perlantikan Mukhriz sebagai Timbalan Menteri menampakkan kelicikan Tun Mahathir menyusun strategi agar suaranya menjadi penentu halatuju kerajaan baru. Bagi mengelakkan rakyat melihat kekuasaannya dalam kabinet, Mukhriz hanya dilantik sebagai Timbalan Menteri bukan Menteri penuh. Semua ini untuk mengabui mata rakyat. Sekali lagi rakyat cuba diperbodohkan oleh Tun Mahathir setelah lebih 20 tahun beliau memperdaya dan menipu rakyat semasa beliau menjadi memanda Menteri Perdana dulu.
Saya menjangkakan nasih Khairy tidak akan lama, kemungkinan besar akan berlaku sesuatu yang akan 'menendang' Khairy dari jawatannya sekarang. Tunggulah ...............

Comments

JebatSwk said…
Hanya satu saja yang Khairy perlu fikirkan sementara nmasih punya ruang dan waktu. Sudah terang lagi bersuluh bahawa Khairy terpaksa berdepan dengan cabarab hebat dari orang yang tidak sukannya. Najib kini boleh disahkan tidak memerlukan Khairy. Keputusan pperwakilan Pemuda UMNO yang lepas tidak memberi apa-apa pengertian buat Najib. Ucapan minta perwakilan SAHkan kepada barisan pemimpin yang baik tetapi bila perwakilan dah bagi dia tak ikut pula. Dan yang dia ikut ialah kata dua beranak yang akan memusnahkan politik Najib ni. Dua beranak yang gila kiasa ni memang nyata dan berani mengaku bahawa mereka tidak sukan kan Khairy. Macam-macam cara mereka burukkan Khairy dalam pemerintahan Tun Abdullah dulu. Kini mereka masuk berdepan secara terus dan dengan kuasa pula untuk menghancurkan Khairy. Kenapa mereka bertiga ni takut dengan Khairy ni. Apa benar si Khairy ni terlalu bijak dan boleh menghapuskan kebijaksanaan metiga-tiga mereka ni. Kan politik Malaysia tu sentiasa membunuh musuh politik mereka yang dirasakan lebih bijak daripada mereka. Lihatlah bagaimana Mahathir membuang segala TPM pad zamannya dulu yang akhirnya kebijaksanaannya telah ditewaskan oleh pemikiran lembut dan berhemah Tun Abdullah Badawi yang lalu. Rasa-rasanya tidak ada apa-apa lagi yang Khairy fikirkan dalam perjuangan politiknya kecuali satu-satu hartanya yang dia masih genggam iaitu MARUAH DAN HARGA DIRI . Sesungguhnya kemuliaan seorang manusia itu ialah apabila dia mampu mempertahankan maruah dan harga dirinya daripada terus dipersendakan oleh orang lain. Kalau dah dengan jelas semasa perwakilan UMNO telah memberi kepercayaan kepada Khairy untuk mewakili suara mereka dan bila tiba saat perlantikan ini seolah-olah suara mereka ini tidak diguna oleh ketiga-tiga pemimpin UMNO yang berkuasa ini apakah metreka ini boleh dikatakan bermaruah seandainya masih mah terus menyokong pim[pinan ini. Sedangkan di pihak pimpinan tertinggi sudah dengan jelas tidak menghormati pandangan ikhlas mereka. Apakah yang mereka lahirkan semasa Perhimpunan UMNO dulu tiu sesuatu yang bodoh dan tidak bernilai langsung di mata Najib ni. Segalanya terpulanglah kepada Khairy sendiri untuk menjaga dan memartabatkan maruah dan harga dirinya. Apakah dia masih mampu bertahan seterusnya dengan pemimpin-pemimpin yang ada sejarang walaupun maruah dan harga diri bapa mertua dan dirinya telah dipermainkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO ini. Contohilah keperibadian bapa mertua yang sanggup melepaskan kuasa pemerintahan kerana memikirkan tentang maruah dan harga diri. Jadilah seorang pemimpin baru Malaysia yang bermaruah dan berprinsip. Kuasa itu boleh ditentukan oleh rakyat tetapi maruah itu akan mampu menentukan kuasa. Pemimpin yang disegani dan diinginkan oleh rakyat Malaysia hari ini ialah pemimpin yang bijak,berani,berakhlak mulia dan bermaruah. Pilihan masih terbuka dan Khairy berhak untuk menentukan survival politiknya sendiri. Untuk bertahan dalam politik seharusnya mengikut kehendak rakyat kerana pemimpin dipilih oleh rakyat. Daripada mengamalkan politik lontar batu sembunyi tangan lebih baik genggam api biar sampai jadi arang. Kalau dah ditolak dari dalam, apa tunggu lagi keluar sajalah. Pilihlah mana-mana parti yang sesuai dalam Pakatan Rakyat. Masuk dan berdepanlah dengan musuh politik ini dengan berani dan bermaruah. Sayang kepandaian dan kebijaksanaan yang dianugerahkan oleh Allah itu tidak digunakan untuk membela keadilan dan nasib rakyat. Generasi baru mengharapkan pemimpin yang benar-benar berjiwa rakyat. Peluang terbuka luas untuk Khairy mempertahankan maruah dan harga dirinya di mata masyarakat.