PRK BUKIT GANTANG : CEPAT KELUAR MENGUNDI SEBELUM HUJAN

Para petugas di beberapa peti undi menyeru pengundi agar keluar mengundi sekarang bagi mengelakkan hujan yang mungkin turun bila-bila masa. Walaupun keadaan masih panas namun dijangkakan hujan akan turun kerana langit kelihatan mendung.

Seorang perayu undi dari Melaka, Haji Yassim Musa, 57 (gambar) yang bertugas merayu undi di Kampung Tebok DUN Terong menasihatkan pengundi keluar mengundi sekarang bagi mengelakkan masalah hujan yang mungkin turun sebentar lagi.

"Jangan tunggu hujan turun baru nak keluar takut-takut nanti tak sempat nak ngundi" kata Yassim.
Rakan beliau, Haji Ab Rahim, 48 juga dari Melaka mengharapkan pengundi-pengundi PR agar keluar dengan cepat untuk mengundi bagi mengelakkan sebarang kelewatan dan juga memudahkan petugas parti untuk membuat semakan.
"Jangan tunggu sampai 'last minute' baru nak keluar, kita pun naik risau kalau penyokong kita macam ini, sepatutnya mereka mesti keluar awal, senang kita buat kerja" kata beliau dengan semangat.

Comments