TERKINI BUKIT GANTANG : PENGUNDI KELIHATAN KELUAR AWAL

Wakil saya di Parlimen Bukit Gantang memaklumkan bahawa pengundi-pengundi kelihatan berpusu-pusu keluar awal untuk mengundi. Mereka mungkin keluar awal-awal untuk mengelakkan hujan turun.

Kebanyakan pengundi yang keluar awal ialah surirumah dan kemungkinan juga pengundi-pengundi yang tidak bekerja.
Antaranya di Peti Undi Kampung Temerlok, DUN Terong di mana mereka mengundi Sekolah Kebangsaan Temerlok. Perayu-perayu undi juga kelihatan sudah bersiap-sedia untuk menjalankan usaha terakhir merayu undi di pondok panas masing-masing. Jumlah perayu undi PAS kelihatan lebih ramai dari perayu-perayu undi BN.
Selain itu pengundi-pengundi di Kampung Bendang Siam, Batu 8 juga kelihatan mulai beratur untuk membuang undi. Perayu-perayu undi mulai sibuk merayu undi dengan menunjukkan gambar calon masing-masing di samping lambang-lambang parti iaitu bulan dan dacing. DIanggarkan lebih dari 100 petugas sudah mula membanjiri kawasan pembuangan undi di sini.
Saya menjangkakan jumlah yang mengundi mungkin mencecah 75-80 %.
Laporan lain akan menyusul.

Comments