NASIB BAIK BN/UMNO TEWAS DI KEDUA-DUA BUKIT

Saya sangat bersetuju dengan komen dari tetamu blog ini yang menyatakan bahawa bagus juga Umno/BN tewas di kedua-dua Bukit kalau tidak sudah tentu Umno/BN akan memekik-mekik sampai berbulan-bulan mencanang ke sana ke mari bahawa mereka sudah kembali mendapat sokongan rakyat dan PR pula tidak lama lagi akan berkubur.
Kalau BN/Umno menang sudah tentu headline di media akan mencanangkan perkara ini tidak habis-habis mungkin berlarutan sehingga berbulan-bulan.
"Jelas sekali rakyat sudah muak dan jelak dengan sikap media pengampu. Jadi untuk mengelakkan mata mereka 'bebulu' menonton TV dan membaca suratkhabar mereka PAS dan PKR" gurau salah seorang sahabat saya yang memang mual dan loya menonton TV3 dan RTM
Sampai bilakah agaknya media ini akan meneruskan tradisi kolot dan ketinggalan zaman ini. Agaknya bila PR menang mereka akan berubah 'kot'.

Comments

Anonymous said…
dear saudara, saya ingin maklumkan bahawa sebenarnya PAS sudah kuat berbanding UMNO bukan kerana orang melayu tua dah mula menyokong tetapi ahli keluarga PAS yang telah dirancang 30 puluh tahun dulu supaya menambahkan ahli mereka melalui tambahan isi keluarga mereka,jika salah betulkan maklumat saya ini.jadi apa yang kita kena buat sekarang adalah untuk mendaftarkan mereka sebagai pengundi dan keep in touch with them.
Anonymous said…
Ini bukan nasib lah..ini kenyataan yg memang PAS 'sure win'.

Nasib tak baik..kerana PAS tak menang lebih jumlah majority yg lebih tinggi dari expectation RAKYAT.

BudakIPOH
Anonymous said…
Hi kawan ... sebenarnya PAS menang di Bkt Gantang kerana sokongan orang bukan Melayu; selain dari sokongan orang Melayu. Di lihat dari angka keputusan di Bkt Gantang, jumlah peratus undi bagi PAS dari kawasan majoriti bukan Melayu telah meningkat.

Jangan kita hanya melihat kepada penambahan bilangan ahli keluarga dan tidak kepada penambahan kualiti ahli keluarga.
Cara Islam harus dan wajib di jelaskan kepada rakyat .
Di dapati bahawa umat Islam sendiri pon tak jelas tentang perkara ini.
Oleh kerana Mohd .Nizar dan Tok Nik aziz ialah orang yang peramah , adil dan tak pernah sombong.
Maka dapat lah sokongan dari rakyat .
Mereka berdua ini lah tokoh contoh Islam yang baik.
PR PAS bukan bernasib baik menang BKT Gantang kerana ada sokongan tetapi ada tokoh yang baik .
Dan adalah contoh cara Islam.
Saya bukan Muslim , chuma rakyat second class di Malaysia tapi itulah yang saya dapat "feel".

umno dan bn tewas sebab tokoh mereka sombong, tak adil dan penuh rasuah dan penuh muslihat.

Boleh saudara Sofi tuliskan apa berlaku di Batang Ai pada rencana besok?
azfar said…
tak kesahlarrr menang sebab undi melayu, cina atau india. kita semua rakyat malaysia.. berwarganegara malaysia. calon yang menang merupakan calon yg di undi oleh majoriti rakyat malaysia. tolak tepi soal bangsa...
Anonymous said…
Pas menang kerana PAS memang hebat dan credible.....dan dijangka akan semakin hebat....tak payah risaulah kalau ada PRK atau PRU akan datang...bukan nak takabbur....UMNO semakin kecil dan semakin dijauhi kerana UMNO sendiri telah mencampakkan diri mereka ke NERAKA, makan jgn kita ikut UMNO jika kita ikut akan ke NERAKA jugalah kita....UMNO dalm diam terpaksa mengakui kehebatan PAS sekarang....WAJIB....BRAVO PAS