Saya sangat bersetuju dengan komen dari tetamu blog ini yang menyatakan bahawa bagus juga Umno/BN tewas di kedua-dua Bukit kalau tidak sudah tentu Umno/BN akan memekik-mekik sampai berbulan-bulan mencanang ke sana ke mari bahawa mereka sudah kembali mendapat sokongan rakyat dan PR pula tidak lama lagi akan berkubur.
Kalau BN/Umno menang sudah tentu headline di media akan mencanangkan perkara ini tidak habis-habis mungkin berlarutan sehingga berbulan-bulan.
"Jelas sekali rakyat sudah muak dan jelak dengan sikap media pengampu. Jadi untuk mengelakkan mata mereka 'bebulu' menonton TV dan membaca suratkhabar mereka PAS dan PKR" gurau salah seorang sahabat saya yang memang mual dan loya menonton TV3 dan RTM
Sampai bilakah agaknya media ini akan meneruskan tradisi kolot dan ketinggalan zaman ini. Agaknya bila PR menang mereka akan berubah 'kot'.
Comments
Nasib tak baik..kerana PAS tak menang lebih jumlah majority yg lebih tinggi dari expectation RAKYAT.
BudakIPOH
Jangan kita hanya melihat kepada penambahan bilangan ahli keluarga dan tidak kepada penambahan kualiti ahli keluarga.
Di dapati bahawa umat Islam sendiri pon tak jelas tentang perkara ini.
Oleh kerana Mohd .Nizar dan Tok Nik aziz ialah orang yang peramah , adil dan tak pernah sombong.
Maka dapat lah sokongan dari rakyat .
Mereka berdua ini lah tokoh contoh Islam yang baik.
PR PAS bukan bernasib baik menang BKT Gantang kerana ada sokongan tetapi ada tokoh yang baik .
Dan adalah contoh cara Islam.
Saya bukan Muslim , chuma rakyat second class di Malaysia tapi itulah yang saya dapat "feel".
umno dan bn tewas sebab tokoh mereka sombong, tak adil dan penuh rasuah dan penuh muslihat.
Boleh saudara Sofi tuliskan apa berlaku di Batang Ai pada rencana besok?