MEDIA PENGAMPU TAK SERIK-SERIK

Media pengampu BN memang tidak serik-serik. Walaupun sebahagian besar rakyat sudah muak dan jelak dengan cara pemberitaan dan laporan mereka, media-media ini terus mempertahankan stail dan gaya lama mereka. Susah betul mereka ini hendak berubah.

Dua tiga hari lepas Perdana Menteri baru Malaysia, Najib Razak membuat ucapan supaya media lebih beretika dan melaporkan perkara benar serta jujur. Namun kata-kata beliau itu tidak dituruti oleh media.

Media terus berdrama dalam melaporkan keputusan PRK 2 Bukit dan 1 batang. RTM, TV3 suku dan media cetak banyak memfokuskan keputusan Batang Ai sedangkan sebahagian rakyat lebih menumpukan kepada Bukit Gantang dan Bukit Selambau.

Malah ada media yang hanya melaporkan keputusan dan analisis tentang 2 bukit dalam ruang yang sangat kecil dan terhad berbanding dengan keputusan Batang Ai yang diheboh-hebohkan dengan meluas. Kalau boleh mereka ingin menutup terus berita tentang PRK 2 Bukit. Jika adapun laporan tentang 2 bukit semuanya hanya dari sudut negatif dan berpihak.

Mengapa media pengampu ini terlalu bodoh.? Bukankah sekarang ini alat komunikasi sangat canggih dan pantas. Walaupun mereka menyembunyikan fakta namun dalam masa sesaat sahaja rakyat sudah boleh mengetahui cerita sebenar. Rakyat boleh menggunakan sms, mms, email, melayari web/blog pada sebarang masa dan tempat mungkin dari telefon 3G, laptop (mobile internet/broadband) dan lain-lain. Kemudahan wireless juga ada di mana-mana. Malah sekarang sudah ada wi-max dan sebagainya.

Mengapa BN dan media pengampu mereka terlalu kolot dan tertinggal jauh ke belakang.? Pemikiran mereka jauh mundur, mungkin 10-20 tahun terkebelakang. Sekarang bukan era 70-an, 80-an di mana rakyat hanya mempunyai mempunyai media pengampu (RTM) dan surat khabar sebagai sumber info utama. Sekarang rakyat sudah mempunyai media dan peralatan alternatif serta canggih yang tumbuh bagaikan cendawan.

Ekoran dari kemunduran pemikiran BN dan media pengampunya kini rakyat sudah tidak lagi mahu membeli, membaca dan menonton media pengampu ini. Ada dikalangan mereka hanya merujuk media mundur ini untuk mengetahui berita sukan dan hiburan (itupun penuh dengan gosip sahaja) ......hanya itu berita yang mungkin boleh dipercayai, yang lain baca dan tengok boleh, percaya jangan (kena selidik dahulu).

Saya yakin jika inilah stail dan gaya yang dipertahankan oleh media pengampu ini, sudah pasti mereka tidak akan hidup lama terutama media cetak. Lihat sahaja apa yang berlaku kepada Berita Hairan sekarang......tidak lama lagi Utusan Meloya juga bakal mengikuti jejak Berita Hairan jika mereka tidak berubah.

Comments

Wannnnn said…
Media cetak hanya bolih di baca tentang berita rogol, berita luar negara, sukan dan hiburan sahaja. nak dapat berita sebenar tentang politik tanahair kita, sila buka internet, , , Ini saranan saya untuk semua rakyat malaysia. Bg pemyokong UMNO totot, media cetak mengampu tu lah kitab mereka...