PRK BUKIT GANTANG : PERATUSAN UNDI MUNGKIN TAK CECAH 80%

Dengan lebih dari 50 % pengundi telah membuang undi di Bukit Gantang kemungkinan besar peratusan pengundian tidak akan mencecah sehingga 80 %. Ada lebih kurang 2 jam setengah lagi untuk pengundi yang belum keluar undi menunaikan tanggungjawab mereka.
Ini disebabkan ramai pengundi luar tidak dapat pulang mengundi kerana hari ini adalah hari bekerja. Ada juga yang beranggapan pengundian ini tidak penting kerana ia tidak dapat membuat apa-apa perubahan kerana jika PAS dan BN menang sekalipun kerajaan negeri dan kerajaan pusat akan tetap sama. Selain itu faktor cuaca juga mungkin dijadikan alasan untuk pengundi atas pagar tidak mahu keluar mengundi.
Walaupun bilangan pengundi yang datang di pusat pengundian agak kurang namun semangat perayu-perayu undi PAS tetap kental berbanding BN yang semakin berkurangan disebabkan hujan dan keletihan. Kelihatan ramai daripada mereka meninggalkan 'perjuangan' dan ada yang berehat di kawasan berhampiran.

Seorang perayu undi Haji Bakrin Sidek dari Melaka yang bertugas di Peti Undi Kampung Tebok berkata, semangat yang ditunjukkan oleh petugas PAS harus dipuji kerana mereka bekerja tanpa mengenal penat dan lelah.

"Mereka yakin bahawa segala penat lelah mereka akan dibayar oleh Allah di akhirat kelak berlainan dengan perayu undi BN yang hanya mengharapkan habuan dunia dan wang ringgit" tegas beliau yang tiba di Bukit Gantang awal pagi tadi.

Comments

mekjah said…
lawan tetap lawan...tahniah para penyokong PAS..berjuang untuk ISLAM..takbirrr