KABINET BARU : TOK NAJIB KETEPIKAN HASRAT DAN CITARASA RAKYAT

Ternyata pengumuman barisan kabinet baru Najib mengetepikan hasrat dan citarasa rakyat serta mungkir janji kepada rakyat. Mengapa ? Di bawah ini saya catatkan beberapa sebabnya :-

1) Melantik beberapa menteri dan timbalan menteri yang ditolak oleh rakyat (kalah pilihanraya) antaranya Koh Tsu Kon, Shahrizat Abdul Jalil, Awang Adek Hussain, Chew Mei Fun dan Mukhriz Mahathir (ditolak oleh orang Umno).

2) Berjanji untuk membuat perubahan besar dalam barisan kabinet namun hanya 20 % sahaja muka baru dilantik. Malah jumlah kementerian hanya dikurangkan sebanyak 2 sahaja. Maka sudah tentu pembaziran yang dilakukan di zaman Tun Pak Lah terus disambung oleh Tok Najib. Banyak kementerian banyaklah belanja.

3) Melantik semula menteri yang recycled dan expired. Antaranya Rais Yatim.

4) Menzahirkan keterlibatan Tun Mahathir dalam pentadbirannya apabila Mahathir sendiri mengaku akan menjadi penasihat (walaupun tidak secara rasmi). Terbukti apabila Mukhriz dilantik menjadi anggota kabinet Tok Najib.
5) Mengujudkan suasana yang tidak sihat di dalam Umno apabila tidak melantik Khairy sebagai anggota kabinet sebaliknya calon Ketua Pemuda Umno yang kalah iaitu Mukhriz dan Timbalan Khairy iaitu Razali Ibrahim.

Ternyatakan slogan Najib "Satu Malaysia - Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan" hanyalah slogan untuk disebut-sebut bukan untuk diamalkan. Apakah dengan melantik pemimpin yang ditolak rakyat boleh mentafsirkan sloga RAKYAT DIUTAMAKAN.

Comments

Keylee Daud said…
benarlah teori RAHMAN akan berakhir dengan menteri dari BN
Anonymous said…
Ini adalah 'Kabinet Boneka' Mahathir bukan kabinet rakyat. Kalau Khairy tak bersih menurut pandangan Mahathir, bagaimana dengan Johari Baharum dan JJ yang juga dilantik ke dalam kabinet. Bukankah semua rakyat tau isu mereka? Saya setuju dengan pandangan mutaligat dalam isu ini.
Anonymous said…
Saya lagi setuju. Sepatutnya semua yang dilantik muka baru. Baru best.