RAKYAT TOLAK KEBIADAPAN DAN KEDURJANAAN BN

Kemenangan PAS di Bukit Gantang membuktikan bahawa majoriti rakyat menolak kejahatan dan kedurjanaan BN yang merampas kerajaan PR secara rakus dan tidak bertamadun.

Rakyat hari ini sudah matang dan cerdik untuk menilai yang mana yang hak dan batil.

Jadi bagi saya jika BN benar-benar bermaruah mereka mesti berundur dan membenarkan pembubaran DUN Perak serta merta.

Comments

Anonymous said…
Hentikkan menghina rakyat Perak. Jangan jadikan majoriti rakyat Perak seperti berada dalam kandang sarkas ala 'Pendekar Bujang Lapuk.' tribute to Tan Sri P. Ramlee and tribute to Sharif Medan (bendahara) as in the movie 'Hang Jebat'
IbnAbdHalim said…
BN tak akan bubarkan Dewan Undangan Negeri Perak. Itu sudah pasti. Rakyat hanya bergantung kepada kebijaksanaan Paduka Seri Sultan Perak saja untuk memperbetulkan keadaan. Kalau baginda benar-benar sayangkan rakyat maka baginda akan memperkenankan pembubaran Dewan. Kalau baginda memilih untuk merestui kerajaan HARAM maka rakyat menunggu masa di mana Dewan akan terbubar dengan sendirinya menjelang Mei nanti.
JebatSwk. said…
Tahniah kepada pengundi-pengundi Bukit Gantang kerana sanggup berkorban dan terhina kerana mempertahan hak dan suara rakyat sejati negeri Perak. Semoga usaha dan kemenangan yang ditunjukkan ini akan memberi petunjuk kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Azlan Shah dan Raja Muda Nazrin untuk membuat sesuatu tindakan yang berpihak kepada rakyat. Tiada apa yang rakyat minta cuma BUBARKAN DUN atau titahkan 3 kerusi yang menimbulkan huruhara di Negeri Perak ti sebagai kosong. Itu sahaja permintaan rakyat yang hina. Kedaulatan dan Kemulian Sultan tetap rakyat hormati cuma biarlah Tuanku Sultan mendengar dan menilai suara rakyat Perak bukannya pemimpin UMNO yang hanya mementingkan kuasa mereka. Rakyat Perak telah matang dan mampu berfikir dengan waras sepanjang pemerintahan Tuanku Sultan. Andaikata dianggap tercela pemikiran rakyat Perak maka itu hanya menunjukkan pemerintahan gemilang Tuanku Sultan selama ini juga tercela kerana rakyat Perak di bawah naungan Tuanku Sultan. Demi mendaulatkan kuasa Tuanku Sultan di mata rakyat jelata ada baiknya Tuanku mendengar rintihan suara rakyat. Sejahteranya rakyat maka Sejahteralah pemerintahan Tuanku Sultan di mata rakyat Malaysia. Kisah-kisah pemerintahan Sultan dan Raja Melayu yang terdahulu haruslah dijadikan panduan dan pedoman untuk Tuanku Sultan memartabatkan Institusi Kesultanan Perak supaya ia kekal sepanjang zaman.