Kemasukan Tun Mahathir yang pernah mendapat anugerah sebagai Mahazalim, Mahafiraun dan lain-lain gelaran didakwa menjadi penyebab kepada kekalahan BN di Bukit Gantang dan Bukit Selambau.
Sahabat saya Affandy Wahab berkata terbukti Mahathir sudah tidak laku dan 'expired'. Cakapnya hanya dipakai oleh Najib dan Mukhriz sahaja, manakala rakyat menolaknya mentah-mentah.
Menurutnya rakyat masih terus mengingati kezaliman dan kedurjanaan yang pernah dilakukan oleh bekas Perdana Menteri yang memerintah Malaysia lebih dari 20 tahun itu.
"Kalau Mahathir berkempen di Batang Ai sudah tentu BN akan kalah di sana, nasib baik beliau berkempen di Bukit Gantang dan Bukit Selambau saja, kalau tidak BN kalah semua 3-0"kata Affandy secara sinis.
"Sepatutnya Mahathir dengan umurnya yang lanjut berehat di rumah sahaja, tidak perlu terlibat dengan politik lagi. Beliau sewajarnya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia di atas segala kezaliman dan kesalahan beliau yang telah lalu" tambahnya.
Menurutnya lagi, tindakan Mahathir berkempen untuk BN di kedua-dua kawasan tersebut menambahkan kemarahan rakyat (yang sedia marah) kepada BN. Dosa beliau yang telah lalu masih belum dimaafkan rakyat. Malah Mahathir sendiri tidak pernah meminta maaf kepada rakyat dan Anwar yang difitnah beliau.
"Saya yakin kalau Mahathir terus 'mengacau' dan menasihat Najib, BN dan Umno akan lebih cepat ditalkinkan, setakat inipun kubur BN dan Umno sudahpun digali tinggal untuk ditanam dan ditalkinkan sahaja" kata Affandy yang juga merupakan aktivis masyarakat yang popular.
Comments
Kezaliman Mahathir sepanjang pemerintahannya bukan lagi menjadi kebanggaan generasi baru rakyat malaysia malah ia menjadi busung yang akan dibawanya sampai ke akhir hayatnya.
Tidak mungkion akan muncul fahaman mahathirisme lagi dalam politik tanah air tercinta dan berdaulat ini. Kalau hayatnya panjang sampai PR ke-13 nanti beliau akan menyaksikan bagaimana UMNO parti melayu yang dibinasakannya akan terkubur bersama-sama anak harapannya yang terkasihan oleh UMNO.