HASAD, DENGKI, KHIANAT DAN BONGKAK TERUS MENJADI AMALAN PENTADBIR UPM? ~ Ref Malaysiakini

Sifat hasad, dengki, khianat dan bongkak terus menjadi amalan pihak pentadbir UPM terutama Kolej Tun Perak apabila tanpa alasan yang kukuh bertindak demikian. Jelas mereka begitu dengki kerana bimbang pelajar terbabit akan mempengaruhi pelajar lain dalam Pilihanraya Kampus nanti.

Ini kerana salah seorang pelajar terbabit adalah exco Persatuan Mahasiswa Islam UPM yang sudah tentu menjadi musuh kepada pentadbir UPM dan Kolej tersebut. Mengapa begitu sekali bongkaknya mereka ini.? Apakah secebis kuasa yang diberi oleh Allah kepada mereka menjadikan mereka bongkak dan lupa kepada mati.

Memang dijangkakan selepas ini akan banyak lagi tindakan yang lebih dahsyat akan dilakukan kepada pelajar-pelajar pro-mahasiswa. Antara tindakan tradisional yang biasa menjadi modus operandi mereka ialah :-

1) Ugut
2) Buang Kolej
3) Geledah bilik atau rumah sewa
4) Surat amaran
5) Pukul
6) Koyakkan poster dan banner
7) Malukan siswi dan sebagainya

Apa yang dikesalkan pelajar yang kolej tersebut akan menghadapi peperiksaan akhir semester seminggu lagi. Malah kedua-duanya adalah pelajar cemerlang yang memperolehi CGPA 3.5.

Lebih menghairankan pihak kolej menyatakan bahawa kedua-dua kedua-duanya berada di kolej itu "secara tidak sah" dan "tanpa pengetahuan pihak pengurusan kolej".

Saya hairan bagaimana kedua-duanya dikatakan tinggal di kolej itu secara tidak sah. Sedangkan setahu saya mahasiswi IPT memang sentiasa mengikut peraturan Universiti dan sudah tentu mereka takut untuk 'squatting' (tinggal di Kolej secara haram). Berlainan dengan mahasiswa yang biasa 'squatting' termasuk saya semasa belajar dahulu.

Malaysiakini melaporkan bahawa Pengetua kolej berkenaan Profesor Madya Dr Jasni Sabri di dalam suratnya bertarikh 14 Oktober kepada kedua-dua pelajar itu dipetik sebagi berkata "Jika saudari mengingkari arahan ini, saudari boleh boleh dikenakan tindakan tatatertib dan pihak kolej berhak menyita barang-barang di dalam bilik tersebut,".

Inilah rentetan kezaliman yang dilakukan kepada pentadbir IPTA ini terhadap mahasiswa yang 'keras kepala' tidak mahu tunduk kepada mereka agar menjadi seperti kerbau dicucuk hidung.

Kezaliman dan kerakusan Insya Allah akan berakhir jika kerajaan pusat bertukar tangan nanti. Oleh itu rakyat mesti bangkit untuk menolak kerajaan BN yang merestui dan menggalakkan gejala negatif ini menular di IPTA.

Sikap kebudak-budakkan, suka berpolitik dengan pelajar sendiri, tidak tahu mana 'priority' dan sebagainya, menjadikan IPTA kita terus merosot dari segi kualiti dan imejnya. Sehinggakan satu universiti pun tidak termasuk didalam kategori 200 universiti terbaik dunia sekarang.

Comments