TERBUKTI LANGKAH NAIKKAN HARGA MINYAK JUN LALU LANGKAH SILAP ~ Ref Malaysiakini

Terbukti dakwaan PR bahawa langkah menaikkan harga minyak sebanyak 78 sen Jun lalu adalah silap. Ini kerana selepas 4 bulan kenaikan tersebut kerajaan menurunkan semula harga minyak sebanyak 3 kali dalam masa 2 bulan.

Langkah menaikkan harga minyak sebanyak 78 sen itu telah menyebabkan kenaikan harga barang yang melambung dan mendadak. Kini setelah harga minyak diturunkan lagi malam ini harga barangan masih tidak berganjak. Ini jelas menyusahkan rakyat walaupun penderitaan mereka sebikit ringan dengan penurunan harga minyak ini.

Rata-rata pakar-pakar ekonomi dan Pakatan Rakyat telah menasihatkan kerajaan supaya tidak menaikkan minyak sehingga 78 sen pada Jun lalu tetapi kerajaan BN tetap berdegil dan kini rakyat menanggung bala bencana disebabkan kesilapan dan kebodohan kerajaan BN ini.

Sepatutnya kerajaan hanya menaikkan harga pada sekitar 20-40 sen sahaja pada waktu itu supaya harga barangan tidak melambung terlampau tinggi seperti sekarang. Kini apa yang kerajaan boleh buat dengan harga barang? Rakyat yang merana.

Walaupun harga minyak turun lagi malam ini, masih belum tentu lagi harga barangan akan turut sama turun.

Bernama melaporkan hari ini bahawa Perdana Menteri Dollah Badawi berkata harga petrol RON97 akan dikurangkan sebanyak 15 sen kepada RM 2.30 sen seliter berkuat kuasa esok.

Perdana Menteri berkata harga petrol RON92 juga akan dikurangkan sebanyak 10 sen kepada RM2.20 manakala diesel turun 20 sen kepada RM2.20.

Ini berikutan harga minyak dunia telah menurun secara ketara akhirakhir ini, katanya dalam satu kenyataan dari Putrajaya hari ini.

Beliau berkata kerajaan telah membuat keputusan untuk mempercepatkan pengurangan harga runcit petrol dan diesel bagi membolehkan orang ramai menikmatinya dengan lebih segera.Sebelum ini, kerajaan telah melaraskan harga runcit petrol pada 23 Ogos dan 24 September tahun ini.

Comments

shun2u said…
Kerajaan selalu buat tindakan yang melulu. Apabila timbul kesan dari tindakan yang dibuat, baru cari penyelesaiannya. Sepatutnya sebelum melaksanakan sesuatu tindakan, patut fikir akibatnya dahulu sebelum melaksanakan tindakan tersebut..