SITI ZAHARAH MASIH BERNAFSU ~ Ref Malaysiakini

Tiba-tiba sahaja nama bekas Menteri di zaman Mahathir, Siti Zaharah Sulaiman muncul kembali selepas lama menyepi akibat diketepikan oleh Umno. Kalau dulu Siti Zaharah pernah menggemparkan politik Malaysia apabila menewaskan Kak Fidah dalam perebutan Ketua Pergerakan Umno, kita Zaharah (Jarah) tidak ada taring lagi sekadar Ketua Wanita Bahagian Paya Besar (yang dipertahankan pada pemilihan baru-baru ini).

Namun beliau nampaknya masih bernafsu untuk merangkak naik semula dalam Umno. Hari ini Zaharah yang bertudung dan selalu berbibir merah ini menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno. Mengapa lewat sangat menawarkan diri sedangkan sudah 30 bahagian Umno telah selesai bersidang. Mungkin Zaharah masih berkeyakinan yang beliau mampu mendapat cukup pencalonan untuk melayakkan dirinya bertanding pada Mac 2009 nanti.

Kemunculan semula bekas Ahli Parlimen Paya Besar ini, menawarkan diri untuk bertanding jawatan MT mungkin menjadi titik tolak beliau untuk 'come back' dan meneruskan kerjaya politiknya yang terbantut selepas ditewaskan oleh Kak Fidah selepas sepenggal menerajui Pergerakan Wanita Umno. Sudah pasti Zaharah teringin untuk disanjung dan dipuji seperti dahulu.

Memang ini menjadi asam garam pemimpin Umno, mereka benar-benar mengalami 'culture shock' sebaik sahaja pencen dari jawatan kerana anak-anak buah dan orang yang membodek mereka dulu sudah tidak melayan mereka tidak seperti ketika mereka memegang jawatan sehingga ramai yang mencium tangan memuji memuja. Sehingga ada antara bekas-bekas pemimpin UMno ini kalau berjalan di pasar malam pun tidak ditegur oleh rakyat kerana ramai yang meluat dengan kelakuan mereka sewaktu berkuasa dulu.

Harap-harap Kak Zaharah tidak macam itu.

Comments

Laxmana said…
Salam...

Zaharah ni jauh lebih baik drpd wanita dalam umno (bukan wanita umno jer) yang lain...

Apsal dier tak tawar diri bertanding Ketua Wanita?

Hmm... Alaaahai...