UMNO KELANTAN MATI DULU SELEPAS ITU SEMUA UMNO AKAN DITALKINKAN ? ~ Ref Malaysiakini

Umno Kelantan bakal ditalkinkan terlebih dahulu dari Umno pusat yang juga sekarang berada di dalam keadaan nyawa-nyawa ikan. Hakikatnya Umno memang sakit tenat sekarang lantaran kerana perebutan kuasa yang hebat sehingga banyak cawangan yang bermasalah.

Ada cawangan, bahagian, pemuda, puteri yang dihalang dari bermesyuarat, ada yang mesyuarat dua kali, dua tempat, ada yang bergaduh dan sebagainya. Semuanya kerana masing-masing menggilai jawatan, kuasa dan pangkat kerana semuanya akan menjadi jambatan untuk kesenangan dunia. Halal haram tolak tepi yang penting aku mesti menang.

Sebab itulah sehingga kini di Kelantan, Jawatankuasa Pemilihan dan Pemantau Badan Perhubungan Umno Kelantan menerima sebanyak 731 bantahan daripada anggota parti di peringkat cawangan seluruh Kelantan sejak 11 Okt sehingga semalam.

Setiausahanya, Mirza Askary berkata bantahan itu termasuk gagal menghantar notis mesyuarat cawangan serta mengenai wakil bahagian yang dilantik sebagai pemerhati terlibat secara langsung dalam mesyuarat.

Jawatankuasa itu juga ada terima bantahan daripada anggota yang tidak menerima surat jemputan ke mesyuarat cawangan termasuk dari kalangan anggota jawatankuasa cawangan.

Beliau berkata jawatankuasa Pemilihan dan Pemantau turut menerima aduan daripada anggota berhubung pembatalan mesyuarat yang telah dijadualkan tanpa pengetahuan anggota cawangan sendiri manakala tarikh baru mesyuarat yang tidak dimaklumkan.

Semua bantahan itu tidak termasuk daripada anggota Pemuda, Wanita dan Puteri, katanya. (Mtar)

Memang parah Umno Kelantan sekarang. Sebab itulah saya berpendapat Umno Kelantan akan berkubur dahulu dan akan diikuti oleh Umno pusat. Kalau dah 731 bantahan dibuat bermakna kemungkinan besar kalau dikirakan purata satu cawangan satu bantahan.

Jadi saya mengharapkan seluruh ahli Umno bangkit dan tinggalkan Umno kerana pemimpin kamu sebenarnya berjuang untuk perut dan bawah perut bukannya berjuang untuk Islam, bangsa dan negara. Apa guna kita menjadi ahli parti yang dipimpin oleh mereka yang pentingkan diri sendiri melebihi dari kepentingan agama, bangsa dan negara.

Comments