MARAH BETUL PEMUDA MCA KEPADA KHAIRY ~ Ref Malaysiakini

Pemuda MCA dilihat begitu marah kepada Khairy sehingga mencadangkan Khairy ditahan di bawah akta zalim ISA.

Saya tidak bersetuju dengan tindakan pemuda MCA tersebut kerana ISA tetap ISA iaitu akta zalim yang tidak patut digunakan untuk menangkap seseorang.

Walau macamana berat sekalipun kesalahan seseorang ia mesti dibicarakan di mahkamah terbuka dan diberi peluang membela diri, bukannya ditangkap dan disumbat ke dalam penjara secara membuta tuli seperti yang diamalkan oleh kerajaan primitif sekarang.

Jika Khairy menantu kesayangan Dollah melakukan kesalahan tahan beliau dan hadapkan ke mahkamah terbuka supaya beliau diadili dengan seadil-adilnya bukan menahan beliau di bawah ISA.

Semalam seorang perwakilan Pemuda MCA menggesa pihak berkuasa supaya menahan Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana membuat kenyataan yang berbaur perkauman.

Perwakilan dari Perak itu, Ting Tai Fong membuat gesaan tersebut sewaktu perbahasan di perhimpunan Pemuda MCA di ibupejabat parti itu di ibunegara hari ini. Khairy adalah antara tetamu di majlis perasmiannya.

Ting membidas Khairy, yang juga menantu perdana menteri, berhubung kenyataannya mengenai nisbah kuota biasiswa untuk bumiputera dan bukan bumiputera.

Katanya, kenyataan itu bukan sahaja dibiarkan oleh kepimpinan Umno tetapi juga telah mendorong Ahmad untuk membuat kenyataan yang senada dengannya.

Ting berkata, ISA tidak sepatutnya digunakan terhadap orang awam seperti yang telah dilakukan bulan lalu.

Comments