ALI KEMPEN DI TERENGGANU, BERAPA PENCALONAN DIA DAPAT? ~ Ref Malaysiakini

Sahabat kita Lipo melaporkan bahawa kroni Shah Rukh Khan, Mohd Ali Rustam baru balik dari Terengganu berkempen untuk dicalonkan sebagai Timbalan Presiden. Khabarnya Ali sampai di KLIA jam 8 malam tadi. Ini Lipo kata mungkin tepat apa yang Lipo bagi tahu ini.

Kalau benar bagai di kata, nampaknya Ali sibuk berkempen untuk dirinya sedangkan kawan-kawan kita di Rim sibuk membasuh rumah akibat banjir. Orang lain sibuk memastikan rakyat berada dalam keadaan baik dan dijaga kebajikan mereka, Ali sibuk berkempen untuk mendapatkan pangkat dan kuasa.

Inilah bezanya pemimpin Pakatan Rakyat dengan pemimpin Umno/BN yang sentiasa mengejar pangkat dan kuasa kerana dengan kedua-duanya itu seseorang pemimpin Umno/BN akan hidup senang lenang di dunia ini. Itulah yang dikejar mereka.

Lipo bertanya berapa pencalonan agaknya Ali dapat dari Terengganu. Manalah saya tahu. Mungkin sahabat kita Blogger Emy boleh memberitahu kita berapa angka yang akan diperolehi oleh pemimpin sanjungannya ini.

Syabas Ali kerana bekerja kuat untuk diri sendiri dan membiarkan rakyat terus menderita dilanda banjir. Moga-moga selepas akan dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri oleh Najib selepas dilantik menjadi Senator.

Kalau benar begitu, sedihlah kita semua sebab Ketua Menteri yang kita 'sanjung' akan meninggalkan kita untuk berkhidmat di pusat. Mungkin kalau beliau ke pusat maka peluang untuk pelakon-pelakon bollywood lain untuk mendapat gelaran Datuk akan berkubur.

Comments