ZAKI KETUA HAKIM BARU? ~ Ref Malaysiakini

Seperti dijangka Presiden Mahkamah Rayuan, Zaki Tun Azmi akan dilantik sebagai Ketua Hakim Negara. Memang ini yang dirancangkan oleh kerajaan BN.

Dulu Zaki merupakan Peguam Umno dan ahli jawatankuasa tatatertib Umno. Jika benar beliau akan dilantik (seakan-akan sudah pasti) ianya sudah tentu akan dibantah oleh PR kerana Zaki jelas adalah seorang hakim yang mempunyai kaitan dengan Umno.

Hari ini Malaysiakini melaporkan bahawa Majlis Raja-Raja Melayu memutuskan untuk mencalonkan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zaki Azmi sebagai ketua hakim negara yang baru untuk menggantikan Tan Sri Abdul Hamid Mohamad yang akan bersara.

Keputusan tersebut dibuat hari ini dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja yang berlangsung di Kuala Terengganu hari ini, demikian sumber-sumber memberitahu Malaysiakini.

Abdul Hamid akan bersara esok dan Zaki, yang terkanan dalam badan kehakiman, akan dilantik memegang jawatan tersebut.

Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa Majlis Raja-Raja melantik ketua hakim negara atas nasihat perdana menteri.

Perlantikan tersebut, yang belum dimumkan secara rasmi, dijangka mencetuskan kontroversi ekoran kaitan Zaki sebelum ini dengan Umno.

Beliau hanya dilantik ke Mahkamah Persekutuan September lalu dan dua bulan kemudiannya, dilantik sebagai presiden Mahkamah Rayuan.

Zaki kini berusia 63 tahun dan akan memegang jawatan tersebut sekurang-kurangnya selama tiga tahun kecuali perkhidmatannya dilanjutkan oleh kerajaan.

Sumber-sumber memberitahu Malaysiakini bahawa pelantikan tersebut dibincangkan dalam mesyuarat hari, yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dan semua menteri besar dan ketua menteri.

Dengan keputusan Majlis Raja-raja ini saya yakin Zaki akan dilantik kejawatan tersebut. Maka berjayalah Umno mengangkat bekas orang kuatnya menjadi ketua Hakim Negara.

Satu lagi tragedi dalam bidang kehakiman sedangkan Dollah melaung-laungkan untuk membuat reformasi dalam kehakiman. Belum-belum apa-apa lagi hasratnya untuk menubuhkan Suruhanjaya Kehakiman tercemar dengan perlantikan Zaki ini.

Comments