SOKONG NAJIB MESTI DISIASAT SEGERA ~ Ref Malaysiakini

Saya menyokong saranan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim supaya Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak disiasat segera berkenaan salah guna kuasa dalam kes pembunuhan Altantuya Shaaribu.

Ini amat penting untuk mencari penyelesian terhadap isu ini agar orang sebenarnya bersalah dihukum dan yang tidak bersalah dapat membersihkan namanya.

Dalam hal ini negara kita wajib membuktikan siapa yang bersalah sebenarnya kerana ini membabitkan hubungan antarabangsa dan imej negara.

Kita mesti membersihkan nama Timbalan Perdana Menteri jika benar beliau tidak bersalah kerana kita tidak sanggup mempunyai seorang pemimpin yang sering dituduh sebagai jahat dan jijik.

Manakala andainya beliau bersalah, beliau mesti dihukum dengan hukuman setimpal. Malah negara dan rakyat Malaysia juga tidak mahu seorang pemimpin yang terlibat dengan jenayah memimpin kita. Jadi jika beliau bersalah rakyat berhak menolaknya dan beliau sendiri sepatutnya meletakkan jawatan jika didapati bersalah.

Sehingga sekarang rakyat masih tertanya-tanya adakah Najib bersalah atau sebaliknya. Ini kerana tiada siasatan dijalankan terhadap beliau sedangkan orang dituduh membunuh Altantuya yang dibicarakan di mahkamah sekarang adalah orang yang paling rapat dengan Najib.

Saya menggesa Najib supaya tampil dan menawarkan diri untuk disiasat demi untuk menegakkan kebenaran dan kebatilan. Jika beliau seorang yang bermaruah dan bertaraf negarawan beliau mesti berani berbuat demikian. Jika tidak sampai bila-bila pun ada orang yang akan terus membuat tuduhan bahawa Najib terlibat sama dalam isu ini.

Comments

matador said…
Sape nak siasat??

Pak Lah?
Musa Hassan?
Bakri Zinin?
BPR?
Hamid Albar?
Nazri?