MENANTU KU SAYANG ~ Ref Malaysiakini

Pak Samdul tersenyum sendiri. Apa yang mencuit hatinya tidak dapat dipastikan. Sesekali beliau menjeling kepada anaknya yang sedang leka menjemur padi di halaman rumah.

"Paknya apa yang disenyumkan tu, senyum-senyum sorang-sorang, buang tabiat ke" suara Mak Andon nyaring menerjah telinga Pak Samdul.

Tersentak Pak Samdul...'kacau daun betul orang tua", rungut Pak Samdul bagaikan baung di bawah di 'bangkar'. "Tak boleh tengok orang senang langsung, potong stim betul" Pak Samdul terus melayan fikiran yang sedang berangan-angan.

"Tak adalah, aku teringatkan masa aku mengurat engkau dulu" kata Pak Samdul cuba mengalih topik agar hal sebenar tidak diketahui oleh Mak Andon.

Pak Samdul merupakan Ketua Kampung Malapu, sebuah kampung yang terletak tidak jauh dari Bandar Putra Jati. Beliau mempunyai seorang anak lelaki bernama Qumal dan seorang anak perempuan bernama Nomi.

Sebenarnya Pak Samdul sejak beberapa purnama dulu begitu teringin untuk mencari menantu, iaitu mencarikan suami kepada Nomi yang sudah agak berumur. Nomi seorang gadis yang putih bermuka bulat dan bermata sepit agak tidak 'jambu' berbanding gadis lain di Kampung Malapu.

"Bila agaknya anak kita tu akan kahwin ya bang" tanya Mak Andon kepada Pak Samdul suatu hati.

"Entahlah abang pun naik pening kepala, umur dah agak lanjut, malu aku kalau anak tok ketua menjadi anak dara tua" balas Pak Samdul.

"Apa kata kalau kita carikan jodoh untuk dia" kata Mak Andon mengharapkan jawapan ya dari Pak Samdul.

"Isssy awak ini itu namanya perigi cari timba" kata Pak Samdul dengan suara agak tinggi.

"Biarlah nanti adalah tu orang yang masuk meminang" jawab Pak Samdul

Rupa-rupanya telahan Pak Samdul ada kebenarannya. Nun di hujung kampung Malapu tinggal seorang pemuda gagah lulusan Universiti Okpod dari negeri Jin Bertendang. Menurutnya ceritanya pemuda ini anak seorang kenamaan dari kampung sebelah iaitu Kampung Nigiri. Nama pemuda ini Rikai Jamak. Memang samseng nama itu sama seperti nama samseng Kampung Dusun, Galak dan Gampang.

Ramai kawan-kawan Rikai tahu yang pemuda ini memang bercita-cita untuk menjadi Ketua Kampung. Sebab itu Rikai sering berkumpul di tepi Sungai Juha dengan kawan-kawan berbincang cara-cara untuk menjadi Ketua Kampung dalam masa yang singkat.

bersambung ....

Comments