PILIHANRAYA KAMPUS : SEMUA TNC HEP MENANG TANPA BERTANDING? ~ Ref Malaysiakini

Pilihanraya kampus sedang berlangsung di empat Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Pantai Timur.

IPTA terbabit ialah Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Universiti Darul Iman Malaysia (UDM).

Saya yakin bukan mahasiswa yang menang pada hari ini tetapi Timbalan Naib Canselor (TNC) Hal Ehwal Pelajar semua IPTA terbabit yang menang menentang mahasiswa sendiri. Selepas ini mereka ini akan melaung-laungkan kemenangan mereka dengan bangga.

Seperti posting saya sebelum ini saya menggesa agar pilihanraya kampus ini tidak perlu diadakan lagi. Lantik sahaja TNC HEP menjadi Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa dan Pendaftar HEP menjadi Setiausahanya. Lagi bagus.

Semua orang tahu bahawa walaupun pelbagai memo dan demo serta bantahan di hantar kepada kerajaan dan IPTA pihak berwajib ini seolah-olah pekak, bisu dan buta tidak dapat menilai dan melihat pentingnya mahasiswa diberi kebebasan untuk menentukan hala tuju sendiri dalam gerakan kemahasiswaan. Mereka ini dilayan seperti budak tadika dan PASTI sehingga mahasiswa ini menjadi robot, jumud, penakut dan pengecut kerana seringkali dikonkong dan dikawal untuk melakukan apa sahaja. AKhirnya mahasiswa kita menjadi mahasiswa yang mungkin hebat dari segi akademik (tak hebat jugak sama sahaja) tetapi 'mandom' dan kaku dari segi 'public relation', management skills, 'leadership' dan sebagainya.

Inilah harga yang terpaksa dibayar oleh rakyat Malaysia yang kehilangan potensi untuk dipimpin oleh mahasiswa pada masa depan.

Comments