MENTERI UMNO 'TIDAK CERDIK' A.K.A BODOH? ~ Ref Malaysiakini

Pagi ini saya sempat mendengar Radio IKIM.fm dalam rancangan paginya yang dihoskan oleh Zamri Zainal Abidin dan Zarita Kassim (Z & Z). Topik perbincangan mereka pagi ialah tentang kenaikan harga barang, kedua-dua hos atau juruhebah tersebut membuka talian untuk para pendengar memberikan komen tentang kenaikan harga barang.

Ramai pemanggil menyalahkan kerajaan kerana menaikkan harga minyak sehingga menyebabkan pekedai dan peruncit menaikkan harga barang bahkan bila harga minyak turun sedikit inipun harga barangan tidak ikut sama turun.

Ada pemanggil juga merungut kesal kerana kerajaan kononnya ingin memantau harga barangan ini tetapi semuanya hanyalah omongan kosong kerana pihak pemantau sudah tentu tidak dapat memantaunya 100 %.

Salah seorang pemanggil juga turut kesal kerana kerajaan mengenakan harga syiling yang kadang-kadang harga syiling itu memang tinggi dan membebankan.

Selain itu seorang lagi pemanggil menyatakan bagaimana pekedai dan peruncit dapat menurunkan harga barangan sedangkan mereka juga mendapat bekalan dari pembekal dengan harga yang mahal. Takkan mereka sanggup menanggung kerugian.

Seorang lagi pemanggil mencadangkan kerajaan menetapkan harga syiling yang munasabah kepada semua barangan demi kebajikan rakyat.

Salah satu pandangan yang menarik ialah tuduhan pemanggil kepada Menteri Umno yang menjaga harga barang ....katanya Menteri ini memang tidak cerdik aka bodoh .....tetapi saya tidak berapa ingat kenapa beliau berkata demikian ......namun semua ini secara umumnya adalah kerana kegagalan menteri berkenaan mengawal kenaikan harga barang yang melambung tinggi secara tidak masuk akal.

Kasihan menteri berkenaan pagi-pagi dah kena ....

Comments