AZIZ SHEIKH FADZIR KEMPUNAN DEMI SELAMATKAN MARUAH BN ~ Ref Malaysiakini

Bekas Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Aziz Sheikh Fadzir kempunan untuk kembali semula ke parlimen demi untuk menyelamatkan maruah Umno/BN dan Najib Tun Razak. Beliau terpaksa menebalkan mukanya menarik balik petisyen terhadap Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Nordin semata-mata kerana ingin mengelakkan BN dimalukan sekali lagi jika pilihanraya kecil diadakan.

Walaupun sebelum ini Aziz begitu berkeyakinan bahawa pilihanraya kecil akan diadakan kerana beliau mendakwa kes tersebut jelas memihak kepadanya kerana Zulkifli gagal mengemukakan penyata perbelanjaan pilihanraya ZUlkifli yang digunakan pada PRU 2004.

Tetapi tiba-tiba sahaja Aziz menarik balik petisyen tersebut. Sudah tentu ada tangan-tangan ghaib di belakangnya yang mengarahkan Aziz berbuat demikian demi untuk menyelamatkan nama dan maruah Umno/BN yang akan tercalar lebih teruk jika BN tewas sekali lagi.

Akhirnya demi untuk menjaga nama dan maruah orang lain, maruah Aziz terpaksa dikorbankan. Kalau dulu mungkin Aziz begitu lantang, kini oleh kerana sifat 'Yes Boss' yang ditarbiah di dalam jiwa semua orang Umno beliau terpaksa akur.

Syabas Aziz kerana berkorban untuk orang lain.

Berkorban apa sahaja
Harta atau pun nama
Walau hati terluka
Aku dipaksa rela

Berkorban apa sahaja
Harta atau pun nyawa
Walau diri muram durja
Muka masam macam cuka

Berkorban apa sahaja
Harta atau pun nyawa
Walau dikata padan muka
Terpaksa buat selamba

Berkorban apa sahaja
Harta atau pun nyawa
Semua pembohong belaka
Nak jaga periuk belanga

Comments