31 December 2008

PAS AKAN BUAT KEJUTAN DI KUALA TERENGGANU ~ Ref Malaysiakini

Walaupun BN sudah pun memulakan kempen sejak awal lagi namun itu tidak melemahkan keyakinan PAS untuk merampas kerusi yang pernah dikuasai oleh PAS sebelum ini.
Keyakinan bukannya omongan kosong tetapi bersandarkan riak dan 'mood' pengundi di sana yang terang-terang bersedia menyatakan sokongan terbuka kepada PAS. Dari tinjauan beberapa firma kajiselidik bebas jelas rakyat di sana bersikap terbuka dan boleh menerima pandangan dari sesiapa sahaja termasuk PAS.
Mereka juga jelas merupakan rakyat yang bermaklumat dengan memperolehinya pelbagai sumber seperti media cetak, elektronik, web, blog dan lain-lain. Rata-rata dari pengundi yang ditemui menyatakan bahawa mereka sudah menetapkan pendirian masing-masing dan tidak akan berubah dari pendirian tersebut kerana menurut mereka ianya berdasarkan Islam dan fakta yang tepat.
Dari tinjauan itu juga ada pihak meramalkan bahawa kira-kira 70-80 % pengundi sudahpun menetapkan parti mana yang akan mereka undi berdasarkan situasi semasa dan pegangan kuat mereka kepada Islam.
Ini bermakna parti-parti yang bertanding hanya perlu mengubah minda dan mempengaruhi kira-kira 20-30% pengundi yang belum menetapkan pendirian masing-masing.
Kebanyakan pengundi menyatakan mereka berada dalam keadaan tertekan akibat harga barang yang tinggi, inflasi yang kian memuncak, mata pencarian yang semakin sempit, sikap kerajaan yang boros dan pemimpin yang jarang menjenguk rakyat.
Dari pemerhatian yang dibuat kira-kira 60-70% pengundi kesal dengan sikap kerajaan yang gagal menurunkan harga barang dan pada masa yang sama berbelanja boros dengan membina dan menjalankan projek-projek membazir seperti monsoon cup dan Pulau Wan Man.
Pengundi-pengundi ini juga mendakwa bahawa pihak luar jangan terkejut jika PAS dapat menawan kerusi ini dengan majoriti yang besar akibat dari ketidakpuasan hati rakyat kepada Kerajaan BN pusat dan negeri Terengganu.

EXPEDISI TAHUN BARU ~ Ref Malaysiakini

Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka menjalankan aktiviti tahunannya iaitu mengedarkan risalah tahun baru kepada rakyat Melaka khususnya pemuda dan pemudi yang bersedia untuk menyambut tahun baru malam ini.

Pemuda PAS Melaka akan memulakan program ekspedisi ini di kawasan tumpuan antaranya di Dataran Pahlawan Bandar Hilir, MITC, Dataran MBMB dan lain-lain.

Objektif program antara lain untuk menyedarkan remaja tentang gejala sosial, maksiat dan hiburan yang melampau dan melalaikan. Selain itu Pemuda PAS ingin menganjurkan para pemuda dan pemudi supaya kembali kepada Islam sebagai jalan penyelesaian semua kemelut yang berlaku sekarang.

Ekspedisi ini akan diketuai pimpinan Dewan Harian Pemuda PAS Melaka.

Program akan bermula pada jam 11.00 malam ini.

PAS MELAKA TEKAD BANTU MENANGKAN PAS ~ Ref Malaysiakini

Badan Perhubungan PAS Melaka bertekad untuk bekerja kuat membantu kemenangan PAS pada PRK Kuala Terengganu 17 Januari ini.
Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Melaka, Hj Bakrin Sidek berkata PAS Melaka akan menghantar rombongan seramai 150 orang bagi melaksanakan amanah PAS Pusat yang mengharapkan seluruh jentera PAS seluruh negara berkampung di Kuala Terengganu bermula pada 6 Januari ini iaitu sebaik sahaja penamaan calon berlangsung.
Menurut Haji Bakrin PAS Melaka diamanahkan untuk bertugas di 3 Peti Undi dalam DUN Batu Burok. Ketiga-tiga peti undi itu menunjukkan saingan sengit antara kedua-dua parti pada PRU 2008 dahulu.
Sementara itu seorang petugas dari Bukit Katil, Hj Yasim Musa berkata beliau sudah tidak sabar lagi untuk bertugas di Kuala Terengganu.
"Insya Allah saya akan mencurahkan segala pengalaman yang ada untuk bekerja kuat bagi membantu calon PAS nanti".
"Saya bersama-sama sahabat dari Bukit Katil akan bertugas secara rasmi dari 12 hingga 14 Januari ini bagi mewakili PAS Kawasan Bukit Katil" kata Hj Yasim yang juga merupakan Pengarah Majlis Tindakan DUN Bukit Baru.


Difahamkan PAS Kawasan seluruh negeri Melaka yang berjumlah 6 kesemuanya akan bertugas secara bergilir-gilir bermula 6 Januari hingga 17 Januari 2009 iaitu sehingga selesai proses pengundian.

HARGA BARANG TINGGI : PM KESAL TAPI TIADA TINDAKAN ~ Ref Malaysiakini

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kesal kerana harga barangan masih tinggi walaupun harga petrol turun tujuh kali sejak Ogos lepas, malah lebih rendah daripada harga sebelum ia dinaikkan pada Jun.
Acapkali Pak Lah kesal dengan situasi ini tetapi malangnya tiada tindakan drastik dan agresif diambil bagi mengatasi masalah ini.
Pemimpin kerajaan dilihat hanya pandai bercakap tetapi tiada tindakan yang benar-benar berkesan diambil. Setiap kali turun bertemu rakyat mereka menjanjikan bermacam-macam bantuan dan langkah untuk membantu rakyat. Tetapi hakikatnya 'habuk pun tarak.'
Rakyat sudah muak dan bosan dengan ucapan dan syarahan sebegini tetapi hasilnya kosong. Kerajaan seolah-olah takut untuk bertindak ke atas pembekal dan penjual. Akhirnya rakyat yang menjadi mangsa penjual dan peniaga.
Adalah diharapkan selepas ini kerajaan BN benar-benar dapat menyelesaikan isu kenaikan harga barang ini dengan menggubalkan undang-undang yang sesuai untuk semua rakyat. Selain itu jawatan kuasa pemantauan dan penguatkuasaan undang-undangh.

KEPUTUSAN SOALSELIDIK ILHAM CENTRE TENTANG CALON PAS ~ Ref Malaysiakini

Pihak Ilham Centre sebuah kaji selidik telah menjalankan soalselidik ke atas pengundi Kuala Terengganu melalui telefon tentang siapa calon PAS pilihan mereka. Sebanyak 130 panggilan telefon telah dibuat setakat ini. Keputusan menunjukkan bahawa pengundi memilih Dr Syed Azman melebihi Dato' Wan Abdul Muttalib Embong.

Antara soalan yang diajukan kepada mereka ialah :'Sekiranya Dr Syed Azman Syed Ahmad dan Dato' Wan Mutalib Embong disenaraipendekkan sebagai calon PAS bagi Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu, siapakah pilihan anda?

1) Dr Syed Azman Syed Ahmad 2) Dato' Wan Abdul Mutalib Embong

Keputusannya :-

Penemubual A - Dr Syed Azman - 52 ; Dato' Wan Abdul Mutalib Embong - 4 ; Tidak mahu jawab - 8 dan Tidak angkat telefon - 7

Penemubual B - Dr Syed Azman - 42 ; Dato' Wan Abdul Mutalib Embong -8 ; Mengaku Umno -2 ; Tidak mahu jawab - 1 ; Tiada komen - 6.

PEMUDA BUKIT KATIL BUKTIKAN PAS TIDAK DIPINGGIRKAN ~ Ref Malaysiakini

Bandaraya Melaka : Kejayaan Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil menganjurkan Kejohanan Bowling Terbuka Piala Ketua Pemuda Negeri Melaka membuktikan bahawa PAS terus diterima oleh masyarakat. Tohmahan yang mengatakan orang PAS hanya bergaul di kalangan sesama mereka adalah tidak benar.

Kejohanan Bowling yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka menarik minat 92 peserta dari seluruh pelusuk negeri Melaka. Ianya telah diadakan di Ampang Superbowl, Mahkota Parade, Melaka Sabtu lalu

Pengarah Program, Jauhar Dawi berkata kesudian pemuda dari seluruh Melaka menyertai kejohanan ini membuktikan bahawa PAS terus diterima masyarakat walaupun pelbagai tohmahan dan tuduhan dilemparkan kepada PAS oleh media.

"PAS juga membuktikan PAS tidak anti sukan, kesenian dan lain-lain kegiatan sosial sebaliknya PAS menampilkan suatu kelainan dalam penganjurannya dengan penyertaan peserta yang semuanya menutup aurat, menghormati waktu solat, menjaga akhlaq dan tiada pergaulan bebas lelaki dan perempuan".
"Kita akan meneruskan program ini dari masa ke semasa bagi mendekatkan PAS dengan masyarakat dan pemuda" kata Jauhar yang juga merupakan Bendahari Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil.
Sementara itu Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek berkata Pemuda PAS akan sentiasa berusaha untuk mendekati pemuda di negara ini dengan menganjurkan program-program yang bermanfaat sebagai alternatif kepada program-program maksiat yang dianjurkan oleh kerajaan BN yang memerintah sekarang.

"Ramai anak-anak muda yang hanyut dalam dunia khayalan dan hiburan semata-mata, malangnya kerajaan yang ada tidak mengambil perhatian serius kepada masalah ini malah mereka menggalakkan program-program melalaikan terus dianjurkan".

"Pemuda PAS wajib menangani perkara ini dengan tampil menganjurkan program berbentuk sukan, kesenian dan rekreasi yang sesuai dengan Islam" kata beliau dalam ucapan perasmian sebelum pertandingan dimulakan.

Dalam pertandingan itu Adam Ronny diisytiharkan sebagai pemain terbaik dengan jatuhan pin sebanyak 628 pin manakalan kumpulan Fireball menjuarai acara beregu dengan jatuhan pin sebanyak 2359 pin. Tempat kedua dimenangi oleh beregu Keliru dan ketiga beregu Rabbani masing-masing dengan jatuhan pin sebanyak 2210 dan 2117 pin.

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Adly Zahari dan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek.
Keterangan gambar :
Atas - Juara pertandingan beregu kumpulan Fireball bergambar bersama Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari.
Tengah : Ketua Dewan Pemuda PAS Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek bermesra dengan para peserta.
Bawah : Adly sedang menyampaikan hadiah kepada Peserta Terbaik kejohanan Adam Ronny yang menjatuhkan pin sebanyak 626 pin.

MELAKA NAK BINA JAMBATAN TERPANJANG DI DUNIA PULA? ~ Ref Malaysiakini

Setelah Melaka membina beberapa projek yang gah dan besar-besar tetapi sesetengahnya menjadi Gajah Putih kini, Ketua Menterinya berangan-angan untuk membina jambatan terpanjang di dunia pula.

Dalam keadaan sekarang pun hutang Melaka mencecah lebih dari RM1 bilion, saya yakin jika jambatan itu pula dibina mungkin hutang Melaka meningkat berkali ganda. Hutang yang ada pun belum dilangsaikan bagaimana jika hutang itu terus meningkat nanti.

Mohd Ali dalam ucapan pada Konvensyen Dunia Melayu Dunia Islam Ke-9 yang diadakan 23 Disember lalu berkata, jika jambatan sepanjang 52 kilometer menghubungkan Melaka-Dumai dibina nanti ia akan muncul sebagai jambatan terpanjang di dunia.

Kos pembinaannya dianggarkan berjumlah US$11 bilion.

Dalam reaksi balas kepada cadangan Mohd Ali, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata Kerajaan akan mengambilkira segala aspek termasuk kesesuaian dan faktor ekonomi terhadap cadangan Kerajaan Melaka untuk membina jambatan yang merentasi Selat Melaka bagi menghubungkan Malaysia dan Indonesia.

IKHTIARKAN CARA UNTUK ATASI KESESAKAN ~ Ref Malaysiakini

Sejak cuti sekolah hujung November sehingga sekarang, Bandaraya Melaka dilihat sesak dengan pelancong. Akibatnya jalanraya seringkali mengalami kesesakan lalulintas akibat kehadiran kenderaaan pelancong yang datang ke negeri ini.

Saya berkesempatan beberapa kali meninjau keadaan ini. Kerajaan negeri mesti mencari kaedah penyelesaian bagi mengatasi masalah ini yang saya lihat akan menyebabkan pelancong rimas dan tidak berminat lagi untuk datang semula ke Melaka.

Mungkin antara sebab utama kesesakan lalulintas ini ialah jalan yang kecil, masalah kenderaan yang diletakkan di bahu jalan dan sebagainya.

Untuk itu saya mencadangkan supaya kenderaan pelancong ini tidak dibenarkan di bawa masuk ke tempat-tempat popular di Bandaraya ini. Kenderaan mereka harus diletakkan ditempat parkir yang disediakan dan ianya tidak jauh dari kawasan tersebut.

Mungkin pihak MBMB boleh mengenalpasti tempat-tempat yang sesuai untuk dijadikan kawasan parkir. Saya yakin pelancong boleh berjalan kaki sahaja ke kawasan pelancongan di sekitar Bandaraya Melaka umpamanya di Bandar Hilir, ini kerana ianya terletak tidak jauh antara satu sama lain.

Cadangan pembaca blog ini untuk atasi kesesakan :

jalan sesak???apa yg susah sgt nk atasi masalh ini.Buat la bas pelancong 'bus4tour' bermula sebelum taman mini lebah.

Tetapi kerajaan negeri perlulah membuat tempat parkir kereta bertingkat terbesar selepas pintu masuk Tol Ayer Keroh.

Dibawah parkir itu letaklah bus pelancong supaya mudah pelancong boleh menaikinya dengan tidak berjalan jauh.Bas berikutmya perlu diadakansetiap 10-15 minit sahaja.bas2 ini pula akan bergerak mengikut zon warna cth merah(a.keroh meliputi tmn mini,zoo,dataran,JKM,Rumah Ketua Menteri,Watercity,king hotel,Melaka Mall,dan bukit peringgit.

Di bukit peringgit perlu ada satu perhentian bas zon biru,yang akan membawa pelacong bermula dari bukit peringgit ke bandar melaka.dan diikuti zon2 lain yg terlibat.Harga tiket bas perlu untuk semua zon pelancong termasuk peta tempat hentian bas.tempat hentian juga perlu ada bumbung,berlampu,atau mungkin letak cooler dgn menggunakan sistem solar.

tiket aprkir pula perlulah dinaikkan di kawasan pelancong dgn ini kita menggalakkan rakyat guna bas.tapi bas perlu banyak jgn sampi pelancong tggu smpi 30 minit atau sejam.Perkhidmatan teksi perlu diperbanyakkan juga dan harga perlu la berpatutan.Teksi di Melaka adalah diantara paling mahal dr Melaka Sentral ke Bkt Katil cecah Rm30.00.Potong leher pelancong.tiada benda yg mustahil semua boleh buat klu kerajaan pintar idea.

Cadangan oleh Saadon_penipu


KONTRAK MENARA TAMING SARI DAN TNB PERLU DISEGERAKAN ~ Ref Malaysiakini

Kira-kira 5,000 pengunjung dari dalam dan luar negeri, termasuk para pelancong daripada negara luar kecewa apabila mereka gagal menaiki Menara Taming Sari akibat bekalan elektrik terputus pada 26 Disember lalu.

Kejadian tersebut mengakibatkan kalangan pengunjung dari luar Melaka berasa kecewa kerana ini lah kali pertama mereka ingin merasakan pengalaman menaiki menara berkenaan.

Media melaporkan bahawa Pihak Menara Taming Sari mengalami kerugian anggaran dalam RM8,000 akibat kejadian tersebut.

Saya mencadangkan kepada pihak Menara Taming Sari supaya bersedia untuk menghadapi kemungkinan bekalan elektrik terputus pada masa hadapan.

Mungkin terdapat jalan penyelesaian lain bagi mengatasi masalah seumpama ini. Antara cara yang mungkin boleh diambil ialah penggunaan janakuasa alternatif dan sebagainya.

Selain itu saya mencadangkan supaya pihak Pengurusan Menara Taming Sari membuat perjanjian dan kontrak dengan TNB di mana jika terdapat gangguan elektrik seperti ini maka TNB mestilah membayar pampasan dengan kadar tertentu kepada Menara Taming Sari bagi menampung kerugian yang dialami.

MEDAN SELERA BUKIT BERUANG JADI GAJAH PUTIH? ~ Ref Malaysiakini

Medan Selera Bukit Beruang yang dilancarkan oleh Ketua Menteri Melaka pada 28 Disember lalu tidak mendapat sambutan dari peniaga apabila hanya 2 gerai dari 8 gerai disediakan mula beroperasi. 6 gerai lagi kosong tiada peniaga.

Projek pembinaan medan selera ini telah dimulakan pada 27 Februari 2007 dan mengandungi lapan unit gerai perniagaan terletak di atas Lot 1830, Bukit Beruang. Ianya dibina di bawah peruntukan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) mengikut pelan pembangunan setara.

Projek ini telah disiapkan sepenuhnya pada 30 Jun 2008 dengan kos pembinaan sebanyak RM418,400 tidak termasuk kos tambakan tanah.

Pada peringkat awal, pembinaannya pada Mac 2007, projek ini melibatkan pemindahan 13 kubur lama yang berusia lebih 60 tahun. Pemindahan itu mendapat kelulusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka, di mana 13 kubur tersebut telah dipindahkan ke Tanah Perkuburan Jelutong, Sungai Putat dan dipantau Setiausaha MAIM.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dalam ucapan perasmian Medan Selera tersebut, ternyata kesal apabila mendapati banyak gerai kosong di Medan Selera Bukit Beruang semasa majlis pelancarannya tempohari.

Menurut beliau, perkara tersebut tidak seharusnya berlaku sekiranya pegawai yang berkenaan segera meluluskan geran pelancaran gerai tersebut

Kegagalan pihak yang menguruskan gerai ini untuk mendapatkan peniaga menjadikan projek ini seolah-olah menjadi Gajah Putih. Adalah diharapkan pihak terbabit segera mengatasi masalah ini.
Gambar diatas sekadar hiasan tiada kaitan dengan artikel ini.

KESAL KENYATAAN PEWARIS ~ Ref Malaysiakini

Saya kesal dengan kenyataan Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) yang mendakwa bahawa PAS menolak kehadiran Pewaris yang ingin menyerahkan memo pada majlis Malam Himpunan Mansuh Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) di Kompleks Sukan Bandar Baru Bangi 2 hari lalu.
Kenyataan Timbalan Pengerusi Pewaris, Rahimuddin Md. Harun di dalam media hari ini jelas membuktikan beliau berbohong dan membuat tuduhan mengelirukan.
Pada malam tersebut 5 orang wakil Pewaris dibenarkan untuk masuk ke stadium dan menyerahkan memo tersebut kepada Naib Presiden PAS, Hj Mohamad Sabu. Unit Amal hanya bertindak mengawal suasana dan mereka menghalang kesemua penyokong Pewaris masuk bagi mengelakkan suasana yang tidak diingini berlaku. Pihak Polis juga turut sama mengawal keadaan ketika itu.
Satu perkara lagi yang menghairankan saya ialah mengapa Pewaris tidak menghantar memo kepada kerajaan negeri Melaka yang bertanggungjawab terhadap isu penternakan babi ini, Pewaris hanya menyerahkan memo mereka kepada Pengerusi Pemantau sahaja iaitu Abu Seman Yusop. Apa ada udang di sebalik 'mee' yang menyebabkan mereka tidak berbuat demikian.
Pewaris sepatutnya menghantar memo ini kepada pihak yang berkuasa di Melaka. Dalam konteks ini kerajaan negeri Melaka yang paling berkuasa dan berhak menentukan samada babi boleh dihapuskan atau dipindahkan dari Paya Mengkuang.

30 December 2008

BN BAKAL BERKUBUR DI KUALA TERENGGANU? ~ Ref Malaysiakini

Akibat takut kepada bayang sendiri Umno/BN terpaksa memulakan kempen awal dengan bakal calonnya, Wan Ahmad Farid bertukar menjadi sangat mesra rakyat dan 'friendly'.

Selain itu pagi-pagi lagi di Wan Ahmad Farid dilihat masuk ke kampung bertemu rakyat di kedai-kedai kopi dan bergerak dari rumah ke rumah bertemu orang kampung. Hebat betul calon BN ini memang bekerja kuat nampaknya untuk menang.

Beliau terpaksa berlakon dan bekerja keras bagi memastikan karier politiknya tidak terbantut andai beliau kalah di Kuala Terengganu. Kalau kalah jawatan Timbalan Menteri melayang dan yang pasti kedudukan sebagai senator akan dilepaskan lebih awal. Mahu tidak mahu beliau mesti menang.
Oleh kerana BN tidak yakin akan kemampuannya sendiri, BN terpaksa berkempen habis-habisan dari awal bermula sebaik sahaja Allahyarham Dato' Razali Ismail meninggal.
Bukan setakat lakonan ala aktor Bollywood, kini wang ringgit dan habuan mula melimpah-limpah datang ke Terengganu. Wang royalti berjumlah lebih dari RM400 juta sudahpun dikembalikan kepada negeri Terengganu oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap 'Santa Klaus' kempen pilihanraya terhebat, Najib Razak.
Pengundi Cina di Kuala Terengganu menerima RM300 seorang sebagai ang pow untuk memancing mereka mengundi BN.
Hari ini Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, Dato' Haji Mustafa Ali pula memberitahu bahawa sejumlah RM6.1 juta akan diagihkan sebagai habuan untuk pengundi Cina di sana.
Pada 27 Disember 2008 lalu, kerajaan BN meluluskan peruntukkan sebanyak RM3.3 juta untuk Dewan Perhimpunan Perhubungan Cina Terengganu di Pulau Kambing dan RM2.8 juta lagi bagi menyiapkan dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Chung Hwa Wei Sin.

Menteri Besar Terengganu, Dato' Ahmad Said dipetik sebagai berkata sekiranya BN menang cemerlang dalam pilihan raya nanti pihaknya memberi 'jaminan' memastikan lebih banyak pembangunan kepada masyarakat Cina di negeri ini.
Namun dilihat kepada riak-riak awal dan 'mood' pengundi Kuala Terengganu ramai pemerhati percaya BN tersilap taktik memperbodohkan rakyat dengan duit dan projek. Rakyat Kuala Terengganu merasa terhina dengan tindakan BN ini.
Insya Allah mereka akan bangkit menumbangkan BN di Kuala Terengganu dengan kekalahan yang memalukan.

KEKEJAMAN YAHUDI : UMAT ISLAM BANGKIT NYATAKAN BANTAHAN ~ Ref Malaysiakini

Rakyat Malaysia khususnya umat Islam hari ini bangkit menunjukkan kebencian kepada kekejaman yang dilakukan oleh rejim Israel yang membunuh rakyat Palestin di Gaza. Kemarahan umat Islam Malaysia terhadap yahudi ini diterjemahkan pada demonstrasi aman yang diadakan tengahari tadi.

Kira-kira 500 aktivis dari pelbagai NGO dan parti politik menyertai himpunan aman membantah kekejaman rejim Israel ke atas Palestin di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat.

Satu memorandum diserahkan kepada wakil kedutaan Amerika antara lain menuntut Amerika segera campur tangan dalam memaksa Israel menghentikan segera serangan ke atas penduduk Palestin.

Mari sama-sama kita berdoa supaya Allah menyelamatkan rakyat Palestin dari kekejaman Yahudi dan memusnahkan tentera dan kerajaan Yahudi yang jelas zalim dan kejam.

Gambar : Ihsan Harakahdaily

ISU BABI : MEMO UNTUK KERAJAAN NEGERI MELAKA ~ Ref Malaysiakini

Setelah 50 tahun penternakan babi dijalankan di Masjid Tanah, kerajaan negeri Melaka terus gagal menanganinya sehingga menyebabkan berlakunya bantahan dan rasa tidak puashati penduduk setempat dan penternak-penternak babi itu sendiri.
Saya hairan bagaimana isu ini dibiarkan berlarutan oleh kerajaan negeri pimpinan Umno. Mungkinkah mereka sengaja membiarkan isu ini berlanjutan bagi mendapatkan 'political mileage'.

Untuk itu saya ingin mengambil perhatian kerajaan Melaka supaya mempertimbangkan cadangan dan gesaan di bawah demi untuk kebaikan bersama :-

1) Kerajaan negeri mesti mengambil perhatian serius terhadap bantahan Pewaris yang menggesa supaya babi dipindahkan dari Masjid Tanah dan dalam masa mencari kawasan lain yang sesuai untuk penternak meneruskan penternakan mereka.

2) Kerajaan negeri dan agensi kerajaan mesti mengeluarkan lesen dan permit di kawasan baru bagi membolehkan penternak meneruskan kegiatan penternakan mereka. Pada masa yang sama kerajaan negeri dan agensi kerajaan boleh menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan.

3) Kerajaan negeri mesti membayar pampasan kepada apa sahaja kerugian yang dialami oleh penternak dalam proses pemindahan kawasan penternakan tersebut. Ganti rugi itu meliputi prasana dan lain-lain.

4) Agensi kerajaan mesti memberi tunjukajar dan khidmat nasihat kepada penternak untuk menjalankan kegiatan penternakan yang sistematik, teratur dan tidak mengotori alam sekitar.

5) Kerajaan negeri dan agensi terbabit mesti melaksanakan pemulihan alam sekitar di kawasan Paya Mengkuang dan sekitarnya yang terjejas akibat penternakan babi yang sudah berlarutan selama 50 tahun.

6) Sebelum sesuatu tindakan diambil, kerajaan negeri, agensi kerajaan dan penternak mesti duduk semeja berunding bagi menyelesaikan isu ini secara baik demi menjaga kebajikan penduduk setempat dan penternak-penternak babi.

7) Kerajaan negeri mesti mencari suatu kawasan alternatif untuk dijadikan kawasan penternakan babi khusus untuk bekalan negeri Melaka sahaja. Manakala bilangan babi mesti dihadkan untuk kegunaan penduduk Cina negeri Melaka sahaja.

8) Kerajaan negeri dan pihak keselamatan mesti memantau kegiatan pihak-pihak tertentu yang mengaitkan isu ini dengan perkauman yang sangat merbahaya.

KESAL DENGAN TINDAKAN INDIVIDU YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB

Saya sangat kesal dengan individu yang tidak bertanggungjawab yang menggunakan nama saya untuk membuat komen diruangan Chatting Box (bincang/muzakarah) di blog ini.

Setelah saya memberikan amaran beberapa kali individu terbabit terus juga menggunakan nama saya untuk membuat komen yang kontroversi.

Oleh itu saya terpaksa menutup ruangan perbincangan/muzakarah tersebut.

Sekian, harap maklum. Segala kesulitan amat dikesali. Jika tuan-puan mempunyai pesanan, kritikan, pandangan dan maklumat sila email atau sms kepada saya :-

Email : sofiwahab@gmail.com , 019-682 1318

PENDUDUK MARAH MBMB KENAKAN CAJ PARKIR ~ Ref Malaysiakini

Batu Berendam : Penduduk di sekitar Taman Merdeka membantah tindakan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) mengenakan caj parkir yang di kawasan tersebut.
Setiausaha PAS Cawangan Taman Merdeka, Fuad Abdul, 39 berkata Tindakan MBMB ini merupakan suatu langkah yang tidak masuk akal dan tidak bertanggungjawab.
"Nak pergi ke kedai beli rokok pun kena pakai kupon parkir, nak pergi kedai kopi letak kereta sebelah kedai kopi kampung pun kena bayar".
"MBMB kena fikir sedikit tentang kesusahan rakyat yang sedang teruk dihimpit masalah harga barang naik, kini kena bayar parkir pulak, mana logik" keluh Fuad.
Seorang penduduk berdekatan, Amat Alang, 40 pula berkata MBMB sepatutnya mencari jalan untuk tidak membebankan rakyat dalam keadaan kegawatan ekonomi bukannya mencari jalan mudah 'merompak' duit rakyat.
"Kami sudah tinggal di sini begitu lama, sepatutnya kami tidak dibebankan dengan bayaran parkir seperti ini, takkan kami hendak berjalan kaki dari rumah untuk ke kedai akibat untuk bawa kereta kerana dikenakan caj parking".
"Jadi mencadangkan supaya MBMB menarik balik penguatkuasaan caj parkir di Taman Merdeka ini serta merta" gesa Amat yang tinggal di Taman Angkasa Nuri bersebelahan dengan Taman Merdeka.
Seorang pekerja swasta, Khairul Salleh, 30 pula kesal dengan sikap MBMB dan kerajaan negeri Melaka yang tidak bertimbangrasa dengan rakyat.
"Mungkin kerana MBMB dan kerajaan negeri sudah tidak ada sumber maka rakyat pula yang menjadi korban".
"Akibat mereka terlalu boros berbelanja akhirnya duit dah habis, maka mereka paksa rakyat bayar parking pula" katanya yang tinggal di Taman Merdeka.

Isnin lalu kira-kira 100 penduduk sekitar Taman Merdeka mengadakan demonstrasi aman di taman tersebut membantah keputusan MBMB yang mula mengenakan caj parkir di kawasan tersebut. Demonstrasi aman itu diketuai oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong (gambar) dari DAP.

HAPUS BABI, PERTAHANKAN ISA ~ Ref Malaysiakini

Babi adalah makhluk Allah yang dijadikan Allah. Mustahil ianya dapat dihapuskan kerana sudah tentu Allah maha mengetahui mengapa ia dijadikan olehNya. Babi dihukumkan sebagai Najis Mughallazah yang perlu disamak. Ada babi yang diternak dan ada babi liar. Jika betul dengan cara penternakan dan pengawalan alam sekitarnya ia tidak membawa mudarat kepada manusia. Namun jika ianya tidak diternak dengan betul dan sistematik maka ia boleh memudaratkan manusia. Maka menjadi tanggungjawab kerajaan untuk mengawal selia dan menguatkuasakan undang-undang.

ISA pula adalah undang-undang ciptaan manusia yang zalim dan tidak berperi kemanusiaan di mana manusia ditahan sesuka hati tanpa diberi hak membela diri. Ia seumpama undang-undang drakonian yang tidak bertamadun. Malangnya ISA terus di'ternak' oleh kerajaan BN yang mengaku mengamalkan Islam Hadhari yang kononnya mengagungkan kebebasan dan kemerdekaan. ISA terus diberi 'makan' dan di'subur'kan oleh kerajaan BN kerana ia ternyata merupakan senjata ampuh untuk mempertahankan kuasa mereka.

Kalau babi adalah haram hukumnya jika di makan, ISA juga haram hukumnya kerana di dalam Islam si tertuduh mesti dibicarakan dan diberikan peluang untuk membela diri. Selagi ia tidak dibuktikan bersalah selagi itulah si tertuduh belum dikategorikan penjahat.

Malangnya Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) dan Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM) yang sibuk-sibuk menggesa babi dihapuskan hanya melihat mudarat yang dibawa oleh babi tetapi tidak nampak mudarat dan haramnya ISA.

Sebab itu mereka sibuk-sibuk menggesa babi dinyahkan dari Melaka tetapi ISA yang terbukti zalim dan bertentangan dengan Islam disanjung dan dipertahankan.

PAS MELAKA TIDAK PINGGIRKAN ISU BABI ~ Ref Malaysiakini

Pelbagai pihak cuba menuding jari mengatakan PAS Melaka bersifat lepas tangan terhadap isu babi di Melaka. Ini tidak benar sama sekali.

PAS Melaka mempunyai pendirian yang konsisten dalam isu babi. Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman (gambar) dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Adly Zahari sememangnya dari awal isu ini berbangkit sentiasa memantau isu ini bagi memastikan semua pihak yang terlibat tidak dizalimi dan ditindas. PAS Melaka telah mencadangkan pelbagai kaedah penyelesaian namun ianya tidak diendahkan oleh pihak terbabit.

Malah PAS Kawasan Masjid Tanah sendiri sentiasa mengikuti perkembangan isu ini disamping mengambil beberapa jalan dan langkah sesuai bagi menangani isu ini yang kerapkali dieksploitasi oleh pihak tertentu untuk kepentingan politik.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Adly Zahari bersama-sama pimpinan PAS Kawasan Masjid Tanah seperti Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Ustaz Imran Abdul Rahman (gambar) dan Ketua Penerangan Kawasan Ustaz Julasopiyah Kassim sudah beberapa kali turun padang bertemu penduduk setempat termasuk para penternak babi bagi menyelesaikan isu ini.

Namun PAS Melaka tidak mahu terjebak dengan isu perkauman yang dimainkan oleh pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan orang Melayu dan orang Cina serta penternak-penternak babi. Oleh kerana itu pemimpin PAS Melaka tidak mahu terlibat dengan demonstrasi yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu yang jelas cuba mengheret isu ini menjadi isu perkauman.

Banyak kain rentang yang dipasang di kawasan terbabit memperlihatkan bahawa isu ini cuba dijadikan isu perkauman yang merbahaya kepada keharmonian rakyat Malaysia.

Bagi PAS Melaka isu ini mesti diselesaikan dengan baik bagi mengatasi masalah pencemaran alam sekitar dan bau busuk yang menganggu penduduk bukan sahaja orang Melayu malah semua kaum dan pada masa yang sama kebajikan penternak babi juga perlu diambil kira.

Kerajaan Negeri Melaka mesti mencari kaedah yang tepat, adil dan diterima semua pihak dalam usaha untuk menyelesaikan isu alam sekitar dan isu penternakan haram babi di Masjid Tanah.

Pelbagai kaedah boleh dilakukan antaranya mencari tapak baru penternakan babi, memberi insentif kepada penternak yang menghapuskan ternakan mereka, memberikan lesen kepada penternak dengan menghad jumlah ternakan untuk kegunaan negeri Melaka sahaja dan lain-lain kaedah yang sesuai.

Kerajaan negeri Melaka juga mesti memulihara alam sekitar teruk tercemar di kawasan tersebut demi menjaga kebajikan penduduk setempat.

PAS KAWASAN BUKIT KATIL ROMBAK AJKNYA

PAS Kawasan Bukit Katil melakukan rombakan kabinetnya dengan melantik Ramli Dalip sebagai Ketua Penerangan yang baru menggantikan Khairul Che Salleh dan Amran Kassim mengambilalih tugas sebagai Pengarah Majlis Tindakan DUN Bukit Baru dari Ramli.
Rombakan AJK ini dibuat selepas mesyuarat Dewan Harian PAS Kawasan Bukit Katil baru-baru ini. Ianya berkuatkuasa serta merta.

Seorang jurucakap PAS Kawasan yang tidak mahu namanya disiarkan berkata, rombakan ini bertujuan untuk memantapkan lagi gerakerja PAS Kawasan bagi menghadapi tahun baru 2009 yang lebih mencabar.

BUKAN PAS TIADA ISU TETAPI BN YANG MISKIN ISU ~ Ref Malaysiakini

Calon BN Wan Farid Wan Salleh berkata bahawa PAS tiada isu untuk digunakan pada PRK Kuala Terengganu.
Saya hairan bagaimana seorang yang terpelajar dan kononnya hebat tidak nampak betapa susahnya rakyat untuk meneruskan kehidupan akibat harga barang yang melambung, indeks jenayah yang meningkat, kedudukan ekonomi yang semakin teruk, gejala sosial membarah, pengangguran yang semakin membimbangkan dan sebagainya.
Adakah perkara-perkara di atas bukan isu.?
Apakah Wan Farid sangka bahawa rakyat akan berdiam diri dengan masalah tersebut?
Wan Farid juga kena ingat bahawa rakyat Kuala Terengganu bukannya buta dan pekak tidak perasan dengan pembaziran kerajaan BN yang membina masjid kristal dan Pulau Wan Man serta menganjurkan kejohanan Piala Monsun yang menghanguskan duit rakyat bernilai ratusan juta.
Wan Farid jangan terkejut jika rakyat tidak menunjukkan reaksi mereka sekarang tetapi menterjemahkan protes di dalam peti undi-peti undi pada 17 Januari nanti.
Hari ini media pengampu melaporkan bahawa Wan Farid yakin Parti pembangkang khususnya Pas tidak mempunyai isu untuk diketengahkan kepada rakyat dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu 17 Januari depan.

Beliau juga berkata, Pas juga tidak mungkin mampu meraih undi lebih besar apatah lagi mencatatkan kemenangan.
Namun bagi pendapat saya, Umno/BN yang miskin isu sekarang sehingga terpaksa 'recycle' semula isu lama iaitu hudud sehingga isu ini memakan diri mereka sendiri.

29 December 2008

PRK KUALA TERENGGANU : PAS CALONKAN PROF KHAZANI ? ~ Ref Malaysiakini

PAS calonkan Prof Khazani sebagai calonnya pada PRK Kuala Terengganu? Itulah posting yang dinukilkan oleh sebuah blog antara beratus-ratus blog yang membicarakan tentang PRK Kuala Terengganu.
Dari mana sumber blog itu perolehi saya pun tidak tahu, mungkinkah blog tersebut dapat membaca hati dan gerak Presiden PAS yang dilaporkan akan memilih calon yang paling sesuai setelah mesyuarat AJK PAS Pusat 21 Disember lalu tidak membuat keputusan untuk memilih calon PAS.
Maka banyak pihak mendakwa bahawa kini tugas memilih calon diamanahkan kepada kebijaksanaan Presiden PAS. Ini kerana semua calon yang dikemukakan sudah tentu semuanya layak dan lepas tapisan Ahli Majlis Syura Ulama'.
Bagi saya tidak salah untuk blog-blog itu membuat ramalan dan telahan walaupun ianya mungkin betul atau tidak betul. Mungkin jika betul ia hanyalah secara kebetulan sahaja.
Pada pandangan saya, PAS perlu meneliti semua petunjuk dan maklumat sebelum memilih calon tersebut. Saya sangat bersetuju dengan pandangan Datuk Seri Tuan Guru Presiden yang menyatakan semua pandangan akan diambilkira hatta surat layang dan blog yang mempunyai pandangan masing-masing.
Maka sudah tentu PAS akan mengambilkira pandangan dan cadangan cawangan-cawangan yang dengar khabarnya mahukan ADUN Batu Burok, YB Syed Azman Syed Ahmad dicalonkan bagi mewakili PAS pada PRK ini. Pandangan ini dikuatkan lagi dengan keputusan kajiselidik Firma bebas, Merdeka Centre; Centre for Election Reform (CERI) dan Ilham Centre semuanya menunjukkan bahawa Syed Azman mengatasi bakal-bakal calon lain.
Jadi bagi saya pandangan cawangan-cawangan dan firma bebas ini patut diambilkira dengan serius bagi memastikan akar umbi berpuashati dengan calon pilihan mereka. Malah adalah penting untuk PAS menampilkan calon muda dan professional bagi mengimbangi calon BN yang muda belia.

RAJA KOTAK BERSAMA KOTAK-KOTAKNYA BERKAMPUNG DI KUALA TERENGGANU ~ Ref Malaysiakini

Dalam politik Malaysia memang banyak gelaran istimewa diberikan kepada ahli-ahli politik. Antaranya Raja Katak yang diberikan kepada ahli politik yang suka melompat parti untuk cari makan.

Lalang jolokan kepada individu yang tidak ada pendirian politik di mana sana pun boleh sini pun boleh, mana yang bagi banyak itu yang dia pilih.
Kini timbul pula gelaran iaitu Raja Kotak. Diriwayatkan Raja Kotak ini mendakwa mempunyai 6 kotak rahsia berenaan salah laku dan rasuah pemimpin-pemimpin BN. Namun sehingga kini Raja Kotak belum membongkar rahsia tersebut. Malah saya yakin Raja Kotak sudah pasti tidak akan membuka keenam-enam kotak tersebut. Kemungkinan juga 6 kotak yang dinyatakan oleh Raja Kotak ada sandiwara sahaja untuk menyedapkan cerita semasa beliau masih bersama-sama PKR.
Kini Raja Kotak sudah melompat menyeberang menyertai parti yang beliau maki hamun, caci, cerca dan tuduh. Mana mungkin beliau berani membuka kotak-kotak tersebut (itu pun jika benar kotak itu ujud).
Maka saya yakin Raja Kotak ini akan membawa keenam-enam kotak tersebut di dalam mimpi beliau sahaja. Jika ada kotak-kotak itu pun mungkin kotak kosong yang tidak berisi tidak sebagaimana dakwaan Raja Kotak bahawa kotak tersebut penuh dengan informasi dan bukti-bukti salah laku dan penyelewengan pemimpin Umno/BN.
Hari ini media melaporkan bahawa Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR Terengganu mengalu-alukan kehadiran Ezam Mohd Nor yang dijemput oleh calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu, Datuk Wan Farid Wan Salleh untuk membantu kempennya bulan depan.

TAHNIAH TUANKU MUKHRIZ ~ Ref Malaysiakini

Negeri Sembilan mendapat Yam Tuan Besar yang baru apabila Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Mukhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir telah dimasyhurkan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-11 pada kira-kira jam 3.50 petang ini.

Pemasyhuran tersebut berlangsung di Balairung Seri, Istana Besar Seri Menanti dengan penuh istiadat diraja.
Patik mengucapkan tahniah ke bawah Duli Tuanku dan berdoa semoga Negeri Sembilan akan lebih makmur, aman dan sentosa pada masa depan.

Rakyat Negeri Sembilan sudah tentu gembira dan berbesar hati dengan perlantikan tuanku.

ISU BABI : APA PEWARIS MAHU? ~ Ref Malaysiakini

Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) dilaporkan akan menyerahkan memo meminta Presiden PAS dan Ketua Pembangkang berusaha untuk menghapuskan ternakan babi di Melaka.
Saya yakin tidak ada salahnya Pewaris menyerah memo tersebut kepada Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena Majlis pelancaran kempen mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) malam ini di Stadium Bandar Baru Bangi.
Ini bermakna Pewaris menghargai peranan yang dimainkan oleh kedua-dua pemimpin PAS dan PKR itu dalam menyelesaikan isu melibatkan Islam dan rakyat terbanyak selama ini.
Cuma saya ingin mengingatkan Pewaris bahawa isu penternakan Babi di Melaka tidak akan dapat diselesaikan selagi kerajaan BN sendiri tidak serius, lemah, lembap dan sebagainya. Malah saya yakin isu ini berpanjangan disebabkan agenda puak-puak tertentu yang sengaja melengah-lengahkan penyelesaian isu agar ianya dapat dijadikan modal politik untuk memancing undi selain turut dijadikan alat untuk mengalihkan tumpuan rakyat kepada isu-isu yang lebih penting dan hangat sekarang.
Jadi elok kiranya Pewaris terus mendesak kerajaan BN Melaka supaya mencari jalan penyelesaian dengan tidak menzalimi sesiapa samada penduduk Melayu dan juga penternak babi itu sendiri.

HORMATI ULAMA' - TIMBALAN AGONG ~ Ref Malaysiakini

Timbalan Yang Dipertuan Agong, Sultan Abdul Halim Muad'zam Shah bertitah bahawa sikap tidak menghormati para ulama, suka mengambil jalan mudah dengan mengenepikan ajaran agama, malas berfikir dan berusaha, bermusuhan sesama umat Islam dan mengutamakan kepentingan peribadi tanpa mempedulikan hukum halal dan haram perlu ditinggalkan oleh semua umat Islam kerana unsur-unsur inilah yang telah menjadi kekangan bagi membangunkan ummah yang gemilang.
Baginda bertitah demikian pada majlis sambutan Ma'al Hijrah Peringkat Kebangsaan 1430H/2OO8M di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di Putra Jaya hari ini.
Saya sangat bersetuju dengan titah baginda yang jelas menampakkan baginda begitu prihatin dengan sikap umat Islam hari ini termasuk pemerintah yang tidak menghormati ulama' dan sering membelakangkan fatwa, pandangan dan nasihat ulama'.
Sudah peristiwa bagaimana pandangan ulama' diketepikan antaranya larangan bertafakur dan menghormati tugu negara, pengharaman program jom heboh dan lain-lain.
Jadi saya mengharapkan rakyat dan pemimpin taat dan setia dengan titah baginda ini demi kesejahteraan dan kedaulatan Islam.

WINNING TEAM MESTI DIBENTUK SEGERA ~ Ref Malaysiakini

PAS terutamanya diperingkat kawasan mesti membentuk 'Winning Team' diperingkat kawasan, MTD dan UPU secepat mungkin bagi memastikan kerja-kerja mendekati rakyat, kebajikan dan sebagainya dapat disegerakan dengan teratur dan sistematik.
Tanpa komitmen dan kerja-kerja berterusan dan istiqamah saya bimbang kita akan kempunan lagi.
PAS Melaka sebenarnya tidak ketandusan 'resources' dan prasarana. Apa yang penting ianya perlu digarap dan disuburkan dari masa ke semasa.
Sesebuah organisasi yang ingin maju dan berkembang sudah pasti memerlukan 'resources' yang mantap, terlatih, cukup lengkap dan up to date. Paling penting tenaga yang ada mestilah istiqamah, bertaqwa dan terlatih.
Lantaran itu budaya latihan, kursus, bengkel, usrah gerakerja dan sebagainya mesti digerakkan segera. Saya sebagai salah seorang anggota jemaah sanggup dan bersedia untuk mewaqafkan tenaga, wang ringgit, idea dan apa sahaja yang ada dan termampu untuk membantu jemaah.
Kepada sesiapa yang ingin sama-sama berkongsi pengalaman, idea, sedikit ilmu (jika bermanfaat) sila hubungi saya bila-bila masa. No problem.
Takbir.

MULAKAN TAHUN BARU DENGAN KEMENANGAN ISLAM DAN RAKYAT ~ Ref Malaysiakini

Saya mendoakan tahun baru Hijrah 1430 dan Masehi 2009 akan bermula dengan kenangan manis kemenangan perjuangan Islam dan rakyat pada pilihanraya kecil Kuala Terengganu 17 Januari ini.
Tidak ada yang lebih manis dan syahdu bagi sebuah perjuangan selain dari mendapat keredhaan Allah dan mengalahkan golongan zalim dan bongkak yang bermaharajalela meminggirkan hukum Allah dan menindas rakyat sesuka hati.
Kalau Yahudi di Asia Barat menzalimi umat Islam di Palestin, Umno/BN pula menzalimi Islam dan rakyatnya di sendiri dengan pelbagai tekanan dan penindasan. Walaupun rakyat dilihat hidup aman damai senang lenang di mata orang luar hakikatnya adalah tidak sedemikian. Rakyat dikongkong dan dihina oleh undang-undang drakonian ISA, AUKU, OSA dan lain-lain.
Rakyat berada dalam ketakutan dek kerana indeks jenayah yang meningkat saban hari samada rompakan, pembunuhan, perogolan dan sebagainya.
Ibubapa bimbang untuk melepaskan anak remaja mereka keluar dari rumah lantaran persekitaran yang tidak menjanjikan suasana kondusif untuk remaja. Maksiat berlaku berleluasa, gejala dadah tidak pernah susut, khalwat berlaku saban hari malah jam, pergaulan bebas digalakkan, program hiburan melampau-lampau dan seribu satu macam ancaman kepada anak remaja.
Rakyat terus tertekan dan tertindas dengan harga barangan yang melambung tinggi tidak masuk akal. Dalam masa yang sama semakin ramai rakyat yang akan kehilangan pekerjaan akibat krisis ekonomi yang melanda negara dan global. Harga dua komiditi utama iaitu getah dan kelapa sawit terus merudum menjadi mimpi ngeri kepada pekebun dan peladang.
Harga minyak sudah mencecah paras terendah juga tidak memberikan berita gembira kepada rakyat. Kerajaan terus menagih subsidi dari rakyat dengan mengenakan harga minyak lebih tinggi dari harga sepatutnya iaitu di bawah RM1.50 seliter sedangkan harga yang dikenakan ialah RM1.80 seliter untuk minyak petrol. Ini bermakna kerajaan 'merompak' duit rakyat lebih dari 30 sen seliter.
Kerajaan BN pusat terus menekan kerajaan negeri yang dipilih oleh rakyat. Peruntukan dan peluang pelaburan disekat, program-program pusat dihentikan, peruntukan kepada wakil rakyat dinafikan dan macam-macam lagi.
Paling malang kerajaan BN yang dipimpin oleh orang yang bernama Islam terus meminggirkan Islam dan undang-undang Islam. Islam dikurung di dalam pejabat agama. Islam bukannya memerintah tetapi diperintah menurut kemahuan pemimpin.
Bahasa Melayu yang sepatutnya menjadi teras komunikasi dan pendidikan di Malaysia terus dihina dan dipijak-pijak. Ianya terus menjadi bahasa kedua ditanahair sendiri lantaran kemaruk kerajaan BN yang kononnya ingin maju tetapi dalam masa yang sama menguburkan bahasa ibunda sendiri.
Hasrat kerajaan Kelantan untuk melaksanakan hudud terus dihalang oleh kerajaan Islam Hadhari kerana kebongkakan mereka tidak mahu meminda perlembagaan persekutuan yang membolehkan enakmen negeri digunapakai di peringkat negeri. Kerajaan pusat sebenarnya bukan menentang undang-undang hudud tetapi menentang dan menghina Islam itu sendiri.
Jadi saya mendoakan tahun 1430 H dan 2009 M ini akan memberikan sinar kebahagian dan kemanisan kepada perjuangan Islam. Ini tidak mustahil untuk dicapai oleh kita semua dengan komitmen dan kesungguhan perjuangan yang ditunjukkan oleh pejuang Islam dan pejuang rakyat di Malaysia ini.
Mari sama-sama kita bergabung untuk mengajar kerajaan BN pada pilihanraya kecil Kuala Terengganu sebagai isyarat awal supaya mereka insaf dan menjadi sebuah kerajaan yang mendaulatkan Islam dan menjaga kebajikan rakyat.

28 December 2008

DOA BUAT DIRIKU DAN TETAMU BLOG KU ~ Ref Malaysiakini

Segala puji bagiMU tuhan yang mentadbir sekelain Alam. Selawat dan Salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
Ya Allah, di tahun baru yang mencabar ini, muliakan dan sayangi diriku dan saudaraku yang sedang membaca blog ku ini.

Selamatkan diri mereka daripada godaan syaitan dan rakan-rakan yang sewaktu dengannya, sihat dan tambahkan iman dan akalku dan tetamuku, berkatkan rezekiku dan tetamuku, kuatkan iman ku dan tetamuku.
Berikan kenikamatan ibadah padaku dan tetamuku, jauhkan kami dari fitnah.
Suburkan benih keIslaman pada kami sampai akhir hayat. Ya Allah kurniakan taufiq dan hidayat kepada seluruh umat Islam dan yang bukan Islam supaya menerima Islam dan seterusnya mendokong Islam supaya ianya didaulatkan di bumiMU ini.
Amin Ya Robbil Alamin.

BN MENYESAL GUNAKAN HUDUD UNTUK PRK KUALA TERENGGANU ~ Ref Malaysiakini

Saya yakin BN akan menyesal jika menggunakan isu hudud untuk mengalahkan PAS di Kuala Terengganu. Penyesalan BN ini akan serupa dengan apa yang mereka alami di Permatang Pauh apabila menggunakan isu liwat untuk menenggelamkan PKR dan Anwar Ibrahim.
BN sebenarnya ketandusan isu untuk memerangkap PAS. Cari punya cari maka mereka terpaksa 'recycle' isu hudud untuk dijadikan modal bagi mengelirukan pengundi Kuala Terengganu terutama pengundi Cina.
Akhirnya setelah gendang hudud dimainkan media pengampu dan penjilat Umno/BN mereka mula perasan bahawa isu ini memakan diri mereka sendiri (makan tuan).
Mereka mengharapkan DAP akan menghentam dan mengkritik PAS dan seterusnya bertindak berkecuali dengan tidak membantu PAS di Kuala Terengganu. Selain itu BN juga mengharapkan pengundi Cina di Kuala Terengganu bangkit menyerang PAS.

Malangnya hasrat BN tidak kesampaian. Pemimpin DAP sudah matang dan cerdik. Mereka faham hudud adalah hukum Allah yang adil dan tidak dipaksakan kepada orang bukan Islam. Malah hudud juga hanya dikenakan kepada orang jahat dan yang terbukti bersalah di mahkamah. DAP tidak takut kerana mereka bukan orang jahat sebagaimana Umno.

Hanya Umno/BN sahaja yang takut kepada hudud kerana mereka jahat. Sebahagian besar pemimpin mereka terlibat dengan rasuah dan politik wang. Sebab itu mereka menolak hudud. Penjelasan Presiden PAS tentang hudud juga jelas dan terang (penjelasan Presiden PAS).
Bagi pengundi Cina Kuala Terengganu saya yakin mereka sudah kenal siapa PAS dan siapa BN. PAS pernah memerintah Terengganu dan mereka sudah merasai nikmat diperintah oleh PAS. Hudud tidak menjadi suatu perkara yang menakutkan mereka.
BN juga tidak sedar bahawa penentangan mereka kepada hudud bererti mereka menentang enakmen yang diperkenankan oleh Baginda Sultan Terengganu setelah diluluskan di DUN Terengganu di zaman pemerintahan PAS.
Akhirnya BN mula sedar kesilapan mereka. Saya percaya sehari dua lagi isu ini akan lenyap dan media pengampu akan diarah supaya memainkan isu lain.

SAMBUT TAHUN BARU DALAM KEADAAN TERHIMPIT ~ Ref Malaysiakini

Rakyat Malaysia menyambut tahun baru Hijriah dan Masehi hampir serentak. Besok 1 Muharram rakyat Malaysia akan menyambut tahun baru 1430 dan 3 hari selepas itu tahun masehi 2009 pula menjelang.
Bila tahun baru muncul bermakna umur kita masing-masing berkurang setahun lagi yakni pada hakikatnya bukan bertambah setahun lagi seperti yang kita sangkakan selama ini.

Pada setiap kali sambutan tahun baru khasnya tahun baru masehi rakyat Malaysia akan bergembira sehingga kadang-kadang tidak ingat kepada tuhan. Acara-acara maksiat dan melalaikan dijalankan. Lebih malang lagi ianya digalakkan pula oleh kerajaan BN yang memerintah negara ini.
Anak-anak muda dilalaikan dengan hiburan yang tidak bermanfaat dan mengundang dosa dan bala.
Hakikatnya pada tahun ini kegembiraan rakyat adalah secara luaran sahaja. Hakikatnya rakyat terus dihimpit dengan harga barangan yang melambung tidak turun-turun (walaupun harga minyak telah turun). Lebih memeritkan sudahlah harga barangan tinggi, harga komoditi seperti getah dan kelapa sawit terus menjunam menambahkan keperintan rakyat.
Malangnya kerajaan BN seolah-olah membiarkan sahaja keperitan ini berterusan tanpa usaha yang meyakinkan. Malah kerajaan BN juga sanggup menghukum rakyat dengan menetapkan harga minyak lebih tinggi dari harga sepatutnya. Secara tidak sedar sebenarnya rakyat yang memberikan subsidi kepada kerajaan bukan kerajaan yang memberikan subsidi kepada rakyat. Harga minyak sepatutnya kurang 1.50 sen seliter bukannya RM1.80 seliter seperti sekarang.
Untuk itu saya menyeru rakyat Malaysia supaya bangkit menyedarkan kerajaan BN supaya lebih berhati perut dengan rakyat. Janganlah rakyat dijadikan hamba dan diperdaya dari dulu, kini dan selamanya.
Jadi saya mengharapkan rakyat Kuala Terengganu menggunakan kuasa yang ditangan mereka pada 17 Januari ini untuk mengajar kerajaan BN dengan memenangkan calon PAS dengan majoriti yang besar. Jika boleh hilangkan deposit calon BN itu supaya pemimpin kerajaan BN sedar dan insaf.

YAHUDI TERUS MENGGANAS, DUNIA SUNYI SEPI, MALAYSIA KECUT PERUT ~ Ref Malaysiakini

Saya cukup kesal dengan sikap manusia yang ada di dunia ini yang tidak langsung menunjukkan belas kasihan dan simpati kepada penduduk Palestin yang terus dibunuh tanpa belas kasihan oleh regim Yahudi Israel.
Sekelumit rasa kesihan seolah-olah tiada pun dalam benak hati para pemimpin dunia. Sebab itulah mereka membiarkan Yahudi ini terus bermaharajalela membunuh umat Islam Palestin. Yahudi membunuh kanak-kanak, wanita, orang tua dan lain-lain yang tidak berdosa.
Tindakan kejam srael yang melancarkan kira-kira 30 peluru berpandu melalui pesawat pejuang semalam, mengakibatkan kira-kira 229 terbunuh manakala lebih 300 lagi cedera.
Lebih dikesalkan negara-negara umat Islam termasuk Malaysia terus kecut perut langsung tidak berani mengambil tindakan yang lebih keras kepada Yahudi dan sekutunya Amerika dan Britain.

Malah Persidangan Negara-negara Islam (OIC) seolah-olah memejam mata dan memekakkan telinga dengan tragedi demi tragedi ngeri yang menimpa umat Islam Palestin.
Malaysia sendiri yang mengaku sebagai negara Islam (Islam Hadhari) langsung tidak berperanan untuk menyedarkan negara umat Islam lain supaya bertindak dengan lebih berani untuk mengenakan tekanan kepada negara haram Israel dan sekutunya.
Selagi Malaysia dan negara umat Islam lain terus kecut dan menikus selagi itulah rejim Yahudi akan terus menyembelih dan membunuh umat Islam di Palestin dan kemungkinan juga nanti di tempat lain.

BN MENYESAL PILIH WAN FARID SEBAGAI CALON? ~ Ref Malaysiakini

Saya yakin ada di kalangan pemimpin BN menyesal kerana memilih Wan Farid menjadi calon BN untuk PRK Kuala Terengganu. Sudah kedengaran suara-suara yang menimbulkan isu itu.

Pemililhan Wan Farid sebenarnya tidak berapa dipersetujui Najib dan MB Terengganu, namun kuasa Pak Lah dan Khairy masih utuh maka Wan Farid terpilih. Sedangkan Najib sudah mempunyai calonnya sendiri begitu juga dengan Mat Said.

Malah hujah Najib dan Mat Said untuk memilih orang lain adalah kuat kerana Wan Farid sendiri tidak disukai oleh penyokong PAS, pengundi atas pagar dan orang kampung. Wan Farid dilihat sebagai seorang yang elit dan tidak mesra rakyat.

Maka Najib dan Mat Said yakin bahawa Wan Farid bukanlah calon terbaik untuk menghadapi PAS kali ini dan akan datang. Kini setelah Wan Farid diumumkan sebagai calon, baru puak-puak yang beriya-iya memilih beliau sedar bahawa tugas BN untuk mempertahankan parlimen ini menjadi lebih rumit dengan pemilihan Wan Farid sebagai calon.

Puak-puak ini mula menyesal kerana siang-siang lagi melobi untuk menjadikan Wan Farid sebagai calon. Tetapi nasi belum menjadi bubur, calon masih boleh ditukar.

Bagi PAS sesiapa sahaja yang BN turunkan nanti, pasti ditentang kerana PAS menentang BN bukan kerana individu tetapi kerana prinsip perjuangan, kezaliman, penindasan, peminggiran Islam dan Bahasa Melayu, dan ketidakadilan BN memerintah Malaysia.

27 December 2008

HUDUD : PENJELASAN PRESIDEN PAS JELAS DAN TERANG ~ Ref Malaysiakini

Saya yakin penjelasan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang tentang isu hudud hari ini cukup jelas dan terang. Penjelasan tersebut mudah difahami oleh seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan ideologi politik.
Tuan Guru berkata " Kita (PAS) tahu berapa bilangan kita dalam parlimen".
"Tanggungjawab (melaksanakan hudud) sekarang pada Umno bukan pada PAS kerana mereka (Umno) mempunyai mejoriti dalam Parlimen.
"PAS di Kelantan sudah berusaha dan meluluskan dalam Dewan Undangan Negeri tetapi tidak dapat melaksanakan kerana halangan daripada kerajaan pusat yang dipimpin oleh Umno," ujar beliau.
Ketika ditanya bagaimana hudud boleh dilaksanakan, Abdul Hadi yang menolak anggapan bahawa hudud adalah undang-undang yang zalim berkata, ia bukanlah begitu mudah untuk terus dilaksanakan kerana pelbagai perkara perlu diambilk kira.

Menurut beliau, hudud tidak boleh dilaksanakan ketika rakyat dalam kesusahan ekoran faktor ekonomi, pengganguran yang ramai, pendidikan dan sosial masyarakat yang bermasalah.
"Kena selesaikan masalah kemiskinan, perbaiki ekonomi rakyat, peluang pekerjaan, pendidikan termasuk mengambil kira hubungan kekeluargaan dalam masyarakat terlebih dahulu," kata beliau yang memberi keyakinan aspek tersebut akan menjadi keutamaan kepada PAS.
'Kita tahu Umno tidak dapat menyelesaikan masalah ini," tambah beliau.

Kata beliau, masyarakat bukan Islam tidak seharusnya berasa bimbang jika hukum hudud dilaksanakan di negara ini kerana pelaksanaannya hanya melibatkan kalangan yang beragama Islam.

"PAS tak perlu terangkan (tentang hukum Hudud) kerana undang-undang ini tiada kena mengena dengan orang bukan Islam" kata Tuan Guru.
Jawapan dan penjelasan Tuan Guru diatas saya petik dari Siasahdaily.

NISA MELAKA ISTIQAMAH SELAMATKAN REMAJA ~ Ref Malaysiakini

Walaupun serba kekurangan dari segi dana, tenaga penggerak, peralatan namun ianya tidak melemahkan Nisa' Melaka untuk meneruskan gerakerja mendidik dan mentarbiyah remaja perempuan supaya menjadi insan solehah dan berguna kepada agama, bangsa dan negara pada masa depan.

Saban tahun Nisa' Melaka menjalankan program-program kebajikan dan tarbiyyah bagi membentuk remaja yang cemerlang dari segi akhlaq dan kerjaya.

Bertempat di Taman Seribu Bunga, Ayer Keroh, Melaka Khamis lalu, Nisa' Melaka berjaya menjalankan suatu program yang dinamakan 'JOM ENJOY BERSAMA NISA' . Program ini berjaya menarik minat 70 orang peserta yang datang dari seluruh pelusuk negeri Melaka.
Pengarah Program, Nazeeroh Zainal berkata pihaknya bersyukur kepada Allah atas kehadiran peserta yang ramai dan program berjalan dengan baik seperti yang dirancangkan.

"Program ini berjaya mencapai objektif seperti yang kita sasarkan dan Insya Allah kita akan meneruskan program seperti dari masa ke semasa".
"Objektif kita untuk mengeratkan silaturrahim dan juga menanamkan akhlaq dan kesedaran Islam di kalangan peserta Insya Allah tercapai" kata beliau yang juga merupakan AJK Nisa' Negeri Melaka.

Sementara itu Pengarah Nisaa' Melaka, Mahani Othman pula berkata Nisa' Melaka akan menyusun program yang lebih sistematik dan terancang bagi tahun 2009 bagi menarik minat lebih ramai remaja untuk menyertai program Nisa'.

Nisa' katanya, berasa bertanggungjawab untuk membebaskan remaja dari kongkongan persekitaran yang penuh dengan budaya hedonisme yang akhirnya menyebabkan remaja perempuan hanyut bersama-sama dengan program maksiat dan sia-sia.

"Walaupun Nisa' sedar kita mempunyai keterbatasan dari segi dana, prasarana, penggerak dan lain-lain, namun ianya tidak menjadi penghalang kepada kita untuk bertanggungjawab mendidik remaja sekadar kemampuan kita".

"Nisa' mesti bergerak semaksima mungkin demi untuk menyelamatkan remaja sekarang" kata beliau dengan bersemangat.

PPSMI : SEMUA PIHAK MESTI BANGKIT NYATAKAN BANTAHAN - KINTAN ~ Ref Malaysiakini

Setiausaha Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka (DMPNM), Hajah Kintan Man menyarankan seluruh parti politik, NGOs dan orang perseorangan bangkit secara kolektif bagi menyatakan bantahan kepada kerajaan BN yang sehingga kini masih belum membuat keputusan untuk menghapuskan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Sejak kerajaan BN mula-mula memperkenalkan PPSMI, PAS secara konsisten dan istiqamah menyatakan bantahan tanpa henti kerana PAS yakin ianya menhancurkan kedaulatan Bahasa Melayu selain ianya menjadi penghalang kepada kemajuan pelajar-pelajar luar bandar.
Kintan juga melahirkan rasa syukur kerana sejak akhir-akhir ini pelbagai pihak seperti Gapena, DBP dan NGO lain sudah mula sedar akan keburukan PPSMI dan badan-badan ini mula bangkit secara terbuka menyatakan pendirian jelas bahawa PPSMI merupakan pengkhianatan besar oleh kerajaan.
"PPSMI merupakan pengkhianatan kepada fasal 152 perlembagaan persekutuan berhubung status Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan"
"Negara-negara maju berdiri teguh menjiwai bahasa masing-masing memacu kejayaan dan kini berdiri megah dan maju di persada dunia seperti Jepun dan Jerman" tegas Kintan.
Menurutnya lagi bahasa menjadi nadi komunikasi rupa paras bangsa, ia menjadi kewajipan kerajaan yang memerintah sekarang memastikan fasal 152 perlembagaan persekutuan tidak dikhianati.
Kintan mencadangkan suatu suruhanjaya dibentuk terdiri dari badan-badan dan cendikiawan bahasa, ditubuhkan khas untuk mendesak kerajaan menghentikan serta merta PPSMI demi maruah Bahasa Melayu.

ROAD SHOW LAJNAH PENERANGAN BERMULA 25 JAN ~ Ref Malaysiakini

Lajnah Penerangan PAS Negeri Melaka akan menjalankan program Road Show ke seluruh negeri Melaka bermula 25 Januari ini di Kawasan Jasin.

Antara program yang akan dijalankan ialah melawat kesemua DUN bagi mengenalpasti isu-isu setempat. Selain itu program ini juga diharapkan dapat memantapkan lagi gerakerja penerangan di seluruh negeri Melaka di mana Lajnah Penerangan akan menerangkan serba sedikit strategi dan gerakerja yang akan akan dijalankan di peringkat kawasan dan negeri bagi tahun 2009.

Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Negeri, Khairul Che Salleh berkata program ini akan diteruskan dari masa ke semasa bagi merapatkan silaturrahim dengan masyarakat.

Di samping itu pihak Lajnah Penerangan juga akan sedaya upaya cuba menyelami isu setempat dan akan membongkar segala masalah dan penyelewengan pihak tertentu demi kesejahteraan rakyat.

PRK K. TERENGGANU : PENGUNDI CINA AKAN PERDAYA BN SEKALI LAGI ~ Ref Malaysiakini

Pada setiap kali kempen pilihanraya, BN akan mendabik dada bahawa pengundi Cina akan tetap menyokong mereka. Begitulah dakwaan BN pada PRU 2008 dan PRK Permatang Pauh lalu. BN seolah-olah yakin 100 % bahawa pengundi Cina akan tetap mengundi mereka berdasarkan sokongan terbuka pada kempen-kempen BN.
Namun semua itu hanyalah ilusi BN semata-mata. Hakikatnya pengundi Cina adalah pengundi yang bijak dan tinggi kesedaran politik mereka. Lihat sahaja bagaimana layanan istimewa yang diberikan pengundi Cina kepada calon BN PRK Permatang Pauh, Arif Shah tempohari. Mereka seolah-olah akan menolak Anwar Ibrahim 100 %, tetapi bila peti undi dibuka semasa pengiraan undi, BN dimalukan dengan semalu-malunya.

Saya yakin fenomena yang sama akan berlaku di Kuala Terengganu. Sejak beberapa minggu lalu, BN sudah mula mengumpan pengundi Cina dengan duit dan habuan lain. Sejumlah puluhan ribu diperuntukkan oleh Kerajaan negeri untuk sebuah sekolah Cina di Kuala Terengganu. Begitu juga orang Cina di sana diberikan 'ang pow' sebanyak RM300 oleh BN.
BN nampaknya tidak belajar dari pengalaman dan kesalahan lalu. Mereka terus memancing undi dengan duit dan peruntukan sedangkan pengundi terutama pengundi Cina sudah cerdik dan sedar akan permainan politik BN. Rakyat sebenarnya bukan mahukan duit segera sebagaimana yang BN lakukan. Mereka mahukan lebih dari itu, jaminan pendidikan, kesejahteraan hidup, keselamatan, kedaulatan bangsa, kedaulatan agama, budaya dan sebagainya.
Malangnya BN masih lagi kolot dan ketinggalan zaman. Mereka cuba memperlekeh-lekeh dan memperbodohkan rakyat dengan umpan wang ringgit dan habuan yang tidak bernilai.
Saya yakin sekali lagi BN akan diperdayakan oleh rakyat terutama rakyat keturunan Cina. Tidak syak lagi jika BN tidak berubah mereka akan tewas dengan majoriti yang besar kali ini.

PRK KUALA TERENGGANU : RAKYAT AKAN AJAR BN SEKALI LAGI ~ Ref Malaysiakini

Setelah BN dimalukan pada PRK Permatang Pauh Ogos lalu, BN dijangka akan dimalukan oleh rakyat sekali lagi. Melihat kepada riak-riak yang mula kelihatan sekarang, rakyat terus meluat dan tidak puas hati kepada kerajaan BN yang memerintah sekarang.

BN sebenarnya akan sekali lagi diperdayakan oleh rakyat setelah rakyat kecewa ditipu oleh kerajaan BN sejak lebih 51 tahun lalu.

Walaupun BN kelihatan agak yakin akan menang di Kuala Terengganu, tetapi sebenarnya mereka agak bimbang.

Pelbagai masalah dalaman dan luaran sedang menghantui BN. Antaranya :-
1) Masalah dalaman dalam pemilihan calon masih terus terbuku di hati pemimpin Umno Bahagian dan penyokong Umno

2) Masalah pemilihan Bahagian Umno Kuala Terengganu masih belum pulih sepenuhnya, di mana di pihak yang kalah kemungkinan besar tidak akan membantu kempen BN sepenuh hati malah mungkin akan ujud sabotaj.

3) Calon BN yang dipilih iaitu Wan Farid tidak disenangi oleh rakyat bawahan

4) Kekuatan PAS di Kuala Terengganu yang sememangnya hebat dan mantap, buktinya PAS menang 3 dari 4 DUN dalam Kuala Terengganu pada PRU 2008.

5) Rakyat masih tertekan dengan harga barangan yang mahal walaupun harga minyak diturunkan

6) Masalah kemelesetan ekonomi menyebabkan rakyat terutama peniaga tidak berpuashati terhadap kerajaan.

7) Inflasi yang semakin meningkat dan pengangguran semakin meruncing juga menghantui BN

Sebenarnya banyak lagi faktor lain yang benar-benar merimaskan BN. PAS dilihat mempunyai peluang lebih cerah kali ini untuk menambahkan lagi koleksi kekalahan BN pada Pilihanraya Kecil.

Kekalahan ini juga memberikan impak dan signifikan yang hebat kepada imej dan kredibilti Najib yang akan mengambilalih tampuk kuasa dari Pak Lah Mac 2009 nanti.

TAKZIAH BUAT KELUARGA DIRAJA DAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

Saya mengucapkan takziah kepada keluarga Diraja dan rakyat Negeri Sembilan atas kemangkatan Yam Tuan Besar Negeri Sembilan hari ini.

Baginda mangkat pukul 11.45 pagi tadi di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.

Saya mengharapkan keluarga Almarhum dan rakyat jelata bersabar dengan ketentuan Allah S.W.T ini.

PRK KUALA TERENGGANU : SIAP SEDIA HADAPI TAUFAN BN ~ Ref Malaysiakini

PR seharusnya bersedia dari segi fizikal dan mental untuk berhadapan dengan bala 'tentera' BN yang sudah pasti menggunaka segala jentera kerajaan, duit, samseng dan seribu satu macam taktik dan 'serangan'.

Kita semua sudah biasa dan faham dengan cara dan taktik BN yang tidak menghiraukan undang-undang, peraturan dan Islam. Bagi BN matlamat menghalalkan cara. Dosa dan pahala tolak tepi.

Sebab itu jentera PR mesti bersedia untuk menghadapi semua itu. Lebih-lebih lagi dalam keadaan terdesak BN akan menggunakan segala yang terfikir dalam fikiran mereka.

Jentera kerajaan, media, duit dan sebagainya sudah tentu menjadi senjata utama mereka bagi mengalahkan PR.Namun saya yakin petugas PR sudah pasti cukup terlatih dan komited untuk menghadapi semua cabaran itu.

26 December 2008

PRK KUALA TERENGGANU : HATI-HATI DENGAN SESUMPAH BN YANG BERKELIARAN MENCARI MANGSA ~ Ref Malaysiakini

Adakah anda kenal dengan binatang yang dinamakan sesumpah. Kalau anda belum tahu sila baca posting saya ini yang kongsikan dengan tuan-puan takut-takut nanti 'digigit' sesumpah yang begitu banyak berkeliaran di Kuala Terengganu sekarang ini sehingga 17 Januari 2009 nanti.

Untuk pengetahuan semua sesumpah ialah sejenis binatang seperti biawak dan cicak yang hidup di atas pokok atau sesekali turun ke tanah. Namun saiznya lebih besar dari cicak tetapi lebih kecil dari biawak. Bentuk badan, kaki dan lain-lain tidak jauh bezanya dengan biawak. Pendek kata Sesumpah sepupu, dua pupu atau ada bau-bau bacang dengan cicak dan biawak ini.

Keistimewaan sesumpah ini ialah kulit binatang ini boleh bertukar warna sama seperti keadaan sekelilingnya. Kalau keadaan disekelilingnya berwarna coklat kulitnya bertukar menjadi coklat. Kalau warna disekelilingnya berwarna hijau dia pun bertukar menjadi hijau. Inilah keajaiban dan kekuasaan Allah S.W.T yang berkuasa mencipta apa juga yang Allah S.W.T kehendaki yang kadang-kadang tidak terjangkau oleh akal fikiran kita.

Namun sifat sesumpah ini kadang-kadang ditiru oleh manusia. Kadang-kadang dengan meniru inipun baik juga bukan semua tidak baik. Saya berpengalaman di dalam banyak pilihanraya samada pilihanraya umum atau kecil. Semasa kempen inilah ada orang yang tidak pernah atau jarang pakai tudung akan berlakon pakai tudung, ada yang jarang pakai ketayap putih akan pakai ketayap putih, ada yang jarang ke surau atau ke masjid berjemaah akan rajin ke masjid, ada yang jarang pakai kain pelikat tiap-tiap hari pakai kain pelikat keluar masuk kampung, ada yang jarang ziarah orang sakit akan ziarah sampai 3 atau 4 kali terhadap orang yang sama.

Apa guna mereka berlakon atau bertukar warna kulit macam sesumpah?

Jawapannya ialah mereka ingin menunjukkan bahawa mereka juga pakai tudung, pakai kopiah dan sebagainya supaya mak cik-mak cik dan pak cik-pak cik percaya yang mereka ini sama-sama tutup aurat, alim dan suka kepada surau dan masjid. Maksudnya mereka juga mahu dilihat serupa dengan pak cik-pak cik dan mak cik-mak cik, tiada bezanya. Jadi mudah untuk mereka memancing undi. Bukankah ini sama sifatnya dengan sesumpah......suka mengikut persekitaran untuk menyelamat diri, cuma 'Sesumpah' Kuala Terengganu bukan untuk selamat diri tetapi untuk dapat upah dan duit serta dapat projek dan sebagainya.

Sesumpahnya ini berkempen untuk memastikan BN menang dan mereka akan mendapat habuan dunia.

Jadi sudah pasti rakyat Kuala Terengganu dan sesiapa juga yang pergi ke sana akan bertemu dengan sesumpah ini. Kadang-kadang jika silap pandang Sesumpah ini lebih alim dari Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Haji Hadi. Begitulah hebatnya Sesumpah ini berlakon. Boleh mengalahkan Dato' Shah Rukh Khan kebanggaan Ali Rustam dan kerajaan Melaka.

Nota : Artikel ini saya posting semula dengan sedikit penambahan untuk disesuaikan dengan keadaan semasa dan PRK Kuala Terengganu. Artikel pernah diposting di Blog ini menjelang PRK Permatang Pauh.

PRK KUALA TERENGGANU : WAN FARID KALAH SEBELUM MASUK GELANGGANG ~ Ref Malaysiakini

Ramai pemerhati politik mengakui bahawa calon BN, Wan Farid Wan Salleh (WFWS) awal-awal lagi sudah tewas iaitu sebelum masuk gelanggang. Sebab itulah ramai antara mereka menyatakan WFWS telah membuat kesilapan dengan menerima pencalonan BN untuk meletakkan beliau bertanding pada PRK Kuala Terengganu ini.
WFWS bakal kehilangan jawatannya sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri dan sekaligus jawatan senatornya.
Sebenarnya sebelum WFWS masuk gelanggang beliau sudah tewas kerana bukti mudah iaitu PAS telahpun memenangi 3 kerusi DUN dalam parlimen Kuala Terengganu ini berbanding BN hanya menang 1 DUN sahaja.
Atas fakta inilah pemerhati politik meramalkan WFWS bakal menyesal kerana menerima pencalonan BN ini dan beliau kemungkinan akan tewas. Maka imej, kredibiliti dan rekod beliau akan tercalar teruk dengan kekalahan tersebut selain kehilangan senioriti dalam kabinet kerana kehilangan jawatan Timbalan Menteri tersebut.
Bagi saya WFWS bekum terlambat untuk memberikan laluan kepada calon lain demi survival politik peribadinya. Jika belum menolak pencalonan ini sudah pasti beliau akan terus memegang jawatan Timbalan Menteri dan senator untuk 2 tahun lagi. Beliau boleh bertanding Pilihanraya Umum akan datang mungkin selepas 1 tahun beliau menamatkan perkhidmatannya sebagai Senator. Jadi WFWS tidak perlu terburu-buru untuk mengejar cita-cita untuk menjadi Ahli Dewan Rakyat.
Biar lambat asal selamat.

KUALA TRENGGANU BERGEGAR LAGI!!! ~ Ref Malaysiakini

Saban hari kita dibebani
Dengan berita-berita sensasi
Tambah berita-berita terkini
Yang lebih banyak menyakitkan hati.

Penyelewengan -penyelewengan terus menjadi-jadi
Kemaksiatan-kemaksiatan terus menari-nari
Diatas pentas dunia yang sementara ini
Pada hal semuanya akan mati.

Ada adun belanja Rm500 ribu dalam 2 hari
Politik wang apatah lagi
Rasuah terus berleluasa disana-sini
Tak kira semuanya.. nak dikebas sekali.

Tapi.. yang amat geram sekali
Sampai hal kesihatan pun nak dimanipulasi
Bila IJN pun nak dijilat kroni
Bertopeng atas nama Sime darby
Nampaknya..dah melampau..nak tunjuk berani.

Terus bermegah-megah tanpa peduli
Walaupun bantahan rakyat disana-sini
Dah meluat dan dah benci
Dengan sikap dan perangai pemimpin yang berdinasti.

Sebelum Dinasti Razak menjadi,
Dinasti Badawi terus menguasai
Dari kroni anak-beranak.. kekroni suami isteri
Belum apa-apa lagi,dah nak menguasai ekonomi.
Walau apa pun gelaran diberi
Mereka tetap satu parti
Parti keris telanjang yang tak bersarung lagi
Tak sedar, tumpul tak makan laki.

Begitulah manusia , bila ALLAH tak ditakuti
Macam-macam boleh terjadi
Bukan setakat ulama yang dibenci
Kasihan! Dr Asri bekas mufti
tak pasal-pasal.. puisinya pun kena gam sekali.

Kini
PARLIMEN KUALA TRENGGANU BERGEGAR LAGI
Setelah kematian Alahyarham YB Razali
Baru tersedar nak beri duit royalti
Setelah sekian lama hak negeri Trengganu dinafi
Nak tunggu Adun mati baru nak kasi
Begitulah zalimnya mereka ini.

Ayuh ! Pengundi-pengundi
Yang duduk jauh-jauh ..jangan lupa kembali
Rebut.. peluang datang hanya sekali
Pemerintahan sekarang mesti diganti
Sudah tidak relevan lagi
Akhlaknya buruk tidak terperi
Seperti labu yang sudah tidak boleh dibaiki
Pecah tak boleh ditampal lagi
jatuh tak mengkin menjadi tanah kembali.

Ayuh! para-para pengundi
Tekadkan dihati yang murni
bahawa PAS pilihan dihati
Kertas ditangan..pensil dijari
buktikan ia di 17 Januari nanti.

Nukilan : Masturah Hassan

KERAJAAN NEGERI SARAWAK TAKUT BAYANG-BAYANG SENDIRI, HALANG PR MASUK SARAWAK ~ Ref Malaysiakini

Undang-undang mana dan peraturan mana yang mereka pakai sehingga orang hendak melawat negeri mereka sendiri dihalang. Inilah yang berlaku di Sarawak apabila kerajaan negerinya menghalang Ahli Parlimen Padang Serai, Gobalakrishnan dari memasuki negeri tersebut.
Apa yang mendukacitakan tiada alasan kukuh dan konkrit yang diberikan Jabatan Imigresen mengapa YB tersebut dihalang dari masuk ke Sarawak. Alasan yang diberi ialah kerajaan negeri tidak membenarkan beliau masuk ke Sarawak, itu sahaja alasannya.
Bagi saya kerajaan Sarawak, milik Taib Mahmud seolah-olah takut kepada bayang-bayangnya sendiri apabila menggunakan kuasanya untuk menghalang seorang Ahli Parlimen masuk melawat negerinya.

Saya yakin alasan sebenar YB Gobi tidak dibenarkan masuk ke Sarawak ialah Taib Mahmud takut rakyat Sarawak akan celik politik dan menolak beliau dan partinya, PBB/BN pada pilihanraya negeri. Jika rakyat Sarawak mula membuka mata dan sedar akan kuasa undi yang ada pada mereka, sudah kedudukan Taib Mahmud akan goyah dan susah untuk beliau menipu dan memperdayakan rakyat Sarawak.
Sejak sekian lama Taib Mahmud membina empayar politik dan perniagaannya di Sarawak tanpa gangguan akibat kecerdikannya memperdaya dan mengelirukan rakyat. Beliau bimbang kalau rakyat akan terpengaruh dengan PR dan kedudukan beliau akan terjejas.

BN KECUT PERUT : TERPAKSA KEMPEN AWAL ~ Ref Malaysiakini

Nampak jelas BN tidak yakin untuk menang dengan mudah pada PRK Kuala Terengganu 17 Januari ini. Jika tidak masakan bakal calon mereka Wan Farid telah memulakan kempennya sejak beberapa selepas Allahyarham Dato' Razali Ismail meninggal.
Wan Farid dilihat masuk kampung keluar kampung menjengah mukanya untuk bertemu orang kampung bagi menunjukkan dirinya adalah seorang yang berjiwa rakyat, mudah didekati dan peramah tidak elit sebagaimana tuduhan sesetengah pihak.
Saya yakin Wan Farid tidak akan beriya-iya masuk keluar kampung jika beliau yakin 100% akan menang mudah.
Kesungguhan Wan Farid ini tidak boleh dipandang enteng dan mudah oleh PAS. Kita semua sudah sedia maklum bahawa pengundi atas pagar mudah termakan pujukan dan tipu daya BN seumpama ini.
Jentera PAS mesti digerakkan 200 % dari sekarang jangan hanya menunggu calon diumumkan.

UMNO BAKAL TERJERAT UNGKIT ISU HUDUD ~ Ref Malaysiakini

Menjelang PRK Kuala Terengganu, BN menggunakan isu hudud untuk memerangkap PAS. BN mungkin merasakan dengan isu hudud ini pengundi Melayu akan hilang keyakinan kepada PAS lantaran PAS masih gagal mengamalkan undang-undang Islam itu di Kelantan dan 4 buah negeri PR yang lain.
Pada masa yang sama BN juga cuba menakut-nakutkan pengundi Cina dengan hukum hudud ini.
Namun saya yakin rakyat dan pengundi Kuala Terengganu sudah masak dengan taktik BN yang menggunakan media untuk mempengaruhi pengundi. Isu ini mula disensasikan oleh media dengan memetik jawapan Naib Presiden PAS, Husam Musa yang menyatakan PAS tetap konsisten ini mengamalkan Hukum Hudud jika PAS memerintah Malaysia.
Husam dilaporkan berkata demikian pada wacana anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan, ketika beliau menjawab pertanyaan seorang lagi ahli panel pada program tersebut iaitu Khairy Jamaluddin.
Media sengaja membesar-besarkan isu ini sedangkan banyak isu lain yang diperdebatkan pada program tersebut.
Saya sangat gembira dengan keputusan BN menggunakan isu hudud ini kerana ternyata ianya memakan diri. BN mengharapkan DAP melenting dengan pendirian PAS. Namun ternyata DAP matang dan rasional. Pemimpin-pemimpinnya memberikan 'feedback' yang baik dengan menyatakan mereka menghormati pendirian PAS dan semua langkah kearah pelaksanaan itu boleh dibincangkan di kalangan komponen PR.
Malah Naib Pengerusi DAP, M. Kulasegaran secara jelas yakin bahawa orang Cina tidak akan terjejas dengan pelaksanaan hukum hudud. Pemimpin DAP juga yakin pengundi Cina di Kuala Terengganu akan mengundi PR bagi membantu kemenangan PAS.
Bagi pengundi Melayu pula sebahagian besar mereka faham bahawa kegagalan PAS mengamalkan hukum hudud di Kelantan adalah disebabkan halangan kerajaan pusat dan perlembagaan negara Malaysia sendiri. Mereka faham bahawa sebarang enakmen negeri yang bertentangan dengan perlembagaan negara sudah pasti terbatal dengan sendirinya.
Malah orang Melayu dan Islam masih ingat bagaimana biadapnya bekas Presiden Umno, Dr Mahathir yang menghantar surat amaran dan ugutan kepada Kerajaan Kelantan yang berhasrat untuk mengamalkan undang-undang hudud setelah ianya diluluskan oleh DUN Kelantan.
Maka tidak syak lagi kegagalan Kelantan menggunapakai undang-undang hudud bukannya disebabkan PAS tetapi adalah kerana halangan dari kerajaan BN.

PRK KUALA TERENGGANU : WAN MUTALIB ATAU SYED AZMAN ~ Ref Malaysiakini

PAS sudahpun menyatakan calonnya ialah seorang yang Professional dan berjiwa rakyat. Tetapi PAS hanya akan mengumumkan nama calonnya pada 1 Januari depan.

Pada pandangan dan firasat saya hanya dua orang calon sahaja yang mungkin menjadi pilihan terakhir PAS iaitu samada Dato' Haji Wan Muttalib Embong atau YB Dr Syed Azman Syed Ahmad An-Nawawi.

Keduanya adalah AJK PAS Pusat, seorang Professional dan berjiwa rakyat.

Saya nyatakan di sini serba sedikit latarbelakang kedua-dua pemimpin hebat dari Terengganu ini.

Dato' Haji Wan Abdul Mutalib Embong
Seorang Peguam yang sangat berpengalaman, mempunyai firma guaman yang sangat terkenal di Kuala Terengganu. Beliau seorang yang sangat berjasa kepada perjuangan Islam bukan sahaja di negeri Terengganu malah di seluruh negara.

Seangkatan dengan Tuan Guru Presiden, Hj Mustafa Ali dan Ustaz Haron Taib, Ustaz Abu Bakar Chik dan lain-lain. Di amanahkan sebagai AJK PAS pusat lebih dari 20 tahun lalu. Bekas ADUN dan Bekas Exco Kerajaan Negeri Terengganu 1999-2004. Beliau menjadi ADUN Batu Burok sejak beberapa penggal sehingga memberi laluan kepada Dr Syed Azman pada PRU 2008 yang lalu. Merupakan salah seorang ADUN PAS yang menang pada PRU 2004 di kerusi Batu Burok.

Menjadi pakar rujuk PAS dalam hal ehwal perundangan. Di amanah beberapa kali mengetuai Lajnah Guaman dan Undang-undang PAS Pusat. Kini di amanahkan sebagai Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu dan Pengarah Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu di peringkat Negeri Terengganu.
Beliau seorang yang berjiwa rakyat. Maka tidak hairanlah beliau disukai rakyat dan menang di kerusi DUN Batu Burok pada PRU 2004 walaupun DUN-DUN lain banyak yang tersungkur.


Dr Syed Azman Syed Ahmad
Berkelulusan PhD dalam bidang Sains Politik dari Universiti di Amerika Syarikat. Bekas seorang pensyarah di dua buah IPTA di Kuala Lumpur.

Sekarang ini diamanahkan sebagai Ketua Lajnah Antarabangsa dan AJK PAS Pusat. Menang di DUN Batu Burok pada PRU 2008 Mac lalu. Sebelum itu menjadi Ahli Parlimen Kuala Terengganu pada 1999-2004 sebelum tewas kepada Allahyarham Dato' Razali Ismail di kerusi yang sama pada PRU 2004. Pernah dilantik sebagai Setiausaha Politik Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Beliau merupakan pemimpin muda yang berpotensi dan disukai rakyat dari pelbagai lapisan.

Tidak syak kedua-dua bakal calon PAS ini mampu membawa panji-panji PAS pada Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu. Namun begitu tidak mustahil PAS akan mengemukakan calon lain berdasarkan perkembangan semasa dan strategi tertentu.

Bakal-bakal calon lain seperti Cikgu Mustafa Ali (gambar), Prof Dr Khazani dan Ariffin Deraman juga berpotensi untuk diketengahkan bagi membawa cabaran PAS.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter