BN MENYESAL PILIH WAN FARID SEBAGAI CALON? ~ Ref Malaysiakini

Saya yakin ada di kalangan pemimpin BN menyesal kerana memilih Wan Farid menjadi calon BN untuk PRK Kuala Terengganu. Sudah kedengaran suara-suara yang menimbulkan isu itu.

Pemililhan Wan Farid sebenarnya tidak berapa dipersetujui Najib dan MB Terengganu, namun kuasa Pak Lah dan Khairy masih utuh maka Wan Farid terpilih. Sedangkan Najib sudah mempunyai calonnya sendiri begitu juga dengan Mat Said.

Malah hujah Najib dan Mat Said untuk memilih orang lain adalah kuat kerana Wan Farid sendiri tidak disukai oleh penyokong PAS, pengundi atas pagar dan orang kampung. Wan Farid dilihat sebagai seorang yang elit dan tidak mesra rakyat.

Maka Najib dan Mat Said yakin bahawa Wan Farid bukanlah calon terbaik untuk menghadapi PAS kali ini dan akan datang. Kini setelah Wan Farid diumumkan sebagai calon, baru puak-puak yang beriya-iya memilih beliau sedar bahawa tugas BN untuk mempertahankan parlimen ini menjadi lebih rumit dengan pemilihan Wan Farid sebagai calon.

Puak-puak ini mula menyesal kerana siang-siang lagi melobi untuk menjadikan Wan Farid sebagai calon. Tetapi nasi belum menjadi bubur, calon masih boleh ditukar.

Bagi PAS sesiapa sahaja yang BN turunkan nanti, pasti ditentang kerana PAS menentang BN bukan kerana individu tetapi kerana prinsip perjuangan, kezaliman, penindasan, peminggiran Islam dan Bahasa Melayu, dan ketidakadilan BN memerintah Malaysia.

Comments

Anonymous said…
bn ni letak la sape pun calon...kalau tak memperjuangkan islam tak ada maknanya....makin menentang islam ada la terutamanya pasal hukum hudud.kita tetap akan melawan umno dan bn laknatullah ini.Allahuakbar.
Anonymous said…
bn ni letak la sape pun calon...kalau tak memperjuangkan islam tak ada maknanya....makin menentang islam ada la terutamanya pasal hukum hudud.kita tetap akan melawan umno dan bn laknatullah ini.Allahuakbar.
sekiranya adudomba dan devide and rule pas terhadap umno bab isu wan farid ini....maka mungkin pas akan menang.macam di permatang pauh.

tapi wan farid adalah ketua umno dan pengerusi bn kuala terengganu...maka lainsikitlah sebab dia ada kuasa mutlak dalam semua hal. dulu di permatang pauh calun bn tak ada kuasa apa.

lagi pun terengganu dikuasai bn tapi penang oleh dap. majlis perbandaran pun bn kontrol......jauh bezanya.
maka bn menanglah dan pas patut dihudud kerana hasut org supaya tolak wan farid?????? betul tak cakap aku?
Anonymous said…
Betul kepala atuk hang.... jangan salah guna perkataan hudud.

Aku setuju PAS @PR akan kalah lagi sekali..sebab strategi tak mantap dan lambat bertindak......