31 December 2010

PRK TENANG : PROJEK MEE SEGERA DAH DATANG

Ketua Dewan Pemuda PAS Johor, Khairul Faizi Ahmad Kamil melaporkan dalam facebooknya bahawa projek 'mee segera' mula dijalankan di DUN Tenang semata-mata untuk merasuah pengundi di sana supaya menyokong BN.

Setiap kali Pilihanraya tidak kira Umum atau Kecil, taktik menjalankan projek 'mee segera' memang menjadi amalan BN. Malangnya rakyat negara kita masih tidak faham dan mudah tertipu dengan rasuah dan sogokan seperti ini.

Gambar diatas dipetik dari facebook Faizi di mana di sebatang jalan di Tenang kelihatan jentera-jentera berat sedang menurap jalan tersebut.

MALUNYA AKU MENGAKU RAKYAT MALAYSIA

Seorang rakan menyatakan betapa malu dia apabila berkunjung ke luar negeri kerana sering dilemparkan dengan pertanyaan yang sukar untuk dijawab?

Soalan pertama yang sering ditanya kepada beliau ialah benarkan pemimpin negara anda terlibat dengan pembunuhan seorang wanita berbangsa Mongolia?????

Soalan kedua pula ialah benarkan seorang pemimpin negara anda merogol pembantu rumahnya seorang warga Indonesia.

Sehingga kini menurut beliau, dia gagal untuk menjawab soalan tersebut kerana pemimpin yang dituduh berkaitan kedua-dua isu itu tidak menyaman orang yang membuat tuduhan tersebut.

Menurutnya ramai rakan-rakannya dari luar negara berasa pelik dan ragu kerana pemimpin berkenaan sehingga kini takut untuk membawa kes berkenaan ke mahkamah. Maksudnya mereka tidak berani membersihkan namanya di mahkamah.

Beliua memberitahu saya bahawa sebagai seorang rakyat Malaysia beliau merayu pemimpin terbabit supaya membersihkan nama masing-masing seberapa segera supaya nama baik Malaysia dapat kekal harum di seluruh dunia.

SEBARKAN PROGRAM 100 HARI PR KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA

Saya merayu kepada seluruh penyokong dan ahli PAS serta PR supaya memastikan Program 100 hari pemerintahan PR disebarkan kepada seluruh rakyat Malaysia supaya mereka tahu apa yang akan dilaksanakan oleh PR jika diberi peluang memerintah Malaysia suatu hari nanti.

Pastikan setiap rumah, setiap rakyat menatap dokumen itu supaya mereka faham bahawa PR bukannya bercakap kosong tetapi akan membuktikan apa yang dijanjikan.

Buktinya sebahagian besar manifesto PR di Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan telah ditunaikan. Program kebajikan di negeri PR berjalan dengan baik jauh lebih baik berbanding negeri-negeri BN.

Inilah bukti bahawa PR bukan hanya pandai berjanji kepada rakyat tetapi berusaha sedaya upaya untuk menunaikannya seperti yang dibuktikan di negeri-negeri yang diperintah PR.

Jadi ayuh tuan-puan rancangkan program sebarkan program 100 hari tersebut. Senang sahaja tubuhkan skuad untuk mengedarkan dokumen itu sepertimana syarikat-syarikat perniagaan mengedarkan iklan-iklan mereka. Fotostat program itu banyak-banyak (ringkasannya lebih baik) dan edarkan.

Sofi Wahab

KERAJAAN MELAKA TIDAK PATRIOTIK?

Genaplah seminggu tersiarnya laporan mengenai cadangan Kerajaan Negeri Melaka menukar kereta rasmi bagi kegunaan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco)nya pada tahun depan.

Malangnya, impak penyiaran berita itu sama sekali berbeza dengan laporan serupa yang pernah tersiar di media kira-kira dua tahun lalu. Berita yang melibatkan perkara sebegitu penting bagi sebuah kerajaan hanya berlalu begitu sahaja tanpa sebarang ulasan atau laporan susulan mana-mana media arus perdana.

Ia hanya muncul sekali itu dan terus menghilang dari paparan media. Bahkan, tidak mustahil jika dikatakan sebahagian besar rakyat negara ini langsung terlepas pandang akan perkara itu.

Sedangkan berita disiarkan minggu lalu itu bukan berasaskan kenyataan atau maklumat tidak rasmi dari sumber tertentu. Ia sebaliknya dipetik secara bertanggungjawab dari kenyataan dibuat Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam sendiri.

Sebuah akhbar arus perdana pada 21 Disember memetik beliau sebagai berkata, kerajaan negeri pimpinannya mencadangkan penggunaan kereta baru jenis Honda Accord atau Nissan Teana V6 bagi kegunaan Exco, termasuk Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun), Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), pegawai undang-undang dan pegawai kewangan. Ia bagi menggantikan kereta jenis Proton Perdana Eksekutif yang digunapakai kini.

Sebetulnya cadangan sedemikian bukan lah suatu yang pelik atau layak diperbesarkan. Menukar kereta baru tidak lebih suatu rutin kerajaan, terutama apabila sampai tempoh tertentu penggunaan kenderaan rasmi sedia ada.

Di atas berbagai sebab, termasuk kos penyelenggaraan, keselesaan penggunaan dan seumpamanya, keperluan menukar kepada kereta baru tidak sukar dirasionalkan. Alasan diberikan Mohd Ali juga melibatkan rasional sama.

“Sejak 10 tahun lalu kenderaan rasmi jenis Proton Perdana Eksekutif digunakan Exco, tetapi kita terpaksa menanggung kos penyelenggaraan yang tinggi akibat pelbagai kerosakan,” katanya.

Sebelum ini pun rakyat tidak begitu mengambil pusing tindakan mana-mana kerajaan menukar kereta rasmi, walau seberapa kerap mereka berbuat demikian atau melibatkan apa juga jenama pembuatan kenderaan terbabit.

Namun itu cerita sebelum 2008, atau lebih tepat lagi sebelum berlakunya tindakan menukar kereta rasmi oleh kerajaan negeri Perak yang ketika itu diperintah Pakatan Rakyat (PR). Apabila langkah kerajaan negeri itu menukar kereta rasmi dimanipulasi para pemimpin Barisan Nasional (BN) dan diseret secara negatif oleh media-media talibarut parti itu, maka ia seakan menjadi kes pemula kepada pertikaian rakyat terhadap tindakan sedemikian.

Dalam ertikata lain, jika tidak kerana kerakusan BN dan kegelojohan media dikuasainya memperbesarkan langkah kerajaan Perak itu, maka isu penukaran kereta rasmi kerajaan tidak sepatutnya menjadi isu.

Malangnya, agenda biasa pemerintahan yang telah sekian lama dilakukan BN sendiri itu telah dimanipulasi secara tidak bertanggungjawab. Tanpa tangguh kerajaan PR Perak menjadi sasaran kecaman para pemimpin BN sebaik sahaja Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memaklumkan kerajaannya telah memesan 16 buah kereta jenis Toyota Camry 2.4 bagi menggantikan Perdana V6 yang digunakan ketika itu.

Keadaan diburukkan menerusi perlumbaan media-media talibarut BN yang sengaja menyorot dan membuat tinjauan susulan isu berkenaan secara negatif. Komen dan ulasan pelbagai pihak sengaja ditonjol dari perspektif memburukkan kerajaan PR.

Alasan kos penyelenggaraan yang semakin tinggi diberikan Nizar turut dipertikaikan. Bahkan, kenyataan pihak pengurusan Proton turut dipetik semata-mata untuk menafikan produk keluarannya berisiko mengalami kerosakan agak kerap seperti didakwa.

Ia sekaligus bagai menafikan fakta perbelanjaan RM1.3 juta bagi kos penyelenggaraan ditanggung kerajaan Perak antara 2004 hingga 2008 sepertimana dimaklumkan Nizar.

Kini, kita tertunggu-tunggu bila lagi pihak pengurusan tertinggi pengeluar kereta nasional itu akan menafikan dakwaan Mohd Ali pula. Jika benar bagai didakwa mereka ketika menyangkal kenyataan Nizar dua tahun lalu, tempoh seminggu yang telah berlalu kini sepatutnya lebih dari cukup untuk mereka tampil dengan penafian sama.

Tidak cukup setakat itu, pertikaian terhadap tindakan kerajaan PR Perak dulu turut diseret sehingga membabitkan isu patriotisme terhadap negara. Telah menjadi dasar kerajaan sejak beberapa tahun lalu untuk menjadikan kereta Proton sebagai kenderaan rasmi pembesar kerajaan.

Justeru, tindakan Perak menukarkannya dengan kereta import dianggap tidak patriotik. Pelbagai pihak tampil mengecam kerajaan negeri itu kononnya membelakangkan kereta nasional.

Malah isu itu secara tersirat semacam sengaja diseret bagi memberikan gambaran menakutkan tentang kemungkinan identiti negara tergugat sekiranya PR mengambil alih kuasa di peringkat Pusat.

Kini, sekali lagi kita tertunggu-tunggu bila lagi penilaian dan label sama dilontarkan kepada Mohd Ali dan kerajaan Melaka pula. Bukankah kereta baru pilihan mereka juga bukan model buatan tempatan?

Ke mana pula hilangnya nilai patriotisme yang kononnya amat dipertahankan para pemimpin dan penjuak BN dua tahun lalu? Ataukah dalam perkiraan mereka, asal saja sesuatu itu dibuat BN, semuanya dikira okay, walau pun dianggap amat negatif sekiranya perkara sama dibuat parti lawan.

Jika begitu halnya, dan setakat ini memang pun itulah hakikatnya, maka BN jangan salahkan orang jika dinilai sebagai bersikap dwi-piawai, hipokrit, lidah bercabang, talam dua muka dan berbagai label seumpamanya.

Sumber : Harakahdaily.

ISU YB TEO : WANITA MUSLIM MASUK MASJID TAK TUTUP AURAT MEREKA TAK BISING


Sekali lagi Utusan memanipulasikan isu Ahli Parlimen Serdang, YB Teo Nie Ching mencemarkan kesucian masjid. Kalau dahulu YB Teo dikatakan mencemarkan masjid kerana memberikan tazkirah di surau, kali ini beliau dikatakan mencemarkan kesucian masjid kerana memakai baju ketat bersenamrobik di perkarangan masjid.

Saya sendiri menghubungi Nazir Masjid Taman Cheras Jaya, Balakong yang juga merupakan sahabat baik saya iaitu Haji Azman Idris untuk mendapat komentar beliau.

Haji Azman berkata isu itu bukanlah perkara besar cuma ianya di'spin'kan oleh Utusan untuk mendapatkan 'political mileage'. Utusan dengan 'bangganya' menyatakan bahawa umat Islam begitu marah dengan tindakan YB Teo ini sedangkan di kawasan Taman Cheras Jaya sendiri tidak ada seorang pun yang marah dan tidak senang dengan tindakan YB Teo.

Bila saya melihat gambar YB Teo yang dikatakan berpakaian ketat itu, jelas sekali pakaiannya SAMA seperti pakaian yang dipakai oleh sesetengah wanita-wanita Umno dan Puteri-puteri Umno ketika bersenam robik. Malah ada wanita-wanita Islam yang masuk masjid tidak menutup aurat dan berpakaian ketat. Mengapa Umno dan Utusan tidak 'bising' dengan hal ini.

Ternyata isu ini di'spin'kan Utusan untuk membangkitkan kebencian umat Islam kepada DAP dan PR.

Gambar : YB Teo dan saf kepimpinan Masjid tersebut. Haji Azman berdiri 3 dari kanan.

BN PENING KEPALA NEGERI PR AKAN ADAKAN PILIHANRAYA BERASINGAN

Saya amat menyokong andainya negeri-negeri PR tidak membubarkan DUN serentak dengan pembubaran Parlimen Malaysia. Tidak ada gunanya kita membazirkan wang rakyat dengan mengadakan pilihanraya awal sebelum 'edah'nya berakhir.

Andaikata Pilihanraya Umum pada diadakan pada tahun 2011 ini bermakna ianya dilaksanakan 2 tahun lebih awal dan sudah tentu kerajaan negeri yang berkuasa sekarang tidak dapat melaksanakan perancangan dan manifesto mereka sepenuhnya.

Kerajaan pusat berkuasa untuk membubarkan Parlimen dengan memberikan nasihat kepada Yang Dipertuan Agong tetapi bagi DUN ianya adalah dibawah bidang kuasa Sultan negeri masing-masing atas nasihat Menteri-Menteri Besar negeri berkenaan.

Jadi tidak syak lagi BN akan berhadapan dengan situasi berbeza kali ini di mana pilihanraya umum akan diadakan dalam 2 fasa iaitu pilihanraya Parlimen dan DUN negeri-negeri BN dan yang kedua pilihanraya negeri-negeri PR.

30 December 2010

BUKU MENUJU PAS BARU : POLEMIK INI TIDAK HARUS DIPANJANG - JANGAN BERI PELURU KEPADA MUSUH

Saya mengharapkan semua pihak tidak memanjangkan polemik mengenai buku PAS Baru yang sedang hangat diperkatakan. Buku itu bukanlah sebuah buku yang dikeluarkan oleh PAS tetapi ia hanya sebuah buku yang ditulis oleh seorang AJK PAS Pusat iaitu Dr Mujahid Yusof Rawa. Ini adalah hasil dari pemikiran beliau.

Saya yakin pimpinan PAS dan ahli-ahli PAS sudah cukup tarbiah dan kefahaman untuk menilai buku tersebut. Jika benar ianya bertentangan dengan aspirasi dan hala tuju perjuangan PAS saya cadangkan buku itu tidak dijadikan panduan dan teks serta tidak juga sebagai sumber rujukan kepada ahli PAS.

Ia hanyalah pandangan peribadi penulis yang tidak maksum dan sudah tentu mempunyai pandangan yang berbeza dengan orang lain. PAS sejak dahulu lagi meletakkan Islam sebagai asas perjuangan dan ianya sudah mula diterima oleh rakyat Malaysia berbilang kaum.

Saya mencadangkan kepada pimpinan PAS supaya membuat penegasan (jika perlu) tentang buku ini, samada ianya tidak bertentangan dengan perjuangan PAS atau sebaliknya.

Bagi saya tidak ada salahnya Mujahid melemparkan pandangan beliau kerana ianya bukan pandangan PAS tetapi HANYALAH PANDANGAN PERIBADI.

SYABAS : MAHFUZ LETAK JAWATAN

Saya mengucapkan syabas kepada YB Dato Mahfuz Omar jika benar beliau meletakkan jawatan Pengerusi Syarikat GLC, Kedah Sato Sdn Bhd kerana tidak berpuashati dengan tindakan syarikat tersebut yang memberikan tender dengan tidak mengikut peraturan.

Tindakan Hj Mahfuz ini wajar dicontohi kerana beliau dilihat bertanggungjawab terhadap apa juga kesalahan syarikat lebih-lebih ianya berkait dengan integriti dan undang-undang.

Sumber-sumber yang rapat dengan ahli parlimen Pokok Sena itu mengesahkan surat peletakan jawatan beliau telahpun dihantar kepada pihak pengurusan syarikat tersebut.

Sumber-sumber itu bagaimanapun enggan menjelas sebab Mahfuz (kiri) meletak jawatan, tetapi sejak semalam lagi, tersebar berita di internet bahawa ia berkaitan dengan pemberian tender oleh syarikat itu yang didakwa tidak mengikut peraturan.

Malangnya di negara kita amalan seperti ini jarang kita dengar kerana kebanyakan Pengerusi syarikat malah menteri yang melakukan salah laku dan penyelewengan tetap mahu meneruskan tanggungjawabnya memegang jawatan penting yang disandangnya.

29 December 2010

TAHNIAH KEPADA PASUKAN BOLASEPAK MALAYSIA

Tahniah kepada pasukan bolasepak Malaysia di atas kejayaan pasukan kita menewaskan Indonesia dengan agregate 4-2.

Kejayaan merupakan suatu yang manis setelah kita dirundung malang dengan performance pasukan kita yang sekian lama malap.

Semoga kejayaan ini akan diteruskan dari sekarang hingga bila-bila.

TAWARAN 100 HARI : HANYA ORANG TIDAK WARAS YANG TOLAK

Bagi saya hanya orang tidak waras yang menolak tawaran program 100 hari PR memerintah. Ini kerana semua program yang ditawarkan itu benar-benar memberikan kesejahteraan kepada rakyat.

Orang yang tidak waras sahaja menolak tawaran kebajikan tersebut. Antara tawaran yang jelas memberikan kelebihan dan meringankan beban rakyat ialah tawaran penghapusan tol dan menaikkan elaun guru-guru sebanyak RM500.

Negara tidak akan bankrap sekiranya Pakatan Rakyat (PR) melaksanakan apa yang telah dipersetujui dalam Konvensyen Pakatan Rakyat (PR) ke-2, baru-baru ini.

Begitu juga dengan cadangan untuk memansuhkan tol serta pembayaran kepada para pendidik.

10 janji yang dinyatakan oleh PR bukannya satu retorik politik. Ia juga bukannya omongan kosong yang akan memufliskan negara. Apa yang kita nyatakan adalah hasil dari perkiraan dan congak yang telah dilakukan oleh kepimpinan sebelum ianya dijadikan sebagai satu matlamat untuk dicapai sekiranya PR berjaya memerintah negara.

Sepatutnya Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak harus merasa gentar dengan janji yang kita buat sebagai sebuah kerajaan yang akan memerintah negara sekiranya berjaya memenangai pilihan raya umum yang akan datang.

Dakwaan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin bahawa negara akan muflis sekiranya apa yang dicadangkan oleh PR dalam janji 100 hari itu dilaksanakan juga merupakan lemparan dakwaan yang meleset.

Negara akan bertambah bankrap sekiranya sokongan terus diberikan kepada BN untuk memerintah negara.

Dengan kuasa yang ada pada BN maka rasuah akan berleluasa, korup dan penyelewengan akan bertambah parah.

Rakyat akan menjadi mangsa apabila harga barangan dinaikkan hasil dari tindakan pemimpin BN yang tidak cekap mentadbir negara.

Selama ini pun kita telah merasai bagaimana kenaikan harga barangan keperluan yang memberi kesengsaraan kepada rakyat dalam jangkamasa panjang.

Sekiranya kita tidak mahu kuasa disalahgunakan oleh BN yang memimpin, maka rakyat mesti yakin dan mengubah sokongan mereka secara drastik kepada PR.

Fakta : Bagaimana PR selamatkan duit rakyat untuk pulangkan kepada rakyat? Jawapannya menghapuskan subsidi kepada syarikat penjana bebas IPP (RM20 bilion dapat diselamatkan); menghapuskan rasuah, penyelewengan (Selamatkan RM20 bilion setahun); menghentikan projek-projek membazir seperti (Pembinaan Menara Warisan, baik pulih rumah Najib - RM65juta dan lain-lain).

PRK TENANG : UMNO/BN TIDAK SETENANG DULU

Umno/BN berada dalam keadaan tidak setenang dulu berikutan beberapa perkembangan terbaru yang jelas tidak memihak kepada mereka. Walaupun Tenang dikatakan kubu kuat BN di mana ianya pernah diwakili oleh Presiden MCA, Chua Soi Lek tetapi kelihatan cuak dan cemas kerana rakyat terutama bukan Melayu semakin hari semakin ramai menolak BN.

Ketua Penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman berkata perkembangan terbaru menunjukkan pengundi Cina di kawasan tersebut menunjukkan sambutan yang positif kepada PAS dan PR. Mereka sudah muak dengan perangai MCA dan pemimpinnya.

Menurut Mazlan, pada Pilihanraya Umum lalu, PAS memenangi 3 peti undi di DUN Tenang. Fakta ini menunjukkan bahawa PAS mempunyai kekuatas asas di kawasan tersebut.

Walaupun Umno/BN kelihatan selesa dengan sokongan pengundi Melayu tetapi belum tentu dapat mengekalkan sokongan seperti yang mereka perolehi pada PRU 2008. Ini kerana pada masa tersebut jentera PR tidak sepadu sekarang. Selain itu isu-isu semasa seperti isu kenaikan harga minyak, kenaikan harag barangan dan isu Felda serta isu-isu lain sudah tentu akan melahirkan undi protes di kalangan pengundi atas pagar terhadap BN.

Mazlan dalam ucapannya di Bukit Beruang malam tadi melahirkan keyakinan bahawa PR akan membuat kejutan di Tenang walaupun ramalan awal menunjukkan BN akan mudah mempertahankan kubu kuat mereka itu.

Menurut daftar pemilih yang dikeluarkan Jun tahun ini, ia mempunyai sejumlah 14,592 pengundi dengan 7,042 atau 48.26 peratus Melayu, 5,635 atau 38.62 peratus Cina dan 1,754 atau 12.02 peratus India.

Konstitusi seumpama ini menjadi 'pelambung penyelamat' untuk BN
terus 'terapung' sewaktu tsunami politik 2008 tetapi undi

majoriti, termasuk di Tenang, berkurangan secara signifikan.

Bagaimanapun, keputusan beberapa pilihan raya kecil di Hulu Selangor, Batu Sapi dan Galas dilihat sebagai menunjukkan bahawa BN sokongan rakyat kepada BN telah pulih. Pakatan perlu membuktikan di Tenang bahawa ia bukanlah sebuah trend nasional.

28 December 2010

SIAPA SONGLAP WANG JUDI PULAU PINANG

Umno memungut wang RM100 pemberian kerajaan negeri Pulau Pinang kepada warga emas sebab kononnya ia wang judi. Tetapi sehingga kini wang yang dikutip itu masih belum dipulangkan kepada kerajaan Pulau Pinang.

Kalau betul itu wang judi mengapa Umno kebas dan tidak pulangkan kepada kerajaan negeri Pulau Pinang. Sah Umno tidak kira wang judi haram atau halal mereka kebas.

Fakta : Lim Guan Eng telah menyatakan bahawa wang tersebut adalah lebihan dari perbelanjaan negeri bukannya wang judi.

Sumber : Ceramah Mazlan Aliman 28 Dis Bukit Beruang

SIAPA PENGKHIANAT MELAYU?

Siapa yang menyerahkan Pulau Batu Putih kepada Singapura?

Siapa yang menyerahkan Tanah keretapi tanah melayu kepada Singapura?

Tanah orang Melayu tinggal hanya 1.7 % Selepas 50 tahun diperintah BN. Kerajaan PR Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng memperketatkan undang-undang supaya tanah orang Melayu tidak mudah diambil oleh kaum lain.

Sumber : Ceramah AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman 28 Dis di Bukit Beruang.

PAS KAWASAN BUKIT KATIL SUMBANG DERMA UNTUK PRK TENANG

PAS Kawasan Bukit Katil sebentar tadi menyerahkan derma pilihanraya untuk PAS Negeri Johor bagi menghadapi Pilihanraya Kecil Tenang.

Derma itu diserahkan kepada AJK PAS Pusat, Saudara Mazlan Aliman.

Insya Allah PAS Kawasan akan berusaha dengan sedaya upaya untuk membantu PAS di DUN Tenang. Mari kita bersama-sama berdoa agar Allah memberikan kemenangan kepada PAS dan PR pada PRK Tenang ini.

SIRI PEMBOROSAN KERAJAAN NEGERI MELAKA

1) Monorail-dilancarkan pada 20 Oktober 2010. Hari ini monorail sudah rosak tidak boleh digunakan. RM15 juta wang rakyat hangus. Bila ditanya kepada Ali Rustam apa rancangan untuk monorail ini. Beliau menjawab kita akan beli monorail satu lagi dari China.

2) Jam bunga di hadapan MBMB - RM500,000. Apa pentingnya jam ini untuk rakyat. Bila rakyat mohon untuk peruntukan kebajikan dan lain-lain pimpinan kerajaan menjawab tiada wang.

3) Jabatan Kebajikan Negeri Melaka tidak mampu membayar bantuan kebajikan kepada penerima pada Disember ini. Sepatutnya bayaran untuk bulan Disember di bayar pada hujung November tetapi sehingga kini ianya belum dibayar lagi. Semua ini kesan pemborosan kerajaan negeri.

4) Wang peruntukan setiap DUN ialah RM325,000 tetapi sehingga kini wang ini tidak dilaporkan kepada rakyat ke mana perginya DUN ini.

Sumber : Ceramah ADUN Ayer Keroh - YB Khoo Poay Tiong

BN -BARANG, PR - PRICE REDUCE

BN barang naik itulah acronym yang sesauai dengan BN kerana gagal mengawal kenaikan harga minyak dan barangan.

PR - Price Reduce. Insya Allah dengan kemenangan PR harga minyak akan diturunkan, bayaran tol dihapuskan, harga barang akan dikawal.

ROBOH SURAU DAN PASTI : TERKINI SURAU SELAMAT PASTI TETAP KENA ROBOH

Info terkini yang diperolehi pagi tadi bahawa pihak berkuasa akan tetap merobohkan PASTI Bukit Katil walaupun surau terselamat dari pelan rancangan terbaru. Lebih malang lagi rumah Hj Berahim dan Ustaz Mazlan juga terlibat dengan pelan terbaru ini.

Terbukti bahawa pelan asal sudah 2 kali berubah, maknanya memang ianya boleh diubah. Keputusan pihak berkuasa mengubah pelan ini sekali lagi membuktikan bahawa mereka sememangnya merancang untuk merobohkan PASTI Jaya Insan ini.

Setelah penduduk membantah keras perobohan surau dan PASTI, kini mereka mengubah pelan asal dengan membatalkan perobohan surau tetapi mengekalkan niat buruk mereka mahu merobohkan PASTI.

Insya Allah pihak penduduk akan mengadakan solat hajat dan bacaan Yasin bagi meneruskan bantahan terhadap niat jahat mereka untuk merobohkan PASTI, rumah Haji Berahim dan Ustaz Mazlan.

Semoga Allah memberikan petunjuk dan balasan setimpal kepada pihak yang berhati busuk mahu merobohkan PASTI dan rumah sahabat-sahabat kita ini.

BAPAK RASUAH KETUAI FELDA, JAGA-JAGA WANG FELDA!!!

Pengumuman bapak rasuah, Isa Samad menjadi Pengerusi Felda benar-benar menghina masyarakat Felda. Semua orang tahu Isa Samad pernah disabitkan dengan kesalahan jenayah rasuah oleh Umno sehingga digantung 6 tahun oleh Umno. Namun beliau yang sepatutnya dikenakan hukuman rasuah oleh mahamah diselamatkan oleh Umno dengan tidak dihadapkan ke mana-mana mahkamah di negara kita. Ini kerana Umno merasakan rasuah bukanlah dosa besar dan bukan kesalahan bagi Umno.

Kini Isa dilantik sebagai Pengerusi Felda sebuah agensi yang mempunyai dana dan aset yang banyak di mana semuanya atas titik peluh peneroka Felda.

Perlantikan Isa sebenarnya suatu penghinaan yang sangat besar kepada masyarakat Felda kerana sepatutnya agensi seperti itu mesti diketuai oleh seorang yang bersih, amanah dan berakhlaq bukannya bekas kaki rasuah dan bapak rasuah.

Tidak adakah orang lain yang lebih bersih dari Isa untuk dilantik ke jawatan itu???. Anak-anak peneroka Felda sendiri yang jumlahnya ratusan ribu patut dilantik ke jawatan itu bukannya seorang bekas perasuah

18 December 2010

TENANG : SIAPA LAYAK WAKILI PR

Satu lagi pilihanraya kecil bakal dilangsungkan Januari ini berikutan kematian ADUN kawasan Tenang, Johor.

Pada pilihanraya 2004 dan 2008, PAS telah diamanahkan untuk bertanding di kawasan itu. Kali ini parti manakah yang akan mewakili PR.

BN agak gusar juga untuk mempertahankan kerusi DUN tersebut disebabkan komposisi kaum yang jelas seimbang.

Dalam pilihan raya umum 2008, Sulaiman mengalahkan lawannya, Mohd Saim Siran dari PAS dengan kelebihan 2,492 undi.

Daftar pemilih 2008 menunjukkan DUN Tenang mempunyai seramai hampir 50 peratus pengundi Melayu, lebih 38 peratus pengundi Cina dan lebih 12 peratus pengundi India.

PAS PARTI PALING MATANG DAN MANTAP

Di saat parti-parti lain takut untuk mengadakan pemilihan PAS tetap dengan amalan biasanya mengadakan pemilihan parti di semua peringkat tanpa menangguhkannya.

Umno, MCA dan DAP siang-siang lagi menangguhkan pemilihan mereka demi perpaduan dan takut kepada perpecahan parti bagi menghadapi pilihanraya umum ke 13. Namun PAS tetap meneruskan pemilihan tersebut kerana pimpinan PAS yakin pemilihan itu tidak memberi kesan kepada PAS.

Ahli dan pimpinan PAS telah ditarbiah bahawa jawatan adalah amanah yang berat bukannya kemuliaan. Amanah tersebut akan dipersoal oleh Allah satu persatu dan ianya amat berat untuk dipikul. Tidak timbul soal perpecahan kerana pemilihan dalam PAS tidak melibat rasuah, fitnah memfitnah serta jatuh menjatuh. Pemilihan dalam PAS berlaku dalam suasana harmoni dan berakhlaq.

Inilah kelebihan PAS yang Insya Allah sentiasa dipelihara oleh Allah jika kita ikhlas berjuang kerana Allah.

MONORAIL AKAN HANYA TINGGAL RAIL??

Tidak habis dengan bukti Melaka negeri maju dengan masalah banjir dan longkang yang tidak sistematik, satu lagi bukti nyata dipaparkan dengan laporan projek monorel yang mungkin bakal menyusul Eye On Malaysia yang sudah ghaib di bumi Melaka.

Projek monorel yang dibangga – banggakan oleh Ali Rustam nampaknya menjadi bukti sahih ’Melaka Maju‘; maju kehadapan berbanding negeri – negeri lain dengan projek –projek yang gagal.

Sungguh maju sehinggakan monorel yang baru dilancarkan beberapa jam terus rosak 100 meter daripada Stesen Hang Jebat. Pengendali Menara Taming Sari Sdn Bhd terpaksa menggunakan kren untuk menyelamatkan 20 penumpang yang terperangkap di dalam monorel tersebut.

Dalam temuramah dengan wartawan, Ali Rustam yang kelihatan agak ‘marah’ dengan apa yang berlaku berkata, empat jurutera daripada China sedang cuba untuk memperbaiki masalah yang menimpa monorel tersebut.

Beliau seolah – olah ‘ mengugut ‘ tidak akan membeli lagi monorel daripada negara China untuk fasa yang berikutnya jika masalah ini berterusan.

Monorel tersebut dilaporkan mengalami masalah rim tayar dan skru yang selalu rosak. Selepas Kuala Lumpur, Melaka merupakan negeri pertama yang mempunyai khidmat monorel, yang matlamat utamanya adalah untuk menarik pelancong.

Dikatakan juga monorel tersebut bakal mengatasi masalah kesesakan trafik di Bandar Hilir. Dikhuatiri projek yang bernilai 15.9 juta ringgit ini bakal mengulangi siri kegagalan kerajaan negeri menguruskan wang rakyat.

Soalnya, adakah kerajaan negeri gagal memilih syarikat yang benar – benar berkemampuan untuk melaksanakan projek berjutaan ringgit di Melaka? Kalau benarlah dakwaan ini maka pembaziran yang maha besar telah dilakukan sekali lagi oleh kerajaan UMNO / BN Melaka.

Oleh : Musab Umair

02 December 2010

Ketuanan Melayu wajib dijunjung bukan Ketuanan Melayu.

Riuh rendah sehari dua ini Umno mengeksploitasi isu ketuanan Melayu kerana mereka tahu inilah sahaja benteng terakhir mereka untuk mendapat sokongan orang Melayu. Pelbagai tuduhan dilemparkan kepada pimpinan PR kononnya PR meminggirkan orang Melayu, menghina orang Melayu dan sebagainya.

Bagi saya isu ini adalah isu lapuk yang di’recycle’ oleh Umno untuk mengembalikan sokongan orang Melayu yang semakin layu terhadap mereka. Setiap kali Umno menyedari sokongan orang Melayu berkurangan maka mereka akan memainkan isu ketuanan Melayu ini.

Padahal Umnolah juara dalam menghapuskannya kedaulatan dan ketuanan Melayu. Siapa yang menghapuskan biasiswa untuk orang Melayu, memencilkan bahasa Melayu dengan pelaksanaan PPSMI, menyahkan adat kebudayaan Melayu dan menggadaikan tanah rezab Melayu sehingga dilaporkan separuh dari 3 juta hektar tanah rezab Melayu sudah terlepas kepada orang lain.

Sebagai contoh Pulau Pinang yang dikuasai BN lebih 50 tahun, orang Melayu terpencil dan terpinggir sehingga menjadi seperti pelarian dan berpindah ke Seberang Perai dan Kedah Selatan. Di Kuala Lumpur, orang Melayu hanya menguasai kawasan hitam di Chow Kit, sedangkan kawasan pertumbuhan ekonomi di Bukit Bintang dikuasai oleh orang bukan Melayu.

Siapa yang meminda perlembagaan Negara pada sehingga kuasa Raja-Raja Melayu semakin berkurangan. Tindakan Umno yang menjadi teras pemerintahan BN meminda perlembagaan ini benar-benar biadap sehingga kuasa Raja-Raja Melayu pun mereka kurangkan.

Mereka cuba menggambarkan bahawa Umno itu Melayu, dan Melayu itu Umno. Selamat Umno, selamatlah Melayu kononnya. Walhal kerana adanya Umnolah maka Melayu benar-benar layu!

Isu yang cuba diketengahkan oleh Umno dan agen-agennya semenjak Mac 2008 adalah untuk menjerat PAS supaya berasa simpati terhadap nasib bangsanya. Seolah-olah PAS kini mengenepikan kepentingan orang Melayu sebelum ini. Umno beranggapan bahawa punca tergugatnya Islam dan terpinggirnya Melayu disebabkan kemenangan PR dan persepakatan PAS bersama dengan PKR dan DAP. Dan kesemua bebanan ini ditujukan kepada PAS dan PR sebagai punca sedangkan PR baru menjadi kerajaan selama 2 tahun lebih serta pada masa yang sama terpaksa merawat kudis buta tinggalan kerajaan BN sebelum ini.

Adakah Umno sudah lupa, Melayu di Pulau Pinang bukan terpinggir kerana DAP tetapi kerana kezaliman kerajaan BN yang telah menguasai negeri tersebut sejak 50 tahun dahulu. Adakah Umno sudah lupa, merekalah yang telah merobohkan masjid / surau di Selangor malah merekalah yang menjadikan Melayu dungu, pak angguk dan jahil dengan agama selama ini.

PAS sudah beratus kali menegaskan bahawa orang Melayu akan selamat jika Islam berdaulat. Islam selamat, Melayu Selamat, semua orang Selamat. Allah menegaskan bahawa Rasulullah diutuskan oleh Allah untuk membawa rahmat kepada sekelian alam tidak kira apa bangsa dan keturunan.
Melayu Selamat belum tentu Islam Selamat. Adakah kita mahu Melayu Selamat tetapi Islam entah kemana. Bangsa Melayu mungkin selamat tetapi apa yang berlaku kepada orang Melayu yang bergelumang dengan Maksiat. Apa berlaku kepada Melayu yang murtad??????

Sudah sampai masanya Umno menyedari bahawa Ketuanan Melayu sudah tidak relevan, hanya ketuanan Islam yang relevan tanpa mengira masa, bangsa, tempat dan warna kulit.

Berikut adalah senarai pengkhianatan Umno kepada bangsa Melayu walaupun saban hari berwirid dengan Ketuanan Melayu, semuanya retorik sahaja.

1. Siapakah yang menukar wang Royalti kepada wang Ehsan pada tahun 2000 apabila PAS berjaya merampas negeri Terengganu dari tangan BN dalam PRU 1999? (Negeri Terengganu itu majoriti penduduknya adalah Melayu)

2. Siapakah yang menghalang kerajaan kedua-dua negeri bermajoriti 95% Melayu (Kelantan dan Terengganu) menikmati hasil royalti Petronas, sedang negeri-negeri seperti Sabah dan Sarawak tidak dikenakan tindakan sama?

3. Siapakah yang menghalau peneroka bandar dikalangan orang Melayu di Kg Berembang (KL), Kg Plentong (JB), Kg Chubadak (KL), Kg Malaysia Tambahan (KL)?

4. Siapakah yang menghalau Melayu Pulau Pinang selama lebih 50 tahun BN memerintah dengan helah pembangunan hingga mereka merempat ke Seberang Jaya dan Kedah Selatan?

5. Siapakah yang menggadai Tanah Rezab Melayu hampir 50% dari 3 juta hektar pada 1948 kepada 1.6 juta hektar pada 1997?

6. Siapakah yang membunuh orang Melayu kerana perbezaan fahaman politik di Kg Memali, Lubuk Merbau dan Hutan Aji?

7. Siapakah yang membolot saham AP untuk menantu dan kroni, sedang ia adalah hak setiap rakyat dibawah dasar DEB?

8. Siapa yang melingkupkan dasar DEB hingga milikan ekuiti Melayu tersekat kepada 18% pada 2000.

9. Siapakah pula yang memansuhkan DEB, dan diganti dengan dasar Liberisasi dan Model Ekonomi Baru yang mesra kapitalis dan anti subsidi?

10. Siapa yang menyelewengkan dana untuk orang Melayu yang miskin dalam program PPRT?
Dari RM54 billion yang diperuntukkan kepada orang Melayu hanya RM2 billion sahaja yang sampai kepada orang Melayu, RM52 billion lagi lesap di telan pentadbiran UMNO.

11. Siapa yang mengkhianat wasiat Raja-Raja Melayu menjelang kemerdekaan supaya tidak diserah bukit, gunung dan pulau kepada bukan Melayu?

12. Siapa yang mencipta krisis perlembagaan 1982 yang menyebabkan kuasa Raja-Raja Melayu terhakis?

13. Siapa pula yang melucutkan kekebalan Raja-Raja Melayu pada awal 1990-an?

14. Siapa yang menggelarkan rajanya ‘NATANG’ bila namanya ditolak sebagai Menteri Besar Terengganu selepas PRU12 yang lalu?

15. Siapakah yang mengubah sempadan kawasan undi majoroti Melayu bila Melayu sendiri menolak Umno dalam PRU 1999 dan tidak menambah kerusi Parlimen di Kedah, Kelantan dan Terengganu pada persempadanan semula tahun 2002?

16. Siapa yang melanggar peruntukan Perlembagaan mengenai hak-hak istimewa orang Melayu untuk mendapat biasiswa?

17. Siapa yang menukar biasiswa kepada pinjaman PTPTN dengan kadar 4%?

18. Siapa yang mencemar bahasa Melayu dengan istilah-istilah “infotainment”, “boulevard”, “presint”, “bajet” dan lain-lain?

19. Siapa yang menukar bahasa pengantar dari bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris dalam pembelajaran Sains dan Matematik pada ketika jurang pendapatan bandar-luar bandar semakin melebar?

20. Siapa yang mencadangkan syarat wajib lulus Bahasa Inggeris untuk SPM dan bahasa pengantar Inggeris di universiti-universiti?

21. Siapa yang jual air kepada negara jiran dengan harga 3 sen 1000 liter, dan jual balik kepada rakyatnya sendiri dengan harga 80 sen 1000 liter?

22. Siapa yang serah blok minyak kepada negara Brunei tanpa persetujuan DUN, Parlimen atau YDPA?

23. Siapa yang cuai menjaga tanahair sendiri hingga Pulau Batu Putih dan Singapura terlepas ke negara orang?

24. Siapa yang menghapuskan tulisan jawi dari diajar di sekolah-sekolah dalam tahun 1960an dahulu?

25. Siapa yang kata Sekolah Agama Rakyat (SAR) tempat melahir militan dan ekstrimist Islam dan mengwar-warkan perkataan “Sindrom Qiamulail” kepada anak-anak yang bersekolah ketika itu?

26. Atas alasan itu, siapa yang menghentikan geran perkapita kepada SAR hingga menyebabkan sebahagian institusi pendidikan agama hidup segan, mati tak mahu atau setengahnya berkubur tanpa nesan?

27. Siapa yang mencadangkan pelan pembangunan Kg Baru Kuala Lumpur hingga membuka milikan kepada 40% bukan Melayu?

28. Siapa yang kekang akta-akta maklumat, Auku dan pandangan kedua orang Melayu supaya orang Melayu senang diperbodohkan?

29. Siapa yang naikkan harga petrol, diesel dan barangan asas kepada ketika Melayu adalah golongan majoriti yang miskin di negara ini?

30. Siapakah pula yang memperbodohkan dirinya konon mengaku Melayu sedang nama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) dibuang dan diguna bahasa penjajah UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION (UMNO)?

01 December 2010

KETUANAN ISLAM MESTI DIJUNJUNG BUKAN KETUANAN MELAYU

Melayu Selamat belum tentu Islam selamat
Melayu Selamat belum tentu bangsa lain selamat

Apa makna kalau Melayu selamat Islam hancur
Apa makna kalau Melayu selamat Islam terpinggir

Islam selamat, Melayu Selamat
Islam selamat, semua bangsa Selamat

Islam bawa rahmat kepada seluruh Alam
Islam penyelamat semua bangsa

Mana penting Ketuanan Melayu atau Ketuanan Islam
Ketuanan Melayu jamin Melayu Selamat?
Ketuanan Melayu jamin Islam Selamat?

Ketuanan Islam jamin semua orang Selamat
Ketuanan Islam dijamin oleh Allah
Ketuanan Melayu dijamin oleh Siapa?

Ketuanan Melayu wajib dijunjung bukan Ketuanan Melayu.

KENALI 'THIRD FORCE' DAN TANGANINYA SEGERA

PR mesti segera mengkaji dan menyiasat siapa yang dikatakan Third Force yang mungkin diasaskan oleh BN untuk menjejaskan peluang PR pada PRU ke 13 nanti. Tidak mustahil BN akan menggunakan bermacam strategi untuk membinasakan PR termasuk menaja dan membiayai kumpulan-kumpulan serpihan dan third force untuk mengkucar kacirkan PR termasuk bertanding dalam pilihanraya.

Oleh kerana itu PR mesti awal-awal lagi memberikan kefahaman kepada rakyat supaya mereka benar-benar faham dengan situasi semasa supaya mereka tidak terjerat dengan permainan politik BN yang licik menangguk di air keruh.

Bagi saya antara golongan yang boleh dikategorikan sebagai Third Force adalah Perkasa dan bekas pemimpin-pemimpin Parti komponen PR yang berpatah arang dan berkerat rotan dengan parti asal mereka. Namun begitu bagi saya pengaruh mereka ini tidaklah besar namun ianya mesti ditangani dari sekarang supaya mereka tidak memporak peranda perpaduan dalam parti asal mereka.

Biasalah bila seseorang itu keluar parti kerana tidak puas hati atau kalah dalam pertandingan mereka akan mencari kesalahan parti lamanya dan berusaha untuk menarik sokongan dari ahli-ahli parti asal mereka. Gejala ini merupakan gejala yang tidak sihat dan boleh disifatkan sebagai api dalam sekam atau sebagai anai-anai melakukan kerja pemusnah secara senyap. Ini amat bahaya!

Dari itu sebelum terlambat PR mesti mencari jalan untuk menghentikan semua pengaruh negatif ini supaya ianya tidak membarah dan akhirnya menyebabkan kita rebah semasa berada di medan sebenar nanti.

UMNO TUNDA PEMILIHAN : SATU LAGI TANDA PILIHANRAYA HAMPIR

Keputusan Umno menunda Pemilihan Parti 2011 memberikan 'dalil' besar bahawa pilihanraya umum semakin hampir, kemungkinan besar pada tahun 2011. Kita semua faham jika pemilihan Umno berlaku sudah tentu perpecahan dalam Umno akan parah, rasuah berleluasa dan pelbagai perkara buruk akan berlaku.

Lewat malam semalam, Presiden Umno Najib Razak mengumumkan bahawa pemilihan parti itu pada 2011 akan ditunda selama 18 bulan bagi memberi ruang untuk mengukuhkan parti.

Katanya, keputusan yang dibuat sebulat suara oleh majlis tertinggi itu melibatkan pemilihan bagi peringkat bahagian dan jawatankuasa tertinggi parti.

Najib berkata ini merupakan peruntukan dalam Perlembagaan parti yang bukan kali pertama tetapi beberapa kali kita gunakan supaya seluruh perhatian dan tenaga kita terarah ke arah memantapkan proses penyediaan pemantapan parti kita.

Najib berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi itu di ibu pejabat parti berkenaan di Kuala Lumpur.

Dengan perkembangan ini saya mengharapkan semua jentera terus komited dan menggiatkan lagi gerakerja pilihanraya dan serius mendekati rakyat bagi memenangi hati mereka.

RAKYAT DIDAHULUKAN????

Subsidi kepada IPP RM15.1 bilion, subsidi kepada rakyat hanya RM11 bilion. Adakah ini yang dikatakan rakyat didahulukan?"

Sila jawab!!!

Minyak naik lagi, RON 97 naik 15 sen lagi.

KERAJAAN PR : MASA BULAN MADU SUDAH BERLALU

Masa untuk berbulan madu untuk PAS dan Pakatan Rakyat sudah berlalu. Masa dua tahun lapan bulan mandat yang telah diberikan oleh rakyat melalui undi protes dalam PRU 8 Mac 2008 sedang diperhatikan oleh rakyat. Media Umno BN telah hilang kewarasan untuk memastikan tuannya tidak hilang kuasa di Pusat. Mereka sudah mengalami keperitan seperti cacing kepanasan apabila terlepas negeri Kelantan, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang. Mereka marah bukan kerana Melayu tidak terbela dan Islam tidak terjaga. Selama ini pun mereka yang menghina Islam dengan menutup surau dan hendak menangkap Dr Harun Din & Datuk Ishak Baharom.

PAS mengharapkan jentera PAS dan Pakatan Rakyat mesti ada kesungguhan untuk mempertahankan kemenangan. Perlu diingatkan mempertahankan kemenangan lebih sukar daripada mendapat kemenangan. Persepsi rakyat sedang diburukkan oleh media Umno setiap hari terutama televisyen yang menjadi rujukkan utama rakyat. Jalan keluar mesti dilakukan untuk membentuk persepsi rakyat supaya menyebelahi Pakatan Rakyat. Penentuan undi ialah kebanyakan dibuat oleh golongan yang hanya menjadi pemerhati dan tidak berparti. Contohnya jika satu lokaliti mempunyai 100 orang pengundi, yang berparti hanya 40 orang sahaja, selebihnya ialah mereka yang hanya membuat keputusan terakhir. Kebiasaanya mereka ini akan mengundi BN kerana terpengaruh dengan media, wang dan jentera kerajaan.

Walaupun kita tidak mampu untuk melawan media perdana BN seperti televisyen, namun usaha pencerahan pemikiran rakyat mesti dibuat.

Sebenarnya Pakatan Rakyat mempunyai lambakan isu yang banyak dalam bentuk menerang atau menyerang. Risalah dan akhbar parti begitu cantik menjawab isu, namun gagalnya ialah risalah tersebut tidak sampai kepada sasarannya, kerana dilonggok di markaz, masjid dan surau sahaja. Mekanisme ini mesti dibetulkan dengan segera. Individu yang bertugas secara tetap perlu dilantik supaya tidak berlaku pembaziran maklumat dan wang.

Usaha daftar pemilih mesti dibuat, tidak cukup dengan laungan semangat Sepenuh tenaga mesti ditumpukan untuk menggerakkan daftar pemilih. Untuk suku terakhir yang akan tamat pada Disember. 2010 maka perlu program ops daftar pemilih dibuat secara serius secara mingguan dan terancang. Pimpinan kawasan, pemuda, ulamak, muslimat, nisa' dan amal kena tumpu kepada daftar pemilih. Kena jadikan ini agenda utama jika mahu kekalkan kemenangan dan menawan Putrajaya. Biar kita resah sekarang daripada kita menangis akibat kecuaian kita yang tidak buat kerja untuk menang.

Kain-kain rentang yang ditulis untuk menjawab isu seperti "Umno khianat tanah Rezab Melayu" "Umno menghakis Kuasa Raja-Raja Melayu" "257 ribu anak luar nikah daripada tahun 2000-2008. Kain ini mesti ditukar dalam masa dua minggu,dengan isu-isu yang lain, kemudian diletak di tempat yang strategik. Ini adalah satu cara untuk membentuk minda pengundi yang selama ini dirosak oleh media Umno.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Bukan Islam baca Al-Quran : Perkembangan baik, tapi Umno TAKUT

Sejak akhir-akhir ini ramai di kalangan pemimpin Bukan Islam berminat untuk merujuk Al Quran dan menggunakan terjemahan Al Quran dalam ucapan mereka.

Namun begitu pemimpin Umno begitu takut apabila pemimpin bukan Islam mula berjinak-jinak dengan Al Quran. Bermacam alasan mereka berikan; takut salah tafsir, menghina Al-Quran, mencemarkan kesucian Al Quran dan sebagainya.

Sepatutnya pemimpin ini diberikan galakan supaya mereka tambah minat untuk membaca dan merujuk kepada Al Quran dalam apa juga permasalahan manusia. Jika mereka melakukan kesalahan mereka bukannya dihalang dari merujuk kepada Al Quran tetapi kesalahan itu diperbetulkan. Malangnya pemimpin Umno bukannya menggalakkan mereka mendekati Al Quran malah terus melemparkan pelbagai tuduhan dan fitnah kepada pemimpin yang membaca terjemahan Al Quran ini.

Perangai inilah sebenarnya yang menyebabkan orang bukan Islam terus menjauhi Islam dan memusuhi Islam kerana mereka dihalang dari mendekati Islam. Lihat sahaja contoh MCA dan MIC walaupun sudah berkawan dengan Umno lebih dari 50 tahun tetapi sehingga kini mereka tidak berminat kepada Islam. Ini kerana Umno sendiri pun meminggirkan Islam.

Saya pun tidak faham mengapa Umno begitu takut apabila pemimpin Bukan Islam menggunakan terjemahan Al Quran dalam ucapan mereka. Mungkin Umno terasa tercabar kerana orang Bukan Islam merujuk Al Quran tetapi Umno meminggirkan Al Quran. Atau Umno takut orang Bukan Islam faham Islam dan seterusnya menyokong PAS dan PR.

Sebagai seorang Islam kita sepatutnya gembira dan bersyukur apabila orang Bukan Islam mula berjinak-jinak dengan Islam dan menjadikan Al Quran sebagai salah satu rujukan mereka.

Di harapkan selepas ini semua pemimpin dan penganut Islam terus memberikan sokongan padu kepada orang Bukan Islam merujuk kepada Al Quran dalam apa juga permasalahan manusia.

Isu ini tercetus semula apabila ADUN Hutan Melintang, Perak, S.Kesavan dilaporkan membacakan terjemahan Al Quran merujuk kepada ayat yang lain dari apa yang sepatutnya.

Bagi saya adalah bukan suatu perkara yang pelik jika Umno tidak suka pemimpin Bukan Islam menggunakan ayat Al Quran. Ini kerana Umno sendiri selalu meminggirkan Al Quran dalam tindakan seharian mereka. Dalam isu menghalalkan judi dan riba, judi bola, mendedahkan aurat, meminggirkan hukum hakam Islam dan sebagainya jelas Umno membelakangkan Al Quran.

30 November 2010

MENARA 100 TINGKAT : NAJIB BERDEGIL

Semalam, mantan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad memberi amaran bahawa rancangan kerajaan bagi membina bangunan 100 tingkat Warisan Merdeka akan menyaksikan lebihan hartanah dan ruang npejabat yang kini sudahpun melanda Lembah Klang.

Namun hari ini Najib berkata cadangan pembinaan menara Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat oleh Permodalan Nasional Bhd akan hanya diteruskan jika ia berdaya maju.

Katanya, projek berkenaan mesti juga menyumbang ke arah pembangunan ekonomi yang lebih luas dalam ruang kawasan terbabit dan mewujudkan peluang perniagaan.

Ternyata Dr Mahathir sudah menyesal dengan kesilapan beliau membina projek-projek mega seperti menara KLCC dan sebagainya sehingga banyak bangunan dan ruang pejabat tidak disewa dan tidak terjual.

Kini Najib ingin mengikuti jejak Mahathir melakukan kesilapan yang sama. Sepatutnya Najib mendengar dan menuruti nasihat Mahathir memberhentikan niatnya untuk membina menara tersebut yang sudah tentu menyebabkan pembaziran duit rakyat.

PR MAKIN KUKUH SELEPAS PERSIDANGAN MB DAN KM

PR yang sememangnya semakin kukuh dan hebat selepas PRU 12 dilihat bertmabah kukuh dan padu selepas berakhirnya Persidangan Menteri Besar dan Ketua Menteri Negeri Pakatan Rakyat semalam.

Beberapa resolusi yang dipersetujui bersama pada persidangan tersebut terbukti menafikan dakwaan media jahat yang menuduh PR semakin goyah dan goyang dengan beberapa perkembangan terkini termasuk isu pemilihan PKR yang dilihat begitu berkecamuk.

Namun semua itu sebenarnya hanyalah mainan media yang sentiasa menangguk di air keruh bagi menggambarkan keburukan PR di mata rakyat.

Penasihat DAP, YB Lim Kit Siang berkata PR masih lagi bernyawa dan bersemangat dan merancang untuk terus ke depan dalam perjuangan politik di Malaysia.

Katanya, beliau percaya bahawa persidangan kemuncak ini ini merupakan peristiwa penting bagi 'turn around' Pakatan Rakyat, 'turn around' untuk mengembalikan momentum politik bagi melakukan perubahan dalam pilihanraya umum akan datang.

Sementara itu, bagi presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, negeri-negeri Pakatan Rakyat perlu muhasabah atau memeriksa kelemahan dan kekuatan diri bagi membetulkan kesilapan dan menambah keyakinan rakyat negeri lain terhadap kepimpinan mereka.

Katanya, usaha meneruskan kesinambungan kejayaan mereka mentadbir negeri dengan baik ini penting agar menjadi kekuatan dalam menghadapi pilihanraya umum akan datang.

DASAR PERTANIAN CACA MARBA

Tindakan kerajaan untuk mengadakan kerjasama strategik untuk mewujudkan tapak pengeluaran makanan di luar negara membuktikan dasar pertanian negara yang caca merba dan tidak mempunyai perancangan strategik. Menurut Dato’ Seri Najib Tun Razak ia sebagai satu usaha untuk membendung kemungkinan berlakunya krisis makanan yang berpunca daripada kenaikan harga yang melampau dan kekurangan bekalan

Parti Islam Se-Malaysia PAS konsisten daripada dahulu sampai sekarang meminta kerajaan menjadikan negara ini jangan mengenepikan sektor pertanian. PAS mengingatkan kepada kerajaan bahawa sektor pertanian bukan sahaja untuk mengurangkan kadar import yang menyebabkan wang negara mengalir keluar. Lebih daripada itu sektor pertanian mesti dianggap sebagai sektor keselamatan dalam pemakanan. Sekiranya berlaku sesuatu di dalam negara insyaAllah rakyat selamat kerana bekalan makan mencukupi. Tetapi dalam keadaan sekarang siapa boleh memberi jaminan jika berlaku sesuatu.

Cadangan Perdana Menteri untuk menanam makanan di luar negara, seolah-olah negara kita gurun sahara yang hanya boleh tumbuh pokok kaktus sahaja. Sedangkan bumi Malaysia adalah bumi yang subur dan tidak perlu merempat ke negeri lain untuk mengemis tanah. Satu ketika dahulu di Kedah di bawah pimpinan Tan Seri Sanusi Junid menanam padi atas bumbung, seolah-olah negeri Kedah berada di atas planet lain.

Keresahan Dato’ Seri Najib akan berlaku krisis makanan di negara ini menunjukkan pemimpin negara celaru dan bertindak tanpa merujuk kepada pakar ekonomi ketika melaksanakan dasar pertanian negara. Rakyat Malaysia tentu masih ingat kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir bahawa negara lebih ekonomik mengimport makanan daripada menanam sendiri. Analogi yang beliau buat, seekar tanah pertanian hanya boleh memberi pekerjaan kepada lima orang, tetapi jika mendirikan kilang, akan memberi peluang pekerjaan kepada 500 orang.

Menurut Kementerian Pertanian nilai import makanan dalam lima tahun telah meningkat daripada tahun 2005 sebanyak RM 17.7 bilion kepada RM26.7 bilion iaitu peningkatan purata tahunan 10.2%. Berapa banyak wang negara mengalir keluar negara. Alangkah baiknya jika kita mempunyai pemimpin yang mempunyai wawasan yang jauh seperti pemimpin PAS, wang negara pun selamat dan keselamatan negara juga akan selamat.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

29 November 2010

TUAN MELAYU ADALAH UMNO?

Tuan Melayu adalah Umno? Betul ke? Sebab itulah Umno begitu kuat mengungkit isu ketuanan Melayu kerana mereka perasan merekalah Tuan Orang Melayu.

Mengapa Umno mahu pertahankan slogan ketuanan Melayu? Sebabnya ia memberi kelebihan kepada Umno.

Namun begitu Naib Presiden PAS, Dato Mahfuz Omar berkata Tidak ada guna jika 'ketuanan Melayu' hanya diguna untuk mempertahankan pencuri dan perompak sebagai pemimpin negara.

Sebaliknya beliau menegaskan, Melayu hanya akan terus menjadi tuan jika pemimpinnya bermaruah dan maruah orang Melayu adalah dengan Islam.

"Melayu akan terus jadi tuan kalau Melayu itu bermaruah, dan maruah orang Melayu adalah Islam.

"Tidak ada guna kita pertahan ketuanan Melayu, kalau pencuri jadi tuan," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu 'ketuanan Melayu' yang cuba ditanam oleh Umno dalam pemikiran orang Melayu.

Jelasnya, Umno bertindak demikian kerana hanya mahu mengekalkan kuasa mereka, dan mahu memugar kembali kepercayaan orang Melayu kepada parti itu yang sudah luntur.

Sedangkan katanya, yang menjadikan Melayu lemah adalah sikap pemimpin Umno sendiri yang merosakkan kepercayaan itu.

Kepercayaan itu bukan sahaja pudar di kalangan Melayu, malah turut terkesan kepada bukan Melayu.

Menyedari hakikat itu, PAS katanya membawa pendekatan dakwah agar orang Melayu bermaruah dengan Islam.

Hasilnya, PAS diterima sebagai tuan, bukan sahaja oleh Melayu malah bukan Melayu juga.

"Orang bukan Islam boleh terima pemimpin Melayu di kalangan PAS untuk jadi pemimpin dia.

"Orang bukan Islam boleh terima Tok Guru Nik Aziz jadi pemimpin dia di Kelantan, Datuk Seri Ustaz Azizan di Kedah, Datuk Seri Nizar di Perak dahulu," katanya.

Ceramah Us Kamal Shaari malam esok

PAS Kawasan Bukit Katil akan meneruskan siri ceramah umumnya malam esok di Pajabat PAS Bukit Baru yang diceroboh oleh Umno tidak lama dulu. Ceramah ini adalah pertama kali di adakan di markaz PAS Bukit Baru selepas diceroboh oleh Umno tidak lama dulu.

Umno yang dengan muka tidak tahu malu menceroboh Markaz tersebut dengan menurunkan banner dan papantanda PAS sedangkan PAS masih lagi penyewa yang sah dan surat perjanjian Sewaan masih valid sehingga sekarang.

Dengan secara samseng Umno memecah 'mangga' kunci dan menggantikannya dengan mangga baru sedangkan tuan rumah bangunan itu tidak pernah mengeluarkan notis menamatkan kontrak sewaan itu. PAS membuat laporan Polis dan kembali menguasai markaz itu dengan persetujuan tuan rumah.

inilah sikap Umno dan pemimpinnya yang bertindak bagaikan penyangak dan perompak hak orang lain.

insya Allah ceramah malam esok akan mendedahkan semua kejahatan dan kebiadapan Umno Bukit Katil dan Bukit Baru.

26 November 2010

GANGGU CERAMAH PAS: UMNO PUNGGAH PEMUDA DENGAN BAS

Umno malam tadi memunggah pemuda dengan bas untuk meramaikan bilangan pendengar ceramah mereka. Ceramah Umno yang dianjurkan bagi menganggu ceramah PAS dihadiri oleh kira-kira 50 orang pemuda yang dibawa dengan bas sejak dari awal lagi. Tidak diketahui dari mana datangnya pemuda-pemuda tersebut yang ada antara mereka berumur belasan tahun. Berapa agaknya upah yang mereka dapat,RM10, RM20 atau berapa???.

Orang Kampung Bukit Katil yang hadir boleh dibilang dengan jari. Mungkin kerana tiada habuan diberikan maka mereka tidak mahu keluar sementelah lagi hujan pun turun mereka sejuk. Jadi kita cadangkan lain kali Umno boleh bawa durian, beras dan sebagainya bagi menarik lebih ramai penyokong mereka hadir.

Saya selagi kesal dengan sikap pemimpin Umno yang masih tidak mengubah perangai mereka yang suka menganggu ceramah PAS walaupun Melaka telah diisytiharkan oleh mereka sebagai negeri maju.

Mungkin agaknya mereka tidak mengubah minda mereka kerana Melaka bukannya maju dalam ertikata sebenar. OECD sendiri menafikan badan tersebut mengiktiraf Melaka sebagai negeri maju.

Tidak pernah berlaku di negeri lain-lain menganggu ceramah PAS kecuali pada musim kempen pilihanraya di mana ceramah diadakan secara berdekatan. Spesies manusia yang suka mengganggu ceramah PAS ini hanya ada di Melaka.

Saya teringat kepada Sirah Rasulullah di mana ceramah Baginda sering diganggu oleh Kafir Quraisy dengan ejekan dan sebagainya. Antara kaum Quraisy yang sering menganggu Rasulullah adalah Abu Lahab.

Agaknya bila minda mereka akan ini akan berubah......???

OBAMA PELUK ISLAM : MOGA DOA NENEK DIMAKBUL ALLAH?

Nenek kepada presiden Amerika Syarikat Barack Obama berkata beliau memanjatkan doa supaya pemimpin negara itu memeluk Islam, lapor sebuah akhbar hari ini.

"Saya berdoa supaya cucu saya Barack memeluk Islam," kata Sarah Omar, 88, dalam satu temuramah dengan akhbar harian Al-Watan Saudi di Jeddah selepas beliau menunaikan ibadat haji.

Seluruh umat Islam di dunia pun amat bersyukur jika Obama memeluk Islam dan menjadi pemimpin Islam yang komited kepada agama Islam. Tidak mustahil jika Allah memberikan hidayah kepada sesiapa yang Allah kehendaki kerana Allah.

Siapa sangka seorang yang kuat menentang Islam seperti orientalis barat boleh memeluk Islam. Siapa sangka adik ipar Tony Blair seorang yang memusuhi Islam boleh lembut hati memeluk Islam dengan kerelaan sendiri.

Jadi tidak mustahil untuk Barrack Hussein Obama juga memeluk Islam.

Pungutan pendapat awam di AS pada Ogos mendedahkan bahawa satu daripada lima orang warganya percaya bahawa Obama merupakan seorang muslim.

Pandangan itu dinafikan keras oleh White House yang menegaskan bahawa Obama merupakan seorang kristian yang "komited."

25 November 2010

CERAMAH PAS : UMNO GANGGU LAGI, TERUS PAMERKAN PERANGAI TIDAK BERTAMADUN

Umno Melaka terus menunjukkan sikap tidak bertamadun dan tidak professional mereka apabila telah bersiap sedia untuk menganggu ceramah PAS di perkarangan PASTI Bukit Katil malam ini.

Mengikut laporan yang saya terima, Umno akan membuat ceramah besar-besaran malam ini kerana 3 khemah telah dipasang di sebelah tempat ceramah PAS dan banyak bendera BN telah dipasang di kawasan sekitarnya. Sebelum Umno tidak pernah memasang bendera BN, mungkin ceramah ini anjuran Umno dan BN Melaka agaknya.

Jelas sekali Umno/BN Melaka khususnya Ketua Menteri tidak serik dan malu kerana berperangai kebudak-budakkan seperti ini. Walaupun ditertawakan oleh rakyat setiap kali mereka menganggu ceramah PAS, Umno terus memalukan diri sendiri dengan tidak memberhentikan perangai tidak matang mereka ini.

Insya Allah ceramah PAS malam ini akan dimulakan dengan solat maghrib berjemaah dan bacaan Yaasin serta solat hajat perdana di perkarangan PASTI. Program sudah diaturkan sebulan lalu bertujuan untuk memohon kepada Allah supaya PASTI dan Surau Bukit Katil selamat dari pengkhianatan pihak berkuasa yang hendak merobohkannya. Selain itu solat hajat dan bacaan Yaasin ini khusus untuk sesiapa sahaja yang terlibat merobohkan PASTI dan Surau tersebut.

PAS tetap istiqamah tegakkan kebenaran

PAS akan tetap menegakkan kebenaran walaupun pelbagai fitnah dan tuduhan di kenakan oleh pemerintah hari ini. Sesungguhnya perjuangan menegakkan kebenaran sememangnya sudah menjadi fitrah akan berhadapan dengan pemerintah. Nabi Musa berhadapan dengan Fir'aun, Nabi Ibrahim bersemuka dengan Namrud, Nabi Mohammad berhadapan dengan Kaumnya Quraisy dan juga Nabi dan Rasul lain juga menghadapi pemerintah di zaman masing-masing.

PAS dari dahulu sentiasa istiqamah dan konsist
en menjadikan Islam sebagai Dasar Parti dan tidak akan berganjak dengan prinsip ini walaupun pelbagai tohmahan yang menyatakan PAS sudah berubah meminggirkan Islam.

24 November 2010

NAJIB BAGAIKAN TIKUS MEMBAIKI LABU KATA USTAZ IDRIS

Parti Islam Se-Malaysia PAS kesal isu gangguan perlembagaan dan kedudukan Raja-Raja Melayu sering dibangkitkan dalam negara ini. Tindakan Datuk Seri Najib Razak mengingatkan pihak-pihak tertentu yang cuba mengubah perlembagaan negara supaya tidak bersikap seperti 'tikus membaiki labu'.

PAS berpandangan bahawa isu ini dibangkitkan ialah untuk menimbulkan ketakutan di kalangan orang Melayu supaya jangan berjinak dengan PAS dan Pakatan Rakyat. Sejak mutakhir isu Melayu dan kedaulatan Raja-Raja dibagkitkan sebagai usaha untuk menarik sokongan orang Melayu kepada Umno, kononnya Melayu dan Raja Berperlembagaan hanya selamat di bawah Umno, setelah isu pembangunan sudah lapok, kerana dunia semakin maju. Satu ketika dahulu kononnya ada Perlembagaaan baru dibangkitkan oleh Mufti Perak Tan Seri Harussani sampai sekarang tidak dapat dibuktikan lagi.

PAS mencabar mana-mana pihak yang ada bukti jika ada mana pihak yang hendak menggugat perkara yang telah dipersetujui bersama seperti kedudukan agama Islam, kedudukan Raja-Raja Melayu dan Hak Istimewa Raja-Raja Melayu silalah bawa ke pengadilan.

Isu derhaka kepada Raja-Raja Melayu dibangkitkan dengan hebat ketika pilihanraya kecil Bukit Gantang, kononnya Dato Seri Haji Nizar Jamaludin derhaka kepada Sultan Perak.. Mereka eksploit perkatan yang diucapkan oleh Dato Seri Haji Nizar “Patik Mohon Sembah Derhaka”, pada hal ini adalah istilah yang diajar oleh protokol istana ketika berbahasa dengan Raja apabila kita tidak sependapat dalam satu pandangan.

Hakikatnya yang berlaku seperti yang tercatat dalam sejarah politik negara kita, yang biadab dengan Raja-Raja Melayu ialah pemimpin Umno malahan cuba hendak ambil alih kuasa istihar darurat daripada Yang Dipertuan Agong. Rakyat Malaysia tidak boleh lupa ketika mereka membelasah Raja-Raja Melayu pada tahun 1983 kerana menolak cadangan supaya kuasa Yang DiPertuan Agong mengenai pengistiharan darurat dikurangkan. Begitu juga penyokong Umno pula mengatakan Sultan Terengganu binatang. Kenapa polis tidak tangkap mereka yang berdemonstrasi dan menghina sultan Terengganu kerana tidak melantik Dato Seri Idris Jusuh sebagai Menteri Besar Terengganu. Banyak lagi kita boleh bongkarkan siapa yang sebenarnya menghina Raja Raja Melayu.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

SOLAT HAJAT PERDANA MOHON ALLAH PELIHARA SURAU DAN PASTI

Malam esok satu lagi Solat Hajat Perdana dan Bacaan Yaasin akan diadakan oleh Badan Bertindak Menghalang Perobohan Surau dan PASTI memohon Allah memelihara Surau dan PASTI dan memberikan balasan setimpal kepada sesiapa sahaja yang bongkak menggunakan kuasa untuk merobohkan rumah Allah dan Institusi Pendidikan Islam.

Solat Hajat dan bacaan Yaasin ini akan diadakan pada 25 Nov 2010, jam 6.50 petang di perkarangan PASTI Jaya Insan, Bukit Katil.

Selamat majlis bacaan Yaasin dan Solat Hajat ini satu ceramah Umum akan disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Sidek Noor dan pimpinan PR negeri Melaka yang juga di adakan di tempat yang sama bermula jam 9.15 malam.

Surau dan PASTI tersebut yang dibina puluhan tahun dahulu secara sah dengan pelan dan kelulusan Majlis Kerajaan Tempatan menjadi pusat menimba Ilmu dan kegiatan masyarakat setempat untuk mendalam ilmu Islam.

Pelbagai tuduhan dan fitnah dilemparkan kepada Surau dan PASTI tersebut kononnya ianya dibina secara haram dan tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan. Tuduhan dan fitnah ini keluar sendiri dari mulut Ketua Menteri Melaka bukannya JKKK kampung. Pihak Badan Bertindak sudahpun membuat penafian dan kenyataan di media tentang fitnah ini.

Ianya sungguh memalukan kerana ia terpacul dari mulut seorang yang berstatus Ketua Menteri. Jelas sekali beliau tidak membuat rujukan dan tidak berhati-hati sebelum mengeluarkan tuduhan. Sikap inilah sebenarnya yang menyebabkan negeri hutang negeri Melaka terus meningkat manakala anak-anak syarikat kerajaan negeri terus menerus mengalami kerugian antaranya MITC, Hospital Pakar Putera dan lain-lain seperti yang dilaporkan di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2009.

23 November 2010

Kuasa dunia hanya sementara

Manusia bila diberi sedikit kuasa oleh Allah mereka lupa bahawa kuasa tersebut hanya sementara dan bila-bila masa ianya boleh ditarik oleh Yang Maha Esa.
Ada manusia tanpa segan silu menzalimi manusia, menyakiti orang bawahan,mengaut kekayaan dari harta rakyat dan sebagainya.
Malah lebih teruk lagi mereka sanggup merobohkan rumah Allah dan pusat pendidikan Islam. Mereka tidak takut kepada Allah dan doa orang-orang yang dizalimi.
Kita mendengar cerita Yahudi meruntuhkan masjid di Palestin dan Komunia meruntuhkan masjid di Asia Tengah, namun kini ianya berlaku di negeri kita. Mari sama-sama kita mohon agar Allah memelihara rumahNya dan memberikan balasan setimpal kepada manusia yang angkuh itu.

BUBAR PARLIMEN : DUN JANGAN BUBAR

Ura-ura bahawa BN mahu membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihanraya umum ke 13 pada awal tahun depan bertiup kencang sejak kebelakangan ini. Perkara ini ditambah lagi dengan beberapa langkah Umno dan parti-parti komponen lain yang membincangkan persediaan pilihanraya secara terbuka. Antaranya MCA mengumumkan minggu lalu bahawa parti itu sedang memperkemaskan jentera pilihanraya sebagai persediaan untuk menghadapinya. Parti-parti lain seperti Gerakan dan MIC juga berbuat demikian.

BN sebenarnya begitu yakin akan memenangi Pilihanraya umum ke 13 kerana mereka menang kedua-dua pilihanraya kecil terbaru iaitu Batu Sapi dan Galas. Selain itu mereka juga telah mengatur pelbagai strategi bersama agensi-agensi tertentu yang secara tradisinya menggunakan kuasa dan autoriti mereka untuk memberikan kelebihan kepada BN.

Secara ghalibnya, bila Parlimen dibubarkan, maka semua kerajaan negeri akan membubarkan DUN masing-masing bagi memberikan laluan untuk pilihanraya umum serentak dilangsungkan. Namun saya bersetuju dengan pandangan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa tidak nampak perlunya diadakan pilihan raya negeri di negeri Selangor dalam masa terdekat kerana mandat kerajaan yang ada masih panjang.

Beliau berkata Anggota Dewan Undangan Negeri Selangor yang dipilih pada pilihan raya umum lepas memerlukan masa yang secukupnya untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Khalid berpandangan bahawa pilihan raya negeri Selangor perlu diadakan dalam tempoh empat tahun selepas Dewan Undangan Negeri dibubarkan.
Menurutnya Pilihan raya tidak harus diadakan terlalu awal dalam usaha memberi peluang kepada wakil rakyat membalas kepercayaan pengundi untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada mereka,.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan dan Sambutan Hari Inovasi Pentadbiran Kerajaan Selangor di Shah Alam semalam.

Abdul Khalid berkata kerajaan tidak harus membebankan rakyat dengan mengadakan pilihan raya terlalu awal kerana itu satu pembaziran.

22 November 2010

TUTUP INTERNET KEPADA RAKYAT

Saya mencadangkan kepada kerajaan supaya tidak bersusah payah menggubal undang-undang cyber bagi mengawal pengguna internet dari menyebarkan maklumat alternatif. Cara paling baik untuk menghalang rakyat ialah dengan menutup akses kepada internet kepada semua rakyat.

Dengan itu rakyat tidak akan mendapat apa-apa maklumat dari internet, maka mudahlah untuk kerajaan BN mengeksploitasi semua maklumat. Yang benar dispin menjadi batil dan yang batil dimanipulasi menjadi benar.

Dengan ini mudahlah kerja BN untuk mengekalkan kuasa dan terus menipu serta menzalimi rakyat.

21 November 2010

PAS SEDIA GANTI UMNO KETUAI KERAJAAN MALAYSIA

Banner besar digantung di persimpangan Kg Berchang-Bukit Betong-Padang Tengku, Kuala Lipis, Pahang.

P/s : Ni Kie punya kerja la ni. TAHNIAH

MELAKA MAJU 2010 : MEMALUKAN, KANAK-KANAK SEKOLAH PUN MEREKA HENDAK TIPU!!

Seorang rakan facebook Ketua Menteri Melaka yang menamakan dirinya Veeramani Kathamuthu mencoretkan catatan pada FB Ali Rustam bahawa sudah lebih sebulan berlalu setelah Melaka disytiharkan sebagai Negeri Maju, tetapi elaun untuk kanak-kanak sekolah yang membuat persembahan pada malam 20.10.10 belum diberi lagi. Selama 8 hari mereka menjalani latihan sehingga tamat persembahan pada malam tersebut....

Itu keluhan saudara Veeramani, kasihan kanak-kanak sekolah tersebut. Takkanlah kanak-kanak pun mereka hendak tipu. Cukuplah mereka menipu rakyat yang dewasa, kanak-kanak pun hendak ditipu.

Saya mengharapkan pihak yang berjanji menunaikan segera segala janji mereka.

PEMILIHAN PKR DIHENTIKAN SERTA MERTA OLEH MAHKAMAH?

Permohonan injunksi P.S. Jenapala bagi menghalang Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengambil langkah-langkah ke arah penyempurnaan proses pemilihan jawatan timbalan presiden akan didengar oleh Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) di sini, Isnin ini.

Jenapala yang juga bekas Timbalan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), selaku plaintif memfailkan tindakan tersebut Jumaat lalu.

Mungkinkah mahkamah akan menghalang proses pemilihan ini. Kemungkinan ini tetap kerana keputusan ini sudah tentu akan memberikan kelebihan kepada BN kerana sudah tentu ianya akan memperok-perandakan PKR. Yang menang sudah tentu tidak puas hati dengan keputusan ini manakala yang kalah sudah tentu akan gembira dan mengatur strategi baru untuk menghadapi kemungkinan akan diadakan pemilihan baru.

Semua komponen parti dalam PR mesti mengambil tauladan dari proses pemilihan PKR, ahli mesti ditarbiah supaya taat dan patuh kepada perlembagaan parti dan pimpinan parti selagi mereka tidak melakukan maksiat kepada Allah. Ahli mestilah menyuarakan masalah parti di dalam parti bukan kepada media yang sudah tentu akan memberikan 'peluru' kepada musuh PR iaitu Umno/BN.

Segala masalah dalam parti jangan diceritakan kepada orang luar khasnya media kerana ia sudah tentu memberikan impak negatif dan isu ini akan dimainkan oleh media sehingga lumat. Masalah parti ibarat masalah rumahtangga sendiri yang mesti dirahsiakan dari umum.

GALAS : JAMBATAN RUNTUH, SELEPAS PRK, ORANG ASAL DIPANDANG SEBELAH MATA

Janji semasa pilihanraya kecil Galas bukan main lagi hebatnya. Tetapi selepas pilihanraya masing-masing berlepas tangan. Itulah yang berlaku kepada kehidupan orang Asal di Pos Brooke apabila jambatan gantung merintangi Sungai Belatop yang runtuh di Pos Brooke Lama, dekat Galas, sejak 13 Nov lepas.

Kalau semasa kempen pilihanraya jutaan ringgit dijanjikan untuk pelbagai projek tetapi bila jambatan runtuh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) Kelantan hanya menyediakan peruntukan RM15,000 bagi membaiki jambatan tersebut.

Inilah habuan kepada pengundi orang Asal, mereka diangkat dan ditimang bagaikan anak raja semasa pilihanraya kecil Galas tetapi dipandang sebelah mata setelah BN menang.

SAMY VELLU : KINI BARU KAU SEDAR

S. Samy Vellu hari ini berkata beliau akan mengumumkan butiran terperinci tentang persaraannya sebagai presiden MIC pada 13 Dis ini.

Bekas Menteri Kerja Raya berusia 74 tahun itu berkata, beliau akan melepaskan jawatan presiden MIC dengan senang hati kerana ia akan memberinya lebih banyak masa untuk bersama keluarga, rakan taulan dan masyarakat.

"Pada hari berkenaan (13 Dis), saya juga akan umumkan rancangan saya selepas berundur daripada jawatan itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-46 Majlis Belia Hindu Malaysia di sini.

Kini baru kau sedar, setelah puluhan tahun beliau menjadi diktator dalam MIC. Semua ahli MIC dan rakyat Malaysia meluat dan muak dengan kerenah Samy Vellu.

ORANG TUBUH ANAK, ENGKAU TUBUH BAPAK

Ternyata Felda begitu takut kepada NGO, ANAK yang ditubuhkan oleh AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman. Terbaru Felda menubuhkan NGO baru, Biro Aduan Peneroka Kebangsaan (BAPAK) bagi menyalurkan aduan dan pendapat untuk warga Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).

Jelas sekali BAPAK ditubuhkan setelah mereka melihat ANAK mendapat sambutan kerana menjadi tempat peneroka berpau memohon pertolongan dalam isu-isu yang melibatkan kebajikan peneroka.

BAPAK lawan ANAK. Setelah ANAK berjaya menangani masalah peneroka, barulah BAPAK terhegeh-hegeh mendekati peneroka.

20 November 2010

BANGUNAN PASTI DAN SURAU DIBINA SECARA SAH

Ingin ditegaskan sekali lagi bahawa bangunan Surau dan PASTI Bukit Katil dibina secara sah dengan pelan yang di'approve'kan Majlis Perbandaran Melaka Tengah (sekarang Majlis Perbandaran Melaka Bersejarah MBMB).

Tuduhan Ali Rustam bahawa Surau dan PASTI Bukit Katil dibina secara Haram tanpa pelan adalah fitnah.

18 November 2010

Surau dan PASTI Bukit Katil dirobohkan 6 bulan lagi

Ada maklumat yang menyatakan bahawa Surau dan PASTI Bukit Katil akan dirobohkan 6 bulan lagi. Saya sebagai salah seorang ahli jemaah surau sekali mengingatkan pihak kuasa jangan cuba roboh rumah Allah kerana kita takut kemurkaan Allah.

Rombakan kabinet : Khairy kempunan lagi?

Najib kemungkinan akan membuat rombakan kabinet tidak lama lagi. Pelbagai cerita di dengari antaranya menteri-menteri pencen akan dilantik semula antaranya Azalina dan Tengku Adnan yang masih merupakan Ahli Parlimen.

Apakah Khairy, Ketua Pemuda akan dibawa masuk ke dalam kabinet setelah dimalukan beberapa kali oleh Najib pada rombakan kabinet sebelum ini.

Ada juga yang menjangkakan beberapa orang menteri akan dipencenkan.

17 November 2010

Kerajaan pandai perintah : Hutang rakyat tanggung RM 14,000 seorang

Akibat terlalu pandai memerintah rakyat Malaysia sekrang ini terpaksa menanggung hutang sebanyak RM14,000 seorang. Hebat sungguh BN perintah sehingga hutang keliling pinggang. Jika kerajaan sekarang terus diberi mandat kita bimbang negara kita akan muflis seperti yang dikata oleh Idris Jala.

ini adalah disebabkan pembaziran dan ketirisan wang negara disebabkan rasuah dan penyelewengan.

Flashback : Siapa penghuni lubang kubur RM140,000

Di saat rakyat miskin kais pagi makan pagi, pihak tergamak menyediakan lubang kubur berharga RM140,000 seorang untuk VVIP. Lubang itu berjumlah 250 lubang utk muslim dan 250 untuk bukan muslim. Lubang kubur orang mati nampaknya lebih penting dari kebajikan rakyat miskin yang tiada rumah.

Jumlah RM140,000 itu jika dibina rumah kos rendah sudah tentu boleh dibina sebanyak 3 buah. Maksudnya 1 lubang kubur sama nilai dengan 3 buah rumah orang miskin.

16 November 2010

Berkorban untuk tegakkan kebenaran

Umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidil Adha Rabu ini. Aidil Adha menuntut umat Islam berkorban. Setiap tahun ramai yang berkorban binatang.Namun adakah mereka yang berkorban itu sanggup berkorban untuk menegakkan keadilan dan kebenaran?

Saya akan kalau semua umat Islam di Malaysia ini memahami falsafah Aidil Adha saya yakin sudah lama Parti Islam menang di Malaysia.

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada seluruh umat Islam.

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada seluruh umat Islam.

15 November 2010

PENYELEWENGAN : MENGAPA RAKYAT TIDAK KISAH?

Kita hairan dan pelik dengan rakyat Malaysia yang tidak kisah dengan penyelewengan dan salah laku kerajaan yang memerintah. Walaupun pelbagai pendedahan dibuat oleh Ketua Audit Negara dalam laporan auditnya untuk tahun 2009, majoriti rakyat Malaysia seolah-olah tidak kisah dan buat 'dek' sahaja.

Pendedahan itu bukannya dibuat oleh PR tetapi oleh Ketua Audit negara di dalam laporan rasminya, namun masih ramai yang mempertikaikannya bila ia didedahkan kepada umum. Tidak kurang yang bertanya mana bukti termasuklah SPRM. Sepatutnya SPRM tidak perlu menunggu laporan atau tidak perlu bersusah payah untuk mencari bukti kerana juruaudit telah membuktikannya semasa proses pengauditan dahulu.

Kalau di negara luar sudah tentu ramai Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri yang disiasat dan didakwa kerana bukan sedikit penyelewengan dan salah laku yang dilaporkan oleh dalam laporan Ketua Audit negara ini.

Malangnya di negara kita, SPRM dan rakyat seolah-olah buat 'dek' sahaja. Rakyat kita sebenarnya mengamalkan fahaman asal aku senang, mudah cari makan, anak boleh sekolah dan masuk universiti sudah cukuip, orang atas nak buat aku tak kisah. Sebab itulah negara kita yang sepatutnya penuh dengan kebajikan sebaliknya penuh dengan rasuah dan penyelewengan. Duit rakyat tiris dan hangus begitu sahaja. Rakyat buat 'dek' sahaja.

Kelangsungan PAS : Pendekatan baru wajib dikenalpasti

Saya sangat bersetuju dengan pandangan Dato Tuan Ibrahim, Dr Ghazali Mahyuddin dan Dr Dzulkefly Ahmad bahawa PAS perlu mencari pendekatan baru bagi meneruskan kelansungan perjuangan mendepani cabaran mendatang.

Ketiga-tiga mereka mengeluarkan cadangan sedemikian pada Seminar PAS Ganti Umno, di Shah Alam , Sabtu lalu.

Pendekatan lama yang telah diamalkan sejak turun temurun seperti ceramah dan melakukan program berasingan dengan masyarakat dan sebagainya dilihat tidak mampu untuk meningkatkan sokongan rakyat kepada PAS.

Ceramah dilihat hanya dihadiri oleh ahli dan penyokong tidak sama seperti sasaran. Mungkin ceramah boleh terus dijalankan untuk menaikkan semangat ahli tetapi tidak boleh dijadikan satu-satunya program yang boleh meningkatkan sokongan rakyat.

Pendekatan menjauhkan diri dari masyarakat seperti solat di surau sendiri, melaksanakan korban sesama ahli dan sebagainya mungkin menyebabkan rakyat semakin menjauhi PAS. Apa yang penting PAS menunjukkan kesediaan untuk bersama masyarakat walaupun institusi masyarakat memulaukan PAS. Mungkin dengan pemulauan itu rakyat yang tidak fanatik kepada Umno/BN dapat melihat bahawa bukan PAS yang mengasingkan diri tetapi Umno yang angkuh dan sombong memencilkan PAS.

PAS juga mesti menjadi juara masyarakat dengan program-program kebajikan dari masa ke semasa. Memang kita tidak mempunyai duit yang banyak namun kita ada ramai petugas dan ahli yang komited yang boleh menyumbangkan tenaga bila-bila masa.

Stail politik dan pendekatan lama boleh dikekalkan tetapi pada masa yang sama memperkenalkan program-program baru yang dikenalpasti berpotensi untuk meraih sokongan rakyat yang semakin cerdik dan bermaklumat.

TANDA PRU : NAJIB TURUN PADANG AWAL TAHUN DEPAN

Presiden Umno, Najib Razak dijadualkan mula turun padang bertemu dengan rakyat dan penyokong Umno pada awal tahun hadapan. Menurut laporan pihak telah membuat rancangan yang rapi tentang jadual beliau bertemu rakyat.

Muhyiddin juga mempunyai jadual yang sama bermula awal tahun depan.

Pemerhati politik meramalkan lawatan kedua-dua pemimpin tertinggi Umno/BN bertemu akar umbi ini adalah sebagai persediaan untuk Umno/BN menghadapi pilihanraya umum ke 13. Adalah dijangka sebaik sahaja selesai lawatan ini Najib berkemungkinan besar akan mengumumka sesuatu yang besar berkait dengan pembubaran parlimen.

Bagi pihak PR kita sentiasa bersedia bila-bila masa untuk berdepan dengan BN walaupun mungkin kali ini akan ada sedikit masalah selepas pemilihan PKR dan DAP. Namun semua itu akan dapat diatasi dalam masa yang singkat.

SEJAK BILA UMNO PANDAI BERJIMAT

Pada Jumaat lalu, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ramli Mahmud memaklumkan Sultan Sharafuddin telah membatalkan keberangkatan baginda ke majlis sambutan ulang tahun ke-40 yayasan itu di Asrama Tun Dr. Ismail, Kampung Pandan, Kuala Lumpur, Isnin ini kerana terkejut dan dukacita dengan kos penganjurannya yang melebihi RM300,000.

Menurut Ramli, Sultan Selangor menyifatkan kos yang amat tinggi itu sebagai pembaziran dan berpendapat wang itu lebih berfaedah jika digunakan untuk belanja pembelajaran dan kebajikan golongan kurang berkemampuan.

Tindakan Baginda Sultan Selangor wajar dan harus dipuji kerana baginda sendiri ingin memberikan pengajaran kepada rakyat tentang pentingnya berjimat cermat.

Cuma yag musykil di hati saya ialah 'kehebatan' pemimpin Umno, khususnya Noh Omar yang melemparkan pelbagai tuduhan kepada kerajaan negeri Selangor.

Antaranya beliau mendesak Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Yayasan Selangor kerana Noh mendakwa Khalid gagal untuk memantau pembaziran yang dilakukan oleh pengurusan badan berkenaan.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor itu juga berkata, Abdul Khalid tidak layak memimpin yayasan itu kerana beliau hanya menyerahkan kepada pihak pengurusan untuk melakukan apa sahaja tanpa perlu memaklumkan kepadanya.

Saya ingin bertanya kepada Noh sejak bila pula Umno berubah perangai dengan mementingkan sifat jimat cermat sedangkan semasa Umno memerintah Selangor dulu wang peruntukan Wakil Rakyat BN berjumlah puluhan juta dihabiskan dalam masa beberapa bulan sahaja. Selain itu 'claim' untuk lawatan ke luar negeri juga bernilai jutaan ringgit yang tidak masuk akal pun, Noh tidak ungkit dan buat aduan.

PAS JANGAN MIMPI GANTI UMNO - NAKHAIE AHMAD

Lebih Umno dari pemimpin Umno. Itulah yang boleh kita katakan kepada Nakhaie Ahmad bekas pemimpin PAS yang menggugurkan dirinya sendiri dari perjuangan PAS.

Semalam beliau membuat kenyataan bahawa Pas usah bermimpi untuk menggantikan UMNO sebagai parti pilihan bagi orang Melayu selagi ia gagal menjadi parti yang dominan di dalam pakatan pembangkang.

Nakhaie Ahmad berkata, realitinya Pas tidak sekuat UMNO kerana parti itu bukannya berperanan sebagai ‘tulang belakang’ pakatan pembangkang sebaliknya hanya menjadi ‘pak turut’ kepada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Siapa sebenarnya Pak Turut. Di dalam PR tiada Pak Turut dan tiada 'Yes Man' seperti dalam Umno dan BN. Semua cakap pemimpin betul belaka tidak boleh dibangkang.

Hakikatnya tidak sedikitpun dasar perjuangan PAS yang digugurkan sejak kita bersama PR. Perlembagaan PAS kekal seperti dulu tiada pindaan perlembagaan pun dibuat semua kekal.

14 November 2010

RAKYAT TAK YAKIN DENGAN ETP NAJIB

Rakyat tidak yakin dengan Program Transformasi Ekonomi (ETP)yang digagaskan oleh Najib Razak. Mungkin rakyat sudah masak dengan kerajaan BN walaupun berlainan nakhoda tetapi cuma memberikan nama baru sedangkan isinya tidak seberapa. Bila Perdana Menteri baru naik maka bermacam-macam slogan dan program retorik digagaskan.

Bukti ETP tidak diyakini rakyat ialah apabila sebahagian besar perserta undian di laman web Utusan Malaysia tidak yakin bahawa Program Transformasi Ekonomi (ETP) akan meletakkan Malaysia di landasan yang betul ke arah menjadi negara berpendapatan tinggi.

Daripada 1,611 peserta yang mengundi, sebanyak47.6 peratus mengakui tidak yakin dengan porgram yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Lebih mengejutkan lagi, sebanyak 19.2 peratus mengaku tidak tahu apa itu ETP.

Berdasarkan semakan pada jam 5.53 petang itu di laman web akhbar milik Umno itu, hanya 33.2 peratus yakin dengan program itu.

Kerajaan mengumumkan pelaksanaan ETP - peranannya yang mirip dengan fungsi Unit Prestasi Pengurusan dan Penyampaian (PEMANDU) - bertujuan menyediakan satu jentera penyampaian lebih berkesan antara pihak awam dan swasta dengan rakyat.

Najib sebelum ini dilaporkan berkata, ia juga merupakan komitmen kerajaan untuk merealisasikan program transformasi iaitu sebahagian daripada elemen penting Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

Sumber : Malaysiakini

ALI RUSTAM MESTI DISERET KE MUKA PENGADILAN

Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Haji Adly Zahari menggesa Ketua Menteri Melaka, Dato Seri Mohd Ali Rustam disiasat di atas beberapa isu yang melibatkan Majlis Agama Islam Melaka yang mana beliau menjadi Pengerusinya.

Antara isu yang besar melibatkan MAIM ialah kegagalan Regal Merger Sdn. Bhd (RMSB) membina Kompleks Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menyebabkan agensi itu terpaksa membangunkan sendiri kompleks tersebut berjumlah RM13.85 juta dengan menggunakan peruntukan wang zakat.

"Saya kesal di atas kelalaian yang dilakukan oleh kerajaan Umno-BN yang diketuai Dato' Seri Mohd Ali Rustam sehingga menyebabkan tanah milik MAIM terlepas kepada pihak ketiga."

"Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) menyisat sehingga ke akar umbi Ketua Menteri Melaka yang juga Pengerusi MAIM, Dato' Seri Mohd Ali Rustam serta mereka yang terlibat dalam isu ini segera".

Dakwanya, Kerajaan Melaka melalui MAIM juga dilihat gagal memantau projek yang dilaksanakan oleh RMSB yang telah mengingkari perjanjian dengan tidak membina Kompleks MAIM sehingga tamat tempoh perjanjian pada 13 Jun 2004.

Sebaliknya, tegas beliau, RMSB membina projek pembangunan lima tingkat Kompleks Perniagaan dan 30 unit rumah kedai tiga tingkat di atas tapak PT 83.

Adly mendedahkan, MAIM telah menandatangani satu perjanjian usaha sama dengan RMSB pada 13 Disember 2002.

"RMSB dikehendaki membina Kompleks MAIM di PT 1155, Bandar Bukit Baru, Daerah Melaka Tengah dalam tempoh 18 bulan dari tarikh surat perjanjian ditandatangani dengan kos pembinaan berjumlah RM10.16 juta.

"Sebagai balasan, RMSB diberi hak membangunkan tanah di PT 83 dan MAIM akan memindah milik PT 83 kepada RMSB sebaik sahaja pembinaan Kompleks MAIM selesai," tegas beliau." tambah beliau dipetik dari Harakah terbaru.

Dakwa Adly lagi, pihak RMSB telah memecah PT 83 kepada lima lot kecil iaitu Lot 105 hingga Lot 109 dengan kelulusan Pejabat Tanah Dan Galian Melaka pada 14 Disember 2006

RMSB telah berjaya menjual Lot 106 pada 7 Februari 2007 kepada BC Lim Enterprise dengan harga RM10.5 juta dan Lot 105 kepada Universiti Terbuka Malaysia pada 8 Oktober 2007 dengan harga RM10.4 juta, jelas beliau.

"MAIM yang dipengerusikan Ali Rustam sepatutnya bertanggungjawab sehingga menyebabkan wang zakat sebanyak RM13.85 juta digunakan, disamping kehilangan tanah di Lot 105 dan Lot 106."

"Sikap kerajaan Umno-BN yang membenarkan tanah wakaf dijual pada pihak ke 3 adalah gambaran perangai hipokrit Umno yang kononnya berusaha menyelamatkan Melayu dan Islam."

PAS Melaka mendesak SPRM melakukan siasatan menyeluruh bagi memastikan ketelusan dan mereka yang melakukan penyelewengan di hadapkan kemuka pengadilan:

Penjualan Tanah Milik MAIM di Lot 105 dan Lot 106 pecahan kepada PT83 kepada pihak ketiga.

Pengunaan wang zakat RM13.85 juta yang sepatutnya tidak digunakan bagi membina Kompleks MAIM, sepatutnya disalurkan kepada rakyat yang layak.

Penyerahan Hak Milik Tanah. MAIM juga didapati telah menyerahkan Surat Hak Milik PT 83 kepada RMSB pada 13 Oktober 2006, sedangkan mereka telah tahu bahawa RMSB telah gagal memajukan Komplek MAIM mengikut perjanjian asal.

Mengapa MAIM tidak mengambil tindakan undang-undang kepada RMSB? Apakah individu di dalam MAIM juga mempunyai kepentingan di dalam RMSB?

PAS Melaka juga tegas Adly, turut kesal kerana kerajaan Umno-BN gagal menguruskan harta wakaf dan wang zakat sehingga kelemahan berikut dikenalpasti dalam sebuah negeri berstatus "Negeri Maju" seperti:

Penjualan tanah milik MAIM. Mengikut rekod, nilaian tanah milik MAIM telah berkurangan daripada RM18.81 juta pada tahun 2006 kepada RM9.11 juta pada 2008.

Penggunaan wang Baitulmal sebanyak RM1.8 juta bagi pengubahsuaian komplek perniagaan MAIM, yang disewakan kepada JAIM.

Gagal mendaftar sebanyak 20% dari tanah yang diwakafkan.

Proses mendaftar tanah wakaf mengambil masa dari 21 hingga 164 bulan.

Kelemahan dalam penyelenggaraan Daftar Harta Wakaf, Harta Faraid Dan Sewa Hartanah.
Pencerobohan Tanah Baitulmal.

Tanah Wakaf Tidak Dapat Dikenal Pasti Lokasi

UMNO PENCEROBOH, PAS PENYEWA YANG SAH


Tuan Rumah Pejabat PAS Bukit Baru Dalam, Hajjah Buruk binti Hassan mengesahkan bahawa Ibrahim bin Daud yang mewakili PAS sebagai penyewa yang sah dan tidak boleh dipertikaikan.

Dengan itu sahlah Umno yang menanggalkan papantanda dan mencabut bendera PAS adalah penceroboh dan mesti didakwa.

Dalam surat bertarikh 31 Oktober 2010, Hanizah Hassan yang mewakili Hajjah Buruk menyatakan bahawa bangunan itu disewa oleh Ibrahim sehingga 30 November 2010.
Sewa sebanyak RM3000 telah dibayar pada 30 April 2010 sebagaimana resit yang dikeluarkan oleh Hajjah Buruk Hassan.Ini bermakna Umno sah menceroboh bangunan tersebut dengan menanggalkan papan tanda dan bendera PAS serta memecah kunci pejabat tersebut minggu lalu.
PAS telah membuat laporan Polis dan sedang mempertimbang untuk menyaman pihak Umno yang menceroboh pejabat tersebut.

13 November 2010

Perangai kebudak-budakan : Bila nak berubah

Ramai yang malu bila Ketua Menteri Melaka sendiri berperangai kebudak-budakan mengganggu setiap ceramah PAS dalam kawasan Vukit Katil. Tanpa segan silu beliau merendahkan 'standard' diri sama taraf dengan Pengerusi JKKK. Sepatutnya sebagai Ketua Menteri, kalaupun beliau arahkan Umno Bahagiannya mengganggu ceramah PAS biarlah anak-anak beliau sahaja yang berceramah bukannya beliau sendiri turut sama merendahkan martabatnya.

Rakyat mentertawakan gelagat bekas Naib Presiden Umno ini. Tidak ada pemimpin Umno pusat yang lain se'cerdik' beliau mengganggu ceramah PAS macam ini. Oleh kerana terlalu cerdiklah maka hutang kerajaan Melaka semakin meningkat, Wang zakat disalahguna, MITC,Hospital Putra menanggung hutang puluhan juta dan lain-lain kelemahan kerajaan dan agensi kerajaan negeri di bawah pimpinannya.

Kita mengharapkan Ketua Menteri supaya berubah menjadi pemimpin yang matang dan professional. Jangan malukan negeri Melaka dan rakyatnya.

Jangan ceroboh Pejabat kami

PAS berjaya 'menawan' kembali Pejabat PAS Bukit Baru Khamis lalu. kami menuntut hak kami yang diceroboh oleh Umno yang tidak tahu malu. Umno yang terkenal dengan kemewahan mereka dengan sengaja meroboh pejabat kami yg telah kami sewa beberapa tahun lalu. Kalau di Kota Baharu, PAS berjaya menawan bangunan Umno yang dibeli dengan harga RM4 juta, di Melaka Umno menceroboh dan cuba merampas Pejabat PAS yang sudah usang dan menanti masa untuk roboh. Memang muka tembok tak tahu malu.

PAS Kawasan Bukit Katil memberi amaran kepada Umno supaya jangan memalukan diri sendiri dengan bertindak macam penyangak merampas hak orang lain.

BUBAR PARLIMEN SEGERA, PR SUDAH BERSEDIA AMBIL ALIH KUASA

Kejayaan PR memerintah negeri-negeri Selangor, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang membuktikan bahawa PR bersedia untuk memerintah Malaysia.

Jadi jika BN yakin mereka boleh menang sila bubarkan Parlimen segera supaya lebih cepat PR mengambilalih Putra Jaya dan membebaskan rakyat dari belenggu BN.

DEMO BANTAH ROBOH PASTI DAN SURAU

Ramai yang bertanyakan bila hendak adakan demo membantah perobohan surau dan PASTI Bukit Katil. Saya menjawab itu kena tanya pihak penganjur demo. Saya tidak tahu.

Semalam saya mendapat laporan ramai SB dan Pegawai Polis bersolat Jumaat di Masjid Al Bukhary Bukit Beruang. Mengapa agaknya mereka bersolat di sana? Mungkin mereka suka dan selalu solat di sana atau mereka menyangka akan ada demo di sana.

Inilah masalah di negara kita apabila Polis lebih sibuk menganggu rakyat membuat bantahan aman dari bertugas menyelesaikan kes-kes jenayah. Bila ada demo puluhan malah ratusan bahkan ribuan Polis bertugas. Duit rakyat dibazirkan semata-mata untuk kepentingan pihak tertentu.

12 November 2010

DUN BUKIT BARU BERGEGAR

Sejak beberapa bulan ini DUN Bukit Baru, Melaka bergegar dengan perangai Umno yang tidak bertamadun menganggu ceramah PAS dan cuba meroboh serta menceroboh premis PAS dan PASTI.

Setiap ceramah PAS diganggu dengan ceramah Umno sejak Jun lalu. Manakala Pejabat PAS dan PASTI serta surau hendak diroboh dan dirampas.

Kita hairan mengapa Umno begitu ganas dan zalim di DUN Bukit Baru tetapi tidak di tempat lain. Mungkin sebab ADUNnya Ketua Menteri Melaka. Atau mungkin Ali Rustam rasa tergugat. Jika rasa tergugat kita lawanlah secara anak jantan bukannya menggunakan kuasa untuk merobohkan premis PAS dan menggunakan polis untuk berdepan dengan rakyat.

Kita bukan berlawan dengan Polis tetapi kita berlawan dengan Umno. Kepada pimpinan Umno gunakan otak dan minda yang sihat supaya kita berlawan secara hujah dan gerakerja bukannya berlawan macam-macam budak hingusan menganggu ceramah dan menceroboh premis PAS.

PERKAUMAN : APA YANG HENDAK DIHAIRANKAN

Apa yang hendak dihairankan jika pemimpin BN mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman sempit kerana parti-parti mereka sendiri sememangnya memperjuangkan perkauman. Malah parti Umno, MCA, MIC sendiri meletakkan nama parti berdasarkan kaum masing-masing, jadi tidak pelik kalau mereka memang mempunyai semangat perkauman tinggi kepada kaum masing-masing.

Yang peliknya ialah bila mereka menanggalkan 'baju' perkauman dari dalam diri mereka. Sebab itu saya langsung tidak hairan dan pelik jika Zahid Hamidi, Muhyiddin dan lain-lain pemimpin Umno maupun pemimpin MCA dan MIC mengeluarkan kenyataan perkauman sempit sebab itu memang menjadi wirid harian mereka.

Apa yang penting sekarang ialah rakyat harus sedar dan insaf bahawa di sana ada parti-parti yang tidak berjuang berdasarkan perkauman iaitu PAS, PKR dan DAP. Kesemua parti ini mempunyai keahlian dan kepimpinan dari pelbagai bangsa dan warna kulit. Maka sewajarnya rakyat memberikan sokongan penuh kepada parti-parti ini yang bergabung di bawah PR.

Mari kita bina politik baru di Malaysia yang berjuang bukan untuk satu-satu kaum tetapi untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan negara. Islam sendiri tidak mengiktiraf perjuangan kebangsaan atau assabiyah. Kalau Melayu naik dan hebat tidak semestinya Islam hebat. Yang penting Islam mesti dipertahan dan didaulatkan. Islam selamat Insya Allah Melayu selamat. Melayu selamat belum tentu Islam dipertahan dan didaulatkan.

PANTUN UNTUK PIMPINAN UMNO BUKIT KATIL


Merdu Suara Dato Hang Jebat
Mengaji Al Qur'an dengan berlagu
Kalau berani mari berdebat
Sudah lama hamba menunggu

Beri Beras di Bukit Pulau
Jamu durian di Paya Dalam
Perangai macam orang sasau
Tak tidur siang dan juga malam

Dari seberang ke Bukit Pulau
Singgah sebentar di Kampung Galas
Perangai pelik bagai nak sasau
Ceroboh Surau dan juga markas

Ganggu ceramah ganggu PASTI
Ceroboh markas dan juga pejabat
Ini alamat orang nak mati
perangai biadap dan juga jahat

Bukit Katil ke Padang Jambu
Singgah sebentar di Bukit Beruang
Muka tembok tak tahu malu
Ceroboh dan rampas harta orang

Makan suap makan rasuah
Duit banyak bersepah-sepah
Perangai jijik makin parah
Rakyat meluat, loya menyampah

Dua tiga kucing berjalan
Mana nak sama si kucing hodoh
Perangai buruk macam syaitan
Surau dan Pasti hendak diroboh

Pisang emas di bawa berlayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh bayar
Hutang zalim di bawa mati

SPRM BILA HENDAK BERTINDAK ATAS PENDEDAHAN KETUA AUDIT NEGARA

Pelbagai pendedahan tentang penyalahgunaan kuasa, penyelewengan, kerugian dan sebagainya dibuat oleh Ketua Audit Negara terhadap pengurusan kewangan Kerajaan Negeri Melaka dan agensi-agensinya.

Namun sehingga ini tiada apa-apa tindakan drastik diambil keatas kerajaan negeri dan agensi-agensi kerajaan negeri serta pemimpin-pemimpinnya. Apakah mereka ini kebal dan mempunyai imuniti sehingga kesalahan besar sebegini ditutup dan disenyapkan sahaja.

Pelbagai perkara didedahkan oleh Ketua Audit Negara dalam laporannya yang dibentangkan kepada umum. Sila layari http://www.audit.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=57&Itemid=58&lang=ms untuk info lengkap.

Rakyat menggesa SPRM khasnya cawangan Melaka supaya bertindak serta merta tanpa memilih bulu dan kasta. Apakah SPRM bekerja untuk rakyat atau untuk BN?

GAMBAR-GAMBAR UMNO BIADAP CEROBOH MARKAS PAS

Link di bawah ini menceritakan segala-galanya tentang kebiadapan Umno menceroboh Pejabat dan Markaz PAS Bukit Baru. Memang tiada maruah dan harga diri kerja yang dilakukan oleh Umno Bahagian Bukit Katil pimpinan Mohd Ali Rustam.

Layari blog di bawah untuk melihat dengan lebih dekat kebiadapan mereka. Gambar ini menunjukkan pimpinan dan penyokong PAS Kawasan Bukit Katil menurunkan bendera Umno yang dipasang selepas Markaz PAS Bukit Baru diceroboh Umno.

http://pemudabukitkatil.blogspot.com/2010/11/mari-kita-tengok-dengan-lebih-dekat.html
http://suaramelaka.blogspot.com/2010/11/rampas-vs-tawan.html
http://kijang59.blogspot.com/2010/11/umno-rampas-markaz-seminggu-pas-ambil.html

TAHNIAH KEPADA PELAJAR CEMERLANG UPSR

Ucapan tahniah kepada semua pelajar yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang 5A pada peperiksaan UPSR 2010 khasnya kepada anak-anak kita dari Parlimen Bukit Katil dan negeri Melaka.

Semoga kalian semua mendapat keredhaan Allah dan akan menjadi penegak kepada kebenaran dan penentang kepada kebatilan.

Keputusan UPSR 2010 adalah terbaik dalam sejarah iaitu pertama kali melebihi 10 peratus apabila 48,327 calon memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran.

Semasa mengumumkan keputusan itu, semalam, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud, berkata calon memperoleh keputusan semua A meningkat kepada 10.02 peratus berbanding 9.51 peratus tahun lalu.

AMBIL HAK KAMI DARI UMNO PENCEROBOH



PAS Kawasan Bukit Katil semalam 'menawan' Pejabat PAS Bukit Baru Dalam setelah diceroboh Umno beberapa hari. Pejabat itu yang disewa sejak beberapa tahun lalu diceroboh oleh Umno dengan membuang semua papantanda, banner dan bendera PAS yang dipasang pada bangunan pejabat tersebut.

Kebiadapan Umno sampai ke kemuncak apabila mengecat dinding pejabat dengan cat putih bagi memadamkan cat hijau lambang bulan serta memecahkan kunci asal dan memasang kunci baru milik mereka.

Pejabat itu yang secara rasmi masih disewa oleh PAS di mana surat perjanjian yang sah masih 'valid'. Manakala Umno cuba merampasnya dengan membayar wang 'deposit dan sewa' berjumlah RM1,000 minggu lalu. Namun surat perjanjian antara Umno dan tuan rumah tidak pula ditandatangani. Tuan rumah selepas itu dengan tegas menyatakan bahawa sewaan PAS masih berjalan dan Umno tiada hak untuk menceroboh pejabat selagi PAS masih menjadi penyewa yang sah.

Laporan Polis telah dibuat di Balai Polis Bukit Baru, namun sehingga ini kami belum mendapat maklumat tentang siasatan Polis.

Malam tadi seramai lebih 100 orang ahli dan penyokong PAS kembali menuntut hak mereka. Pimpinan, ahli dan penyokong beramai-ramai membuka pintu pejabat dan menurunkan bendera 'haram' yang digantung di pejabat tersebut.

Selepas itu mereka bersama-sama bersolat jamaah Maghrib dan membaca Yaasin serta menunaikan solat hajat selepas solat Isyak. Beberapa pimpinan PR telah memberikan ucapan ringkas termasuk ADUN Ayer Keroh, YB Khoo Poay Tiong dan pimpinan PAS Kawasan serta Timbalan Pengerusi Badan Bertindak Perobohan Surau dan PASTI Bukit Katil, Haji Mohd Yasin Abdul Ghani.

Tazkirah ringkas disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Musa yang turut memimpin bacaan Yaasin dan solat hajat.

Sesungguhnya kebiadapan dan kezaliman Umno ini sudah sampai ke kemuncak. Insya Allah umur mereka semakin pendek dek kerana kerakusan dan kezaliman yang semakin parah. Rakyat melihat dan memerhatikan perkara dan akan menolak Umno/BN pada PRU ke 13 nanti.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter