PR MAKIN KUKUH SELEPAS PERSIDANGAN MB DAN KM

PR yang sememangnya semakin kukuh dan hebat selepas PRU 12 dilihat bertmabah kukuh dan padu selepas berakhirnya Persidangan Menteri Besar dan Ketua Menteri Negeri Pakatan Rakyat semalam.

Beberapa resolusi yang dipersetujui bersama pada persidangan tersebut terbukti menafikan dakwaan media jahat yang menuduh PR semakin goyah dan goyang dengan beberapa perkembangan terkini termasuk isu pemilihan PKR yang dilihat begitu berkecamuk.

Namun semua itu sebenarnya hanyalah mainan media yang sentiasa menangguk di air keruh bagi menggambarkan keburukan PR di mata rakyat.

Penasihat DAP, YB Lim Kit Siang berkata PR masih lagi bernyawa dan bersemangat dan merancang untuk terus ke depan dalam perjuangan politik di Malaysia.

Katanya, beliau percaya bahawa persidangan kemuncak ini ini merupakan peristiwa penting bagi 'turn around' Pakatan Rakyat, 'turn around' untuk mengembalikan momentum politik bagi melakukan perubahan dalam pilihanraya umum akan datang.

Sementara itu, bagi presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, negeri-negeri Pakatan Rakyat perlu muhasabah atau memeriksa kelemahan dan kekuatan diri bagi membetulkan kesilapan dan menambah keyakinan rakyat negeri lain terhadap kepimpinan mereka.

Katanya, usaha meneruskan kesinambungan kejayaan mereka mentadbir negeri dengan baik ini penting agar menjadi kekuatan dalam menghadapi pilihanraya umum akan datang.

Comments