31 December 2011

Propaganda UMNO untuk KELIRUKAN RAKYAT

Umno terus memainkan propaganda-propaganda tradisi mereka untuk mengelirukan rakyat. Antaranya ialah :
1) Jika PR menang kuasa Raja-Raja Melayu akan terhakis
2) Jika PR menang kuasa pemerintahan orang Melayu akan berkubur
3) Umno sebagai pembela Melayu, jika Umno kalah maka orang Melayu akan terpinggir dan menjadi hamba di bumi sendiri.
4) Jika PR menang Hak Keistimewaan orang-orang Melayu akan terhapus
5) Jika PR menang Islam terhakis
6) Jangan perjudi nasib, Umno/BN sudah terbukti membela rakyat, PR belum terbukti lagi
7) Jika PR menang Bahasa Melayu akan hapus.

Itulah antara propaganda jahat yang ditanamkan di dalam minda rakyat setiap melalui TV, surat khabar pengampu dan sebagainya. Rakyat yang tidak mempunyai sumber maklumat kedua dari blog, laman web serta surat khabar alternatif sudah tentu termakan dengan propaganda tersebut.

Insya Allah blog ini akan menangkis segala hujah dan propaganda tersebut dalam entri akan datang. Kami juga akan cuba mengeluarkan Klip video untuk dimuatkan di dalam blog ini, facebook dan youtube bagi memnudahkan pembaca untuk menggunakannya bagi menyedarkan rakyat tentang penipuan Umno/BN.

30 December 2011

PAS akan dedahkan KERJA JAHAT UMNO Melaka/Bukit Katil

PAS akan mendedahkan segala kejahatan Umno Melaka/Bukit Katil yang mendaftar ratusan malah ribuan pelajar UTEM, MMU dan UiTM untuk menjadi pengundi di Parlimen Bukit Katil. Sumber dalaman Umno sendiri menyatakan bahawa pelajar-pelajar ini diarahkan menukar alamat mereka ke Parlimen Bukit Katil dengan mendapat imbuhan sebanyak RM300. Setelah alamat mereka ditukar ke dalam Parlimen Bukit Katil mereka didaftarkan sebagai pengundi dalam Parlimen Bukit Katil.

"Kita akan bongkar segala penyelewengan dan kejahatan Umno Bukit Katil pimpinan Ali Rustam" ujar seorang pimpinan Pemuda PAS Negeri dan Kawasan Bukit Katil.

"Kami sudah mendapat beberapa maklumat sahih termasuk gambar dan klip video, dan usaha mengumpulkan maklumat tersebut sedang giat dijalankan dan kami akan dedahkan semua perkara satu per satu" tambah beliau.

Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam sememangnya gentar dan bimbang untuk berhadapan dengan PR di Parlimen Bukit Katil kerana BN hanya tewas tipis dengan dari 2000 undi pada Pilihanraya Umum ke 12. Selain beliau juga berasa tergugat dengan perkembangan terbaru pengundi-pengundi Dunnya sendiri iaitu Bukit Baru yang dilihat semakin cenderung menyokong PAS dan PR.

Tidak mustahil Umno akan menggiatkan kerja jahat ini sebelum 1 Januari ini bagi membolehkan semua pengundi yang didaftarkan sebelum 31 Disember 2011 mengundi pada PRU 13.

AZIZ BARI calon PAS?


Pakar perundangan Prof Dr Abdul Aziz Bari menawarkan diri sebagai calon berpotensi pada pilihan raya umum akan datang untuk Pakatan Rakyat, mengatakan beliau mahu mengambil bahagian dalam proses politik negara dengan berkhidmat sebagai wakil rakyat.
Pensyarah akademik yang lantang ini berkata beliau “tidak ghairah” tentang menjadi anggota parti sambil menambah sistem dua parti yang berkesan membenarkan reformasi dan pentadbiran yang bagus.
Beliau belum lagi memutuskan untuk bertanding mewakili mana-mana parti samada DAP, PAS atau PKR. Aziz boleh sahaja bertanding di mana-mana yang beliau suka jika ketiga-tiga memberikan laluan kepada beliau. 
Komitmen dan keberanian Aziz mengeluarkan pendapat dan cadangan memang tidak dapat disangkal lagi. Beliau berani berkata benar di saat ahli akademik lain menjadi pengampu dan pengipas kerajaan Haji Najib.
Semoga sumbangan Aziz kepada politik tanahair dapat merubah negara kita menjadi negara yang maju dari semua segi.
Aziz berasal dari Sabak Bernam, jadi negeri Selangor merupakan negeri paling sesuai untuk beliau bertanding dan menyumbang buah fikiran dan pendapatnya kepada Selangor dan Malaysia. Sekarang ini terpulang kepada ketiga-tiga parti untuk memberikan laluan kepada Aziz. 

Video DAP sokong PAS jadi Ketua Menteri Melaka

DAP Melaka berikrar menyokong Adun PAS menjadi Ketua Menteri Melaka jika Pakatan Rakyat menang di Melaka pada pilihanraya umum akan datang.

Sokongan terbuka ini membayangkan kepada kita bahawa PR adalah sebuah gabungan yang mantap, telus dan tidak mengamalkan dasar perkauman seperti BN.

Kalau sebelum ini Umno Melaka memfitnah PR dengan menyatakan bahawa jika PR menang di Melaka Ketua Menterinya adalah orang DAP berbangsa Cina. Ikuti ucapan yang disampaikan oleh Adun DAP Bachang, YB Lim Jak Wong yang secara terang-terang menyatakan sokongan terbuka kepada calon PAS untuk menjadi Ketua Menteri Melaka.

29 December 2011

Hakim adili Anwar Ibrahim MENINGGAL

Hakim yang menjatuhkan hukuman penjara kepada Anwar Ibrahim untuk kes liwat 1 pada tahun 1998 dahulu meninggal dunia 6.05 pagi ini.

Ariffin Jaka meninggal di Hospital Serdang akibat penyakit kencing manis.

Beliau ialah hakim Mahkamah Tinggi yang mendengar perbicaraan kes liwat pertama terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 2000 dan seterusnya menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun.

Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan tersebut, tetapi Mahkamah Persekutuan dalam keputusan majoriti 2-1 membatalkannya dan Anwar dibebaskan pada tahun 2004.

Arifin dijangka dikebumikan di tanah perkuburan Islam Presinct 20 Islam di Putrajaya selepas solat Zohor.

PR Menang : Ketua Menteri adalah ADUN PAS

Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka (Adun) Kawasan Bachang, YB Lim Jak Wong berkata sekiranya PR menang di Melaka DAP akan menyokong Adun PAS untuk dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka.

Lim berkata demikian pada program ceramah anjuran PAS Kawasan Bukit Katil di Taman Tun Rahah, Bukit Katil malam tadi.

"Saya berani menyatakan bahawa kalau PR menang di Melaka, DAP akan sokong Adun PAS jadi Ketua Menteri Melaka" ujar Lim dengan bersemangat.

Kenyataan berani Lim ini memberikan tamparan hebat kepada Umno/BN yang sering memainkan isu bahawa jika PR menang di Melaka, Wakil Rakyat dari DAP akan menjadi Ketua Menteri.

Turut berceramah malam tadi ialah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman, Timbalan Ketua AMK Pusat, Khairul Anuar Zainuddin, Ketua Cabang Bukit Katil, Yusof Abdullah.

28 December 2011

Aziz Bari MASUK POLITIK SERTAI PR?

Dari nada percakapan Aziz Bari sehari dua ini, ada kemungkinan beliau akan bertukar status dari seorang ahli akademik kepada seorang ahli politik. Kalau dulu beliau secara terang-terang menyatakan tidak minat berpolitik hari ini nadanya mula berubah. 


Pakar perlembagaan itu sehingga kini masih berkira-kira untuk menyertai politik apabila melihat peluangnya untuk kekal berkhidmat di universiti semakin tipis.

Aziz berkata, beliau sudah memikirkan sejak beberapa lama untuk meninggalkan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), walau beliau telah berkhidmat lebih 22 tahun di kampus berkenaan.

Beliau turut mengukur tindakan yang dihadapinya daripada kampus berkenaan, semenjak dikenakan surat tunjuk sebab atas satukenyataan kontroversinya berhubung fungsi dan hak sultan sebagai ketua agama negeri.


Memang 'cantek' kalau Aziz masuk politik dan bertanding pada PRU 13 nanti mewakili PR kerana beliau sememangnya dari dahulu cenderung bersama PR. Kita yakin DAP, PKR dan PAS akan menerima dengan senang hati orang seperti Aziz Bari ini.

Komitmen beliau menegakkan kebenaran memang tidak dapat disangkal. Di saat ahli akademik lain menjadi kaki pengampu no 1 beliau tetap berdiri teguh bercakap apa yang beliau mahu cakap tanpa memikirkan kesan kepada beliau sendiir.

RASUAH UMNO JATUHKAN MARUAH UMAT ISLAM

Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussian menyatakan bahawa PAS Perak berpandangan rasuah yang berlaku dalam Negara ini hanya dapat dibenteras dengan menumpaskan kerajaan Barisan Nasional dalam PRU 13 ini.
Kerajaan Barisan Nasional telah menjatuhkan maruah umat Islam di Malaysia, seluruh rakyat Malaysia umum mengetahui bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang menganggotai OIC, jelas beliau.
Menurut  beliau lagi, berbilion duit rakyat telah dibazirkan kerana budaya rasuah yang berlegar dikalangan pemimpin umno bn  yang memegang jawatan dalam kerajaan Malaysia.
Tegas beliau lagi, kecuaian dan pengabaian dalam memelihara  ajaran Islam dan tidak menjadikannya sebagai agenda utama dalam pentadbiran negara akan menyebabkan rasuah akan terus kekal bermaharajalela dan sukar diperangi.
“Satu-satunya cara untuk memerangi gejala rasuah ialah dengan kembali kepada ajaran Islam yang sebenar dan bukannya menggunakan Islam hanya apabila tersepit sahaja” ujar beliau.
“Bayangkan sekiranya duit yang berbilion ini yang tiris dan bocor kerana rasuah digunakan untuk kegunaan manfaat rakyat , maka InsyAllah negara Malaysia akan lebih maju lagi.”tegas beliau.
“Rakyat Malaysia diseru untuk bersatu menumbangkan Umno BN dalam pilihanraya yang akan datang  untuk memastikan duit dan harta rakyat Malaysia selamat” seru beliau lagi.

Ceramah Sana-Sini

1. Ust Idris Ahmad
(AJK PAS Pusat)
27 Dis (Selasa)
9.00 mlm
Dataran Hamas, Jasin

2. En Mazlan Aliman
(AJK Pas Pusat)
28 Dis (Rabu)
9.00 mlm
Markas PAS Bkt Katil

3. Tn Hj Mohamad Sabu
(Timb. Presiden PAS)
7 Jan (Sabtu)
9.00 mlm
Merlimau

4. YB Salahudin Ayub
(Naib Presiden PAS)
9 Jan (Isnin)
5.00 ptg: Hi Tea di Restoran Hj Bakrin, Bkt Katil
9.00 mlm: Ceramah di Markas PAS Bukit Katil

27 December 2011

Siapa yang ROBOH SURAU dan MASJID?

Umno Kedah menuduh kerajaan PAS Kedah hendak merobohkan surau di Kedah. Maka berduyun-duyunlah pimpinan Umno Kedah turun padang dan berlakon kononnya mereka juara Islam mahu mempertahankan surau Islahiah tersebut.

Sejak bila pula Umno pandai membela Surau dan Masjid sedangkan sebelum ini mereka pakar dalam meroboh dan menutup surau. Bahkan bukan surau sahaja mereka robohkan kuil pun mereka robohkan juga.

Sekarang ini (Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah) Datok Ahmad Bashah, (Ahli Parlimen Jerlun) Datuk Mukhriz Mahathir dan (Ketua Umno Bahagian Baling) Datuk Azeez Abdul Rahim menjadi juara mempertahankan surau.


Tetapi ketika Khir Toyo dan kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinannya dan kerajaan Terengganu di bawah pimpinan Idris Jusoh meruntuhkan masjid Bujal di Kemaman, menutup surau Jubli Perak di Bandar Baru Bangi, menutup Surau al Rahmah di Seksen 8 Shah Alam, menutup surau di Puchong Perdana pimpinan Umno termasuk Umno Kedah sunyi sepi.

Inilah sikap double standard dan talam dua muka Umno. Mereka mempertahankan surau bukan kerana agama tetapi kerana politik. Sedangkan Fatwa Majlis Agama Islam Kedah yang dikeluarkan membenarkan surau tersebut dirobohkan dan diganti dengan dengan kawasan baru dan surau baru.

Siapa yang ROBOH SURAU dan MASJID?

Umno Kedah menuduh kerajaan PAS Kedah hendak merobohkan surau di Kedah. Maka berduyun-duyunlah pimpinan Umno Kedah turun padang dan berlakon kononnya mereka juara Islam mahu mempertahankan surau Islahiah tersebut.

Sejak bila pula Umno pandai membela Surau dan Masjid sedangkan sebelum ini mereka pakar dalam meroboh dan menutup surau. Bahkan bukan surau sahaja mereka robohkan kuil pun mereka robohkan juga.

Sekarang ini (Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah) Datok Ahmad Bashah, (Ahli Parlimen Jerlun) Datuk Mukhriz Mahathir dan (Ketua Umno Bahagian Baling) Datuk Azeez Abdul Rahim menjadi juara mempertahankan surau.


Tetapi ketika Khir Toyo dan kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinannya dan kerajaan Terengganu di bawah pimpinan Idris Jusoh meruntuhkan masjid Bujal di Kemaman, menutup surau Jubli Perak di Bandar Baru Bangi, menutup Surau al Rahmah di Seksen 8 Shah Alam, menutup surau di Puchong Perdana pimpinan Umno termasuk Umno Kedah sunyi sepi.

Inilah sikap double standard dan talam dua muka Umno. Mereka mempertahankan surau bukan kerana agama tetapi kerana politik. Sedangkan Fatwa Majlis Agama Islam Kedah yang dikeluarkan membenarkan surau tersebut dirobohkan dan diganti dengan dengan kawasan baru dan surau baru.

26 December 2011

Bangkit tangkis propaganda Umno/BN

Seluruh jentera PAS pelbagai peringkat mesti bangkit menangkis propaganda Umno/BN khususnya kepada pengundi Melayu. Umno/BN sejak selepas Pilihanraya Umum 2008 menggunakan 6 propaganda utama untuk menjauhkan rakyat dari menyokong Pakatan Rakyat.

6 propaganda tersebut ialah :-

  • Kedudukan Raja-Raja Melayu tergugat
  • Hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera hilang
  • Islam terancam dan tergugat
  • Bahasa Melayu tergugat
  • Umno sebagai Pelindung Melayu terhakis
  • Jangan perjudi masa depan, BN terbukti membela Melayu/Islam, PR belum tentu
Keenam-enam propoganda ini sedang digiat digunakan Umno untuk mempengaruhi orang Melayu melalui media massa seperti Utusan, Berita Harian, TV 1,2, 3 dan lain-lain. Umno/BN juga menggunakan jentera licik mereka membisikkan kepada pengundi Melayu tentang bahaya mengundi PR dengan menggunakan keenam-enam propaganda tersebut.

Jentera PR khususnya penerangan mesti bangkit dengan segala bentuk bagi menangkis serangan tersebut. Bahan-bahan penerangan seperti hand out(risalah), buletin, blog, web, facebook, Clip video, ceramah dan sebagainya bagi meyakinkan rakyat bahawa 6 isu di atas hanyalah propaganda Umno. Hujah dan fakta bagi menangkisnya mesti disediakan secara sistematik dan disebarluaskan secepat mungkin sebelum minda rakyat terpahat kemas dengan penipuan Umno/BN di atas.

Shahrizat : Orang lain pun PENYANGAK JUGA!

"Bukan aku seorang, orang lain pun sama malah lebih teruk" mungkin itu kata hati Shahrizat Abdul Jalil, Menteri Wanita dan Ketua Wanita Umno.

Shahrizat tanpa segan dan silu menyatakan bahawa 'siapakah pemimpin Umno yang tiada masalah', seperti mendedahkan ramai pemimpin Umno terbabit dengan skandal salah guna kuasa.

Shahrizat selaku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang terpalit dengan skandal projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) mengeluarkan kenyataan itu sebagai mengulas tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) yang memulakan siasatan terhadap kes itu baru-baru ini.


Kenyataan Shahrizat ini menambahkan lagi bukti bahawa amat sukar untuk kita mencari pemimpin Umno yang bersih dari sebarang skandal. Tidak mustahil jika Shahrizat dikenakan tindakan beliau akan mendedahkan nama-nama pemimpin yang terbabit dengan penyelewengan khususnya yang ada kena mengena dengan NFC.


"Seorang penyamun kena tangkap sudah tentu dia akan memberitahu siapa penyamun-penyamun lain itu ibarat yang boleh kita ungkapkan berkaitan dengan 'samun duit rakyat RM250juta NFC.


Bak kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Riduan Mohd Nor bahawa ramai percaya bukan setakat Shahrizat sahaja yang terlibat, malah ramai lagi pemimpin kanan negara juga boleh dikaitkan dengan kelulusan projek tersebut.

Laporan Ketua Audit Negara 2010 juga tegasnya, sudah cukup menjadi bukti kepada rakyat betapa ketirisan dan penyelewengan berlaku dalam kerajaan pimpinan Umno BN.

"Dalam keadaan demikian, tidak hairanlah Indeks Persepsi Rasuah negara merudum buat tahun ketiga berturut-turut.

"Justeru, tidak ada apa lagi yang boleh diharapkan oleh rakyat dalam negara ini, melainkan perubahan mesti dibuat oleh rakyat dalam PRU ke 13," katanya.

25 December 2011

Di mana KEADILANNYA : Khir Toyo curi juta2 penjara 1 tahun, bapa curi RM20 kena 3 tahun

Di mana keadilannya undang-undang dunia ciptaan BN. Khir Toyo curi jutaan ringgit cuma dijatuhkan hukuman setahun penjara. Tetapi seorang bapa di Terengganu yang mencuri RM20 kerana mahu membeli susu anak dijatuhkan hukuman 3 tahun penjara.

Adil atau TIDAK ADIL??????????????????

PEROMPAK BERHATI MULIA

Ada juga perompak yang kasihan kepada mangsanya. Jarang sekali kita bertemu dengan perompak semacam ini. Tetapi inilah hakikatnya yang berlaku kepada sebuah keluarga di Ajil, Hulu Terengganu. Mungkin perompak ini bukan perompak sebenar hanya sekadar mengikut kawan-kawan agaknya.

Sukar juga kita hendak mencari perompak semacam ini. Semoga beliau insaf dan bertaubat kepada Allah.

Ceritanya begini :-

 “Melihat keadaan saya yang semput dan dahaga ketika diikat, seorang daripada empat perompak yang memecah masuk rumah kami semalam (kelmarin), ke dapur mengambil air untuk saya. Malah, dia juga mengurut kaki dan dada manakala ikatan tangan dan kaki saya dilonggarkan,” kata Alias Ibrahim, 52, menceritakan mengenai perompak yang baik hati itu.
Alias yang ditemui semalam berkata, melihat dia dalam kesakitan, seorang lagi perompak mengarahkan rakannya meletakkan bantal agar dia selesa walaupun ketika itu mereka sedang merompak rumahnya.


“Dalam kesibukan perompak itu memberi bantuan kepada saya, seorang perompak membuka kain penutup mukanya untuk menggigit parang bagi memudahkannya membantu saya,” katanya sempat melihat muka penjenayah itu.

Pemilik rumah yang juga peniaga buah kelapa sawit, Mohamed Saat, 59, dari Kampung Tok Randok di sini berkata, dia menyedari kejadian itu apabila isterinya Tuan Sharifah Tuan Sulong, 59, meninggikan suara apabila perompak mengacukan sebatang kayu ke dadanya.

Sumber : Hmetrok.

24 December 2011

Calon BN : Saifuddin Abdullah DIGUGURKAN?

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi dilihat agak terbuka jika dibandingkan dengan pemimpin Umno lain. Beliau berani hadir pada forum dan debat anjuran sesiapa sahaja. Berjumpa mahasiswa pun beliau berani, tidak seperti pemimpin Umno lain yang kecut perut untuk bertemu rakyat dan mahasiswa.

Pandangan dan idea beliau juga dilihat sedikit berbeza dari pemimpin Umno lain. Apa motif beliau berbuat demikian tidak kita ketahui.

Ahli Parlimen Temerloh ini mungkin melihat bahawa pentingnya politik Malaysia diwarnai dengan pemimpin yang berani, kritis, terbuka dan berjiwa rakyat. Keberanian dan kesanggupan bersemuka dengan sesiapa sahaja harus diteladani oleh semua pemimpin politik. Jangan kita jumud dan dayus tidak berani bertemu rakyat dalam apa juga isu. 

Politik Malaysia harus diperbaharui dengan stail baru yang telus, professional, berani dan jujur. Kita tidak mahu pemimpin yang sentiasa memandang negatif terhadap apa juga pandangan rakyat khasnya dari rakyat yang tidak sehaluan dengan mereka.

Tindakan Saifuddin yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno ini sebenarnya tidak disenangi oleh sebahagian besar pemimpin Umno. Mungkinkah Saifuddin yang digugurkan dari senarai calon BN pada PRU 13 sebagaimana bekas-bekas YB di Pahang yang hanya bertanding sekali sahaja seperti Abdul Fatah Abdullah, Suhaimi Ibrahim, Jamal Nasir, Azizan Yaakob, Abdul Halim Mansor dan lain-lain.

Kini baru kau SEDAR.....

Dah hentam habis-habisan di media musuh baru kau sedar ............ Jangan ulangi lagi kesilapan ini.


Di pihak pimpinan kena fikirkan bagaimana hendak memastikan semua ahli dan pimpinan pelbagai peringkat lebih berdisiplin dan wala' kepada pimpinan.


Bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali hari ini memohon maaf berhubung kritikannya terhadap konsep negara kebajikan yang dianjurkan parti itu dan menarik balik kenyataannya berhubung perkara itu.

NONESebagai ahli PAS dan ahli jawatankuasa pusat, katanya, beliau
mengakui terdapat unsur-unsur yang keterlaluan apabila beliau mengulas perkara itu.

Dengan itu, katanya, beliau menarik balik komennya tentang negara kebajikan dan memohon maaf kepada kepimpinan PAS kerana keterlaluannya itu.

Hasan (kiri) sebelum ini mengecam golongan bukan ulama dalam PAS dan menuduh parti itu telah menyeleweng daripada perjuangan Islam.

YB PAS MENINGGAL

Ahli Dewan Undangan Negeri (PAS) Tendong, Dr Muhammad Md Daud telah pulang kerahmatullah jam 12.55 malam tadi.

Menurut Yang Dipertua PAS Pasir Mas, Haji Hanifa Ahmad, Dr Muhammad dipercayai mendapat serangan jantung.

Jenazah beliau dijangka akan dikebumikan tengah hari ini iaitu selepas solat zohor. 

Hanifa yang juga Adun Pengkalan Pasir berkata, Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah dimaklumkan dan dijangka akan hadir sama untuk menyolatkan jenazah tersebut.

Jenazah Adun berkenaan kini berada di rumah di Lorong Haji Daud, Kampung Perakap, Bunut Susu.

Hanifa berkata, pagi kelmarin allahyarham sempat hadir ke Pasti Pasir Mas untuk mengambil bekalan banjir yang akan diagihkan untuk penduduk dalam Dun Tendong yang mengalami banjir baru-baru ini.

Hanifa juga merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga allahyarham.


Jasa Allahyarham kepada pendidikan dan perjuangan Islam amat besar. Di saat PAS berada dalam keadaan genting selepas PRU 2004 beliau seruan untuk menjadi calon PAS merampas kerusi Tendong dari Umno. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham. Al Fatihah

23 December 2011

Kutuk AIR KELANTAN, di PEKAN lebih meruncing

Pemimpin BN mengutuk Kelantan, kononnya gagal menyediakan air bersih dan macam-macam lagi. Tohmahan demi tohmahan dihunjam kepada Kelantan khususnya Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB). Namun ianya tidaklah seteruk apa yang berlaku di Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang terletak di Parlimen Perdana Menteri, Pekan.

Sudah 2 minggu pelajar menghadapi masalah dan ianya berlarutan tanpa penyelesaian. Malu sungguh perkara seumpama ini berlaku di Pekan. Kalau ianya berlaku di Bachok, Yan, Gelugor atau Ijok sudah tentu TV pencacai dan surat khabar pengampu akan menggunakan kesempatan itu sepenuhnya menghentam negeri-negeri PR.

Tetapi bila perkara sebegini berlaku di Pekan, sudah mereka menikus takut untuk melaporkannya ...inilah nasib rakyat Malaysia yang berada di dalam sebuah negara yang penuh dengan ugutan dan penipuan.

Yang Dipertua Majlis Perwakilan Mahasiswa UMP, Fazli Abdul Halim menulis dipetik dari Harakahdaily, bahawa krisis gangguan air yang semakin meruncing di Universiti Malaysia Pahang (UMP) Kampus Pekan sudah berlarutan masuk minggu kedua tidak menampakkan sebarang tanda-tanda yang krisis ini akan berakhir. Krisis ganguan air ini dikatakan berpunca daripada tekanan air yang rendah akibat daripada UMP Kampus Pekan yang mempunyai kapasiti pelajar sekitar 2000 orang terpaksa berkongsi sumber air yang sama daripada tangki yang berada di Kuala Pahang yang  turut sama disalurkan kepada masyarakat sekitar. Situasi ini cukup menyeksa dan menyukarkan urusan harian mahasiswa yang dalam masa yang sama ditambah dengan tekanan peperiksaan akhir semesta yang bakal berkunjung tiba. Krisis ini juga turut menjejaskan pihak pengusaha kafeteria yang secara langsung mengganggu pengoperasian dan urusniaga mereka dan menambah kesengsaraan mahasiswa dalam mendapatkan makanan.
Krisis air bukan isu baru
Permasalahan  ganguan air yang dialami oleh mahasiswa UMP bukanlah satu perkara yang baru. Perkara yang sama turut berlaku dua tiga tahun yang lepas oleh mahasiswa UMP yang berada di Kampus Gambang. Krisis air ini bukanlah satu perkara yang asing oleh masyarakat Pekan dan Pahang khususnya.Tindakan segera amat diperlukan terutamanya peranan yang dimainkan oleh Jabatan Bekalan Air Pahang sebagai salah satu agensi kerajaan negeri agar mengambil perhatian serius terhadap permasalahan yang dialami oleh kami selaku mahasiswa agar memudahkan urusan pembelajaran kami di medan universiti ini.
Mohon perhatian Perdana Menteri
Mahasiswa UMP Pekan memohon agar kebajikan kami yang merupakan sebahagian daripada komuniti di sini agar diberi perhatian dan tumpuan yang sewajarnya oleh Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak bertepatan dengan hasrat Perdana Menteri yang berazam untuk terus membangunkan Pekan, kawasan parlimennya, serta masyarakatnya dalam apa jua keadaan sepertimana yang beliau ucapkan  semasa Himpunan Anak-anak Pekan Bersama Perdana Menteri di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 19 Disember yang lepas.

Lagi BUKTI PEMIMPIN UMNO MAKAN RASUAH

Seorang demi seorang pemimpin Umno disabitkan dengan kesalahan rasuah. Kalau sebelum ini Ketua Menteri Melaka dan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan disabitkan dengan rasuah (semasa pemilihan Umno) kini seorang lagi bekas Menteri Besar iaitu Khir Toyo disabitkan dengan kesalahan rasuah.

Kita yakin jika SPRM, Polis dan Peguam Negara benar-benar telus dan professional sudah tentu berbondong-bondong pemimpin Umno/BN mengikut jejak ketiga-tiga mereka ini. Tapi apakan daya ini Malaysia. Hanya kambing dan lembu hitam sahaja yang kena. Kambing dan lembu warna lain tidak kena kerana ada imuniti.

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini mendapati bekas menteri besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo bersalah atas tuduhan rasuah.

Mahkamah menjatuhkan hukuman 12 bulan penjara berkuatkuasa hari ini, serta memerintahkan harta terbabit dilucuthak kepada kerajaan Malaysia.

Hukuman penjara itu dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan berkuat kuasa mulai hari.
Perintah melucuthak harta tersebut pula dibuat mengikut Seksyen 36(1) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 1997.

Rakyat seharusnya membuka mata seluas-luasnya dengan perkembangan ini. Cuba bandingkan dengan Menteri-menteri Besar, Ketua Menteri dan Exco-exco negeri-negeri Pakatan Rakyat, tidak ada seorang pun disabitkan dengan kes rasuah. Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang memerintah Kelantan selama 21 tahun pun bersih sebersih-bersihnya walaupun pelbagai cubaan pihak tertentu mahu mengenakan beliau.

Rakyat mesti menyokong PR kerana terbukti pemimpin-pemimpin PR bersih, suci dan menyucikan.

Kebesaran ALLAH : Telinga bayi Ketua Dewan Ulama PAS Melaka bentuk KALIMAH ALLAH

Telinga bayi bernama Umar Zulkifli, anak kepada Ketua Dewan Ulama' PAS Negeri Melaka, Ustaz Zulkifli Ismail berbentuk kalimah Allah (lihat gambar). Umar adalah anak ke 12 Ustaz Zulkifli. Dalam sms ringkas kepada blogmaster Mutaligat, beliau memohon agar kita semua mendoakan Umar menjadi Ulama besar dan Mujahid Islam. Amin

Inilah kebesaran Allah yang mampu menjadikan apa sahaja yang dikehendakiNya. Mari sama-sama kita mohon agar kita semua dikurniakan rahmat, redha dan keampunan dari Allah S.W.T.

PAS Melaka akan menang minima 9 kerusi

PAS Melaka akan memenangi sekurang-kurangnya 9 kerusi pada Pilihanraya umum akan datang. Perkara ini ditegaskan oleh salah seorang pimpinan tertinggi parti malam tadi. Kemenangan ini memang tidak mustahil berdasarkan kepada penerimaan rakyat terhadap PAS dan Pakatan Rakyat hari ini.

Walaupun zahir menampakkan bahawa rakyat tidak berubah tetapi hakikatnya rakyat sedang menunggu masa untuk mengajar BN pada PRU 13 ini sebagaiman rakyat Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang lakukan pada PRU 12 dahulu. Mungkin ramai yang mentertawakan pada yang dinyatakan di sini. Tetapi hakikatnya Allah sahaja yang tahu. BN tidak boleh mendabik dada kerana semua keputusan manusia digerakkan dan diberi hidayah oleh Allah.

Ditanya berapa kerusi yang akan ditandingi oleh PAS pimpinan tertinggi tersebut menjawab bahawa PAS akan bertanding dengan jumlah kerusi paling banyak di kalangan komponen PR.

Pada PRU 12 dahulu PAS bertanding sebanyak 13 kerusi, DAP 8 dan PKR 7 kerusi Dun. Bagi kerusi Parlimen PAS bertanding 1, DAP 2 kerusi dan PKR 3 kerusi.

Pimpinan PAS tersebut menyatakan bahawa kemenangan di 9 kerusi ini bukanlah sesuatu yang diluar jangkauan kerana telah mula menunjukkan perubahan termasuk pengundi Melayu.

"Tidak akan buat kejutan pada PRU 13 nanti, tunggulah, rakyat sedang menunggu masa untuk merobohkan kezaliman BN yang mengkayakan kroni, bergelumang dengan rasuah dan menyalahgunakan kuasa dengan hebat di Melaka ini".

"Rakyat dan tak tahan, anak muda, warga emas, kaum wanita semuanya akan berubah, mana tidaknya barang melambung naik, gaji tak naik, cukai macam-macam cukai, maksiat berleluasa, jenayah membimbangkan dan macam-macam lagi, kita ada fakta" ujar pimpinan tersebut.

Beliau optimis kali ini PR Melaka akan memenangi sekurang-kurangnya 20 kerusi DUN dan 4 kerusi Parlimen

22 December 2011

Dalam Politik ADA FEQAHNYA - Presiden PAS

Peringatan ini ditujukan khusus kepada seluruh kepimpinan dan ahli PAS, serta masyarakat di Malaysia secara umumnya, dalam kita mendepani permasalahan yang sedang berlaku di waktu ini.

Firman Allah dalam Surah Attaubah ayat 122 :

Maksudnya : (Dan bukanlah semua orang-orang yang beriman itu keluar berperang. Mengapa tidak ada satu kumpulan di kalangan mereka yang bertafaquh (belajar dan memahami) ajaran Islam dan supaya mereka pulang memberi peringatan apabila kembali menemui kaum mereka, mudah-mudahan mereka menerima peringatan). (At-Taubah:122)

Sabda Rasulullah S.A.W.

(Sesiapa yang Allah menghendakinya menjadi seorang yang baik nescaya dijadikannya Faqeh (faham ) dalam  perkara agama Islam). Riwayat Bukhari Muslim

Kedua–dua nas ini menunjukkan bahawa Islam itu bukan sahaja semangat yang berkobar-kobar dan ilmu secara bertulis, dalam masa yang sama ianya mempunyai disiplin ilmu serta memahami cara pelaksanaannya. Semua bidang dan lapangan ajaran Islam hendaklah dipelajari bukan sekadar sebagai satu ilmu, tetapi dalam masa yang sama hendaklah memahami cara beramalnya.

Allah S.W.T. memerintah kepada sesiapa yang memperuntukkan masa hidupnya dalam perjuangan supaya mengambil masa untuk belajar daripada  kalangan yang belajar dengan faqeh (faham). Apabila belajar, maka hendaklah pula daripada kalangan  ahli ilmu yang bukan sahaja faham, bahkan beramal dan berjuang dengan ilmu yang dipelajari itu dengan kefahamannya yang tulen dengan penuh istiqamah.

Perkataan feqah pada zaman awal Islam merangkumi semua ajaran Islam. Kemudiannya para ulama mengkhususkan istilahnya kepada hukum syariat sahaja. Adapun perkara yang berkait dengan iman atau aqidah dinamakan Usulu Al Din atau  ilmu Tauhid atau Aqidah dan yang berkait dengan akhlak pula dinamakan Akhlak atau Tasswwuf.

Mafhum  bahasa Al Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. merangkumi seluruh ajaran Islam hendaklah dilaksanakan secara Feqah atau faham, khsusnya dalam perkara hukum syariat yang tidak ada nas yang nyata atau bergantung dengan ijtihad. Sirah Rasulullah S.A.W. dan para Khulafa Al Rasyidin banyak menunjukkan huraian yang nyata, betapa perlunya ajaran Islam itu dihayati dengan Feqah (Fahaman) bukan sahaja dengan ilmu. Feqah bukan sahaja seperti difahami oleh masyarakat awam hanya dalam perkara ibadat, sembahyang, puasa, zakat dan haji; bahkan merangkumi segala ajaran Islam. Khususnya dalam perkara politik yang dilupakan atau dijahilkan oleh sebahagaian besar umat Islam.

Ketika berhijrah dari Makkah ke Madinah, yang juga merupakan amalan berpolitik yang membawa kepada tegaknya negara dan masyarakat madani, Rasulullah S.A.W.  telah menggunakan khidmat seorang bukan Islam  yang berpengalaman dengan jalan pintas yang selamat dan cepat sampai ke Madinah. Sudah tentu seorang bukan Islam yang dipercayai akan menyimpan kerahsiaan menjaga keselamatan, dan benci kepada kezaliman walau pun tidak menganut Islam.

Di Madinah pula dilaksanakan amalan menegakkan negara, dengan kekuatan umat Islam sendiri di kalangan Muhajirin dan Ansar, seterusnya melibatkan kaum bukan Islam di kalangan Yahudi, Kristian, Musyrikin Arab dan membenarkan kewujudan kalangan munafiq dalam masyarakat Madinah. Semuanya mengambil kira ayat-ayat Al Quran yang memberi amaran supaya berwaspada terhadap musuh dan ayat-ayat yang mengizinkan dan mewajibkan Islam disampaikan kepada seluruh manusia dan  pelaksanaan Islam terhadap seluruh manusia  juga.

Maka pengajian secara feqah (faham) sahaja boleh melaksanakan risalahnya dengan istiqamah, bukan sahaja memahami nas secara ayatnya yang zahir, termasuk juga meletakkan pelaksanaannya pada masa, tempat dan situasi yang berbeza. Banyak ayat-ayat Al Quran diturunkan dan hadith-hadith Rasulullah S.A.W.  bersandarkan sebab yang berlaku sekiranya memerlukan penjelasan.

Apabila Rasulullah S.A.W. menerima perjanjian Hudaibiyyah, manakala para sahabat merasakan perjanjian itu berat sebelah dan tidak berpehak kepada Islam, bahkan lebih berpihak kepada musuhnya. Bermula dengan pihak musyrikin (i) menolak penggunaan Bismillah, (ii) menentang dicatit nama Muhammad Rasulullah, (iii) membenarkan mereka yang berada di Madinah melarikan diri ke Makkah, sebaliknya tidak membenarkan orang Islam di Makkah berhijrah ke Madinah, (iv) dilarang meneruskan amalan umrah walau pun Rasulullah dan para sahabatnya sudah berpakaian ihram dan lain-lain.

Rasulullah S.A.W. bertegas dengan keputusan menerima perjanjian Hudaibiyah tanpa  wahyu diturunkan, tetapi berpandukan ketajaman bacaan Rasul terhadap Feqah politik semasa, dan para sahabat mentaati secara mutlak kerana kerasulannya. Akhirnya perjanjian yang diterima memberi kemenangan yang besar kepada Islam dan menerima kunjungan kabilah yang datang menganut Islam dengan jumlah berlipat kali ganda sebelumnya.

Dalam  perkara yang lain, Allah S.W.T. mengajar  Rasulullah S.A.W. dan para sahabat R.A. melaksana dan mematuhi Syura secara tegas dalam peristiwa Uhud dengan firman Nya dalam Surah Ali-Imran ayat 159 yang bermaksud :

(Dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam mengendalikan urusan. Maka apabila engkau telah berazam (dengan keputusan ) maka berserah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berserah kepadanya).

Ayat ini menunjukkan kepada kita konsep bermesyuarat dan kepatuhan kepada keputusan yang diambil  dan mengharapkan pertolongan Allah selepasnya, walau pun selepasnya menerima tamparan korban dan kecederaan. Ini adalah cara bermesyuarat dalam Feqah berjamaah khususnya dalam politik.

Semua kenyataan tersebut adalah menjadi pedoman kepada sesiapa yang mahu berpolitik secara Islam. Bagi mengemaskini supaya ajaran Islam dilaksanakan secara Feqah, maka para ulama merangka kaedah-kaedah  ilmu yang berkait dengannya yang dinama ilmu usul feqh, maqasid syariat dan siyasah syari’yyah.

Bagi memelihara ajaran ini dilaksanakan, maka Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mewujudkan MAJLIS SYURA ULAMA sebagai badan yang berwibawa mengikut perlembagaan PAS untuk memelihara amalan Islam secara Feqah Islam yang sebenar. Badan yang dianggotai oleh kalangan ilmuan Islam yang mampu memahami sumbernya yang tertinggi : Al Quran, Hadith, Ijmaa, dan Qiyas yang nyata. Majlis Syura Ulama bertanggungjawab melakukan kajian dan ijtihad secara Jamaei dalam menghadapi cabaran semasa dengan sistem ilmu-ilmu yang berkait dengannya. Keanggotaan Ahli Majlis Syura  pula mewakili seluruh cabang kepimpinan tertinggi PAS.

PAS telah berjaya menghadapi semua pengalaman di sepanjang perjuangannya  sejak ditubuhkan, sama ada secara bersendirian, bersefahaman  dengan : kerajaan, pembangkang dan NGO, Islam dan kalangan bukan Islam.

Pendekatan politik mutakhir bersama Pakatan Rakyat adalah menjadi penerusan amalan politik Islam secara feqah, bukannya secara remeh temeh. Kejayaan dicapai apabila kalangan bukan Islam menerima konsep perlembagaan,  Islam menjadi agama negara dengan hak yang diberi secara adil kepada penganut agama lain, hak Bumiputra, Bahasa Kebangsaan dan Raja Berpelembagaan.

Perlu diingat, bahawa UMNO yang menjadi teras kerajaan BN gagal mencapai matmatnya setelah memerintah lebih lima puluh tahun, kerana tidak menjadikan Islam mengikut makna Al Quran dan ajaran Rasulullah S.A.W. Apakah tempoh masa lebih lima puluh tahun tidak mampu melakukan muhasabah ?.

Seluruh ahli PAS wajib bertambah yakin bersama perjuangan di atas bahtera PAS dengan setiap pengalamannya  walau pun tidak diberi hak yang adil, inilah sifatnya  perjuangan Islam.  Kita wajib  menyedari bahawa semua tindakan bersendirian telah mengugurkan sesiapa sahaja tanpa mengira kedudukan dalam PAS. Namun PAS tetap selamat dan menjadi Parti Islam yang makin gagah perkasa menghadapi cabaran pasang surut perjuangan Islam.

PAS terus istiqamah dengan perlembagaan tertingginya yang dijamin oleh kumpulan yang berwibawa. Sesiapa yang cuba berlagak pandai tanpa ilmu yang sebenar pasti tersungkur dengan lagaknya, dan sesiapa yang berilmu dan menganggap dirinya paling bijak dalam PAS secara individunya tanpa peduli terhadap adab berjamaah dalam Islam, akan menjadi mangsa serigala politik yang menjadi musuh perjuangan Islam, inilah sikap membahayakan diri sendiri yang diberi amaran oleh Rasulullah S.A.W.

(Sesungguhnya syaitan itu adalah serigala yang menangkap manusia , laksana serigala yang menangkap kambing yang terpencil daripada kawanannya dan yang berada disudut yang menjauh diri daripada kawanannya). Dalam Musnad Ahmad.

PAS terus terbuka kepada semua yang bersedia bersamanya bagi melangsungkan perjuangan menegakkan Islam yang menjadi rahmat kepada seluruh manusia.

Sesiapa yang menyertai PAS wajib mengikut haluan dan hala tujunya serta cara perjalanannya yang tersendiri, berlandaskan Islam secara feqah dan bukan hanya berpaksikan semangat tanpa ilmu dan faham.

Khadam Perjuangan Islam

Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

PRESIDEN PAS

JANGAN GUNA MEDIA UNTUK SELESAIKAN MASALAH, BINCANGLAH DALAM MESYUARAT


Hari ini Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali menggunakan media untuk menjawab isu yang dibangkitkan oleh AJK PAS Pusat, Hassan Ali.  Exco Kerajaan Negeri Selangor itu pula diberi ruang yang luas oleh media musuh iaitu TV1, TV3 dan Utusan untuk menyerang, menjawab dan menghentam PAS. 


Kedua-duanya telah terjerat dalam mainan politik musuh. 

Ahli dan simpatisan PAS tidak suka perkara ini berlaku. Sila bawa berbincang secara sihat dalam mesyuarat atau pertemuan khusus bagi menyelesaikan perkara ini. Kalau perlu panggil Mursyidul Am dan Presiden sekali untuk menasihat dan memberi cadangan kepada pihak-pihak terbabit.

Bagi kita  perkara ini boleh diselesaikan secara baik jika semua pihak ikhlas dan berakhlaq. Untuk Hassan Ali jika beliau sudah tidak setuju dengan pendirian, strategi, program PAS beliau boleh meletakkan jawatan dan mencari wasilah baru untuk masa depan perjuangan beliau. Mungkin beliau boleh menyertai perjuangan batil Umno atau perjuangan sempit dan penuh perkauman Perkasa.

Untuk Mustafa Ali sebagai seorang Setiausaha Agung beliau perlu professional dan sabar menangani karenah ahli. Parti kita ada prosedur dan undang-undang. Kepada mana-mana ahli yang tidak setuju dengan parti dan kepimpinan parti mereka boleh menyalurkan idea dan pandangan dalam mana-mana forum parti dan melalui saluran yang betul bukannya di media. 

Kalau mereka sudah tidak yakin dengan parti mereka boleh keluar secara terhormat. Jika mereka terus menyerang parti dan kepimpinan parti mereka perlu diberi nasihat. Kalau masih degil hadapkan kepada Jawatankuasa Tatatertib dan ambil tindakan. Jangan keruhkan suasana dengan membuat kenyataan dalam media menyerang dan menjawab apa yang dibangkitkan oleh satu sama lain.

Kita harap muali saat ini semua pihak tidak memberikan peluru kepada pihak musuh yang sentiasa mencari ruang dan peluang untuk menyerang kita.


Secara peribadi blog ini berpendapat Hassan Ali sudah tersasar dan perlu diberi nasihat dan dipanggil dengan serta merta ......................

MELAKA TANAHAIRKU (EPISOD 1) : DUIT ZAKAT PUN MEREKA SELEWENGKAN


PELANCARAN SIRI KLIP VIDEO MELAKA TANAHAIRKU . Blog ini akan menerbitkan siri klip video bagi memperkatakan tentang isu-isu membabitkan pentadbiran, kewangan, pembaziran dan isu-isu masyarakat. 


Untuk EPISOD 1 - Melaka TanahairKU akan membongkar penyelewengan wang zakat yang dilakukan oleh kerajaan negeri Melaka, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Walaupun isu ini telah bertahun-tahun lamanya berlaku tetapi pihak berwajib seperti SPRM dan lain-lain gagal mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat.

Tergamak pihak-pihak berkenaan  menyelewengkan wang zakat yang sepatutnya diberikan kepada ASNAF. Tetapi mereka menggunakan wang zakat untuk membina bangunan.

Malangnya bila perkara ini diadukan kepada SPRM, jawapannya yang diterima ialah tiada sebarang penyelewengan dan rasuah. SPRM memberi jawapan bahawa pihak Mufti menyatakan wang itu adalah wang lebihan zakat. Persoalannya jika benar ia wang lebihan zakat, bolehkah ia digunakan untuk membina bangunan????


Rakyat mesti sedar dan bangkit menolak pihak yang tergamak menyelewengkan wang zakat ini.


Ikuti penjelasan Pesuruhjaya PAS Melaka, Haji Adly Zahari tentang isu penyelewengan wang zakat ini.

Hassan Ali MASUK PERKASA?

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Hassan Ali berkata: "Yang jelas adalah perjuangan saya mempertahankan Islam, bangsa Melayu dan institusi Raja-Raja."
    
"Bagi saya ketiga-tiga ini merupakan landasan yang sangat penting dari dulu sampai sekarang," katanya dalam program Soal Jawab TV3 yang dikendalikan oleh Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Media Prima Datuk Ahmad A Talib yang disiarkan malam tadi.


Apa yang diperkatakan oleh Hassan Ali itu memang diperjuangkan oleh PAS. Tetapi yang peliknya mengapa beliau sejak akhir-akhir ini menghentam PAS seolah-olah PAS telah menyimpang dari perjuangan menegakkan Islam; PAS tidak membela orang Melayu dan PAS tidak mengiktiraf institusi Raja-Raja Melayu. Sedangkan PAS kekal dan utuh dengan perjuangan Islamnya; PAS terus memperkasakan perjuangan mendaulat orang Melayu dan Raja-Raja. Atau mungkin bagi Hassan Ali perjuangan PAS belum hebat menjaga Islam, Melayu dan Raja-Raja.


Mungkin juga Hassan merasakan Umno lebih hebat Islamnya, hebat Melayunya dan hebat menjaga Raja-Raja Melayu. Atau mungkin juga Perkasa lebih perkasa dalam ketiga-tiga perkara tersebut. 


Amat malang bagi seorang pimpinan parti yang ada suara dalam mesyuarat PAS Pusat (selaku AJK PUsat) tidak menggunakan peluang bersuara dalam mesyuarat untuk mempersoalkan apa juga yang terbuku dalam hati. Sebaliknya menggunakan media yang terang-terang menjadi musuh perjuangan Islam untuk 'memberi' nasihat. Bagi kita inilah bukti bahawa Hassan telah masuk perangkap Umno .........tiada bukti yang lebih besar dari ini.


Kita amat setuju dengan tindakan PAS Pusat memanggil ketiga-tiga pemimpin yang berpolemik dalam isu ini yang terdiri dari Hassan Ali, Ustaz Nasharuddin Mat Isa dan Saari Sungip. Hassan dilihat paling lantang menghentam PAS dalam media musuh ............


Kita cadangkan Hassan Ali masuk Perkasa berjuang bersama-sama dengan Ibrahim Ali dan Zul Kulim

Kak IJAT : Jangan LETAK JAWATAN SAHAJA tapi PULANGKAN JUGA DUIT RAKYAT

Isteri Taukeh Lembu, Kak Ijat diasak dan digesa supaya meletakkan jawatannya sebagai Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga. Ada kemungkinan beliau akan meletakkan jawatannya berikutan isu projek National Feedlot Corporation (NFC) yang melibatkan wang rakyat RM250juta. Keluarganya diberikan peruntukan sebanyak itu untuk menjayakan projek tersebut yang gagal. Lebih parah lagi syarikat tersebut dilaporkan membeli kondominium di Kuala Lumpur dan Singapura bernilai puluhan juta ringgit. 

Selain itu keluarganya dilaporkan menikmati gaji yang sangat lumayan selain dari pembelian kereta mewah. Kak Ijat diasak bukannya sahaja oleh pemimpin Pakatan Rakyat, rakyat Malaysia malah pemimpin Umno/BN juga mendesak Kak Ijat meletakkan jawatannya sebagai menteri kabinet.

Namun jika sekiranya Kak Ijat meletakkan jawatan, perkara tidak akan selesai. SPRM mesti menyiasat dan semua wang rakyat yang digunakan oleh keluarga Kak Ijat mesti DIPULANGKAN.

21 December 2011

Taukeh LEMBU, Kak IJAT LETAK JAWATAN?

Mungkinkah, taukeh lembu Kak Ijat akan letak jawatan. Bukan senang bagi seorang pemimpin Umno yang sememangnya sayang dan cinta kepada kuasa dan pangkat hendak meletakkan jawatan. Bagi mereka jawatan, kuasa dan pangkat adalah segalanya.

Tanpa semua itu mereka tidak akan dikenang dan disanjung manusia lagi. Mereka lebih rela disanjung oleh manusia dari di sanjung oleh Allah. Sebab itu mereka boleh melakukan apa sahaja asalkan jawatan dan pangkat serta kuasa ada dalam genggaman mereka. Rasuah, sogok hatta membunuh mereka sanggup. 

Bukan mudah untuk letak jawatan.

Hari ini Kak Ijat membuka mulut.............

"Tidak ada siapa yang perlu memberitahu saya apa yang perlu saya buat.

"Sebagai pemimpin yang bertanggungjawab dan sudah matang dalam politik dan sayang kepada Barisan Nasional (BN), saya tahu apa yang patut saya buat dan saya akan bincangkannya dengan Datuk Seri Najib," kata Sharizat kepada wartawan hari ini. 

Kita tunggu dan lihat adakah beliau akan letak jawatan atau tetap berdegil .........mungkin masa telah tiba untuk Kak Ijat mengucapkan selamat tinggal ..............

Beranikah Zambry lawan NIZAR di DUN Pasir Panjang?

NONEMenteri Besar BN Perak, Zambry Abdul Kadir mengesahkan MIC akan menyerahkan kerusi dewan undangan negeri Pasir Panjang kepada Umno dalam satu proses pertukaran kerusi.
    
"Ini sudah dipersetujui MIC," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, di Ipoh hari ini.
    
Zambry bagaimanapun enggan mendedahkan kerusi yang akan diserahkan Umno kepada MIC sebagai ganti.

Sebenarnya rakyat mahu melihat Zambry menentang Nizar di Pasir Panjang bagi membuktikan siapa yang berpengaruh antara Menteri Besar yang sah dan yang tidak sah.

Lagipun Dun Pasir Panjang terletak dalam Parlimen Lumut yang mana Zambry adalah Ketua Umno Bahagian itu. Takkanlah Zambry takut untuk menentang Nizar di kawasannya sendiri.

Jika Zambry takut menentang Nizar di Lumut maka terbuktilah bahawa pengaruhnya di kawasan sendiri dalam lemah dan boleh ditertawakan. Mungkin Zambry takut untuk meninggalkan Dun Pangkor yang sudah tentu akan dimenanginya kerana bilangan pengundi tentera yang begitu ramai.
    
Ramai berpendapat Zambry tidak berani menentang Nizar kerana dia tahu pengaruhnya tidak sekuat mana. Malah kemenangan besar Nizar dengan majoriti 4,474 di Dun Pasir Panjang pada PRU 2004 sudah tentu menggerunkan Zambry.

Pengakuan yang ditunggu : Ustaz Nasa TETAP SETIA pada PAS

Bekas timbalan presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa yang menerima asakan demi asakan berhubung kesetiaannya dalam parti, hari ini membuka mulut dan menyatakan beliau "tidak mempunyai niat sebesar zarah sekalipun untuk menyertai Umno."

Katanya, dakwaan bahawa beliau terperangkap dalam agenda Umno, "terlalu jauh menyimpang daripada kebenaran dan langsung tidak berasas."

"Saya tegaskan di sini bahawa saya adalah ahli PAS dan perjuangan saya kekal bersama PAS untuk menjunjung risalah Islam, menyumbang kepada ummah dalam apa juga keadaan," katanya.

Bercakap dalam satu kenyataan hari ini, Nasharudin juga berkata beliau belum pernah mengungkapkan untuk menyertai Umno sepanjang pembabitan beliau dalam parti itu.

"Janganlah gunakan alasan mudah seperti ini untuk menyimpulkan tindakan, pandangan atau perhitungan politik saya pada ketika kita mengharung gelombang percaturan politik yang jauh lebih mencabar," katanya lagi.
Beliau yang popular dengan nama jolokan Nasha di kalangan peminatnya, juga tampil membuat penjelasan ringkas hari ini untuk menjawab "tohmahan" di media dan laman sosial.

Dakwaan bahawa beliau terperangkap dalam agenda Umno disuarakan setiausaha agung parti, Datuk Mustafa Ali yang turut menyelar bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali.

Mustafa juga menganggap Nasharudin dan Hasan kecewa kerana tidak dapat mempertahankan kedudukan masing-masing sebagai timbalan presiden dan pesuruhjaya Selangor.

Cuma apa yang ahli harapkan ialah beliau hadir pada Mesyuarat PAS Pusat kerana idea, tenaga dan pandangan beliau amat berharga kepada PAS. Beliau mempunyai ilmu yang tinggi, kemahiran bahasa yang mantap dan pandangan yang jauh. Satu lagi jangan membiarkan diri kita dipergunakan oleh musuh. Jika TV1, TV3 dan Utusan Malaysia memberikan ruang yang seluas-luasnya kepada kita, itu maknanya kita sudah termasuk ke dalam perangkap musuh.

9 Januari : Hanya ADA 3 OPSYEN untuk Anwar, PR dan rakyat SUDAH BERSEDIA


9 Januari ini bakal menentukan landskap politik baru Malaysia. Itu antara ramalan dan telahan beberapa pemerhati politik. Mungkin era REFORMASI 2 akan berlaku setelah reformasi 1 pada 1998 dahulu.


Anwar akan menghadapi 3 kemungkinan. Pertama beliau didapati BERSALAH dan TIDAK dibenarkan ikat jamin sebelum menunggu prosess rayuan. Kedua, beliau DIBEBASKAN dan ketiga beliau didapati BERSALAH tetapi dibenarkan untuk IKATJAMIN sementara menunggu rayuan.

Jika beliau didapati BERSALAH dan TIDAK DIBENARKAN IKAT JAMIN maksudnya PR akan memasuki PRU 13 tanpa Anwar. Jika beliau dibenarkan IKATJAMIN maka Anwar TIDAK BOLEH bertanding tetapi boleh berkempen ke serata pelusuk negara pada PRU 13 jika ianya diadakan pada masa terdekat. 

Inilah opsyen-opsyen yang ada sekarang. BN sudah tentu mempunyai strategi tertentu bagi menghadapi situasi ini. Manakala PR sudah tentu bersedia dengan keadaan yang paling teruk iaitu Anwar disumbat dalam penjara tanpa dibenarkan ikatjamin.

Di pihak rakyat sebenarnya, kami sudah bersedia untuk mengundi PR walau siapa pun ketua mereka. Apa yang penting ASAL BUKAN Umno/BN (ABU).

Kita mengambil iktibar dari apa yang berlaku di Turki di mana Erdogan dipenjarakan oleh pemerintah hanya kerana kesalahan membaca sajak. Ketika Pilihanraya Turki pada masa itu, Erdogan merengkok dalam penjara. Parti Keadilan dan Pembangunan Turki (AKP) masuk pilihanraya yang menang. Mereka melantik Abdullah Gul menjadi Perdana Menteri dan Erdogan dibebaskan dan pilihanraya kecil diadakan. Erdogan dilantik menggantikan Abdullah Gul. Ini juga boleh diaplikasikan di Malaysia.

Apa penting PR mesti bersatu dan tidak mudah melatah dengan serangan dan provokasi BN yang sudah tentu akan mengambil kesempatan jika Anwar disumbat ke dalam penjara.

Kepada BN...............jangan bimbang, rakyat sudah cerdik walaup apapun BN lakukan......rakyat akan tetap TOLAK BN pada PRU 13 nanti.

20 December 2011

Lembu NFC bukan sahaja DUDUK Kondo di Malaysia TETAPI juga DI SINGAPURA

Hebat dan mulia sunggug lembu-lembu NFC apabila bukan sahaja tinggal di Kondominium di Kuala Lumpur malah juga tinggal di Kondo di Singapuran. Beruntunglah lembu-lembu NFC berbanding lembu-lembu di ladang lain.


PKR hari ini membuat pendedahan terbaru berhubung dakwaan penyelewengan dalam projek fidlot melibatkan keluarga menteri kabinet Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil -- kali ini berhubung pemilikan kondominium mewah dianggar bernilai RM10 juta di Singapura.

Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution mendakwa demikian ketika mendedahkan dokumen yang didakwa menunjukkan bahawa menteri itu, sejak Januari tahun lalu, memiliki satu unit kondominium mewah Orchard Scotts di Anthony Road.

Kondominium dengan keluasan lantai 2,282 kaki persegi itu dibeli dengan harga SGD4.1 juta, dakwa ahli parlimen Machang itu lagi dalam satu sidang media hari ini.

Menurut rekod pihak berkuasa Singapore Redevelopment Authority, keluasan unit kondominium itu merupakan antara yang paling selesa di kawasan pusat bandar Singapura, kata Saifuddin.

Saifuddin mendakwa kondominium itu didaftarkan atas nama suami Shahrizat, Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail dan juga anak mereka – Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh dan Wan Izzana Fatimah Zabedah Mohamad Salleh.

Rekod berkenaan adalah hasil carian di agensi yang mengawal selia tanah negara itu, Singapore Land Authority, kata Saifuddin lagi yang turut mengedarkan rekod berkenaan kepada wartawan dalam sidang media di ibu pejabat parti itu.

Bilalah agaknya SPRM hendak menyiasat secara telus dan membawa kes ini ke tengah kerana sehingga ke hari ini ianya seolah-olah tiada apa yang janggalnya. Tiada bukti berlakunya penyalahgunaan kuasa dan rasuah ....kata mereka.

Rakyat juga sedang menunggu tindakan yang akan diambil ke atas Shahrizat, Muhyiddin, Najib sendiri, Pak Lah dan Khairy yang didakwa terlibat dengan isu ini......

Duit RAKYAT bukan TIRIS tapi BOCOR

Duit rakyat bukan TIRIS tapi BOCOR. Siapa yang MEMBOCORKANNYA......Semua orang tahu .........(Klik atas imej untuk mendapat gambar yang lebih jelas dan besar)


Negara bakal hancur jika kita terus mengundi BN pada PRU 13 dan mengangkat pemimpinnya menjadi anggota Kerajaan Malaysia.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter