Kutuk AIR KELANTAN, di PEKAN lebih meruncing

Pemimpin BN mengutuk Kelantan, kononnya gagal menyediakan air bersih dan macam-macam lagi. Tohmahan demi tohmahan dihunjam kepada Kelantan khususnya Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB). Namun ianya tidaklah seteruk apa yang berlaku di Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang terletak di Parlimen Perdana Menteri, Pekan.

Sudah 2 minggu pelajar menghadapi masalah dan ianya berlarutan tanpa penyelesaian. Malu sungguh perkara seumpama ini berlaku di Pekan. Kalau ianya berlaku di Bachok, Yan, Gelugor atau Ijok sudah tentu TV pencacai dan surat khabar pengampu akan menggunakan kesempatan itu sepenuhnya menghentam negeri-negeri PR.

Tetapi bila perkara sebegini berlaku di Pekan, sudah mereka menikus takut untuk melaporkannya ...inilah nasib rakyat Malaysia yang berada di dalam sebuah negara yang penuh dengan ugutan dan penipuan.

Yang Dipertua Majlis Perwakilan Mahasiswa UMP, Fazli Abdul Halim menulis dipetik dari Harakahdaily, bahawa krisis gangguan air yang semakin meruncing di Universiti Malaysia Pahang (UMP) Kampus Pekan sudah berlarutan masuk minggu kedua tidak menampakkan sebarang tanda-tanda yang krisis ini akan berakhir. Krisis ganguan air ini dikatakan berpunca daripada tekanan air yang rendah akibat daripada UMP Kampus Pekan yang mempunyai kapasiti pelajar sekitar 2000 orang terpaksa berkongsi sumber air yang sama daripada tangki yang berada di Kuala Pahang yang  turut sama disalurkan kepada masyarakat sekitar. Situasi ini cukup menyeksa dan menyukarkan urusan harian mahasiswa yang dalam masa yang sama ditambah dengan tekanan peperiksaan akhir semesta yang bakal berkunjung tiba. Krisis ini juga turut menjejaskan pihak pengusaha kafeteria yang secara langsung mengganggu pengoperasian dan urusniaga mereka dan menambah kesengsaraan mahasiswa dalam mendapatkan makanan.
Krisis air bukan isu baru
Permasalahan  ganguan air yang dialami oleh mahasiswa UMP bukanlah satu perkara yang baru. Perkara yang sama turut berlaku dua tiga tahun yang lepas oleh mahasiswa UMP yang berada di Kampus Gambang. Krisis air ini bukanlah satu perkara yang asing oleh masyarakat Pekan dan Pahang khususnya.Tindakan segera amat diperlukan terutamanya peranan yang dimainkan oleh Jabatan Bekalan Air Pahang sebagai salah satu agensi kerajaan negeri agar mengambil perhatian serius terhadap permasalahan yang dialami oleh kami selaku mahasiswa agar memudahkan urusan pembelajaran kami di medan universiti ini.
Mohon perhatian Perdana Menteri
Mahasiswa UMP Pekan memohon agar kebajikan kami yang merupakan sebahagian daripada komuniti di sini agar diberi perhatian dan tumpuan yang sewajarnya oleh Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak bertepatan dengan hasrat Perdana Menteri yang berazam untuk terus membangunkan Pekan, kawasan parlimennya, serta masyarakatnya dalam apa jua keadaan sepertimana yang beliau ucapkan  semasa Himpunan Anak-anak Pekan Bersama Perdana Menteri di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 19 Disember yang lepas.

Comments