Video DAP sokong PAS jadi Ketua Menteri Melaka

DAP Melaka berikrar menyokong Adun PAS menjadi Ketua Menteri Melaka jika Pakatan Rakyat menang di Melaka pada pilihanraya umum akan datang.

Sokongan terbuka ini membayangkan kepada kita bahawa PR adalah sebuah gabungan yang mantap, telus dan tidak mengamalkan dasar perkauman seperti BN.

Kalau sebelum ini Umno Melaka memfitnah PR dengan menyatakan bahawa jika PR menang di Melaka Ketua Menterinya adalah orang DAP berbangsa Cina. Ikuti ucapan yang disampaikan oleh Adun DAP Bachang, YB Lim Jak Wong yang secara terang-terang menyatakan sokongan terbuka kepada calon PAS untuk menjadi Ketua Menteri Melaka.

Comments

Taman Pengakaln jaya said…
inilah komen yang kita tungu-tunggu-, harap-harap pas COPY CERAMAH NI dan edarkan ke rumah orang melayu umno...
Anonymous said…
jgn haraplah, cina ni tak boleh percaya. dap tahu pas susah nak menang kat melaka ni. itu sbb dia berani ckp macam tu.

fikirle, kalau kerusi mrk lebih byk dlm dewan negeri takkan dia nak bg kat org melayu.

sedangkan nak kerusi satu drp dap kat tempat yg dijangkakan boleh menang pun tak dpt. nak sokong pas jadi ketua menteri. pirahhhh.

pas melaka ni kena berhati2 sikit ngan wayang dap ni. nak display atau tidak, terpulang le kat admin.
perkismelaka said…
Kat perak aritu Orang Pas jdi MB, OK je.
perkismelaka said…
Kat perak aritu Orang Pas jdi MB, OK je.