.

.

22 December 2011

JANGAN GUNA MEDIA UNTUK SELESAIKAN MASALAH, BINCANGLAH DALAM MESYUARAT


Hari ini Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali menggunakan media untuk menjawab isu yang dibangkitkan oleh AJK PAS Pusat, Hassan Ali.  Exco Kerajaan Negeri Selangor itu pula diberi ruang yang luas oleh media musuh iaitu TV1, TV3 dan Utusan untuk menyerang, menjawab dan menghentam PAS. 


Kedua-duanya telah terjerat dalam mainan politik musuh. 

Ahli dan simpatisan PAS tidak suka perkara ini berlaku. Sila bawa berbincang secara sihat dalam mesyuarat atau pertemuan khusus bagi menyelesaikan perkara ini. Kalau perlu panggil Mursyidul Am dan Presiden sekali untuk menasihat dan memberi cadangan kepada pihak-pihak terbabit.

Bagi kita  perkara ini boleh diselesaikan secara baik jika semua pihak ikhlas dan berakhlaq. Untuk Hassan Ali jika beliau sudah tidak setuju dengan pendirian, strategi, program PAS beliau boleh meletakkan jawatan dan mencari wasilah baru untuk masa depan perjuangan beliau. Mungkin beliau boleh menyertai perjuangan batil Umno atau perjuangan sempit dan penuh perkauman Perkasa.

Untuk Mustafa Ali sebagai seorang Setiausaha Agung beliau perlu professional dan sabar menangani karenah ahli. Parti kita ada prosedur dan undang-undang. Kepada mana-mana ahli yang tidak setuju dengan parti dan kepimpinan parti mereka boleh menyalurkan idea dan pandangan dalam mana-mana forum parti dan melalui saluran yang betul bukannya di media. 

Kalau mereka sudah tidak yakin dengan parti mereka boleh keluar secara terhormat. Jika mereka terus menyerang parti dan kepimpinan parti mereka perlu diberi nasihat. Kalau masih degil hadapkan kepada Jawatankuasa Tatatertib dan ambil tindakan. Jangan keruhkan suasana dengan membuat kenyataan dalam media menyerang dan menjawab apa yang dibangkitkan oleh satu sama lain.

Kita harap muali saat ini semua pihak tidak memberikan peluru kepada pihak musuh yang sentiasa mencari ruang dan peluang untuk menyerang kita.


Secara peribadi blog ini berpendapat Hassan Ali sudah tersasar dan perlu diberi nasihat dan dipanggil dengan serta merta ......................

2 comments:
Write comments
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter