JANGAN GUNA MEDIA UNTUK SELESAIKAN MASALAH, BINCANGLAH DALAM MESYUARAT


Hari ini Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali menggunakan media untuk menjawab isu yang dibangkitkan oleh AJK PAS Pusat, Hassan Ali.  Exco Kerajaan Negeri Selangor itu pula diberi ruang yang luas oleh media musuh iaitu TV1, TV3 dan Utusan untuk menyerang, menjawab dan menghentam PAS. 


Kedua-duanya telah terjerat dalam mainan politik musuh. 

Ahli dan simpatisan PAS tidak suka perkara ini berlaku. Sila bawa berbincang secara sihat dalam mesyuarat atau pertemuan khusus bagi menyelesaikan perkara ini. Kalau perlu panggil Mursyidul Am dan Presiden sekali untuk menasihat dan memberi cadangan kepada pihak-pihak terbabit.

Bagi kita  perkara ini boleh diselesaikan secara baik jika semua pihak ikhlas dan berakhlaq. Untuk Hassan Ali jika beliau sudah tidak setuju dengan pendirian, strategi, program PAS beliau boleh meletakkan jawatan dan mencari wasilah baru untuk masa depan perjuangan beliau. Mungkin beliau boleh menyertai perjuangan batil Umno atau perjuangan sempit dan penuh perkauman Perkasa.

Untuk Mustafa Ali sebagai seorang Setiausaha Agung beliau perlu professional dan sabar menangani karenah ahli. Parti kita ada prosedur dan undang-undang. Kepada mana-mana ahli yang tidak setuju dengan parti dan kepimpinan parti mereka boleh menyalurkan idea dan pandangan dalam mana-mana forum parti dan melalui saluran yang betul bukannya di media. 

Kalau mereka sudah tidak yakin dengan parti mereka boleh keluar secara terhormat. Jika mereka terus menyerang parti dan kepimpinan parti mereka perlu diberi nasihat. Kalau masih degil hadapkan kepada Jawatankuasa Tatatertib dan ambil tindakan. Jangan keruhkan suasana dengan membuat kenyataan dalam media menyerang dan menjawab apa yang dibangkitkan oleh satu sama lain.

Kita harap muali saat ini semua pihak tidak memberikan peluru kepada pihak musuh yang sentiasa mencari ruang dan peluang untuk menyerang kita.


Secara peribadi blog ini berpendapat Hassan Ali sudah tersasar dan perlu diberi nasihat dan dipanggil dengan serta merta ......................

Comments

nak bincang dlm mesyuarat mcm mana?mesyuarat pun tak pernah pi.
Anonymous said…
Asalamualaikum,
Dalam apa jua alasan dan pendekatan yang diambil oleh kedua-dua pemimpin ini,pada saya telah memperlihatkan sikap yang kurang matang dan cakap tak serupa bikin!

Soal pokok disini bukanlah berkisar kepada Hasan Ali atau Nasharuddin Mat Isa masuk UMNO atau yang seangkatan denganya. ISU pokok adalah mereka berdua ini telah membukakan KOTA yang telah sekian lama dipertahankan dari dimasukki musuh atau mungkin sekali telah mendedahkan rahsia KELEMAHAN parti yang didokongnya kepada musuh. Cabaran dan kenyataan yang dikeluarkan oleh Hasan Ali jelas sekali telah menampakkan sikap "KURANG ASAM" seorang pengikut kepada sebuah parti atau organisasi berdaftar seperti PAS. " Saya hanya taat kepada ALLAH hatta tidak sesekali kepada Presiden Parti", apa ni? Inikah sikap seorang politikus yang telah pun punya kedudukan dan telah diangkat agar diktiraf sebagai wakil PAS sebagai EXCO?

Dunia tetap dunia. Di dunia ini jalan penghidupan amat berliku dengan berbagai cabaran semasa samada dari yang berfizikal atau yang dibenarkan ALLAH bersama manusia iaitu SYAITAN! Kebesaran ALLAH telah membekalkan akal kepada setiap tubuh manusia untuk digunapakai sebaik mungkin. Setiap insan yang berilmu dan mengucap dua kalimah ALLAH pasti beriktikad yang sama dengan Hasan ALI, pertahan dan perkembangkan ISLAM. Beritorik dengan bahasa yang indah seolah dialah saja yang HERO adalah pendekatan yang amat "BANGANG". Tidak berilmukah seorang insan yang batang tubuhnya bergelar Hasan Ali dalam kontek politik Malaysia? Perlukah Hasan Ali persoalkan dasar parti ikutannya setelah isu beliau tidak dicalonkan ditimbulkan oleh Saari Sungip? Dimana dakwah yang diwawarkan oleh Hasan Ali? Bermusuhkah beliau dengan Saari Sungip? Kenapa tidak berdepan dan berbicara secara orang yang matang dengan Saari Sungip sendiri?

Bertutur dengan tiada penghormatan kepada Presiden parti sendiri sewajarnya Hasan Ali perlu diberi ruang kepada untuk beliau "SEDARKAN DIRINYA". Biarlah Hasan Ali pergi, PAS tetap PAS? Siapalah sangat Hasan Ali terkini jika beginilah tindakanya? Kalau pun Hasan Ali tidak berniat untuk tinggalkan PAS, Hasan Ali perlu dihukum kerana "MULUTNYA!". Sedikit sebanyak Hasan Ali telah membekalkan bahan kepada BN untuk dijadikan bahan balasan dalam apa jua isu yang dibawa oleh PR dalam PRU13 nanti."Saya tidak kisah kalau saya tidak dicalonkan pada PRU13 nanti kerana saya tetap meneruskan dakwah ke jalan Allah", itu adalah antara intipati kenyataan beliau yang saya faham. Kalau dah gitu, eloknya diam ajelah, yang berperangai macam org gila talak apahal? Ke TV, panggil wartawan,membebel kesana sini untuk apa? Beginikah sikap seorang yang cintakan kepada PAS. "PAS sekarang telah pun dimonopoli oleh para profesional dan tidak lagi golongan ULAMAK" ungkapan Hasan Ali yang saya faham, disini, Hasan Ali bersama PAS berlatarbelakangkan apa? Sebagai Profesional atau Ulamak? Layakkah Hasan Ali sebagai Ulamak atau Hasan Ali dikurniakan Allah dengan kelebihan bercakap dan bersandarkan ilmunya serta kelulusannya diatas kertas?

Adalah lebih baik diam dari bercakap atau bertutur yang menampakkan kelemahan dan kebodohan kita? Jika Hasan Ali adalah seorang wakil rakyat yang disegani oleh pengundi dan sekelian pengikut PAS di DUN Gombak, agaknya timbulkah isu soal tidak dicalonkan? Parti politik mana tidak ingin punya calon yang berpontensi besar untuk menang? Berilah seribu alasan kepada orang lain yang kita adalah terbaik dalam segala segi tetapi mampukah Hasan Ali menipu kenyataan hati nurani jiwanya sendiri? Jangan persetankan pendapat hatimu yang jujur dengan membesarkan ruang kepada NAFSU keinginan!

Hasan Ali harus/wajib berundur dari arena politik PAS atas dosanya pada parti. Jika ini bukan kemahuannya, PAS sepatutnya tidak payahlah kesal kehilangan seorang ahli parti yang begini sikapnya. Membiarkan Hasan Ali dengan egonya maka makin memberi ruang untuk BN menipulasikannya sebagai isu untuk PR13