Calon BN : Saifuddin Abdullah DIGUGURKAN?

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi dilihat agak terbuka jika dibandingkan dengan pemimpin Umno lain. Beliau berani hadir pada forum dan debat anjuran sesiapa sahaja. Berjumpa mahasiswa pun beliau berani, tidak seperti pemimpin Umno lain yang kecut perut untuk bertemu rakyat dan mahasiswa.

Pandangan dan idea beliau juga dilihat sedikit berbeza dari pemimpin Umno lain. Apa motif beliau berbuat demikian tidak kita ketahui.

Ahli Parlimen Temerloh ini mungkin melihat bahawa pentingnya politik Malaysia diwarnai dengan pemimpin yang berani, kritis, terbuka dan berjiwa rakyat. Keberanian dan kesanggupan bersemuka dengan sesiapa sahaja harus diteladani oleh semua pemimpin politik. Jangan kita jumud dan dayus tidak berani bertemu rakyat dalam apa juga isu. 

Politik Malaysia harus diperbaharui dengan stail baru yang telus, professional, berani dan jujur. Kita tidak mahu pemimpin yang sentiasa memandang negatif terhadap apa juga pandangan rakyat khasnya dari rakyat yang tidak sehaluan dengan mereka.

Tindakan Saifuddin yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno ini sebenarnya tidak disenangi oleh sebahagian besar pemimpin Umno. Mungkinkah Saifuddin yang digugurkan dari senarai calon BN pada PRU 13 sebagaimana bekas-bekas YB di Pahang yang hanya bertanding sekali sahaja seperti Abdul Fatah Abdullah, Suhaimi Ibrahim, Jamal Nasir, Azizan Yaakob, Abdul Halim Mansor dan lain-lain.

Comments