Seluruh jentera PAS pelbagai peringkat mesti bangkit menangkis propaganda Umno/BN khususnya kepada pengundi Melayu. Umno/BN sejak selepas Pilihanraya Umum 2008 menggunakan 6 propaganda utama untuk menjauhkan rakyat dari menyokong Pakatan Rakyat.
6 propaganda tersebut ialah :-
6 propaganda tersebut ialah :-
- Kedudukan Raja-Raja Melayu tergugat
- Hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera hilang
- Islam terancam dan tergugat
- Bahasa Melayu tergugat
- Umno sebagai Pelindung Melayu terhakis
- Jangan perjudi masa depan, BN terbukti membela Melayu/Islam, PR belum tentu
Keenam-enam propoganda ini sedang digiat digunakan Umno untuk mempengaruhi orang Melayu melalui media massa seperti Utusan, Berita Harian, TV 1,2, 3 dan lain-lain. Umno/BN juga menggunakan jentera licik mereka membisikkan kepada pengundi Melayu tentang bahaya mengundi PR dengan menggunakan keenam-enam propaganda tersebut.
Jentera PR khususnya penerangan mesti bangkit dengan segala bentuk bagi menangkis serangan tersebut. Bahan-bahan penerangan seperti hand out(risalah), buletin, blog, web, facebook, Clip video, ceramah dan sebagainya bagi meyakinkan rakyat bahawa 6 isu di atas hanyalah propaganda Umno. Hujah dan fakta bagi menangkisnya mesti disediakan secara sistematik dan disebarluaskan secepat mungkin sebelum minda rakyat terpahat kemas dengan penipuan Umno/BN di atas.
Comments