PAS akan dedahkan KERJA JAHAT UMNO Melaka/Bukit Katil

PAS akan mendedahkan segala kejahatan Umno Melaka/Bukit Katil yang mendaftar ratusan malah ribuan pelajar UTEM, MMU dan UiTM untuk menjadi pengundi di Parlimen Bukit Katil. Sumber dalaman Umno sendiri menyatakan bahawa pelajar-pelajar ini diarahkan menukar alamat mereka ke Parlimen Bukit Katil dengan mendapat imbuhan sebanyak RM300. Setelah alamat mereka ditukar ke dalam Parlimen Bukit Katil mereka didaftarkan sebagai pengundi dalam Parlimen Bukit Katil.

"Kita akan bongkar segala penyelewengan dan kejahatan Umno Bukit Katil pimpinan Ali Rustam" ujar seorang pimpinan Pemuda PAS Negeri dan Kawasan Bukit Katil.

"Kami sudah mendapat beberapa maklumat sahih termasuk gambar dan klip video, dan usaha mengumpulkan maklumat tersebut sedang giat dijalankan dan kami akan dedahkan semua perkara satu per satu" tambah beliau.

Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam sememangnya gentar dan bimbang untuk berhadapan dengan PR di Parlimen Bukit Katil kerana BN hanya tewas tipis dengan dari 2000 undi pada Pilihanraya Umum ke 12. Selain beliau juga berasa tergugat dengan perkembangan terbaru pengundi-pengundi Dunnya sendiri iaitu Bukit Baru yang dilihat semakin cenderung menyokong PAS dan PR.

Tidak mustahil Umno akan menggiatkan kerja jahat ini sebelum 1 Januari ini bagi membolehkan semua pengundi yang didaftarkan sebelum 31 Disember 2011 mengundi pada PRU 13.

Comments