Seorang demi seorang pemimpin Umno disabitkan dengan kesalahan rasuah. Kalau sebelum ini Ketua Menteri Melaka dan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan disabitkan dengan rasuah (semasa pemilihan Umno) kini seorang lagi bekas Menteri Besar iaitu Khir Toyo disabitkan dengan kesalahan rasuah.
Kita yakin jika SPRM, Polis dan Peguam Negara benar-benar telus dan professional sudah tentu berbondong-bondong pemimpin Umno/BN mengikut jejak ketiga-tiga mereka ini. Tapi apakan daya ini Malaysia. Hanya kambing dan lembu hitam sahaja yang kena. Kambing dan lembu warna lain tidak kena kerana ada imuniti.
Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini mendapati bekas menteri besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo bersalah atas tuduhan rasuah.
Mahkamah menjatuhkan hukuman 12 bulan penjara berkuatkuasa hari ini, serta memerintahkan harta terbabit dilucuthak kepada kerajaan Malaysia.
Hukuman penjara itu dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan berkuat kuasa mulai hari.
Perintah melucuthak harta tersebut pula dibuat mengikut Seksyen 36(1) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 1997.
Rakyat seharusnya membuka mata seluas-luasnya dengan perkembangan ini. Cuba bandingkan dengan Menteri-menteri Besar, Ketua Menteri dan Exco-exco negeri-negeri Pakatan Rakyat, tidak ada seorang pun disabitkan dengan kes rasuah. Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang memerintah Kelantan selama 21 tahun pun bersih sebersih-bersihnya walaupun pelbagai cubaan pihak tertentu mahu mengenakan beliau.
Rakyat mesti menyokong PR kerana terbukti pemimpin-pemimpin PR bersih, suci dan menyucikan.
Comments