PR Menang : Ketua Menteri adalah ADUN PAS

Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka (Adun) Kawasan Bachang, YB Lim Jak Wong berkata sekiranya PR menang di Melaka DAP akan menyokong Adun PAS untuk dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka.

Lim berkata demikian pada program ceramah anjuran PAS Kawasan Bukit Katil di Taman Tun Rahah, Bukit Katil malam tadi.

"Saya berani menyatakan bahawa kalau PR menang di Melaka, DAP akan sokong Adun PAS jadi Ketua Menteri Melaka" ujar Lim dengan bersemangat.

Kenyataan berani Lim ini memberikan tamparan hebat kepada Umno/BN yang sering memainkan isu bahawa jika PR menang di Melaka, Wakil Rakyat dari DAP akan menjadi Ketua Menteri.

Turut berceramah malam tadi ialah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman, Timbalan Ketua AMK Pusat, Khairul Anuar Zainuddin, Ketua Cabang Bukit Katil, Yusof Abdullah.

Comments

Anonymous said…
yakin ke bly menang?
banyak penipuan berlaku?
saya tgk gerak kerja hanya kepada penyokong sahaja. mereka yang atas pagar, mereka yang xambik tau tidak diberi perhatian pn. dan pasal masal pindah tempat daftar pemilih memg berlaku untuk student uitm dan utem. saya student utem.
http://kijang59.blogspot.com/2011/12/siri-3-melaka-panas-utem-kampus.html
Anonymous said…
Salam saudara Sofi.
Memang benar berlaku pertukaran alamat mengundi bagi student utem. meraka dibagi wang rm300 untuk menukar alamat mengundi di melaka. Sumber dalaman Malis Perwakilan Pelajar(MPP) yang mendedahkan maklumat ini. Harap pihak pas melaka dapat ambik perhatian dalam hal ini.
Anonymous said…
Salam saudara.
Maklumat dalaman MPP UTeM mengesahkan yang SPR akan berada di Pusat Persatuan Pelajar(PPP) utem pada jam 9.00pagi hingga jam 12tengahhari. PPP terletak di kampus induk Durian Tunggal- tarikh pada hari ini 30 Disember 2011.
Anonymous said…
gerak kerja banyak yg syok sendiri, yg banyak timbulkan isu hanya dap, pas dgn pkr hanya dok termenung. melaka dgn negeri sembilan sama je
Anonymous said…
Salam saudara.
Maklumat dalaman MPP UTeM mengesahkan yang SPR akan berada di Pusat Persatuan Pelajar(PPP) utem pada jam 9.00pagi hingga jam 12tengahhari. PPP terletak di kampus induk Durian Tunggal- tarikh pada hari ini 30 Disember 2011.
Anonymous said…
Bag us lerrr...ha ha ha,