.

.

25 December 2011

PEROMPAK BERHATI MULIA

Ada juga perompak yang kasihan kepada mangsanya. Jarang sekali kita bertemu dengan perompak semacam ini. Tetapi inilah hakikatnya yang berlaku kepada sebuah keluarga di Ajil, Hulu Terengganu. Mungkin perompak ini bukan perompak sebenar hanya sekadar mengikut kawan-kawan agaknya.

Sukar juga kita hendak mencari perompak semacam ini. Semoga beliau insaf dan bertaubat kepada Allah.

Ceritanya begini :-

 “Melihat keadaan saya yang semput dan dahaga ketika diikat, seorang daripada empat perompak yang memecah masuk rumah kami semalam (kelmarin), ke dapur mengambil air untuk saya. Malah, dia juga mengurut kaki dan dada manakala ikatan tangan dan kaki saya dilonggarkan,” kata Alias Ibrahim, 52, menceritakan mengenai perompak yang baik hati itu.
Alias yang ditemui semalam berkata, melihat dia dalam kesakitan, seorang lagi perompak mengarahkan rakannya meletakkan bantal agar dia selesa walaupun ketika itu mereka sedang merompak rumahnya.


“Dalam kesibukan perompak itu memberi bantuan kepada saya, seorang perompak membuka kain penutup mukanya untuk menggigit parang bagi memudahkannya membantu saya,” katanya sempat melihat muka penjenayah itu.

Pemilik rumah yang juga peniaga buah kelapa sawit, Mohamed Saat, 59, dari Kampung Tok Randok di sini berkata, dia menyedari kejadian itu apabila isterinya Tuan Sharifah Tuan Sulong, 59, meninggikan suara apabila perompak mengacukan sebatang kayu ke dadanya.

Sumber : Hmetrok.

No comments:
Write comments
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter