Menteri Besar BN Perak, Zambry Abdul Kadir mengesahkan MIC akan menyerahkan kerusi dewan undangan negeri Pasir Panjang kepada Umno dalam satu proses pertukaran kerusi.
"Ini sudah dipersetujui MIC," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, di Ipoh hari ini.
Zambry bagaimanapun enggan mendedahkan kerusi yang akan diserahkan Umno kepada MIC sebagai ganti.
Sebenarnya rakyat mahu melihat Zambry menentang Nizar di Pasir Panjang bagi membuktikan siapa yang berpengaruh antara Menteri Besar yang sah dan yang tidak sah.
Lagipun Dun Pasir Panjang terletak dalam Parlimen Lumut yang mana Zambry adalah Ketua Umno Bahagian itu. Takkanlah Zambry takut untuk menentang Nizar di kawasannya sendiri.
Jika Zambry takut menentang Nizar di Lumut maka terbuktilah bahawa pengaruhnya di kawasan sendiri dalam lemah dan boleh ditertawakan. Mungkin Zambry takut untuk meninggalkan Dun Pangkor yang sudah tentu akan dimenanginya kerana bilangan pengundi tentera yang begitu ramai.
Ramai berpendapat Zambry tidak berani menentang Nizar kerana dia tahu pengaruhnya tidak sekuat mana. Malah kemenangan besar Nizar dengan majoriti 4,474 di Dun Pasir Panjang pada PRU 2004 sudah tentu menggerunkan Zambry.

Comments