31 December 2013

TERKINK DTRN MERDEKA : PIMPINAN MULA BERUCAP

Kelihatan Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat sekali lagi menyampaikan ucapan kepada peserta yang berkumpul berhampiran Dataran Merdeka.
Ratusan anggota polis serta FRU dilihat berkawal di jalan masuk ke Dataran.
Dataran Merdeka- Beberapa pemimpin parti politik serta aktivis mula berucap di lokasi berdekatan dataran. Turut berucap Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia Badrul Hisham Shaharin.
Laungan "Turun Harga Barang,Turun Harga Minyak, Turun Harga Gula" bergema.
Dataran Merdeka- Peserta himpunan dilihat semakin ramai. Mereka memenuhi sepanjang jalan sehingga ke Masjid Jamek..
Di pentas utama dataran, sedang berlangsungnya konsert nyanyian anjuran DBKL. Suasana sorakan penonton bagaimanapun meneggelamkan bunyi nyanyian.

TERKINI DATARAN MRRDEKA :

Dataran Merdeka - Sekumpulan peserta yang berkumpul di tengah-tengah jalan menyanyi "Turunkan harga barang, berhenti tekan rakyat" sambil bertepuk tangan.

Mereka kini mula duduk di tengah-tengah jalan persimpangan Jalan Tun Perak dan Raja Laut.

Jumlah peserta sekurang-kurangnya mencecah 2,000 orang.

 Dataran Merdeka – Polis membuat barisan hadangan kedua. Peserta dibenarkan melepasi hadangan pertama tetapi ditahan di hadangan kedua.

Hanya yang meraikan sambutan tahun batu dibenarkan melaluinya.

“Di dalam ini siapa yang mahu menyambut tahun baru, jika kamu mahu protes di sebelah sana,” kata OCPD Dang Wangi.

10pm, Jalan Raja Laut – Lebih 3,000 peserta kini berarak ke arah menara DBKL di Jalan Raja Laut dengan pelbagai laungan menuntut penurunan kos sara hidup.

Jalan ditutup berikutan ramainya peserta yang memenuhi keseluruhan jalan. Peserta himpunan terdiri daripada pelbagai bangsa.

9.52pm SOGO - Peserta mula bergerak ke arah jalan Raja Laut.
Kompleks beli belah SOGO telah pun ditutup dan kehadiran demonstran melebihi 1,000 orang.

Peserta yang kebanyakannya terdiri dari anak muda dan mahasiswa mula beratur untuk bersedia berarak.

Keadaan yang bingit menyebabkan ucapan dari pimpinan demo tidak lagi didengari.

Suasana kini bercampur baur dengan sorakan slogan, ucapan, perbualan dan hon kenderaan yang lalu lalang di persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Dang Wangi.

Beberapa kenderaan nampak resah dengan keadaan tersebut dan polis trafik sudah pun meninggalkan persimpangan lampu isyarat di hadapan kompleks.

Peserta turut menyanyi lagu negaraku sebelum mula berarak.

TERKINI : GULING KERAJAAN KENA PEROLOK2

Peserta himpunan sekarang memperolokkan dakwaan kerajaan bahawa mereka mahu “menggulingkan” kerajaan.

Dua orang kelihatan berbaring di jalan dan beberapa yang lain menjerit: “Tepi sikit! Kami nak guling ke Dataran Merdeka”.

Aksi itu cuma diperhatikan orang anggota
 polis di kawasan itu.

TERKINI : GULING KERAJAAN KENA PEROLOK2

Peserta himpunan sekarang memperolokkan dakwaan kerajaan bahawa mereka mahu “menggulingkan” kerajaan.

Dua orang kelihatan berbaring di jalan dan beberapa yang lain menjerit: “Tepi sikit! Kami nak guling ke Dataran Merdeka”.

Aksi itu cuma diperhatikan orang anggota
 polis di kawasan itu.

TERKINI DATARAN MERDEKA

9.30pm

SOGO 
- Lebih 1,000 sudah berkumpul di hadapan kompleks membeli belah SOGO sekarang dengan nyanyian penaik semangat dan sorakan "Turunkan harga barang" dan Hidup Rakyat" masih kedengaran.

Peserta turut mula turun ke Jalan Tuanku Abdul Rahman dan meminta agar kereta membunyikan hon sebagai tanda sokongan. Sebilangan kecil peserta juga mula berarak ke arah Dataran Merdeka.

Mereka dipercayai sedang menunggu pimpinan dari NGO Turun untuk berarak ke arah Dataran Merdeka dan Menara DBKL.
Beberapa peserta turut mengambil kesempatan mengisi perut di gerai yong tau fu dan makanan ringan oleh peniaga di tepi jalan.
Keadaan agak tenang tetapi bingit dan sesak. Masih tiada polis berhampiran.

Dataran Merdeka - Peserta dari Masjid Jamek yang bergerak ke Dataran Merdeka dari Dataran DBKL dibenarkan melepasi lapisan pertama hadangan yang dikawal DBKL.

Bagaimana pun, mereka dihalang oleh satu lagi lapisan yang dikawal polis di depan Panggung Bandaraya.

Pasar Seni - Penyelaras Suaram Syukri Razab kelihatan sedang meninjau di Dataran Merdeka sama ada terdapat tangkapan dibuat oleh pihak polis.

Beliau memberitahu, barisan peguam disediakan jika terdapat sebarang masalah.

LINTAS LANGSUNG DARI DATARAN MERDEKA

Kumpulan dari Masjid Jamek mula bergerak ke Dataran Merdeka sambil melaungkan 'Reformasi', "Hidup Rakyat" dan "Bangkit Rakyat".

Sewaktu melintasi Dataran Merdeka, polis dan petugas DBKL kelihatan sudah bersedia di sebalik hadangan masuk ke Dataran Merdeka

Perhimpunan yang dipimpin Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) akan menyaksikan tiga tempat berkumpul, iaitu pusat membeli belah SOGO di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Pasar Seni dan Masjid Jamek.

Mereka merancang berarak ke Dataran DBKL dan seterusnya ke Dataran Merdeka, tempat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menganjurkan konsert tahun baru.

RAKYAT TERUS DITIPU

Menjelang PRU 13 banyak papatanda projek dinaikkan oleh BN. Kini semuanya terbukti ianya hanya gula-gula BN. Tembelangnya pecah apabila sampai sekarang projek-projek tersebut tidak dimulakan walaupun ia sepatutnya sudah siap.

Ada 2 projek di Sg Putat dan Taman Ara Permai yang hanya tinggal papantanda sahaja. Pertama projek Sekolah Agama di Sungai Putat dan Dewan Serbaguna di Taman Ara

PEMUDA PR MELAKA LANCAR SKUAD ANTI BARANG NAIK

Telok Mas : Pemuda Pakatan Rakyat (PR) dan NGO Negeri Melaka melancarkan skuad anti kenaikan harga barang di bawah NGO Gerakan Anak Muda Melaka yang digagaskan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka (DPPNM), Angkatan Muda Keadilan Melaka dan Pemuda DAP DAPSY Melaka.

Majlis pelancarannya disempurnakan oleh Ketua DPPNM, Jauhar Md Dawi pada program ceramah hentikan kezaliman rakyat anjuran Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka dan PAS Kawasan Kota Melaka di sini malam tadi.5

Dalam ucapannya Jauhar menyelar sikap kerajaan yang menaikkan harga minyak, tarif elektrik dan harga gula yang menyebabkan kenaikan harga barang dan caj perkhidmatan.

"Kerajaan sepatutnya berusaha sedaya upaya untuk meringankan beban rakyat bukannya menambahkan lagi penderitaan kita semua"

"Bila duit negara semakin menipis kerana ketirisan, rasuah, boros dan penyelewengan mereka berusaha untuk mencari duit dengan mengurangkan subsidi yang menyebabkan harga minyak dan barangan serta caj perkhidmatan naik" ujar beliau.

Jauhar berkata skuad anti kenaikan harga barang ini akan menjalankan kempen menjelaskan tentang kezaliman kerajaan yang menyebabkan harga barang dan caj perkhidmatan meningkat.

"Kita akan mengadakan road show bermula di Pasar Besar Melaka Sentral pada 4 Jan 2014 " tambah Jauhar yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil.

Selain Jauhar turut berceramah pada program tersebut ialah Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Melaka, Kamaruddin Sidek, Pengerusi DAP Melaka, Goh Leng San dan Pengerusi PKR Negeri Shamsul Iskandar Md Akin.

21 December 2013

TAK HABIS-HABIS DENGAN MAKMAL

Sikit-sikit makmal, makmal, makmal. Berapa banyak makmal daa. Ini bukan masa untuk buat kajian, ini masa untuk membantu dan mengeluarkan rakyat dari kesusahan. Tarak akai orang ..........

Berapa banyak pun makmal yang dibuka dan ditubuhkan jika perangai pemimpin BN yang suka boros, menyalahguna kuasa dan sebagainya tidak diubah 1000 makmal akan tinggal makmal.

Laporan Ketua Audit Negara saban tahun membongkar segala kelemahan dan kedurjanaan mereka namun ianya tidak langsung mengubah perangai dan sikap mereka.

Rakyat pula terus dibuai dengan janji-janji manis dan gula-gula yang diberi tanpa memikirkan kesusahan jangka panjang. Amaran yang diberi semasa PRU13 menjadi kenyataan.......

LAGI KENYATAAN BODOHKAN RAKYAT

Tak habis-habis mereka cuba membodohkan rakyat dengan kenyataan yang melucukan. 

Semalam Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Suruhanjaya Tenaga Malaysia sekali lagi memberi jaminan majoriti pengguna biasa tidak akan terjejas dengan kenaikan tarif elektrik bermula Januari tahun depan.

Pengurus Besar Kanan (Perkhidmatan Pelanggan) Bahagian Pengedaran Ir Kamaliah Abdul Kadir berkata rekod TNB menunjukkan 4.6 juta atau 70 peratus akaun pengguna akan tetap membayar harga lebih kurang sama dalam bil bulanan mereka.

Apakah beliau cuba memujuk rakyat dengan kenyataan ini sedangkan rakyat tahu bahawa bukan sahaja tarif ini yang akan naik malah lebih parah harga barangan yang akan melambung tinggi tanpa dapat dikawal atas alasan kos pengeluaran meningkat kerana tarif elektrik naik.

Janganlah kamu ingin menjadi barua pemimpin yang memang sengaja ingin membebankan rakyat pemerintahan mereka yang penuh dengan rasuah, penyelewengan dan kelemahan serta pembaziran yang menyebabkan kantung negara semakin menipis. Bila keadaan ini terjadi mereka menghala segala kesusahan ini untuk ditanggung oleh rakyat atas dasarnya kononnya untuk masa depan negara dan rakyat.



19 December 2013

KENYATAAN INI CERDIK ATAU BANGANG?


Cuba anda kaji kenyataan di bawah ini cerdik atau bangang. Atau ianya hanya untuk mengelirukan rakyat.

Langkah kerajaan menaikkan pelbagai kadar, sekali gus mengurangkan subsidi, mungkin tidak popular, tetapi ia baik untuk ekonomi dan "baik untuk rakyat", kata jurucakap kerajaan.

"Untuk mempertahankan ekonomi kukuh Malaysia, kita perlu menjadikan perbelanjaan kita terkawal. Ini bermaksud menaikkan beberapa kadar dan memotong beberapa subsidi...

"Sesetengah langkahnya mungkin tidak popular tetapi dalam tempoh sederhana ia baik untuk untuk ekonomi dan juga baik untuk rakyat," kata jurucakap kerajaan dalam kenyataan hari ini.

Langkah itu juga perlu bagi mengekalkan kedatangan pelabur dan membantu Malaysia pertumbuhan kukuh dalam bidang pekerjaan dan pendapatan sejak empat tahun lepas.

Penggal kedua pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyaksikan kenaikan petrol dua kali tahun ini, diikuti dengan harga gula. 

Tarif elektrik, kadar kos pengangkutan awam dan tol di 15 lebuh raya pula dilaporkan meningkat tahun depan.

Cukai barangan dan perkhidmatan pula akan diperkenalkan pada 2015.
NONE

RESULT PMR : NAK JADI MENTERI TAK PERLU PAKAI OTAK


Nafas Razak tersekat2.. Lututnya mengigil2.. Result PMR digenggam kemas.. 4C.. 3D.. 1E.. Terus terbayang wajah bapaknya yg garang bak Lion King.. Memang sah dapat penampar.. Razak mengeluh, menyesal dgn sikapnya yg malas belajar.. Masa exam, semua dijawab mengkhinzir buta..


Sampai di rumah, bapaknya menunggu di muka pintu.. Razak meneruskan langkah longlai dan bersiap sedia menerima tamparan bapaknya..

Bapak: Hah Jak.. macamana dgn PMR kau?..
Razak: Err... 4C.. 3....
Bapak: 4C? habis tu A takde langsung?
Razak: Takde Pak...

Razak memejam mata sambil menunggu tamparan Lion King.. Tiba2 bapaknya menepuk2 bahu Razak..

Bapak: Alhamdullilah.. Syabas Jak.. Syabas...
Razak: Hah? Bapak perli Jak ke?
Bapak: Tak Jak. Bapak tak perli Jak.. Jak mempunyai masa depan yang cerah Jak..

Razak semakin pening.. Bapaknya sekarang bukan bapaknya yang dulu.. Dulu ditendang sekarang Jak disayang.. Aisshh.. Bapakku terminum air ketum ke ni? Fikir Razak..

Razak: Kenapa bapak cakap macam tu?
Bapak: Kau berpotensi jadi MENTERI Jak..
Razak: Maksud bapak..
Bapak: Yelah.. kan MENTERI2 semua jawab tak "pakai otak" samala macam kau Jak...
Razak: Errrrrrr..""

~ fb MaT tAiKO

LETAK GAMBAR TOK GURU NIK AZIZ SATU KESALAHAN ......BARU KU TAHU

Baru ku tahu letak gambar Tok Guru Nik Abdul Aziz pada cermin kereta merupakan suatu kesalahan. Mana punya undang-undang ini???

Kalau letak gambar Kak RM dan Pok Jib macamana pula?

Dunia sudah menjadi caca marba ....pelekat kereta pun orang sudah takut.

~ FB Tok Guru Nik Abdul Aziz 

MENTERI TERHEBAT DI DUNIA .....TIADA YANG BOLEH CHALLENGE!!!


JAWATAN KOSONG .......CEPAT HANTAR RESUME

Jabatan Facebook Negara....
Jabatan WhatsApp Negara....
Jabatan WeChat Negara........
Jabatan Google Negara....
Jabatan Blogger Negara. ...

.....banyaklah jawatan kosong untuk diisi...


"Jabatan Facebook Negara"

Senarai-senarai Harga pengguna Facebook Selepas ini : 

1.Update Status - RM2.00 
2.Upload Gambar - RM1.49 
3.Share Status - RM0.65 
4.Share Gambar - RM1.00 
5.Iklan-Iklan - RM4.00 
6.Jualan Online - RM5.00 
7.Buat Page - RM8.90 
8.Buat Group - RM6.00 
9.Copy and Paste - RM3.99 
10.Daftar Akaun - RM19.99 

betul ke bohong????? kalau betui .......


~ FB Nalsor Laniaz dan Blog PKRL

JENAYAH : AMALKAN HUKUM ISLAM, CEGAH KEMUNGKARAN DAN BANYAKKAN PROGRAM AGAMA

Isunya bukan setakat bilangan anggota Polis yang tidak cukup tetapi isunya kegagalan kerajaan untuk mendidik rakyat menjadi manusia yang beriman, berakhlaq dan bermoral.

Ada banyak cara untuk mendidik ...antaranya melalui sistem pendidikan formal, sistem pendidikan agama yang formal dan tidak formal seperti membanyakkan kuliah, tazkirah dan program agama di surau, masjid dan sebagainya. Paling besar ialah cara mendidik rakyat melalui hukum Islam - hudud, qisas, takzir dll yang jelas dinyatakan oleh Allah menjadi pencegah kepada kemungkaran.

Malangnya sehingga ke hari ini kerajaan gagal menguatkuasakan hukum2 Allah ini. Lebih teruk lagi mereka tidak menggalakkan kuliah2 agama malah ada yang dihalang atas pelbagai alasan.

Jadi PAS Kawasan Bukit Katil mencadangkan perkara-perkara di bawah :

1) Beransur-ansur menguatkuasakan hukum-hukum Allah seperti hudud, qisas, takzir dan lain-lain. Jika ada negeri-negeri yang ingin menguatkuasakannya beri sokongan dan galakan.

2) Perbanyakkan program-program agama di sekolah, masjid, surau 

3) Anjurkan program agama yang dapat menarik anak-anak muda kepada agama dengan menjalankan aktiviti yang kreatif sesuai dengan jiwa kepemudaan.

4) Hentikan segala program maksiat dan mungkar

5) Fokuskan tugas-tugas Polis untuk membenteras jenayah bukannya terlibat dengan pemantauan program-program parti politik dan sebagainya. 

6) Tingkatkan lagi skill dan kemahiran anggota Polis dengan memberikan latihan khusus untuk membenteras jenayah.

RAKYAT TAGIH JANJI : KAU LUPA JANJI .....MANA JANJI MANISMU ....

Manis perginya JANJI MANISMU .....rakyat sentiasa menuntutnya. Di saat sedang sengsara dengan kenaikan harga barang, harga minyak, harga gula. Kau tambah lagi kesengsaraan kami dengan kenaikan tarif elektrik dan tol. 

Kau bukan tak tahu dengan kenaikan tarif elektrik dan tol sudah tentu harga barang akan bertambah naik kerana kos pengangkutan naik. Maka pengeluar barangan dan penyedia perkhidmatan terpaksa menaikkan harga barang.

Sudah pasti rakyatlah yang akan menerima padahnya .................

18 December 2013

SIAPA PENIPU .........MASIHKAH KAU INGAT ........NILAIKAN SENDIRI


JOM BAYAR TOL .......BANTU KERAJAAN BN YEEEEE


KEDAI SYIAH ...TAK LAMA LAGI KENA SERBU


17 December 2013

PAS MELAKA BENTUK JAWATANKUASA PENUH SESSI 2013/2015

PAS Melaka selesai melantik Ahli Jawatankuasa sessi 2013/2015 pada mesyuarat Badan Perhubungan PAS Melaka di Pejabat Perhubungan PAS Melaka malam tadi.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari dengan persetujuan sebulat suara semua Ahli Badan Perhubungan PAS Melaka.

Yang Diperua PAS Jasin, Ustaz Kamaruddin Sidek dikekalkan sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1.
Manakala Ustaz Ashraf Mukhlis Minghat dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya 2. Manakala Timbalan Pesuruhjaya 3 sessi lalu, Mohd Sofi Abdul Wahab dipilih semula untuk sessi ini.

Bekas Ketua Dewan Pemuda Negeri sessi lalu, Yuhaizad Abdullah dilantik sebagai Setiausaha Perhubungan yang baru. Ketua Penerangan yang baru diamanahkan kepada Baihaki Ismail. Manakala Hawa Yaakob dilantik sebagai Bendahari.

Yang Dipertua PAS Kota Melaka, Harun Mohamad dilantik sebagai Pengarah Jentera Pilihanraya Negeri menggantikan Bahiki Ismail.

Penolong Setiausaha di amanahkan kepada Muhamat Puhat Bedol dan Ustaz Nordin Md Dahan.

Ajk tambahan pula ialah Dr Khalid Kassim, Zulkhairi Abd Aziz, Mohd Hamidi Zakaria, Julasapiyah Kassim dan Dr Khatijah Jumangat.


ANAK MELAYU DILANTIK SEBAGAI MENTERI PERTAHANAN SINGAPURA

Pecah rekod anak Melayu dilantik sebagai Menteri Negara Pertahanan. Ikuti temubual ini di sini.


TNB BUAT UNTUNG, RAJA MENDERITA ...

TNB akan menaikkan tarif elektri dengan kelulusan Kerajaan BN. TNB untung besar tetapi rakyat menderita. TNB bukannya rugi tetapi mereka tetap untung besar walaupun tarif elektrik dikekalkan pada kadar sekarang. Jadi kenapa tarif elektrik dinaikkan.

Tidak kasihankan kerajaan kepada rakyat. Selepas kenaikan tarif nanti, sudah pasti harga barangan melambung naik. Tergamakkan kerajaan dan TNB menyiksa rakyat ...........fikir-fikirkanlah ........

Pada masa yang sama syarikat kroni penjana tenaga bebas IPP juga untung besar kerana menjual tenaga kepada TNB.

TNB untung IPP untung .........rakyat yang menderita. Klik di sini untuk mengetahui sejarah IPP.

PRESIDEN PAS SEBAK : TAHU TAK KENAPA?

Pertama kali saya melihat TG Presiden PAS, DS TG Hj Abd Hadi sebak dlm mesy PAS Pusat, pagi inj ketika menceritakan pengalaman TG bersama anggota Jabatan Amal dlm misi banjir di Tganu, cerita ttg keikhlasan anggota Jabatan Amal, ketika mana mereka membersihkan kediaman ketua JKKK, setelah selesai, Shbt Amal itu menolak pemberian wang dari JKKK itu atas usaha mereka dan hanya sekadar mengatakan "Satu shj pinta saya, harap pokcik undi Islam dan parti Islam dlm praya nanti"....TGHH kagum dgn keikhlasan anggota Jab Amal...SYABAS DAN ALHAMDULILLAH!! Mesy PAS Pusat bersetuju utk merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kpd Jabatan Amal DPPP dan telah bersetuju memperuntukkan sejumlah wang utk disumbangkan kpd Tabung Jab Amal dan satu jamuan makan malam meraikan seluruh anggota Jab Amal yg terlibat dlm misi banjir akan diadakan dlm masa terdekat....

SOLAT JENAZAH AS SYAHID ABDUL QADIR MULLAH


“Aku benar-benar tidak bersalah. Mereka membunuh saya hanya kerana saya terlibat dengan gerakan Islam. Tidak semua orang beruntung untuk mendapatkan kesyahidan. Siapa pun yang diberkati dengan kesyahidan oleh Allah adalah memang orang-orang yang beruntung. Jika saya menerima kesyahidan itu, maka itu akan menjadi pencapaian terbesar dalam hidup saya. Setiap titisan darah saya akan mempercepat kemajuan gerakan Islam dan akan menyebabkan kehancuran penindas. Saya tidak khuwatir dengan diri saya sendiri. Saya prihatin tentang masa depan negara dan gerakan Islam. Seperti yang saya tahu, saya tidak pernah melakukan sesuatu yang salah. Saya telah mendedikasikan seluruh hidup untuk gerakan Islam bagi keselamatan ummat di Bangladesh. Allah adalah pemilik hidup. Hanya Allah yang akan memutuskan bagaimana saya akan mati. Kematianku tidak akan terjadi sesuai keputusan orang lain. Waktu dan cara kematianku akan terjadi hanya sesuai kehendak-Nya. Jadi, saya akan menerima semua keputusan Allah dengan senang hati.” -Asy Syahid Abdul Qadir Mullah-

~ fb QH

16 December 2013

KALAU DAH TAK PANDAI PERINTAH SERAH PADA PR

Polisi pengurangan subsidi yang menyebabkan kos sara hidup naik terpaksa dilakukan kerajaan bagi mengelakkan negara terus mengalami peningkatan defisit dalam kewangan negara, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mustapa Mohamed.

Menurutnya, ia satu keputusan sukar bagi pihak kerajaan namun jika ia tidak dilakukan, ia akan terus memberi tekanan kepada kantung negara.

"Ia adalah satu isu yang sukar bagi kerajaan. Apa pilihan kita? Buat seperti biasa, dengan defisit dan ketidakcekapan?

"Kalau kita teruskan polisi sekarang yang tidak berbuat apa-apa, ia akan menyebabkan tekanan kepada akaun semasa kita.

"Yang penting kita buat ini secara beransur-ansur dalam masa beberapa bulan.

"Rakyat kena faham bahawa jika kita tak buat apa-apa kita akan berhadapan masalah dalam masa depan," katanya sewaktu dalam forum sambutan tiga tahun Program Transformasi Ekonomi di Putrajaya pagi tadi.

Kalau tak pandai perintah serahkan sahaja pemerintahan kepada PR. Jangan bila kantung negara sudah nipis, rakyat pula dibebankan. Sedangkan pimpinan kerajaan terus boros, kerajaan terus boros. 

Jelas sekali kerajaan BN memang sudah tidak ada idea untuk menangani masalah kekurangan kantung negara sehingga setiap ia berlaku rakyat dimangsakan.

AKU PERGI LUAR NEGERI BUKAN MAIN-MAIN TAU ......

Dia bukan makan angin atau suka-suka. Dia buat kerja untuk negara. Sumbangan dia bukan sedikit. Menteri pun tak boleh buat kerja macam dia. 

Jadi jangan persoalkan dia guna jet kerajaan. Jangan samakan dia dengan isteri PM yang dulu-dulu. Mereka tidak sehebat dia.

Mungkin itu yang agaknya hujah dan kata-kata pembo....k Kak Mah.

Isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor menjelaskan, lawatan kontroversinya menggunakan jet yang ditanggung kerajaan ke Qatar merupakan lawatan kerja, "bukan suka-suka" dan mengikut prosedur.

Tenang menjawab kontroversi itu, beliau dilapor berkata, beliau antaranya berkongsi tentang kejayaan wanita Malaysia yang menjadi kebanggaan semua rakyat negara ini," lapor Malaysia Gazette.

"Tak sangka pula dalam kita berbangga dengan khalayak antarabangsa tentang negara kita rupanya ada pihak yang tidak berpuas hati.

"Masyarakat antarabangsa bersungguh-sungguh memberi penghormatan kepada Malaysia tetapi rakyat kita sentiasa memandang negatif apa yang saya buat," beliau dipetik sebagai berkata kepada portal itu kelmarin.

Di Qatar, isteri perdana menteri antaranya diberi penghormatan menyampaikan ucap utama bertajuk "The Empowerment of Malaysia Women" dan juga dikurniakan anugerah, lapor Malaysia Gazette lagi.

mkini.

BANTAH CUKAI MELAMBUNG

Adun Bukit Baru, Dr Khalid Kassim bantah kenaikan cukai yang melampau kepada peniaga-peniaga. 

Kenaikan ini membebankan peniaga sekali gus membebankan rakyat yang terpaksa menanggung cukai. Cukai yang dikenakan makin tinggi, sepatutnya servis yang diberikan semakin terbaik dan rakyat mendapat manfaat dari cukai yang dibayar barulah rakyat berpuas hati untuk membayar cukai.

14 December 2013

SYIAH : ZAHID SURUH JAMIL KHIR ....JAMIL KHIR KATA NEGERI YANG ADA KUASA .....

Zahid Hamidi minta Menteri Agama, Jamil Khir ambil tindakan terhadap Syiah. Jamil Khir pula 'taici' dengan berkata Majlis Agam Islam Negeri yang ada kuasa untuk menangani isu ini. Hebat betul kamu semua ya.....
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom (gambar) hari ini menegaskan segala bentuk penguatkuasaan dan tindakan undang-undang berhubung kesalahan syariah adalah di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam Negeri (Main).
Beliau berkata berdasarkan perlembagaan negara ini, segala isu berkaitan agama Islam adalah di bawah kuasa Main, manakala Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hanya membantu untuk penyelarasan di peringkat pusat.
"Untuk makluman, di bawah Jadual 9 perlembagaan negara, Islam berada di bawah negeri masing-masing, jadi segala bentuk penyelenggaraan berkaitan isu agama adalah di bawah Jabatan Agama Islam Negeri atau Main.
"Ini kita tidak boleh kacau (masuk campur)...hak dan milik kuasa negeri," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Karnival Zakat 2013, Sistem Talian Zakat (I-Zakat) dan pembayaran zakat syarikat di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan Mufti Sabah Bongsu@Aziz Jaafar semalam bahawa beliau menerima laporan mengenai 17 permohonan kahwin mutaah (kahwin kontrak)  yang menjadi amalan pengikut Syiah, di daerah Papar.
Bongsu berkata hal itu menunjukkan fahaman Syiah kini sudah merebak ke kawasan luar bandar.
Sehubungan itu, Jamil Khir berkata beliau menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan Majlis Agama Islam Negeri itu untuk bertindak menyelesaikan masalah permohonan nikah mutaah berkenaan sekaligus menangani penularan fahaman Syiah.
"Sebab saya nak ulas, nak kena tengok balik maksud nikah mutaah itu macam mana pula. Bila sebut pernikahan, undang-undang dan mahkamah adalah di bawah Main masing-masing," katanya.
TMI

SAH MOHD SABU SYIAH ....SILA AMBIL TINDAKAN!!!!


Kalau benar Mohd Sabu syiah sila ambil tindakan sekarang juga. Jangan berdalih-dalih lagi. Atau kamu ada agenda lain untuk mensensasikan isu ini dan menutup isu lain yang menekan rakyat sekarang.

Ketua Syiah Kedah Abdullah Hassan berkata Mohamad Sabu bukan salah seorang penganut fahaman Syiah, ketika Timbalan Presiden PAS tersebut diserang hebat oleh kerajaan menerusi agensi penguatkuasa agama dan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Abdullah berkata sepanjang pemerhatian sejak empat ke lima tahun sebelum ini, beliau tidak melihat Mohamad sebagai seorang yang mengamalkan ajaran Syiah.

"Saya tidak tahu tentang beliau (Mat Sabu) sama ada berfahaman Syiah atau tidak."Jika diperhatikan sejak empat ke lima tahun sebelum ini, saya tidak nampak dia seorang pengikut Syiah," kata Abdullah yang dipetik berkata dalam akhbar Sinar Harian hari ini.

Sinar Harian juga melaporkan Abdullah tidak pernah berjumpa dengan Mohamad ataupun mempunyai pengetahuan mengenai pembabitan pemimpin nombor dua PAS tersebut dengan fahaman Syiah seperti didakwa KDN.

Abdullah bagaimanapun menegaskan walaupun Mohamad mengkagumi pemimpin besar revolusi Islam Iran Ayatollah Ruhullah Musawi al Khomeini ia bukan bermakna Mohamad adalah penganut Syiah.

"Persamaan saya dengan Mohamad adalah sama-sama kagum dengan Imam Khomeini tetapi dari perspektif berbeza.

"Syiah bersetuju dengan Khomeini daripada segi mazhab, manakala Mat Sabu mungkin lihat daripada sudut ketokohan pemimpin itu yang membawa revolusi Iran. Tapi itu hak peribadi beliau untuk mengkagumi seseorang tokoh hebat," katanya lagi.

Mohamad dituduh oleh Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai seorang penganut Syiah semasa berucap dalam Perhimpunan Agung Umno 2013 yang berakhir baru-baru ini.

Kenyataan beliau menyebabkan Mohamad mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas tuduhan tidak berasas tersebut.

Khamis lalu, Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi mendedahkan 10 bukti penglibatan Mohamad dalam kegiatan Syiah yang kebanyakannya melibatkan perjuangan Khomeini.

Abdul Rahim berkata selain pemikiran Mohamad dikaitkan dengan Khomeini, orang nombor dua PAS itu turut dikatakan beberapa kali menghadiri kelas pengajian di sebuah rumah di Bukit Merah pada 2011 dikendalikan dua orang ustaz berfahaman Syiah yang bertugas di sekolah agama di Gunung Semanggol, Perak.


Mohamad mengakui sememangnya mengagumi perjuangan pemimpin besar revolusi Islam Iran Imam Khoneini tetapi itu tidak bermakna dirinya berfahaman Syiah. ~tmi

12 December 2013

RAMAI RAKYAT MALAYSIA MENGANUT MAZHAB ORANG JEPUN???

Kalau kita ikut kenyataan KDN bahawa kagum pada Khomeinei jadi Syiah maka sudah tentu ramai rakyat Malaysia juga menganut agama atau fahaman sama dengan orang Jepun. 

Orang paling utama kagum dengan Jepun ialah Dr Mahathir. Apakah Dr Mahathir menganut fahaman sama dengan orang Jepun????.

Dangkal dan lemah sungguh hujah dan fakta KDN dalam menfaitkan Mohd Sabu dengan Syiah. .......membodohkan diri sendiri....!!!!!

BONGKARKAN MASALAH BERIKAN JALAN PENYELESAIAN

PAS konsisten membongkar masalah negara antaranya isu keselamatan, rasuah, penyelewengan, kenaikan tarif dan harga barang, demokrasi tempang, hutang negara, diskriminasi dan sebagainya.

Pembongkaran isu-isu ini sehingga sekarang seolah-olah tidak memberi kesan kepada rakyat. Mereka tidak melihat isu dan penyelewengan sebagai isu besar atau mungkin mereka tidak percaya dengan semua isu yang dibongkar oleh PAS. Laporan tahunan Ketua Audit Negara pun tidak memberi kesan walaupun berbagai ketirisan dan penyelewengan dilaporkan.

Sebagai tambahan kepada pembongkaran isu-isu ini saya ingin mencadangkan supaya PAS menyatakan jalan penyelesaian kepada isu yang berbangkit. Berikan jalan penyelesaian yang praktikal dan boleh dicapai supaya rakyat melihat PAS adalah penyelesai masalah bukan hanya pandai mencari salah.

Tekankan tentang jalan penyelesaian lebih utama dari membongkar keburukan dan penyelewengan. Umno sebenarnya berjaya menanamkan dalam minda rakyat bahawa PAS hanya pandai mencari kesalahan orang sahaja tanpa ada penyelesaian.

PAS mesti memikirkan perkara ini dengan serius ......

PAS MESTI KETUAI BANTAHAN KENAIKAN TARIF DAN HARGA BARANG

PAS mesti mengetuai bantahan terhadap kenaikan tarif elektrik dan kenaikan harga barang. Ini penting bagi menggambarkan bahawa PAS sentiasa di hsdapan dalam isu-isu rakyat.

Sebagai sebuah parti massa kita jangan menjadi pengikut atau menjadi ekor sahaja.

Isu kenaikan tarif dan harga barang ini adalah isu besar yang mesti ditangani dengan segera. PAS boleh mengadakan roadshow, kempen tandatangan, seminar, forum, handout dan sebagainya.

Seluruh entiti PAS dari peringkat pusat hingga ke cawangan mesti bergerakkan untuk menjayakan bantahan ini.

Mungkin himpunan aman juga boleh di buat utk menunjukkan bahawa rakyat memang terkesan dan menderita dengan isu ini.

10 December 2013

JANGAN DOLAK-DALIK TANGKAP SAHAJA PENGIKUT SYIAH - TOK GURU NIK AZIZ

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) bangkit menempelak pihak yang menyerang Syiah dengan berkata: "Jika Syiah menipu, nasional sekular apa kurangnya."
Nik Aziz berkata:"Saya tidak menyatakan Syiah tidak bahaya, tetapi saya agak pelik apabila sang harimau tiba-tiba berlagak baik mengingatkan sekumpulan kambing tentang bahaya serigala.
"Baguslah kalau harimau tiba-tiba ingin menjadi baik, tetapi sekurang-kurangnya bersihkanlah taring dan kuku terlebih dahulu daripada daging mangsa," sindir Nik Aziz.
Beliau juga mencabar pihak berkuasa supaya melakukan tangkapan dan tidak perlu berdolak-dalik jika mahu membanteras Syiah.
"Soalnya, bagaimana ingin membuat tangkapan sedangkan di dalam parti sendiri pun berselindung penganut ajaran sesat," kata bekas Menteri Besar Kelantan itu dalam satu kenyataan hari ini.
Tanpa menamakan sesiapa Nik Aziz dipercayai mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menangkap “orang nombor dua PAS” atas dakwaan syiah.
Ketika dikatakan orang nombor dua PAS itu adalah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Zahid berkata, beliau tidak pernah menyebut nama Mohamad Sabu.
Nik Aziz berkata, beliau terbaca kenyataan seorang pemimpin sebuah parti politik yang menyebut tentang Syiah dan menyatakan ciri utama Syiah ialah menipu.
"Jika ciri utama Syiah disebut oleh beliau sebagai menipu, maka nasionalis sekular pun tidak kurang menipu berbanding Syiah.
“Tidakkah menipu namanya apabila mewar-warkan kononnya berjuang untuk kepentingan agama namun dalam masa yang sama bekerja untuk membelakangi syariat agama tersebut,” katanya.
Beliau berkata, Syiah ialah musuh yang sudah muncul sejak berbelas abad dan ciri akidah mereka ada ditulis dan diterangkan oleh ulama Sunnah dalam banyak penulisan.
Sehubungan itu, katanya, ulama berperanan untuk memastikan umat Islam tidak terjebak dengan penyelewengan Syiah.
Nik Aziz berkata, beliau menyokong bahawa Syiah tidak wajar wujud di negara ini tetapi meletakkan alasan membanteras Syiah supaya umat Islam tidak berpecah menunjukkan pemimpin berkenaan masih kabur dalam terang.
"Justeru, janganlah mendabik dada diri sebagai pembela Islam dengan menghentam Syiah.
"Masyarakat sudah bijak untuk menilai bahawa bukannya Syiah yang ingin diserang, tetapi parti lawan yang semakin mendapat sambutan," katanya. – 10 Disember, 2013.

themalaysianinsider

09 December 2013

MAT SABU SYIAH : ZAHID DAH KECUT PERUT

Naib presiden Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak pernah menyebut nama timbalan presiden PAS Mohamad Sabu ketika menggesa agar “orang nombor dua” PAS dikenakan tindakan kerana mengamalkan fahaman Syiah.

pas muktamar 231113 mat sabu“Saya tidak pernah sebut (nama) Mat Sabu, saya sebut 'nombor dua',” katanya ketika ditanya dalam satu sidang media pagi ini berhubung tindakan yang akan dikenakan ke atas Mohamad.

Wartawan seterusnya meminta penjelasan lanjut daripada Ahmad Zahid memandangkan Mohamad Sabu, yang baru dipilih semula sebagai timbalan presiden PAS, dikenali umum sebagai orang nombor dua parti Islam itu.

Ahmad Zahid bagaimanapun tidak menjawab soalan tersebut dan hanya ketawa.

Beliau juga berkata, pegawainya akan mengadakan satu lagi sidang media untuk mendedahkan bukti berhubung dakwaan bahawa “orang nombor dua” itu berfahaman Syiah.

Mohamad, yang menafikan mengamalkan fahaman Syiah, semalam berkata beliau sedang menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Ahmad Zahid Atas dakwaan tersebut.

Mohamad dalam laporan Harakahdaily menyifatkan dakwaan Ahmad Zahid itu sebagai tuduhan berniat jahat.

“Saya tak dengar sendiri apa dia kata jadi kena bincang dengan peguam dulu... Saya Ahli Sunnah Wal Jama'ah, seorang Islam yang mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jama'ah," katanya lagi.

Nampak jelas Zahid tak mula takut ............takut kena saman.

AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH : UMNO SELALU KETINGGALAN DI BELAKANG


Umno selalu tertinggal keretapi. Dalam hal cuti bersalin, kerja 5 hari dan lain-lain Umno yang mengetuai kerajaan lambat melaksanakannya. Setelah lama ianya diamalkan di Kelantan baru mereka sedar baiknya dasar tersebut.


Terbaru Umno begitu lantang untuk meletakkan aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah sebagai teras aqidah kepada ahlinya. Mereka baru sedar ........sedangkan PAS sudah lama meletakkan ASWJ sebagai teras kepada aqidah perjuangan PAS.


Kenyataan ini ditegaskan oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib yang menyatakan bahawa PAS sudah lama meletakkan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) sebagai teras akidah kepada seluruh ahli PAS.

Beliau menyatakan demikian sebagai respon kepada kenyataan Najib yang dilaporkan berkata perkataan Ahli Sunnah Wal Jamaah akan dimasukkan dalam Perlembagaan Umno iaitu sebagai takrifan kepada Islam.

"kita sudah lama tegaskan perkara ini iaitu sejak PAS ditubuhkan, kita senantiasa menegaskan bahawa ASWJ adalah akidah yang wajib dianuti oleh seluruh ahli PAS dan penganutan kepada akidah selain ASWJ adalah satu kesalahan yang wajib diambil tindakan oleh PAS," tegas beliau ketika dihubungi hari ini.

Beliau juga turut melahirkan rasa pelik kenapa baru sekarang Umno meletakkan perkara ini dalam perlembagaan parti itu. PAS sudah jauh kehadapan dalam perkara ini. PAS sangat konsisten dalam isu ASWJ sebagai teras utama akidah ahlinya sejak penubuhannya lagi.

MUSIBAH BANJIR : SABARLAH WAHAI SAHABAT-SAHABATKU

Pemandangan sebegini sentiasa kita lihat selepas musibah banjir melanda.

Banyak barang-barang perabot, tilam dan barangan lain terpaksa dibuang.

Selepas banjir melanda, kita juga dapati seringkali penyakit berjangkit melanda disebabkan air kotor dan kuman yang merebak melalui air banjir.

Kepada semua sahabat bersabarlah dengan musibah ini semoga dengan kesabaran ini akan Allah gantikan dengan keampunan dan rezeki yang berlipatganda.

Kepada kalian yang tidak dilanda musibah ini bantulah sahabat-sahabat kita ini sekadar termampu dengan tenaga, harta benda, wang ringgit dan sekurang-kurangnya doa. AMIN.

HANYA UMNO TEMPAT BERGANTUNG .........BUKANKAH HANYA ALLAH TEMPAT KITA BERGANTUNG?

Macamana dengan ucapan sebegini. Apakah salah atau tidak salah. Harap JAKIM dapat beri pandangan.

Kepada pemimpin berhati-hatilah mengeluarkan kenyataan. Tidak kira siapa kita apa yang penting ucapan dan pandangan kita mestilah cermat, berhati-hati supaya ianya tidak mengelirukan orang ramai.

Kepada Ulama' dan Mr Penasihat janganlah takut untuk memberi nasihat ..............

08 December 2013

TAHNIAH SAHRIZAT BERMALAM DI PUSAT PEMINDAHAN BANJIR

Ini gambar Shahrizat bermalam di Pusat Pemindahan Banjir di Dungun. Tahniah Shahrizat.

Mana pemimpin politik kerajaan sehebat Shahrizat ........

MESIR : PEJUANG MUSLIMAT AKHIRNYA DIBEBASKAN

Alhamdulillah...Mahkamah Rayuan Iskandariah akhirnya membebaskan para mahasiswi gerakan “7 Pagi”, Sabtu (7/12/2013) semalam. Perintah bebas itu diberikan terhadap 14 mahasiswi yang telah cukup umur yang sebelumnya dijatuhkan hukuman penjara 11 tahun 1 bulan.

Sedangkan tujuh mahasiswi yang belum cukup umur, yang sebelumnya ditempatkan di lembaga rehabilitasi sosial juga dibebaskan dengan masa percobaan 3 bulan dengan kewajiban melapor diri setiap bulan disertai keterangan seorang ahli sosial.

Sedangkan para mahasiswi yang dibebaskan menyatakan tidak akan berhenti melakukan demonstrasi menuntut tumbangnya penguasa kudeta. Pengalaman ditangkap, ditahan, dan dijatuhi penjara 11 tahun tidak akan membuat mereka takut dan menghentikan aksi. Bahkan pengalaman ini akan menambah mereka lebih bersemangat.

~ Sumber : Dakwatuna

ROSMAH PATUT DILANTIK SEBAGAI MENTERI TUGAS=TUGAS KHAS, MENTERI LAIN TAK PANDAI BUAT KERJA

Bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press (NSTP) Datuk A Kadir Jasin mencadangkan agar isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dilantik menjadi Menteri Tugas-tugas Khas.

Menurut beliau, Rosmah ternyata lebih berkesan berbanding dengan beberapa menteri yang sedia ada bagi tujuan membantu negara dalam situasi-situasi tertentu.

“Berpandukan maklumat Mohd Najib itu, eloklah beliau menimbang semula kedudukan Menteri Luar Negeri, Anifah Aman, kerana ternyata beliau tidak seberkesan Rosmah dalam menyelesaikan krisis antarabangsa.

“Begitu juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Perindustrian, Mustapa Mohamed, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia Rohani Abdul Karim dan Menteri Pelajaran, Muhyiddin Mohd Yassin, kerana Rosmah juga terlibat di sana sini dalam tugas-tugas yang sepatutnya dilaksanakan oleh menteri-menteri berkenaan,” katanya dalam sebuah artikel blognya, The Scribe.

Katanya dengan cara itu, menteri-menteri yang tidak menunjukkan prestasi yang baik boleh digugurkan serta, justeru menjimatkan perbelanjaan negara dengan megurangkan bilangan kementerian.

Kata beliau, meskipun pilihan raya telah berlalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak masih boleh melantik Rosmah sebagai senator dan seterusnya menteri.

Kadir menyatakan bahawa beliau sebelum ini telah beberapa kali mencadangkan agar isteri Najib itu dibawa ke arena politik untuk dijadikan menteri.

Beliau juga tidak menolak jika suatu hari nanti Rosmah dilantik menjadi Perdana Menteri jika mendapat kepercayaan rakyat.

“Apabila ini dilakukan, tidak ada siapa boleh membantah campur tangan beliau atau menuduh suami beliau dan Kabinet menyalahgunakan kuasa dengan membenarkan beliau menggunakan kemudahan kerajaan. Jawatan yang sesuai bagi belia ialah Menteri Tugas-Tugas Khas,” kata Kadir.

Bekas wartawan veteran itu dalam artikelnya mengulas tentang kenyataan Najib yang baru-baru ini yang merakamkan penghargaan kepada Rosmah yang disifatkan turut memberi sumbangan kepada rakyat Malaysia.

Najib dalam ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO 2013, memberikan dua contoh sumbangan yang diberikan oleh Rosmah yang tidak pernah diceritakan sebelum ini.

Menurut Perdana Menteri, pada program Flotila dua tahun lepas, salah seorang pelajar Malaysia telah disalah anggap oleh kerajaan Mesir sebagai perisik.

Najib kemudiannya meminta Rosmah memohon bantuan kepada isteri Hosni Mubarak, yang berkuasa pada ketika itu dan dalam masa dua jam, pelajar tersebut telah dibebaskan.

Tambah Najib lagi, sewaktu Ops Piramid, ketika hendak mebawa pulang pelajar Malaysia menaiki pesawat Charlie, melalui Jeddah, pelajar-pelajar itu telah dibenarkan terbang tanpa visa disebabkan hubungan baik dengan keluarga DiRaja Saudi.

Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/gugurkan-menteri-yang-tak-berkesan-gantikan-dengan-rosmah-a-kadir-jasin-26668?cp

HUTANG HAMPIR 1 BILION, REZAB MAKIN SUSUT ......PATUTKAH RENOVATE PEJABAT RM1.25 JUTA???

Hutang negeri sudah hampir RM1 bilion.
Rezab negeri tinggal RM10 juta.

Tetapi masih mahu ubahsuai pejabat dengan belanja RM2.45 juta ........

APA PANDANGAN ANDA TENTANG ORANG BARU INI?????
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter