JENAYAH : AMALKAN HUKUM ISLAM, CEGAH KEMUNGKARAN DAN BANYAKKAN PROGRAM AGAMA

Isunya bukan setakat bilangan anggota Polis yang tidak cukup tetapi isunya kegagalan kerajaan untuk mendidik rakyat menjadi manusia yang beriman, berakhlaq dan bermoral.

Ada banyak cara untuk mendidik ...antaranya melalui sistem pendidikan formal, sistem pendidikan agama yang formal dan tidak formal seperti membanyakkan kuliah, tazkirah dan program agama di surau, masjid dan sebagainya. Paling besar ialah cara mendidik rakyat melalui hukum Islam - hudud, qisas, takzir dll yang jelas dinyatakan oleh Allah menjadi pencegah kepada kemungkaran.

Malangnya sehingga ke hari ini kerajaan gagal menguatkuasakan hukum2 Allah ini. Lebih teruk lagi mereka tidak menggalakkan kuliah2 agama malah ada yang dihalang atas pelbagai alasan.

Jadi PAS Kawasan Bukit Katil mencadangkan perkara-perkara di bawah :

1) Beransur-ansur menguatkuasakan hukum-hukum Allah seperti hudud, qisas, takzir dan lain-lain. Jika ada negeri-negeri yang ingin menguatkuasakannya beri sokongan dan galakan.

2) Perbanyakkan program-program agama di sekolah, masjid, surau 

3) Anjurkan program agama yang dapat menarik anak-anak muda kepada agama dengan menjalankan aktiviti yang kreatif sesuai dengan jiwa kepemudaan.

4) Hentikan segala program maksiat dan mungkar

5) Fokuskan tugas-tugas Polis untuk membenteras jenayah bukannya terlibat dengan pemantauan program-program parti politik dan sebagainya. 

6) Tingkatkan lagi skill dan kemahiran anggota Polis dengan memberikan latihan khusus untuk membenteras jenayah.

Comments