Polisi pengurangan subsidi yang menyebabkan kos sara hidup naik terpaksa dilakukan kerajaan bagi mengelakkan negara terus mengalami peningkatan defisit dalam kewangan negara, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mustapa Mohamed.
Menurutnya, ia satu keputusan sukar bagi pihak kerajaan namun jika ia tidak dilakukan, ia akan terus memberi tekanan kepada kantung negara.
"Ia adalah satu isu yang sukar bagi kerajaan. Apa pilihan kita? Buat seperti biasa, dengan defisit dan ketidakcekapan?
"Kalau kita teruskan polisi sekarang yang tidak berbuat apa-apa, ia akan menyebabkan tekanan kepada akaun semasa kita.
"Yang penting kita buat ini secara beransur-ansur dalam masa beberapa bulan.
"Rakyat kena faham bahawa jika kita tak buat apa-apa kita akan berhadapan masalah dalam masa depan," katanya sewaktu dalam forum sambutan tiga tahun Program Transformasi Ekonomi di Putrajaya pagi tadi.
Kalau tak pandai perintah serahkan sahaja pemerintahan kepada PR. Jangan bila kantung negara sudah nipis, rakyat pula dibebankan. Sedangkan pimpinan kerajaan terus boros, kerajaan terus boros.
Jelas sekali kerajaan BN memang sudah tidak ada idea untuk menangani masalah kekurangan kantung negara sehingga setiap ia berlaku rakyat dimangsakan.

Comments