.

.

08 August 2017

PM GUNA JET KERAJAAN 181 KALI. KE MANA BELIAU PERGI DAN UNTUK APA?

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terbang sebanyak 181 kali menggunakan jet eksekutif kerajaan antara tahun 2014 dan 2016.
Sementara yang di-Pertuan Agong pula menggunakannya sebanyak 89 kali dan timbalan perdana menteri pula sebanyak 10 kali.
Statistik ini diperoleh berdasarkan jawapan parlimen Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman.
Azalina memberikan maklumat itu bagi menjawab soalan Wong Chen (PKR-Kelana Jaya) yang mahu tahu penggunaan jet kerajaan oleh ketiga-tiga pemimpin kanan negara itu.
Secara keseluruhan, sebanyak 289 penerbangan menggunakan jet kerajaan digunakan oleh mereka bertiga dalam tempoh tiga tahun itu, kata Azalina.
Berkaitan timbalan perdana menteri, jawapan itu tidak menyatakan penyandang jawatan itu yang mana satu.
Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang kini memimpin parti pembangkang, menjadi timbalan perdana menteri sehingga Julai 2015.
Beliau digantikan oleh Datuk Seri Zahid Hamidi selepas itu.
Pesawat kerajaan yang biasa digunakan adalah Airbus Corporate Jet 319 (ACJ319) dan Airbus Corporate Jet 320 (ACJ320).
Apakah penggunaan jet kerajaan sebanyak 181 kali ini benar-benar untuk kepentingan negara atau peribadi PM. Berapa banyak kos dibelanjakan untuk menampung perbelanjaan penerbangan tersebut????

26 May 2017

SATU DEMI SATU SYARIKAT CHINA BERTAPAK DI MALAYSIA. APA MUSLIHATNYA???

2 hari lepas kita menerima berita sedih apabila Proton hampir ditelan oleh syarikat China apabila 49.9% saham syarikat sah dijual kepada Syarikat China, Geely.
Semalam satu lagi syarikat China bertapak di Malaysia iaitu Beijing Enterprise Water Group Ltd. 
Perdana Menteri Najib Razak dengan rasa bangga dan tidak ada rasa bimbang dan ragu, meluahkan rasa terima kasihnya terhadap kontraktor berpangkalan di China yang membina loji kumbahan air mesra alam di Kuala Lumpur.
“Saya ucapkan terima kasih kepada Beijing Enterprise Water Group Ltd kerana menyiapkan projek ini tepat pada masanya.
“Saya difahamkan mereka bersama-sama rakan kongsi tempatan sentiasa fokus pada projek bersama-sama,” katanya semasa merasmikan pembukaan loji rawatan kumbahan Pantai 2 (Pantai2 STD) di ibu negara petang ini.
Beliau turut berterima kasih kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air serta Jabatan Perkhidmatan Pembetungan atas peranan mereka dalam projek itu.
Projek RM983 juga itu dibina oleh BEWG(M) Sdn Bhd, milik penuh anak syarikat Beijing Enterprise Water Group Ltd, bermula pada tahun 2011.
Syarikat itu dikehendaki membina Pantai2 STD, pusat rawatan air bawah tanah jenis itu yang pertama dan terbesar di Asia Pasifik, dalam tempoh 72 bulan.
Menurut New Straits Times, Beijing Enterprise Water Group Ltd, syarikat yang tersenarai di bursa Hong Kong itu, adalah anak syarikat kepada Beijing Enterprise Holdings Ltd (BEHL).

Khazanah Nasional Bhd melabur RM486 juta untuk mendapatkan 4.95 pegangan dalam Beijing Enterprise Water Group, menjadikannya pemegang saham ketiga terbesar dalam syarikat itu.
Kita tidak tahu apa muslihat dan agenda di belakang 'penaklukan' syarikat China dan di Malaysia. Sebagai rakyat kita berhak untuk bimbang dan rasa takut dengan dasar baru kerajaan ini kerana sejarah telah membuktikan negara Zimbabwe pernah mengalami perkara yang sama di mana akhirnya ekonomi Zimbabwe dikawal dan ditakluk oleh China.

25 May 2017

PARTI AMANAH MUNCUL TEPAT PADA MASANYA

Amanah

Amanah adalah nama parti politik paling indah pernah muncul di persada politik tanahair. Ia muncul pada ketika nama2 lain seperti Umno, Pas, Berjasa atau BN sudah mula hilang releven.

Ada orang bertanya kenapa perlu memilih Amanah?

Kepada orang yang cenderung mahu menegakkan Perlembagaan Islam atau merindukan pelaksanaan hukum-hakam Islam akan bertanya adakah Amanah memenuhi ciri-ciri sebuah perjuangan Islam?

Amanah muncul tepat pada masanya.

Ketika Umno menghadapi masalah paling rumit dalam sejarahnya, iaitu penyelewengan wang 1MDB melalui manipulasi akaun bank Presidennya sendiri, Amanah muncul untuk menyambung perjuangan menggantikan BN dengan sebuah kerajaan baru yang lebih ta'lut rasuah.

Kemunculan Amanah juga bertepatan dengan sikap dan trend baru Pas yang mesra Najib dan mahu mengambil jalan baru mengambil alih negara dengan menagih pengundi2 Umno selain pengundi2 tradisionalnya.

Kehadiran Amanah memberi ruang kepada pendukung2 dan penyokong2 perjuangan Islam di dalam Pas yang tidak selesa dengan sikap baru Pas itu untuk terus istiqomah mengalahkan Umno dan BN melalui satu wadah baru.

Amanah juga adalah pilihan terbaik untuk ahli2 NGO Islam seperti Abim, Jim atau Ikram yang merasakan sudah sampai masa untuk mereka berkecimpung aktif dalam dunia politik tanahair dan menyatakan bangkangan secara terang-terangan terhadap segala kerosakan dan kemungkaran yang melanda negara serta institusi-institusi penting negara akibat tangan-tangan pemimpin-pemimpin rasuah.

Sebahagian besar NGO2 Islam sudah mengambil keputusan untuk keluar dari mode "sirriyah" dan menyertai gerakan "jahriyyah" (terbuka menyatakan pendirian).

Kepada mereka Amanah adalah wadah terbaik yang masih suci dari sebarang kotoran.

Pemimpin-pemimpin yang membentuk Amanah adalah orang-orang yang sama yang mempopularkan Pas suatu ketika dahulu kepada orang-orang non-Muslim. Slogan Pas For All dan Negara Kebajikan sebagai slogan alternatif yang dicadangkan bakal-bakal pemimpin Amanah itu telah membolehkan Pas meraih undi non-Muslim dalam jumlah terbesar dalam sejarahnya lalu memenangi berpuluh-puluh kerusi mixed-voters yang ditandinginya semasa PRU13.

Pas yang langsung tidak pernah ada harapan di Selangor tiba-tiba boleh memenangi berbelas2 kerusi Dun dan beberapa kerusi Parlimen di negeri terkaya itu! Adakah ini boleh berlaku secara semulajadi tanpa perlu melakukan sebarang perancangan? Adakah logik "kalau Allah menghendaki orang bukan Islam mengundi parti Islam maka mereka akan mengundi parti Islam" boleh terpakai dalam situasi ini?

Logiknya, segala sesuatu yang berlaku adalah bersebab. Manusia merancang sebab-sebabnya, Allah akan mendatangkan pertolonganNya.

Sewaktu saya menyertai perarakan penamaan calon DS Nizar di bandar Taiping untuk PRK Changkat Jering beberapa tahun lepas, saya menyaksikan dengan mata kepala saya sendiri bagaimana ribuan orang-orang Melayu, Cina dan India bersatu-padu menyokong Parti Islam. T-shirt berlogo Parti Islam dipakai oleh non-Muslim tanpa segan silu lagi malah mereka berbangga berbuat demikian. Ini hanyalah kerana Parti Islam telah dilihat seiring dan sejalan dengan mood orang ramai dari semua bangsa yang mahu BN digantikan.

DS Nizar menang dengan jumlah majoriti undi memberangsangkan dalam PRK tersebut.

Selepas PRU13 juga menyaksikan orang bukan Melayu mengibarkan bendera bulan dan orang Melayu berani memegang bendera roket sewaktu demonstrasi bersiri Blackout membantah penipuan kiraan undi dalam PRU13. Adalah suatu fenomena tidak terfikirkan bagaimana senario itu boleh berlaku. Ianya menunjukkan jika orang beriman mengambil pendirian dan pendekatan yang mengalu-alukan orang bukan Islam kepada Islam, pertolongan Allah akan tiba jua.

Malang melanda ketika macai-macai BN sendiri pun sudah kehabisan peluru untuk berentap mempertahankan BN dan memburuk-burukkan kesatuan Pakatan Rakyat dalam media-media sosial,  tiba-tiba beberapa orang pemimpin generasi kedua Pas berminat untuk menukar imej Pas menjadi parti eksklusif. Entah atas resolusi Muktamar mana tiba-tiba seorang dua pemimpin tertinggi Pas mengkritik Langkah Kajang yang dilhamkan Rafizi Ramli untuk maslahat PKR di Selangor secara terbuka tanpa mengambil jalan musyawarah dengan rakan-rakan dalam kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Alasannya kerana PKR sendiri pun tidak musyawarahkan Langkah tersebut, maka Pas selaku "abang besar" dalam PR mula bertindak marah-marah.

Trend marah-marah dan pendekatan eksklusif yang diambil Pas itu menyebabkan pecah-belah pada 9 skala richter hingga menyebabkan tsunami kepada Pakatan Rakyat.

Pas isytihar putus tahalluf siyasi dengan DAP dan mencantas pemimpin-pemimpin Pas For All dalam parti dengan harapan mahu menjadi parti Islam yang bebas membuat keputusan tanpa perlu berunding dengan sesiapa pun.

Ketika tribulasi menukar TS Khalid Ibrahim selaku MB Selangor, sekali lagi Pas mengambil haluan berbeza. Wan Azizah yang mahu dicalonkan PKR selaku pengganti TS Khalid tidak dipersetujui, dan Pas berdolak-dalik dengan beberapa nama termasuk nama PJ Pas Selangor.

Selepas beberapa pergolakan, Pas hanya dapat diamankan pabila nama Azmin Ali dipersetujui.

Episod-episod Langkah Kajang terbawa-bawa hingga ke Muktamar Pas 2015 membawa kepada setandan pemimpin-pemimpin Amanah digugurkan daripada Pas.

18 pemimpin teruji dari saf kepimpinan Pas itu kemudian membentuk gagasan Gerakan Harapan Baharu dalam satu perjumpaan di Johor lalu menubuhkan Parti Amanah Negara beberapa bulan kemudian.

Antara perkembangan-perkembangan menarik selepas penubuhan Amanah yang belum pernah terjadi dalam sejarah politik Malaysia adalah:

1. Tuduhan menjadi khadam DAP yang sebelumnya digunakan BN memburukkan Pas kini berpindah kepada Amanah. Yang menariknya, sama seiring sejalan dengan BN melabelkan Amanah sebagai khadam DAP ialah penyokong-penyokong Pas sendiri.

2. Pemimpin-pemimpin pertengahan Pas menyelar pemimpin-pemimpin Amanah sebagai pengkhianat dan pencuri membawa lari kerusi-kerusi Pas.

3. Pas berkerat rotan dengan Amanah dan secara lantang menyatakan pendiriannya tidak akan bekerjasama dengan mana-mana pihak yang ada hubungan dengan Amanah dan DAP. Pendirian tegas ini direalisasikan dalam Muktamarnya di Kota Sarang Semut baru-baru ini apabila Muktamar diikuti Majlis Syura memutuskan hubungan dengan PKR.

4. Menyedari tindakannya memutuskan hubungan dengan DAP bakal menyebabkan Pas kehilangan puluhan ribu undi sokongan dari masyarakat Cina yang diperolehinya semasa PRU13, Pas terdesak untuk menggantikan undi tersebut dengan undi masyarakat Melayu-Islam. Atas desakan itu Pas mula sinonimkan pendiriannya dengan Umno demi meraih undi Melayu. Isu-isu Islam seperti Rohingya dan RUU355 menjadi senjata bersama Pas-Umno demi memikat hati masyarakat Melayu yang sensitif dengan usaha-usaha pemerkasaan Islam. Dalam isu Rohingya umpamanya, Pas sudah tidak segan-segan lagi untuk naik sekapal dengan Umno demi membuktikan kesungguhannya bagi mendapatkan sokongan masyarakat Melayu tradisional.

5. Entah apakah anginnya, tindakan Pas memutuskan pula hubungan dengan PKR baru-baru ini membawanya bertembung pula dengan isu integriti. Pas yang berkongsi kuasa dengan PKR dan DAP dalam kerajaan Selangor didesak melepaskan kerusi Exco dan semua jawatan-jawatan politik yang dipegangnya kerana Pas sudah tidak lagi ada apa-apa hubungan dengan PKR dan DAP. Status Pas sudah berubah menjadi pembangkang maka sewajarnyalah kerusi-kerusi Pas di DUN Selangor berpindah bersebelahan kerusi-kerusi Umno. Noh Omar tentu amat mengalu-alukan jiran baru itu demi memperkuatkan pembangkang di Selangor. Namun Pas berkeras enggan melepaskan jawatan-jawatan kerajaan tersebut hingga memaksa PKR mengadakan Mesyuarat Biro Politik dan hampir-hampir menyebabkan PKR berpecah-belah akibat isu itu. Azmin akhirnya terpaksa membuat keputusan luar tabie dengan mengekalkan Exco-Exco Pas demi menjaga kestabilan kerajaan Selangor di saat-saat PRU14 boleh diumumkan oleh Najib pada bila-bila masa.

6. Yang paling lucu ialah sebutan nama Amanah untuk Parti Amanah Negara enggan disebut dengan nama Amanah tetapi menggunakan akronim PAN oleh pencinta-pencinta Pas dan BN. Entah apa mesej yang mahu disampaikan oleh pencinta-pencinta itu dengan terus-terusan memanggil Amanah dengan nama PAN, hanya Allah yang lebih mengetahui.

Kesimpulannya, kalau mengikut sunnah Rasulullah, Islam adalah gerakan massa yang berkembang dari kecil kepada besar. Sewaktu Islam bermula di Mekah sokongan kepada Islam terhad kepada sekumpulan kecil pengikut-pengikut setia. Tetapi sebaik sahaja Rasulullah dan pengikut-pengikut kecilnya berhijrah ke Madinah, Islam berkembang dengan pantas melalui berbagai-bagai tahaluf siyasi antara Rasulullah dan pihak-pihak yang mahukan perlindungan dari pemerintahan Madinah. Dalam tempoh 8-9 tahun selepas Hijrah, pengaruh Islam telah merebak ke seluruh Semenanjung Arab.

Kebijaksanaan Rasulullah memelihara semua hubungan baik dengan berbagai pihak itu wajar dijadikan pengajaran.

Akhirnya Rasulullah menamatkan misi kerasulannya dengan memasuki Kota Mekah secara aman dan Quraisy tunduk malu mengaku kalah.

Kelebihan Amanah berbanding parti-parti politik lain di Malaysia ialah posisinya dalam berhadapan kerajaan gergasi BN. Sebagai sebuah gerakan termuda tetapi dipenuhi pejuang-pejuang yang telah lama teruji, Amanah berpotensi menjadi gerakan masa hadapan.

Di saat-saat BN tidak mampu lagi menutup rasuah besar yang dilakukan Pengerusinya, Amanah dan rakan-rakan dalam Harapan mesti memelihara 3 perkara, iaitu:

1. PH yang dianggotai Amanah, PKR, DAP dan PPBM mesti sepakat memperjuangkan kepentingan majoriti rakyat Malaysia. Rakyat massa perlu diyakinkan untuk keluar dari kemelut failed state akibat salah urus pemerintahan BN PH satu-satunya harapan rakyat.

2. Provokasi macai-macai pro BN mesti ditangani secara bijaksana. Jangan termakan dengan provokasi menamakan nama PM sebelum memenangi pilihanraya. Tukarkan chaos menjadi opportunity setiapkali diacah pihak-pihak yang mahu mengekalkan Najib.

3. Menuruti sunnah Rasulullah dengan merancang program mengembangkan dakwah supaya meliputi semua manusia, dan selebihnya pertolongan Allah akan datang dari punca-punca yang tidak disedari.

Dari Ahli Pas yang menyokong Amanah.

SATU LAGI ASET NEGARA TERGADAI

Satu demi satu asset negara tergadai. Terbaru syarikat kereta nasional kebanggaan negara yang diasaskan oleh Tun Mahathir juga tergadai. 
Keputusan syarikat DRB -Hicom menjual ekuti dalam Proton Holding kepada syarikat pembuat kereta China Kumpulan Geely Holding menyebabkan Proton tidak lagi menjadi kereta nasional, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas perdana menteri itu berkata, kereta keluaran Proton yang selama ini menjadi kereta kebanggaan rakyat dan icon negara akan menjadi sebuah kereta asing dengan termeterainya persetujuan Perjanjian Definitif pada Julai 2017 nanti.
"Sudah jual proton kepada orang asing.
"Ia akan menjadi kereta asing dan kita kehilangan satu daripada ikon negara
"Yang sedihnya kereta nasional milik kita tidak lagi jadi kereta nasional kita.
"Apabila kita membeli kereta proton di masa depan kita sebenarnya membeli kereta asing kerana kereta nasional kita sudah dijual.
"Harus kita bertanya apa lagi yang kita nak jual?," ujarnya ketika berucap pada Siri Jelajah Semarak yang diadakan di padang Kelab
Sultan Sulaiman Kampung Baru malam tadi.
Semalam dalam satu kenyataan Pengarah Urusan DRB-Hicom Datuk Seri Syed Faisal Albar dipetik berkata, pemeteraian perjanjian itu bagi memastikan jenama Proton akan terus berkembang.
Perjanjian itu juga akan menyaksikan Proton menjual keseluruhan ekuitinya dalam Lotus kepada Geely Holding, yang akan melihat kumpulan itu tidak lagi akan berkecimpung dalam segmen kereta sport.
Dengan keputusan itu, Geely yang menguasai Geely Automobile Hong Kong dan Kumpulan Kereta Volvo Sweden menjadi pemilik kereta nasional negara yang diasaskan oleh Dr Mahathir pada 1983 ketika beliau menjadi perdana menteri.
Geely Holding, yang juga memiliki The London Taxi Company, adalah antara syarikat pembuat kenderaan penumpang terkemuka di China.
Menurut Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu lagi, setelah 30 tahun Proton menjadi pengeluar kereta tempatan, sudah banyak mengalami perubahan dalam model-model terkini keluarannya.
"Hakikatnya tidak ada negara membangun dalam dunia mampu mengeluarkan kereta sendiri.
"Dalam jangka masa 30 tahun rakyat yang dulu hanya tahu pandu kereta sudah belajar macam mana membuat kereta sendiri. Mereka belajar dalam jangka masa pendek kerana negara lain ambil masa 50 hingga 100 tahun untuk mengeluarkan sebuah kereta.
"Walaupun ramai yang kritik kerana proton keluarkan kereta kurang bermutu tinggi.Itu cerita lama... tidak ada satu industri yang kekal ke tahap itu sahaja sehingga tidak boleh dimajukan lagi.
"Ialah kita tekan butang tak naik sekarang pergilah dekat butang itu, 10 kali tekan 10 kali naik butang.
"Ia memang ada kelehaman tetapi sudah diatasi tidak perlu ke negara China untuk mendapatkan teknologi untuk membuat kereta seperti Proton.
"Kalau nak beli cubalah Saga, Persona dan Perdana ..tiga buah kereta yang dijual serentak dalam satu tahun.
"Dahulu satu model dikelurkan dalam tempoh tiga tahun tetapi kali ini kita mampu mengeluarkan tiga model dalam satu tahun," ujarnya.
Gambar hanya sekadar hiasan. 

24 May 2017

MANA NAK DAPAT WANG KATA NAJIB

Perdana Menteri Najib mempersoalkan daripada mana akan memperolehi pendapatan sekiranya sifar GST dilaksanakan, yang akan menyebabkan kekurangan sebanyak RM42 bilion dalam pendapatan kerajaan.
"Lalu saya nak bertanya, kalau begitulah sifir pembangkang, daripada hasil sumber manakah yang mereka hendak dapatkan RM42 bilion itu?
Itulah mentaliti Najib yang langsung tidak menyedari atau buat-buat tidak sedar bahawa keborosan, rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa menjadi penyebab kerajaannya tidak cukup wang untuk mentadbir negara sehingga mendera rakyat dengan GST.
Apabila kerajaan tersepit rakyatlah yang menjadi mangsa. Sedangkan PH dulunya PR telah dengan menggariskan perancangan bagaimana untuk menguruskan wang negara dalam manifesto PRU 13 dan buku jingga juga dalam bajet tahunan PH(PR) yang dibentangkan setiap tahun.
PH dalam manifestonya dengan jelas menyatakan bukan sahaja tidak mengenakan cukai kpd rakyat malah PH berupaya memberikan pendidikan percuma dan lain-lain insentif kebajikan. 
Najib sudah tentu tidak dapat berfikir malah tidak mampu berfikir cara untuk membantu rakyat kerana baginya cara untuk mendapatkan wang ialah 'memaksa' rakyat menderma melalui GST.
Masalah terbesar Najib sebenarnya ialah keborosan, ketirisan dan rasuah. Jika semua ini tidak diselesaikan selagi itulah masalah ini tidak selesai. 

POLITIK SELANGOR: KUASA DAN PANGKAT LEBIH PENTING DARI MASA DEPAN PH?

Ini pandangan saya bukan pandangan rasmi parti

Saya tidak bersetuju dgn keputusan PKR dan Azmin Ali yang tetap mengekalkan Exco2 PAS dlm kerajaan Selangor.

PAS setiap hari menghentam PH. PAS sudah mengumumkan untuk bertanding di kerusi2 PKR dan PH di Selangor dan seluruh negara.

PAS akan menggunakan kuasa mereka di peringkat Exco, GLC, PBT, JKKK, Masjid dan sebagainya menghentam PH.

Kalau alasannya pilihanraya tidak lama maka adalah lebih baik Exco2 PAS digugurkan supaya mereka tidak menggunakan kedudukan untuk menguatkan PAS.

Apakah kuasa dan pangkat mengatasi kepentingan masa depan PH. Mohon keputusan ini dikaji semula.

23 May 2017

PASTIKAN NEGARA KITA TIDAK DICEROBOH

Peristiwa pencerobohan negara kita memang sering berlaku. Kedaulatan negara kita sering dicemari dengan tindakan pihak luar yang begitu mudah memasuki kawasan atau perairan tanahair. Peristiwa terakhir ialah insiden Lahad Datu dan terbaru peristiwa di Sedili, Johor.

Pencerobohan sering berlaku di kawasan perairan kita di mana nelayan asing bebas menjalankan aktiviti menangkap ikan di perairan kita sehingga nelayan kita sendiri kadang-kadang terpaksa beralah kerana nelayan asing menggunakan bot yang besar dan canggih dan lebih bahaya mereka majoritinya bersenjata.

Peristiwa kehilangan anggota keselamatan kita 2 hari (alhamdulillah) telah ditemui ketika menjalankan tugas menghalau penceroboh membuktikan bahawa perairan kita sering diceroboh. Kita menggesa kerajaan mengambil tindakan drastik bagi memastikan kedaulatan negara. Pencerobohan ini bukan sahaja menjejaskan ekonomi rakyat dan negara malah yang lebih penting kedaulatan dan keselamatan negara mesti dipertahankan.

Perairan Sedili yang kaya dengan pelbagai hasil laut didakwa sering diceroboh nelayan asing.
Anggota Lembaga Pengarah Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Sedili, Bidin Sulong berkata kehadiran nelayan asing itu dikesan lebih kerap berlaku sejak lima tahun kebelakangan ini dengan menggunakan pukat tunda untuk mengaut hasil laut.
"Sistem tundaan bot nelayan asing ini bukan seperti sistem yang digunakan nelayan tempatan. Nelayan asing menggunakan bot ganding berserta dua atau tiga pukat yang ditunda dengan kabel, berbanding nelayan tempatan yang menggunakan tali untuk menunda.
"Tindakan tidak bertanggungjawab ini bukan sahaja mengancam spesies ikan malah merosakkan rumah ikan, bubu dan tukun nelayan tempatan," katanya kepada pemberita.
Beliau yang berpengalaman sebagai nelayan sejak 40 tahun lepas berkata nelayan asing turut bersikap agresif malah ada yang pernah bertindak menyemburkan pam air berkelajuan tinggi ke arah nelayan tempatan yang cuba menghampiri mereka.
"Mereka berani bertindak agresif sebab mereka ramai, sekurang-kurangnya 30 orang dalam 12 atau 13 bot berbanding nelayan tempatan yang hanya ada lima orang dalam satu bot.
"Ada ketikanya usaha nelayan tempatan turun ke laut bagaikan tidak pulang modal apabila hasil tangkapan mereka kurang memuaskan. Perkara ini sudah bertahun berlaku dan kami tidak tahu berapa lama lagi daripada kami mampu bertahan," kata Bidin.
Beliau menggesa pihak berwajib supaya mengambil tindakan sewajarnya terhadap bot ganding warga asing.
Beliau tidak menolak kemungkinan nelayan asing tersebut menggugat anggota keselamatan yang bertugas di sekitar perairan tersebut.
Menurutnya, terdapat lebih 1,000 nelayan di sekitar perairan Sedili, namun hanya 574 orang daripadanya berdaftar dengan PNK Sedili.
Isu nelayan asing turut melibatkan kehilangan sebuah bot milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TUDM) ketika mengusir mereka di perairan Sedili pada Sabtu lepas.
Sumber : Mdateline.

22 May 2017

EXCO PAS : SUDAH ADA KEPUTUSAN PECAT?

Sudah ada keputusan tentang kedudukan Exco PAS di Selangor. Itu yang menjadi tandatanya sehingga kini. Komgress PKR sudah berakhir semalam, Azmin pun dilihat mengadakan pertemuan dengan Azmi Ali pagi ini.
Bola sekarang ini di kaki Azmin Ali kerana PAS sudahpun menyatakan bahawa mereka tetap akan 'mati berdiri' dalam pejabat Exco. 
Media hari ini melaporkan bahawa Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali, dilihat mengadakan perbincangan serius dengan pemimpin PAS negeri itu di Sekinchan, pagi tadi.
Azmin dan pemimpin kerajaan negeri berada di situ sempena lawatan rasmi Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah ke bandar berkenaan yang terkenal dengan sawah padi.
Pemimpin PAS yang kelihatan duduk bersama Azmin ialah pesuruhjaya bagi Selangor, Sallehin Mukhyi, serta tiga exco negeri iaitu Datuk Iskandar Abdul Samad, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib.
Iskandar adalah pesuruhjaya PAS Selangor sebelum tempatnya digantikan oleh Sallehin selepas muktamar parti itu berakhir 1 Mei lalu.
Ketika menyedari Azmin sedang duduk bersama pemimpin PAS Selangor wartawan cuba medekat, namun Azmin meminta supaya mereka tidak menghampiri, sebelum beliau meneruskan perbincangan.
Perbincangan itu dilihat hanya dihadiri Azmin dan pemimpin PAS walaupun beberapa exco dan pimpinan PKR serta DAP turut hadir pada majlis berkenaan.
Ia diadakan sebelum ketibaan Sultan Sharafuddin dan berlangsung kira-kira 20 min.

20 May 2017

SIAPA ANAK JANTAN PAS ATAU PKR?

Seorang perwakilan Pemuda PKR (AMK) mencabar exco PAS dan semua lantikan politik di Selangor untuk meletakkan jawatan sekiranya mereka 'anak jantan'.
"AMK Johor cabar PAS Selangor letak jawatan sebagai exco dan jawatan dalam kerajaan negeri. Mereka kalau anak jantan letak jawatan sekarang," kata wakil AMK Johor, Naim Jusri pada kongres sayap parti itu di Shah Alam hari ini.
Cabaran Naim itu dibuat lebih seminggu selepas PAS memutuskan hubungan secara rasmi dengan PKR.
PAS bagaimanapun berkata tiga  exco Selangor itu tidak akan meletakkan jawatan selagi mendapat perkenan sultan Selangor.
Timbalan Presiden PKR dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali masih belum membuat keputusan mengenai perkara itu.
Sebagai tindak balas, PKR sebelum ini mengarahkan semua lantikan politik dalam pentadbiran kerajaan negeri Kelantan melepaskan jawatan mereka.
Terdahulu, perwakilan AMK Wilayah Persekutuan, Ahmad Azri Zainal Nor mencabar PAS meneruskan rancanganNYA untuk bertanding di kerusi Parlimen Batu.
"Kerusi kita pun dia nak. (Kerusi) Batu pun dia nak. Saya nak kata pada mereka ini, kalau Batu mereka nak, just bring it on," kata Ahmad Azri.
PAS menyasarkan untuk bertanding 100 kerusi pada pilihan raya umum akan datang termasuk yang pernah ditandingi PKR. Kerusi parlimen Batu kini disandang Naib Presiden PKR, Tian Chua.
Kita berharap PAS dapat membuat keputusan segera kerana persepsi rakyat kepada mereka amat teruk sekarang
Sumber : Mkini

19 May 2017

DAP PERAK 'DERA' SPR?

DAP Perak hari ini membuat bantahan terhadap 129 pengundi meragukan dalam daftar pemilih tambahan dan membayar deposit RM1,290 dalam bentuk wang syiling.
DAP negeri itu juga sebelum ini membawa mesin fotokopi sendiri dan penjana elektrik (generator) di kawasan pameran awam untuk membuat salinan daftar itu.

“Kami malah bawa generator sendiri kerana SPR enggan beri kami guna elektrik mereka.

“Anggota-anggota kami bekerja siang malam untuk menyalinnya tetapi kami masih belum dapat menghabiskan kerj
a-kerja fotokopi daftar pemilih itu,” katanya.
SPR sebelum ini berkata proses pameran awam sahaja sudah cukup untuk pihak berkepentingan menyemak daftar pemilih tambahan.
Suruhanjaya itu justeru berhenti menjual salinannya kepada parti politik dan pihak-pihak lain.
Keseluruhan kira-kira 20,000 keping wang syiling digunakan untuk membayar deposit yang setiap satunya bernilai RM10.
Mungkin cara untuk mengajar sikap SPR yang jelas berat sebelah dan berpihak.
Sumber : Mkini.

PELIK TETAPI BENAR. ORG KENA TAMPAR YG KENA MINTA MAAF

Di Malaysia banyak perkara pelik berlaku. Antaranya orang yang laporan ditangkap, yang melakukan kesalahan bebas; orang kena tampar kena minta maaf orang menampar diangkat menjadi hero.
Pengarah filem Datuk David Teo menyifatkan dunia ini pelik apabila dirinya yang dikasari pada majlis dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) di Putrajaya, Rabu lalu, dituntut untuk meminta maaf.
"Seseorang tampar saya, tetapi saya perlu minta maaf kepada dia dan orang ramai? Dunia yang pelik," katanya yang dipetik oleh portal Free Malaysia Today.
Teo juga dipetik sebagai berkata, isu tersebut sebenarnya sudah selesai pada malam kejadian dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri sudah memaafkannya.
"Tiada keperluan untuk saya memohon maaf sekali lagi melainkan PM sendiri mahu saya berbuat demikian.
"Bagaimanapun, saya sudah jelaskan kepada beliau yang saya hanya terkejut dengan apa yang berlaku," katanya.
Sebelum ini, Teo menafikan beliau bertindak biadab terhadap perdana menteri.
Sesi dialog Perdana Menteri bersama penggiat seni tanah air pada Rabu lalu itu bertukar menjadi kecoh apabila tanpa diduga pelawak Sulaiman Yassin bertindak mengasari Teo.
Teo didakwa telah meninggikan suaranya selepas tidak mendapat peluang untuk bercakap semasa dialog berkenaan.

PAS WAJAR CONTOHI PKR LETAK JAWATAN SEMUA JAWATAN POLITIK DI KELANTAN

PAS sebagai sebuah Parti Islam wajar mengikut langkah PKR yang dengan tegas mengarahkan semua ahlinya yang dilantik sebagai penjawat jawatan politik di Kelantan meletak jawatan. Alangkah malangnya apabila PAS bukan sahaja tidak mengarahkan Exconya dan semua lantikan politik meletakkan jawatan malah bertegas semua mereka semua mengekalkan jawatan masing-masing. 

Ini merupakan tindakan yang tidak bermaruah dan membuktikan PAS lebih mengutamakan kepentingan peribadi dari maruah dan integriti mereka.

Kami sangat menyokong tindakan PAS ini kerana tindakan ini lambat laun akan membuka mata rakyat tentang siapa sebenarnya PAS. Rakyat akan tahu bahawa PAS lebih mementingkan kuasa dan pangkat dari maruah dan integriti.

PAS mungkin tidak menyedari bahawa tindakan mereka ini merupakan 'back fire' kepada mereka sendiri. 

Awal minggu ini, Biro Politik PKR mengarahkan ahli-ahli parti yang memegang jawatan dalam kerajaan Kelantan pimpinan PAS untuk meletakkan jawatan.
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kemudian berkata keputusan muktamad mengenai exco PAS di Selangor akan dibuat apabila Azmin pulang dari lawatan kerja ke Brussels.

Menteri besar Selangor itu dijadualkan pulang hari.

27 March 2017

MAHATHIR KHALID JANGAN JADI BANGANG

Parti Amanah Negara Negeri Melaka memandang serius ugutan Menteri Pendidikan kepada lebih 420,000 guru di seluruh negara.
Tindakan tersebut menafikan kebijaksanaan, hak politik dan hak memilih pemimpin yang berintegriti kepada warga pendidik yang dikategorikan sebagai golongan intelektual di negara ini.
Ia secara jelas menggambarkan kegagalan seorang menteri melihat kemajuan sistem pendidikan negara yang telah berjaya melahirkan rakyat Malaysia yang sudah dapat menganalisis dan membuat evaluasi terhadap tahap pencapaian negara apatah lagi mentaliti dan kewibawaan pemimpin seperti menteri tersebut.
Terlalu banyak perkara yang boleh guru persoalkan berkaitan kementerian pendidikan bermula dari peringkat prasekolah, rendah, menengah, tertiari hingga ke peringkat universiti yang sepatutnya beliau tumpukan, kalau pun tidak mahu mendengar kritikan para pendidik yang terlibat secara langsung dengan segala permasalahan di peringkat pelaksanaan dasar pendidikan negara.
Bukankah beliau juga bekas seorang guru yang terlibat secara aktif dalam politik UMNO dan 'mengerjakan' pegawai bawahan yang tidak sebulu dengannya? Beginikah cara dan pendekatan seorang bekas pendidik dan menteri berhadapan dengan pegawai pendidikan yang bermati -matian mendokong dan memajukan pendidikan anak bangsa? Apakah ini kualiti menteri pendidikan kita?
Amanah menyeru semua warga pendidik bangkit dan bersatu dengan kebangkitan rakyat menumbangkan pemerintah yang tiada integriti dan merosakkan kehidupan rakyat di negara tercinta. Lawan Tetap Lawan!
Apa yang pelik beliau tidak pula mempersoalkan keterlibatan guru dalam parti-parti komponen BN. Inilah sikap double standard menteri kelas ketiga ini yang dilihat setaraf dengan mereka yang tidak berpelajaran.
Guru bukannya mengkritik kerajaan membuta-tuli tetapi mereka mempunyai fakta dan asas kepada kritikan tersebut. Apakah menteri ini merasakan kerajaan pada hari ini 'maksum' bebas dari sebarang kesalahan dan kelemahan.
Kritikan yang diberikan oleh guru-guru ini adalah kritikan yang membina untuk melihat negara maju, bebas dari penyelewengan, salah laku, rasuah dan sebagainya.
AMANAH yakin amaran ini tidak akan memberi kesan kepada guru-guru kerana ianya bukan perkara baru. Hanya menteri yang bebal sahaja yang mengulangi kesilapan menteri-menteri pendidikan terdahulu yang sering memberikan amaran yang sama.
Berhentilah menunjukkan kebebalan sendiri wahai Menteri Pendidikan.
Guru Suluh Budiman, Murabbi Umat Penyuluh Kegelapan Sepanjang Zaman.

14 March 2017

CERAMAH PAS PENUH CERCAAN RAKYAT MELUAT

Seorang penganalisis politik mendakwa Pas seperti hilang arah apabila ceramahnya semakin hilang tarikan sebaliknya sarat dengan cercaan.
Prof Datuk Mohamad Agus Yusoff berkata pendekatan politik Pas kini berbeza dengan gerak kerja Umno, Amanah dan Bersatu yang lebih lembut, memujuk, kemas dan kerap.
Justeru katanya Pas perlu mengubah pendekatan politiknya jika mahu terus memerintah Kelantan kerana sikap pengundi Kelantan tidak statik.
Menurutnya rakyat Kelantan akan menukar kerajaan apabila kerajaan sedia ada tidak lagi dapat menunjukkan imej perpaduan yang baik.
"Perhatikan keinginan anak muda dan perantau di luar Kelantan yang akan balik mengundi nanti. Mereka antara penentu besar kerajaan yang akan memerintah selepas PRU14 nanti.
"Jika Pas tidak berubah dan masih dengan sikap politiknya sekarang, PRU14 nanti akan menyaksikan perubahan kerajaan di Kelantan," katanya di Facebook hari ini.
Menurut pensyarah kanan sains politik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu, pada tahun 1978, rakyat Kelantan menolak kerajaan Pas apabila Pas berkonflik dan Berjasa ditubuhkan.
Pada tahun 1990, rakyat Kelantan menolak kerajaan Umno apabila parti itu berkonflik dan Semangat 46 ditubuhkan.
"Senario tersebut berulang lagi sekarang. Parti Pas yang memerintah Kelantan berkonflik berat sehuingga tertubuhnya Amanah," katanya.
Beliau turut melontarkan soalan sama ada Umno-BN atau Pakatan Harapan dan Amanah yang akan menggantikan Pas di Kelantan.
Mdateline.

NAJIB KATA KERAJAAN TIADA DUIT TAPI LABUR DALAM PROJEK MEWAH

PM Najib Razak berkata kerajaan tiada duit sebab itu subsidi minyak ditarik balik. Tetapi malangnya di saat kerajaan tidak ada wang tiba-tiba kerajaan menggunakan wang rakyat untuk melaburkan dalam pembinaan hotel mewah  di Langkawi iaitu berjumlah RM327juta dan melabur dalam pembinaan Langkawi International Conventional Centre - LICC berjumlah RM116juta.

Apa sebab kerajaan membazir melabur dalam kedua-dua projek mewah tersebut sedangkan Najib berkata kerajaan tiada wang.

Pada masa yang sama kita semua tahu bahawa di negara kita sudah banyak convention centre yang besar-besar telah dibina. Langkawi sudah mempunyai banyak hotel bertaraf 5 bintang. Adakah pelaburan ini ada udang disebalik mee sebab projek ini dikatakan berkaitan dengan sahabat baik pimpinan tertinggi negara.


NAJIB PM TERHEBAT

Tidak pernah berlaku subsidi minyak dihapuskan sejak dari tahun 1974. Najib adalah satu-satunya PM yang berbuat demikian yang menyebabkan rakyat semakin tertekan dan menderita. Bukan sahaja akibat harga minyak yang naik tetapi akibatnya harga barangan dan caj perkhidmatan juga naik.

Statistik penggunaan wang Petronas di kalangan PM.
Tun Razak RM1 biliion RM175 juta setahun
Hussien RM8 bilion - RM1.6 bilion 
Mahathir RM163 bilion - RM8 bilion
Pak Lah RM204 bilion - 41 bilion
Najib Razak RM376 bilion - RM54 bilion setahun

Juara hutang paling tinggi, juara dunai skandal terbesar dan menerima derma peribadi paling besar dalam dunia. (Sumber : Ucapan  YB Rafizi Ramli)

Inilah PM yang paling pintar dan hebat pernah dilahirkan oleh Malaysia. Syabas.


11 March 2017

KESIAN RAKYAT KENA GST, MINYAK MAHAL, BARANG MAHAL

Kesian rakyat Malaysia. Dahlah kena bayar GST untuk barangan yang dibeli, minyak naik dan barang semakin mahal.

Hidup susah, mati pun susah, Siapa yang bikin kita susah. Kami pasti tuan-puan semua tahu siapa yang bikin kita susah.

Kasi tukar ini kerajaan dalam PRU14 nanti.

AMANAH BANTAH SYOR PERSEMPADANAN KAWASAN PILIHANRAYA 2017

KENYATAAN AKHBAR

Bantahan Syor Persempadanan Baru Bahagian Pilihanraya Negeri dan Persekutuan 2017

Parti AMANAH Negara (AMANAH) membantah syor persempadanan baru bahagian-bahagian Pilihanraya Negeri(DUN) dan Persekutuan (Parlimen) yang dikeluarkan pada minggu ini.

Syor kedua ini sama sekali adalah berbeza dengan syor pertama setelah siasatan tempatan dan bantahan kali pertama dijalankan pada 28 November hingga 30 November 2016 yang lalu.

AMANAH mendapati syor 2017 ini jauh berbeza dengan syor yang pertama dulu di mana kali ini hanya 2 kawasan parlimen yang terlibat iaitu Parlimen Bukit Katil dan Kota Melaka.

Kami mendapati syor 2017 hanya memfokuskan kepada 2 parlimen sahaja iaitu Bukit Katil dan Kota Melaka.

Berikut adalah perubahan yang dicadangkan oleh SPR dalam syor 2017 ini.

PINDAAN DAN PERUBAHAN NAMA SEDIA ADA BAGI BAHAGIANBAHAGIAN PILIHAN RAYA PERSEKUTUAN DAN NEGERI DAN BAHAGIANBAHAGIAN PILIHAN RAYA PERSEKUTUAN YANG TERLIBAT DALAM SEMAKAN SEMULA DAN TERSENTUH OLEH SYOR YANG DICADANGKAN
  
1) Tiada Parlimen baru diwujudkan
2) Tiada DUN baru diwujudkan
3) Hanya Pindaan Dan Perubahan Nama yang dicadangkan iaitu :
   I).P.137 Hang Tuah Jaya (Nama Asal: Bukit Katil)
   Ii) N. 08 Machap Baru  (Nama Asal: Machap)
   Iii)N. 15 Pengkalan Batu (Nama Asal: Bachang)
   Iv) N. 16 Taman Tasek  (Nama Asal: Ayer Keroh)
   V) N. 17 Bukit Katil     (Nama Asal: Bukit Baru)
   Vi) N. 19 Limbongan    (Nama Asal: Kesidang)

4) Pemindahan Pusat Daerah Mengundi (PDM) dilakukan iaitu :
   I) PDM Taman Melaka Baru (3875 pemilih), PDM Batu Berendam (3408 pemilih) dan Taman
     Merdeka (5948 pemilih) kesemuanya dalam DUN Taman Tasek (Ayer Keroh) dipindahkan Dun
     Limbongan (Kesidang) dalam Parlimen Kota Melaka. Jumlah yang dipindahkan ialah 13,231
     Pemilih.

   Ii) PDM Malim Jaya (5000 pemilih) dan PDM Taman Asean (5169 pemilih) yang kedua-duanya
     DUN Pengkalan Batu (dulunya Bachang) dipindahkan juga ke DUN Limbongan (dulunya
     Kesidang) dalam Parlimen Kota Melaka. Jumlah yang dipindahkan ialah 10,169 pemilih.

     Jadi jumlah keseluruhan pemilih yang dipindahkan dari Parlimen Hang Tuah Jaya ke Kota
     Melaka adalah 23,400 pemilih.

     Ini menjadikan Parlimen Hang Tuah Jaya menurunkan pemilihnya dari 104,234 kepada 80,834
     Iaitu berkurang sebanyak 23,400 pemilih.
     Manakala Parlimen Kota Melaka meningkat pemilihnya dari 93,761 kepada 117,161 pemilih
     Iaitu meningkat sebanyak 23,400 pemilih.


Dari fakta-fakta di atas AMANAH mendapati bahawa syor persempadanan ini adalah tidak logik dan mengelirukan kerana :

1) Pembahagian bilangan pengundi yang tidak seimbang di mana Parlimen Kota Melaka mempunyai bilangan pengundi yang jauh berbeza dengan Parlimen Hang Tuah Jaya walaupun kedua-duanya di dalam kawasan bandar. Malah ianya sangat besar jumlah pengundi di Masjid Tanah dan Alor Gajah.

2) Jumlah pengundi yang besar iaitu 117,161 di Kota Melaka menyebabkan wakil rakyat yang dipilih nanti tidak dapat menjalanka tugas dengan berkesan.

3) Terdapat DUN-DUN yang pengundinya besar yang melebihi 20,000 yang sepatutnya diujudkan Dun-Dun baru bagi mengurangkan jumlah pengundi.

4) Kami juga melihat bahawa syor adalah dipengaruhi oleh kepentingan politik parti BN yang di mana kesemua PDM yang dipindahkan dari Parlimen Hang Tuah Jaya ke Kota Melaka adalah PDM yang majoritinya pengundi Tionghua yang menjadi penyokong kuat Pakatan Harapan. Dengan pemindahan ini BN mengharapkan mereka menawan Parlimen Hang Tuah Jaya dari PKR dan memberikan kemenangan percuma kepada DAP di Parlimen Kota Melaka.

OLEH KERANA ITU AMANAH MEMBANTAH SEKERAS-KERASNYA SYOR INI DAN MENCADANGKAN SPR SUPAYA :

1) Mengujudkan 1 parlimen baru iaitu cantuman sebahagian kawasan Parlimen Kota Melaka dan Bukit Katil bagi memastikan bilangan pengundi di parlimen-parlimen tersebut tidak melebihi 70,000 orang.

2) Megujudkan 3 Dun baru dengan memecahkan DUN-DUN yang pengundinya melebihi 20,000               orang.


Mohd Sofi Abdul Wahab
Timbalan Pengerusi
Parti AMANAH Negeri Melaka

23 February 2017

KERAJAAN BN TERUS GAGAL, PENGANGGURAN LEBIH 1/2 JUTA


Kerajaan BN terus gagal. Dari segenap segi mereka gagal. Statistik Jabatan Buruh menunjukkan jumlah rakyat Malaysia yang mengganggur sejak tiga tahun lalu meningkat daripada seramai 439,000 orang pada Mac 2013 kepada 510,700 orang pada November 2016.

Kadar pengangguran graduan semasa pentadbiran Najib juga adalah tertinggi berbanding perdana menteri terdahulu, berdasarkan statistik daripada sebuah institut pemikir dari Sweden.

Apa lagi yang boleh kita banggakan. Siswazah seharusnya memikirkan perkara ini. Kegagalan kamu mendapat kerja bukan kerana kelemahan kamu sendiri tetapi kerana sememangnya peluang pekerjaan memang terhad.

Amat wajar kerajaan yang ada sekarang ditukar pada PRU14 nanti kerana sememangnya kerajaan ini adalah kerajaan gagal.

Gambar sekadar hiasan

21 February 2017

KERAJAAN NAJIB TERUS TIMBULKAN KERAGUAN

Perlantikan Tan Sri Dr Madinah Mohamad sebagai Ketua Audit Negara yang baru menggantikan Tan Sri Ambrin Buang menimbulkan seribu satu keraguan. Macamana rakyat tidak ragu dengan perlantikan itu sama seperti perlantikan Apandi Ali sebagai Peguam Negara tempohari.

Kalau Apandi Ali dulu pernah menjadi pemimpin Umno di peringkat negeri Kelantan, Madinah pula adalah isteri kepada Ketua Umno Bahagian Kepong, Dato Ridzuan Abdul Hamid. Lebih parah lagi Ridzuan dilihat merupakan penyokong tegar Najib, Beliau pernah mengeluarkan kenyataan di mana beliau sanggup mati demi mempertahankan Najib. Ini semua sudah cukup untuk menimbulkan keraguan kepada rakyat.

Sepatutnya kerajaan membuat penelitian yang cermat sebelum membuat perlantikan untuk jawatan-jawatan penting yang memerlukan bukan sahaja kompetensi tetapi juga integriti. Mana mungkin seorang yang membuat hubungan dengan kerajaan dan parti kerajaan dilantik untuk menjawat jawatan yang sepenting itu, Atau mungkin Najib dan kerajaannya sengaja mencari orang-orang 'seperti ini' untuk jawatan tersebut.

Sama seperti pengendalian kes di mahkamah. Hakim yang berintegriti akan menarik diri dari menghakimi sesuatu kes yang melibatkan tertuduh atau di penuduh mempunyai kaitan langsung atau tidak langsung dengan hakim atau magistret.

Perlantikan Madinah bukan sahaja dipersoalkan dari segi integriti tetapi juga dari segi kompetensi. Beliau yang pernah menjadi Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan tidak menunjukkan rekod yang cemerlang semasa perkhidmatannya. Kementerian Pendidikan di bawah pengurusan beliau banyak ditegur oleh Jabatan Audit Negara contohnya projek 1Bistarinet Fasa 1 dan sebagainya.

Sepatutnya kerajaan yang ada hari ini bukan sahaja bersih tetapi juga dilihat bersih dan telus dalam apa juga keputusan yang dibuat.

Kerajaan digesa supaya mengkaji semula perlantikan ini demi masa depan negara dan kepentingan rakyat.

17 February 2017

KERAJAAN BN GAGAL : LEBIH 5 JUTA RAKYAT MASIH MISKIN

Sebanyak 5,153,238 permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi 2017 telah diluluskan kerajaan setakat ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata sebanyak 3,123,950 permohonan lagi masih dalam peringkat pemprosesan dan keputusan dijangka diumumkan bulan depan.
Najib berkata bayaran pertama BR1M akan diagihkan secara berperingkat bermula esok.
"Dari segi peringkat umur, kumpulan tertinggi diluluskan adalah daripada golongan 21 hingga 30 tahun serta yang berumur 61 tahun dan ke atas.
"Sebanyak 2,782,799 pemohon akan menerima bantuan RM1,200 manakala 243,434 bagi bantuan RM900 dan selebihnya 2,127,005 layak untuk bantuan RM450," katanya menerusi catatan terbaharu menerusi laman blognya, www.najibrazak.com.
Data di atas membuktikan bahawa masih terlalu rakyat miskin di negara ini. Kerajaan BN hanya memberikan 'ikan' bukan pancing. Ikan boleh habis sekelip mata. Tetapi jika pancing yang diberi mereka sudah tentu boleh menggunakan pancing tersebut untuk mendapatkan ikan.
Wang sebanyak RM1,500 boleh habis sekelip mata sahaja sekarang kerana kos hidup yang semakin tinggi. Ternyata kerajaan BN tidak mempunyai idea dan program yang mampu memberi kesejahteraan hidup jangka panjang kepada rakyat.

16 February 2017

ISTIQOMAH MELAWAN KEZALIMAN

Kezaliman adalah sesuatu yang mesti ditentang. Bila berkuasa manusia selalu lupa. Dengan kuasa manusia rakus mengumpul harta dan laba. Tidak kira halal atau haram. Bila ralit mengumpul harta mereka menindas dan menzalimi rakyat.


30 January 2017

HUJAH DULU MENGAPA PAS BOLEH BERKAWAN DGN DAP

Meh kita baca hujjah DUP Phg tentang DAP..

*HUJJAH DULU2 : 18 Mac 2013*

Kenapa sekarang dh lain
=========================

*16 sebab kenapa PAS kawan dengan DAP & Tolak UMNO..!!*

Mungkin ramai yang belum faham kenapa PAS berkawan dengan DAP, tidak dengan Umno. Buat yang belum tahu apa sebabnya boleh merujuk kepada 16 sebab-sebab utama di bawah ini:

1) *DAP tidak rasuah, Umno Rasuah.* DAP tiada buat penyelewengan tetapi Umno sudah banyak penyelewengan kuasa dibuat.

2) *DAP menolak Hudud sebab mereka bukan Islam, tetapi peliknya Umno tolak Hudud sedangkan mereka beragama Islam.*  Jadi PAS tak mahu kawan dengan orang Islam yang tolak hukum Islam.

3) *DAP tidak pernah bunuh umat Islam, tetapi umat Islam Memali dibunuh oleh siapa?*

4) DAP tidak pernah runtuhkan masjid, tetapi *banyak surau dan masjid diruntuh atau ditutup oleh kerajaan Umno/BN* atas pelbagai alasan.

5) *DAP tidak pernah hentikan tazkirah dan kuliah agama di masjid dan surau. Tetapi banyak kuliah dan tazkirah dihentikan oleh pihak berkuasa atas alasan tiada tauliah* sedangkan ustaz tersebut lulusan Timur Tengah dan IPTA yang dibina kerajaan sendiri.

6) *DAP tidak pernah tangkap rakyat tanpa bicara, tetapi kerajaan pimpinan Umno menggunakan ISA dan akta baru* sekarang untuk berbuat demikian.

7) *DAP tidak pernah menggadaikan tanah orang Melayu, tetapi sejak merdeka tanah rezab Melayu berjumlah 3 juta hektar tinggal 1.7 juta hektar sahaja*. Ini angkara siapa.?

8) *DAP tidak pernah mempertikaikan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Rasmi negara tetapi siapa pula yang memperkenalkan PPSMI?*

9) DAP tidak pernah merampas dan menganiaya negeri orang Melayu dan umat Melayu tetapi *kerajaan Umno/BN menafikan royalti minyak kepada Kelantan dan Terengganu.*

10) DAP setia kepada persefahaman dan persepakatan tetapi *Umno lah yang menghalau PAS keluar dari Barisan Nasional pada tahun 1974 kini Umno gila talak dan kembali rujuk kepada PAS.*

11) Ketika Umno/BN kuat, PAS dipandang sebelah mata, *bila Umno/BN lemah, PAS seringkali diajak bergabung*

12) Umno BOLEH bergabung dengan MCA, MIC dan lain-lain parti bukan Melayu/Islam sebanyak 11 parti dalam BN, tetapi PAS bergabung dengan 2 parti pelbagai kaum iaitu PKR dan DAP TAK BOLEH pula?

13) PAS bukan parti berasaskan perkauman tetapi Umno adalah perkauman sempit sama seperti MCA dan MIC. PAS menentang dasar berjuang atas perkauman atau Assobiyyah.

14) PAS menentang kezaliman dan penindasan terhadap rakyat atas dasar apa sekalipun. Banyak sekali contoh kezaliman dan penindasan yang dilakukan oleh kerajaan Umno/BN seperti menafikan royalti, bantuan perkapita kepada negeri PR (diberi tidak sepenuhnya dan dilengah-lengahkan), bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat dihentikan, harga barangan dan perkhidmatan semakin naik dan sebagainya.

15) PAS menentang pembaziran yang menjadi amalan kerajaan Umno/BN dengan projek-projek mega yang sebahagian besarnya tidak memberikan manfaat kepada rakyat …….

16) DAP dan PKR menerima dan memeterai perjanjian bahawa Islam tetap menjadi agama Rasmi Malaysia, Sistem Raja Berpelembagaan tetapi dipertahankan, Hak Istimewa Melayu iaitu Perkara 152 & 153 dipertahankan, Bahasa Melayu tetap menjadi Bahasa Rasmi Malaysia.

Yang sebenarnya masih banyak lagi antara sebab-sebab tetapi 16 nurkilan kami di atas adalah penyebab utamanya. Moga tulisan ringkas ini mampu menjadi panduan ringkas kepada para sahabat semua.

https://dupahang.wordpress.com/2013/03/18/16-sebab-kenapa-pas-kawan-dengan-dap-tolak-umno/

08 January 2017

CM MELAKA, EXCO DAN KAKITANGAN KERAJAAN SILA MINTA MAAF

PRESS STATEMENT

KETUA MENTERI, EXCO DAN KAKITANGAN KERAJAAN MESTI MINTA MAAF

Semalam Sinar Harian melaporkan bahawa Ketua Menteri Melaka melarang kakitangan kerajaan bermain golf di waktu pejabat. Maknanya sebelum ini perkara sudah menjadi tradisi dan perkara biasa.

Kini baru beliau sedar. Sesudah beratus-ratus jam malah mungkin beribu-ribu jam waktu kerja dihabiskan untuk main golf baru beliau menegahnya sekarang

Bagaimana dengan waktu-waktu yang telah dihabiskan dengan main golf sebelum ini. Bagaimana pegawai-pegawai kerajasn terbabit membayarnya. Adakah rakyat redha dan memaafkannya?

Saya menuntut Ketua Menteri, Exco dan semua kakitangan kerajaan yang terbabit main golf waktu kerja supaya memohon maaf dan minta rakyat halalkan segala masa yang dibuang dengan bermain golf.

Mohd Sofi Abdul Wahab.
Timbalan Pengerusi
Parti AMANAH Negara
Negeri Melaka

NIK AMAR JANGAN TUNJUK DIRIMU DOK CERDIK

Berkatalah Naib Presiden PAS, Nik Amar bahawa Umno mungkin guna AMANAH untuk tumbangkan PAS di Kelantan. 
Rakyat bukan tidak cerdik. Info semua mereka dapat.Agak2 nya siapa yg lebih rapat dengan Umno sejak akhir-akhir ini.
Tak perlulah buat statement yg rakyat nampak kita kurang cerdik. Kenyataan setaraf dgn JKKK Umno yg baca surat khabar terbalik
Datuk Mohd Amar Abdullah dipetik dari media dilaporkan berkata, peristiwa tahun 1978 mungkin berulang di Kelantan apabila parti serpihan bekerjasama dengan Umno bagi menumbangkan kerajaan PAS.
Ujar beliau, kemunculan Parti Amanah Negara (AMANAH) terutamanya di kawasan marginal PAS sedikit sebanyak boleh menjejaskan usaha bagi mempertahankan kerusi tersebut.
"AMANAH mungkin bekerjasama dengan Umno untuk tumbangkan kerajaan PAS di Kelantan seperti yang pernah dilakukan Parti Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia (BERJASA) pada PRU 1978.

07 January 2017

FELDA:SHAHRIR DAN ISA 2 X 5

Shahrir Samad dilantik sebagai Pengerusi Felda menggantikan Isa Samad. Kedua-duanya anak Samad. Banyak persamaan antara mereka berdua.

Mereka ahli Parlimen Umno/BN. keduanya bekas Menteri Kabinet. Semua tahu ketua mereka adalah Najib Razak. Keduanya pasti patuh pada anak Tun Razak tersebut.

Jadi kalau kedua datang dari perut Umno, sudah pasti keduanya adalah 'Yes Man'. Boss suruh ke hulu dia ke hulu suruh ke hilir dia ke hilir. Tak berani sanggah. Jika sanggah pendek umur politiknya.

Tidak perlu orang Felda menaruh harapan. Jika menaruh harapan jawabnya tidak kesampaian.

Lebih teruk Pengerusi FGV dikurniakan kepada Isa. Siapa tidak kenal Isa. Apa jadi Felda di zaman Isa. Apa kedudukan saham FGV. Berapa sen seunit sekarang.

Peneroka tanggung sengsara. Mereka dapat saham FGV percuma tidak kisah turun atau naik. Orang Felda jadi mangsa. Tiap kali pilihanraya dapat gula-gula.

Malangnya 'gula-gula' ditelan dengan plastiknya sekali oleh orang Felda. Sebab itu Isa dan Najib senyum sampai ke telinga. Buat apa sahaja kawasan Felda tetap jadi 'fixed deposit' BN.

Kini Shahrir jadi Pengerusi Felda. Agak-agaknya ada perubahan atau tidak.
??? Kasihan orang Felda. Tetapi yang penting mereka kena kasihankan diri mereka dahulu.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter