Perlantikan Tan Sri Dr Madinah Mohamad sebagai Ketua Audit Negara yang baru menggantikan Tan Sri Ambrin Buang menimbulkan seribu satu keraguan. Macamana rakyat tidak ragu dengan perlantikan itu sama seperti perlantikan Apandi Ali sebagai Peguam Negara tempohari.
Kalau Apandi Ali dulu pernah menjadi pemimpin Umno di peringkat negeri Kelantan, Madinah pula adalah isteri kepada Ketua Umno Bahagian Kepong, Dato Ridzuan Abdul Hamid. Lebih parah lagi Ridzuan dilihat merupakan penyokong tegar Najib, Beliau pernah mengeluarkan kenyataan di mana beliau sanggup mati demi mempertahankan Najib. Ini semua sudah cukup untuk menimbulkan keraguan kepada rakyat.
Sepatutnya kerajaan membuat penelitian yang cermat sebelum membuat perlantikan untuk jawatan-jawatan penting yang memerlukan bukan sahaja kompetensi tetapi juga integriti. Mana mungkin seorang yang membuat hubungan dengan kerajaan dan parti kerajaan dilantik untuk menjawat jawatan yang sepenting itu, Atau mungkin Najib dan kerajaannya sengaja mencari orang-orang 'seperti ini' untuk jawatan tersebut.
Sama seperti pengendalian kes di mahkamah. Hakim yang berintegriti akan menarik diri dari menghakimi sesuatu kes yang melibatkan tertuduh atau di penuduh mempunyai kaitan langsung atau tidak langsung dengan hakim atau magistret.
Perlantikan Madinah bukan sahaja dipersoalkan dari segi integriti tetapi juga dari segi kompetensi. Beliau yang pernah menjadi Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan tidak menunjukkan rekod yang cemerlang semasa perkhidmatannya. Kementerian Pendidikan di bawah pengurusan beliau banyak ditegur oleh Jabatan Audit Negara contohnya projek 1Bistarinet Fasa 1 dan sebagainya.
Sepatutnya kerajaan yang ada hari ini bukan sahaja bersih tetapi juga dilihat bersih dan telus dalam apa juga keputusan yang dibuat.
Kerajaan digesa supaya mengkaji semula perlantikan ini demi masa depan negara dan kepentingan rakyat.

Comments