.

.

27 March 2017

MAHATHIR KHALID JANGAN JADI BANGANG

Parti Amanah Negara Negeri Melaka memandang serius ugutan Menteri Pendidikan kepada lebih 420,000 guru di seluruh negara.
Tindakan tersebut menafikan kebijaksanaan, hak politik dan hak memilih pemimpin yang berintegriti kepada warga pendidik yang dikategorikan sebagai golongan intelektual di negara ini.
Ia secara jelas menggambarkan kegagalan seorang menteri melihat kemajuan sistem pendidikan negara yang telah berjaya melahirkan rakyat Malaysia yang sudah dapat menganalisis dan membuat evaluasi terhadap tahap pencapaian negara apatah lagi mentaliti dan kewibawaan pemimpin seperti menteri tersebut.
Terlalu banyak perkara yang boleh guru persoalkan berkaitan kementerian pendidikan bermula dari peringkat prasekolah, rendah, menengah, tertiari hingga ke peringkat universiti yang sepatutnya beliau tumpukan, kalau pun tidak mahu mendengar kritikan para pendidik yang terlibat secara langsung dengan segala permasalahan di peringkat pelaksanaan dasar pendidikan negara.
Bukankah beliau juga bekas seorang guru yang terlibat secara aktif dalam politik UMNO dan 'mengerjakan' pegawai bawahan yang tidak sebulu dengannya? Beginikah cara dan pendekatan seorang bekas pendidik dan menteri berhadapan dengan pegawai pendidikan yang bermati -matian mendokong dan memajukan pendidikan anak bangsa? Apakah ini kualiti menteri pendidikan kita?
Amanah menyeru semua warga pendidik bangkit dan bersatu dengan kebangkitan rakyat menumbangkan pemerintah yang tiada integriti dan merosakkan kehidupan rakyat di negara tercinta. Lawan Tetap Lawan!
Apa yang pelik beliau tidak pula mempersoalkan keterlibatan guru dalam parti-parti komponen BN. Inilah sikap double standard menteri kelas ketiga ini yang dilihat setaraf dengan mereka yang tidak berpelajaran.
Guru bukannya mengkritik kerajaan membuta-tuli tetapi mereka mempunyai fakta dan asas kepada kritikan tersebut. Apakah menteri ini merasakan kerajaan pada hari ini 'maksum' bebas dari sebarang kesalahan dan kelemahan.
Kritikan yang diberikan oleh guru-guru ini adalah kritikan yang membina untuk melihat negara maju, bebas dari penyelewengan, salah laku, rasuah dan sebagainya.
AMANAH yakin amaran ini tidak akan memberi kesan kepada guru-guru kerana ianya bukan perkara baru. Hanya menteri yang bebal sahaja yang mengulangi kesilapan menteri-menteri pendidikan terdahulu yang sering memberikan amaran yang sama.
Berhentilah menunjukkan kebebalan sendiri wahai Menteri Pendidikan.
Guru Suluh Budiman, Murabbi Umat Penyuluh Kegelapan Sepanjang Zaman.

1 comment:
Write comments
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter